Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Yang dihormati, Puan Norhidayati bt Mohamed, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Yang dihornati, Puan Nor Azimah bt Adli, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati, Puan Noraini bt Kamarudin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, dan
Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Di hari yang penuh bahagia ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi
menjayakan Majlis Watikah Pelantikan peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai bagi tahun
2018. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada semua murid yang telah terpilih untuk
menjadi pemimpin dan bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin,
setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka
yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-
rakan yang lain.

Selain itu, para pemimpin dapat berganding bahu bersama-sama guru melunaskan tugas
dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru supaya
memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa mengingati-Nya semasa memikul tugas dan
tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam
sanubari. Itulah resepi pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat iaitu sentiasalah memberi
kerjasama kepada semua pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang telah dilantik.
Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha
membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan
kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.
Hadirin sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan semua murid agar sentiasa
mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang terpuji
sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’
(knowledge is power). Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang
baik dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai ini sentiasa mendapat
kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna
yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-
guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha menbetuk nilai-nilai insan dalam
diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap
peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam segala
aktiviti akademik, kokurikulum dan mungkin menjadi sekolah contoh di dalam negeri Perak ini.

Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Watikah


Pelantikan Pemimpin Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai bagi tahun 2018.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai