Anda di halaman 1dari 6

Skrip Dialog

Situasi pertama

Anda merupakan seorang pengawal hutan. Semasa sedang membuat rondaan di


kawasan hutan, anda terlihat beberapa orang pekerja kilang sedang membuang
toksik ke dalam sungai. Anda melarang dengan segera dan memberikan nasihat
kepada mereka supaya berhenti melakukan pencemaran air.

Pekerja Kilang 1 : Jom kita buang sisa toksik ni ke dalam sungai. Aku tak
laratlah nak bawa tong-tong ni ke tempat yang lebih jauh.

Pekerja Kilang 2 : Ha,ahlah... kita buang dekat dalam sungai ini sahajalah.
Lagipun, tidak ada orang di sini nampaknya.

Pekerja Kilang 3 : Baik, cepat,cepat! Nanti ada orang nampak pula kita
buang sisa toksik ini ke dalam sungai. Lagipun, tak perlu kita susah-susah untuk
mencari tempat pembuangan yang lain.

Pekerja Kilang 1 : Aku nak kita buang dengan tong-tong ini sekali.
Menyusahkan kita sahaja untuk membawa ke hulu ke hilir.

Pegawai Perhilitan 1 : Eh, nampaknya ada orang yang ingin mencemarkan sungai.

Pegawai Perhilitan 2 : Cepat, cepat! Kita perlu menghalang mereka!

Pegawai Perhilitan 3 : Jika dibiar perbuatan mereka ini, semua ikan dan
hidupan di dalam sungai boleh mati. Kita perlu lakukan sesuatu.

Pegawai Perhilitan 2 : Hei, apa yang kamu semua buat ini hah!

Pegawai Perhilitan 1 : Ooo.. kamu semua ingin mencemarkan sungai ini ya.

Pekerja Kilang 1 : Maafkan kami encik. Kami tidak berniat untuk melakukan
ini semua.

Pekerja Kilang 2 : Maaf encik. Kami hanya melakukan tugas kami sebagai
pekerja kilang.

Pekerja kilang 3 :Betul tu. Kami telah diarahkan oleh pengurus kilang kami.

Pegawai Perhilitan 1 : Kamu tahu tak, dengan perbuatan kamu semua ini, semua
hidupan dalam sungai boleh mati. Hal ini kerana, mereka tidak mampu bernafas dan
juga boleh mengakibatkan hidupan mati disebabkan keracunan.

Pegawai Perhilitan 3 : Betul tu. Perbuatan kamu semua ini akan menganggu
ekosistem hidupan di dalam air. Malah, sungai ini adalah sumber minuman kita.

Pegawai Perhilitan 2 : Mari. Saya nak bawa kamu semua ke balai polis kerana
cuba melakukan pencemaran sungai.

Pekerja kilang 1,2 dan 3 : Ala, encik. Maafkan kami. Kami janji tidak akan
melakukan perkara ini lagi.
Skrip Dialog

Situasi Kedua

Ibu dan ayah anda meminta anda dan adik-beradik anda menanam anak-anak pokok

yang baru dibeli. Ketika anda dan adik-beradik anda menanam anak-anak pokok, anda

dan adik-beradik anda berbual tentang kebaikan menanam pokok serta manfaatnya

kepada dunia dan manusia.

Ibu : Mari anak-anak semua, tolong ibu dan ayah menanam anak-anak pokok
bunga ni di hadapan rumah kita.
Ayah : Ada banyak anak-anak pokok ni. Ada bunga mawar, melati dan melur.
Pokok ulam-ulaman pun ada.
Adik : Alah, malasnya. Buat apa tanam anak-anak pokok ni. Bukan ada
manfaat pun. Buat penat je.
Abang Angah: Betul tu ibu, ayah. Baik kita berehat di sini dan minum petang sahaja.
Abang Sulung: Adik-adik abang ni, tak baik cakap macam tu. Banyak manfaat yang
boleh kita peroleh dengan menanam anak-anak pokok ni tau.
Kakak : Betul tu. Salah satunya ialah kita boleh mencantikkan lagi kawasan
rumah kita ni. Betulkan, ibu, ayah?
Ibu : Betul tu. Dengan menanam pokok, suasana di halaman rumah kita
menjadi lebih nyaman dan sejuk. Ini kerana, pokok-pokok mengeluarkan gas oksigen
yang baik untuk kesihatan kita.
Ayah : Betul sungguh apa yang ibu kamu katakan. Pada masa sekarang, banyak
pokok-pokok di hutan telah ditebang. Malah, bukit-bukit juga telah ditarah untuk
dibina jalan raya dan kawasan perumahan.
Abang Angah: Ibu, ayah. Betul ke pada masa kini banyak hutan telah diteroka di
seluruh dunia?
Ayah : Iya, betul tu. Disebabkan penerokaan hutan dan pokok-pokok yang
ditebang, kes banjir kilat dan tanah runtuh sering berlaku.
Ibu : Oleh itu, kita perlulah melakukan aktiviti menanam semula anak-anak
pokok di dalam kawasan hutan.
Adik : Oh, begitu! Maafkan saya. Saya tidak tahu banyak manfaat yang
boleh kita peroleh dengan menanam pokok inikan abang?
Abang Angah: Ha,ahlah, abang ingat pokok ni sekadar hiasan dan tidak memberikan
apa-apa manfaat. Rupa-rupaya ia penyumbang yang besar kepada keseimbangan alam
di muka bumi ini.
Abang Sulung: Nanti, tiap-tiap hari adik-adik abang kena siram pokok-pokok ni ya.
Kakak : Jangan lupa tau!
Adik dan Abang Angah : Baik!
Skrip Dialog
Situasi Ketiga

Anda dan rakan anda terlihat beberapa orang pelajar yang membuang sampah di luar

kawasan sekolah. Anda dan rakan anda menasihati mereka supaya tidak berbuat

sedemikian. Anda juga diminta menjelaskan kepada mereka mengapa mereka tidak

boleh membuang sampah di merata-rata tempat.

Ahmad : Eh, Ah Chong, Amir dan Raju. Apa yang kamu semua buat ni.

Su Ween : Iyalah. Kenapa selepas kamu makan ais krim, kamu buang
bungkusannya di merata-rata tempat.

Ah Chong : Eh, biarlah! Ini hak kami. Lagipun, kamisudah berada di luar kawasan
sekolah.

Raju : Mentang-mentang kamu semua ni Pembimbing Rakan Sebaya di


sekolah, kamu ingat kamu berhak untuk menegur dan menasihati kami.

Aina : Tentulah. Walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, kita perlu
sentiasa menjaga kebersihan di mana-mana sahaja kita berada.

Amir : Ala, lagipun kami hanya membuang tiga bungkus plastik ais krim
sahaja. Bukan banyak pun.

Ahmad : Tetapi Amir, bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi


bukit.

Su Ween : Betul tu. Dengan perkara kecil seperti ini yang akan menyumbang
kepada perkara yang lebih besar. Oleh itu, walaupun hanya secebis sampah, kita
perlu membuangnya ke dalam tong sampah.

Aina : Dengan amalan menjaga kebersihan, hidup kita akan menjadi lebih
sihat. Malah, tiada pencemaran yang akan berlaku.

Raju : Oh, begitu. Maafkan kami rakan-rakan. Kami berjanji tidak akan
membuat perkara yang tidak bertanggungjawab seperti ini lagi.

Ah Chong : Saya selama ini tidak sedar perlakuan saya ini mampu menyumbang
kepada pencemaran alam sekitar.
Amir : Betul tu. Selepas ini, saya akan menyebarkan amalan menjaga
kebersihan ini kepada rakan-rakan yang lain.

Skrip Dialog

Situasi keempat

Anda dan rakan-rakan terlihat wanita yang memarahi juruwang di sebuah kedai

makan kerana tidak mahu memberinya plastik untuk membungkus makanan. Anda dan

rakan-rakan menuju ke arah wanita tersebut dan menasihatinya supaya tidak

menggunakan bungkusan plastik kerana boleh mencemarkan alam sekitar. Lakonkan

cara bagaimana anda menasihati wanita tersebut sehingga wanita itu sedar akan

kesalahan yang telah dilakukannya.

