Anda di halaman 1dari 5

Rizlyana Binti Othman

Assalammualaikum wbt, saya bersetuju dengan berpendapat bahawa lagu rakyat


sangat sesuai sebagai bahan nyanyian kanak-kanak. Ini adalah kerana dendangan
bait-bait lagu rakyat yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan begitu
mudah untuk diikuti meskipun baru pertama kali didengari oleh kanak-kanak.
Antara lagu-lagu rakyat yang biasa didengari seperti seperti Tepuk Amai-Amai, JongJong Inai, Rasa Sayang serta Lagu Tiga Kupang yang disulami rentak gubahan puisi
itu sangat popular dan digemari masyarakat tradisional untuk menghiburkan hati.
Di samping itu, ia juga dapat menzahirkan emosi dimana intipati lagu-lagu rakyat
turut diadunkan dengan nilai-nilai keagamaan, jenaka, nasihat, kasih-berkasihan
termasuk longat negeri. Ia sekaligus mencerminkan budaya masyarakat setempat
yang ditonjolkan melalui penceritaan secara kiasan meskipun tidak
menggambarkannya dengan penuh deskriptif. Tambahan lagi, lagu rakyat
mempunyai mesej dan nilai-nilai murni dalam konteks kemasyarakatan dan ia wajar
diteruskan demi kelangsungan budaya selain mampu memupuk kemahiran insaniah
dalam kalangan kanak-kanak serta murid.
Rizlyana Binti Othman
Dalam masa yang sama melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan
bahasa kanak-kanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanakkanak dengan menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata.
Sebagai guru kita patut menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanakkanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi. Ini adalah
kerana guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti
bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak
langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Jesteru itu, kanakkanak akan dapat memberi ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih
dan sebagainya. Dalam masa yang sama guru juga hendaklah memberi perangsang
dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak
berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
Rizlyana Binti Othman
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan
kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan
sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba
belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana
penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
Kesimpulannya, saya sangat-sangat bersetuju lagu rakyat dilaksanakan pada kanakkanak dan ianya bersesuaian sebagai bahan nyanyian dimana ia dapat memberi
perkembangan yang baik serta sihat pada mereka. Sekian, Terima Kasih.
Rizlyana Binti Othman
Video yang tertera adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak prasekolah.
Pada pendapat saya, lagu rakyat ini sesuai dilaksanakan bersama pergerakan yang
kreatif. Ini adalah kerana, ia dapat memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk

penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran dan memberi peluang kepada
kanak-kanak sepenuhnya untuk meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal
atau verbal . Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai
aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak
muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak
memang suka bergerak.

Salam sejahtera, seperti yang kita maklum ibu bapa bukan hanya menjadi pelindung kepada
anak-anak, memberi makan minum, memberi kasih sayang, tetapi juga mempunyai peranan
dalam mencemerlangkan pendidikan anak-anak serta perkembangan sahsiah mereka.
Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga.
Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu
bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Sekiranya, ibu
bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Antara
peranan yang harus diambil oleh ibu bapa ialah:
1. Ibu bapa haruslah membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dan

mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.
Ini adalah kerana, apabila anak-anak hidup dan belajar dalam situasi yang aman serta
tenang, mereka dapat menumpukan perhatian dengan baik.
2. Ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan

anak-anak dengan rakan sebaya. Situasi ini sangat penting kerana, ibu bapa sudah
tentu pasti tidak mahu anak-anak terjebak dalam masalah sosialisasi yang dapat kita
lihat sekarang diaman terlalu banyak masalah seperti kes buli, merokok, zina dan
macam-macam lagi.
3. Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang

secukupnya. Ini adalah suatu perkara yang harus dititikberatkan dimana tanpa
pengetahuan tentang agama, anak-anak akan mudah terpesong akhlaknya serta anak
akan mula tidak menjalankan perkara wajib yang harus diikuti.

4. Ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar

supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu
memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar.
5. Ibu bapa perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta

bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui


perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa
berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran serta perkembangan mereka.
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Ingin saya memberi komen disini, rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama
dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Sepeti yang kita sedia maklum
bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.
Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai
dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili,
2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga.
Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu
bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja,
rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan
tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006),
rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Rakan sebaya juga adalah sahabat kepada kanak-kanak dan ia amat memnpengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa perkara saya ingin
saya kongsikan. Antaranya ialah:
NILAI SAHABAT DAN PERSAHABATAN KEPADA KANAK-KANAK
Persahabatan merupakan satu hubungan informal antara dua atau lebih orang dan
hubungan ini melibatkan perasaan emosi. Perhubungan persahabatan ini dilakukan secara
sukarela iaitu tidak seorang pun boleh dipaksa untuk bersahabat dengan orang lain.
Nyatalah persahabatan ialah suatu hubungan dua hala kerana individu boleh menentukan
sama ada hendak bersahabat dengan seseorang ataupun tidak.

FUNGSI SAHABAT
Sahabat berperanan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sahabat merupakan alat
perbandingan kanak-kanak dengan dirinya sendiri. Ini bermakna kanak-kanak akan
menggunakan sahabat sebagai panduan apabila menilai dirinya dari segi tingkah laku,
personaliti, kemahiran, kebolehan dan lain-lain.
Fungsi sahabat boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Sahabat sebagai agen peneguhan
Sahabat sebagai model sosial
Sahabat Sebagai Agen Peneguhan
Apabila kanak-kanak membesar, pengaruh sahabat sebagai agen peneguhan semakin
meningkat. Ini jelas kelihatan apabila kanak-kanak lebih suka mendengar nasihat sahabatnya
dan tidak menghiraukan nasihat ibu bapa. Kuantiti peneguhan yang diberikan oleh kanak-kanak
juga berbeza mengikut umur dan jantina. Kanak-kanak yang berumur 4 tahun didapati
mempunyai kadar peneguhan yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang berumur 3 tahun.
Sahabat Sebagai Model Sosial
Sahabat berfungsi sebagai model sosial kerana ia memberitahu kanak-kanak bagaimana
mereka harus bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Tidak dapat dinafikan bahawa
kanak-kanak memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas-gerak balas tertentu
dengan memerhati tingkah laku sahabatnya. Misalnya kanak-kanak mempelajari bahawa
memukul kawan itu salah dan tidak baik apabila melihat kanak-kanak yang memukul kawan
dimarahi guru. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanakkanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa yang telah membentuk
hubungan rapat dengannya. Selain itu, umur seseorang model juga penting dalam proses
peniruan. Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku orang yang sebaya atau lebih tua
daripadanya. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku yang boleh mendatangkan
peneguhan positif. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kanak-kanak juga meniru tingkah
laku yang tidak baik.
Kesimpulannya, tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi
cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan
kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan
sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.

Anda mungkin juga menyukai