Juruwang 1: Maaf cik. Kedai kami memang tidak memberikan perkhidmatan beg

plastik untuk membungkuskan makanan.

Juruwang 2 : Betul tu cik. Di kedai ini cik perlu membawa bekas makanan sendiri.

Cik Aminah : Apa? Saya sebagai pelanggan seharusnya kamu perlu menyediakan

kemudahan secukupnya kepada kami. Lagipun, harga beg plastik bukannya mahal!

Juruwang 1 : Tetapi cik, ini adalah peraturan kedai yang telah kami tetapkan untuk

menyedarkan para pengguna tentang penjagaan alam sekitar.

Hashim : Maafkan kami, ada masalah apa ni ya.

Anak Hashim: Cepatlah ayah, cepatlah. Rina lapar dah ni. Nak makan...

Lina : Yala, masalah apa ni? Saya nak cepat ni dan saya ingin membayar
harga makanan yang saya sudah ambil.

Juruwang 2 : Maafkan saya. Kedai kami sebenarnya sudah lama tidak menyediakan
perkhidmatan beg plastik. Kalau cik nak, kami ada menjual bekas makanan.

Ah Lim : Sebenarnya cik, penggunaan beg plastik ini boleh menyebabkan


berlakunya pencemaran. Beg plastik memerlukan jangka masa yang cukup panjang
untuk reput. Cik mesti tidak mahu menggadaikan bumi kita hanya disebabkan sikap
tidak menjaga persekitaran bukan?

Cik Aminah : Oh begitu. Nampaknya saya terlalu mementingkan diri sendiri dan
langsung tidak mengambil kisah tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Lina : Betul tu. Kita perlu menjadi seorang pengguna yang bijak bukan?
Anak Hashim: Bila bumi bersih, hati kita pun jadi tenangkan.

Hashim : Pandai anak ayah.

Skrip Dialog

Situasi kelima

Sekumpulan murid sedang menghisap rokok dan merosakkan kemudahan sekolah.

Anda dan beberapa orang pengawas sekolah menasihati murid-murid nakal tersebut

supaya menjadi insan yang lebih baik dengan menjaga kemudahan dan alam sekitar

sepenuh hati. Malah, kamu juga menyatakan kepada mereka tentang manfaat

menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih.

Ranjit : Engkau nak hisap rokok? Aku ada bawa beberapa batang rokok ni.

Asmad : Boleh juga. Sudah lama aku tidak merokok.

Lee Wen : (Sambil menyepak kerusi dan mencabut bahagian kaki kerusi) Eh, aku

juga mahu menghisap rokok. Boleh aku minta sebatang?

Aina : Ranjit, Asmad, Lee Wen, apa yang kamu semua buat di belakang blok

sekolah ni, kamu melanggar peraturan sekolah ya!

Rosie : Ooo... ini kerja kamu semua ya. Sudahlah kamu semua selalu ponteng

sekolah. Malah, kamu juga menghisap rokok dan merosakkan kemudahan sekolah.

Habis kaki meja dan kerusi telah kamu patahkan.

Haikal : Kalau begini sikap kamu semua, saya akan laporkan hal ini kepada guru

disiplin untuk mengambil tindakan terhadap kamu semua.

Rizal : Guru disiplin tentu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan

kepada kamu semua. Habis kawasan belakang blok sekolah ini kotor dengan sampah

sarap dan bahagian-bahagian meja dan kerusi yang telah kamu semua patahkan.

Aina : Yala, asap rokok kamu ini boleh meyumbang kepada pencemaran udara

tahu! Malah, boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Pembuangan sampah pula boleh
mengakibatkan pembiakan lalat dan secara tidak langsung penyakit taun bleh

terjadi.

Lee Wen : Maafkan kami. Kami telah melanggar peraturan sekolah. Kami berjanji

tidak akan melakukan kesalahan ini lagi.

Anda mungkin juga menyukai