Anda di halaman 1dari 36

Topik 1

Konsep Budi Bahasa


dalam Masyarakat
Malaysia

MICHAEL BELEKUM
Ketua Unit Ekstra Kurikulum
IPGK tun Abdul Razak
0128992178 @ michaelbelekum@gmail.com
1. Konsep Budi Bahasa dalam
Masyarakat Malaysia
 Pengertian Budi
 Pengertian Bahasa
 Pengertian Budi Bahasa
KULIAH 1  Ciri-ciri Budi Bahasa
(2 K , 2T)  Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

Burung serindit terbang melayang,


Terbang hinggap di pohon nangka,
Bukan ringgit dipandang orang,
Orang memandang budi bahasa
HASIL PEMBELAJARAN

Menghuraikan amalan
Menyatakan ciri-ciri budi
berbudi Bahasa masyarakat
Bahasa
Malaysia

Membincangkan
Menghuraikan konsep budi, kepentingannya berbudi
bahasa, dan Budi bahasa bahasa dalam masyarakat
Malaysia.
Pengenalan

Malaysia merupakan negara majmuk yang kaya dengan


pelbagai bahasa, kebudayaan dan adat resam dan nilai-nilai
ketimuran yang murni.

Perhubungan dalam masyarakat Malaysia diikat dengan


satu kontrak sosial yang luhur dan murni yang menekankan
sikap bertolak ansur setiap kaum dalam mempertahankan
keharmonian negara yang dicintai.
Justeru amalan berbudi bahasa dan saling hormat-
menghormati menjadi keutamaan rakyat Malaysia dalam
mengecapi kehidupan yang sejahtera.
Amalan
Berbudi Bahasa
Fikir - fikirkan
• Sejauh manakah anda
memahami peribahasa
“orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi
kita merasa”

• Bincangkan secara
berkumpulan (10 minit)
peribahasa masyarakat
Malaysia yang menekankan
konsep berbudi Bahasa.
Aktiviti Riadah
Fikir-fikirkan

• Bincangkan secara
berkumpulan (10 minit)
contoh-contoh amalan
berbudi Bahasa masyarat
Malaysia
Tidak memaling muka ke tempat lain apabila
bercakap
Elak menyampuk atau mencelah percakapan orang
lain sehingga terhenti atau idea asal orang itu hilang
Amalan
Jangan lakukan kerja lain ketika seseorang bercakap
Berbudi
Bahasa Menyatakan sesuatu perkara dengan tertib dan baik

Masyarakat Hendaklah menggunakan bahasa yang mudah


difahami
Malaysia Sentiasa memberikan nasihat dan pengajaran yang
baik dengan tertib
Ikhlas membantu orang yang berada dalam
kesusahan
DEFINISI DEWAN BAHASA PUSTAKA (2002)

• Budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan atau sifat baik, perbuatan baik dan
kebajikan (DBP:2002)

DEFINISI KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (2005)

• Budi ditakrifkan sebagai akal dan kebijaksanaan seseorang, ia memberikan maksud


berterima kasih atas kebaikan orang lain

Noriati A. Rashid (2004)

• Budi ialah akal, kebijaksanaan, perangai dan akhlak yang baik. Tarifkan ini
melibatkan perbuatan dan tingkah laku yang baik

Pengertian Budi
TAKRIFAN BUDI DALAM PELBAGAI BANGSA

Fikir-fikirkan
• Adakah terdapat pandangan yang berbeza terhadap
konsep budi dalam masyarakat Malaysia?
• Contoh:
• Melayu
• Cina
• India
• Iban
• Bidayuh
• Orang Ulu
• Kadayan Dusun dll
Ferdinand De Saussure (1993) –
bahasa ialah satu sistem isyarat yang
berupa gabungan makna dengan
bayangan bunyi yang bersifat psikologi

Harimurti Kridalaksana (1994) –


bahasa adalah sistem lambang yang
arbitrari yang dipergunakan oleh
suatu masyarakat untuk bekerjasama,
berinterkasi dan mengidentifikasikan
diri.
Raja Mukhtarudin (1980) – bahasa ialah suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat
untuk bergotong royong

Asmah Haji Omar (1998) mentakrifkan Bahasa sebagai frasa atau petunjuk kepada
sesuatu budaya. Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya iaitu cara hidup,
persekitaran fizikal dan sosial masyarakat tersebut.

Kamus Dewan (2002: 87) mencatatkan maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

PENGERTIAN BAHASA
John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal
berstruktur dan urutan-urutan bunyi.

Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis
bunyi.

Sapir (1921) mentakrifkan bahasa sebagai kaedah yang bukan naluri bagi manusia untuk
menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol yang lahir secara sedar

Block dan Trager (1942) mentakrifkan Bahasa sebagai satu sistem lambing bunyi vokal yang
bersifat arbitrari dan digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi

PENGERTIAN BAHASA
Budi bahasa merujuk kepada
tutur kata, kelakuan, sopan
santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan
Pengertian kebajikan tercantum dalam
Budi Bahasa kata-kata mulia, dengan kata
lain, setiap gerak laku, tutur
kata, tata hidup, pemikiran
dan perasaan baik terhadap
orang lain.
Berbudi bahasa memperkukuh lagi pengertian budi
dan bahasa sebagai percakapan yang baik, elok dalam
tutur kata, halus tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi
budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradab,
bersopan santun, bertatatertib, berbudi pekerti mulia,
tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia.

Berbudi
bahasa PERBUATAN/
TINGKAH LAKU

MIMIK BAHASA
MUKA BADAN RESPON
6 CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA

Bertimbang rasa
Bertoleransi
Bertolak ansur
Bersopan santun
Ramah mesra
Tidak mementingkan diri
(Faridah Nazir et al.. 2015)
Fikir-fikirkan

Bahagikan kepada 6 KUMPULAN 1: KUMPULAN 2: KUMPULAN 3:


BERTIMBANG RASA BERTOLERANSI BERTOLAK ANSUR
kumpulan:
Senaraikan ciri-ciri
orang yang….

(Masa: 15 minit)
KUMPULAN 4: KUMPULAN 5: KUMPULAN 6:
BERSOPAN SANTUN RAMAH MESRA TIDAK
MEMENTINGKAN
DIRI
• Perasaan bertimbang rasa merupakan
sebahagian daripada sikap terpuji
mengira perbezaan latar belakang
CIRI 1: sesuatu kaum bertindak atau
melakukan sesuatu perkara agar tidak
BERTIMBANG menyinggung perasaan orang lain
RASA memahami pendapat yang berbeza
dan belajar menyesuaikan diri dengan
orang lain
• bersikap sabar
• sikap dapat menerima atau
menghormati pendapatan, fikiran
dan kepercayaan orang lain
• tidak hanya mementingkan atau
CIRI 2: menguntungkan bagi sebelah pihak
TOLERANSI semata-mata
• tidak terlalu mengira bila berbuat baik
sesame orang lain
• mudah memaafkan kesalahan orang
lain
• tidak hanya mementingkan
atau menguntungkan bagi
sebelah pihak semata- mata
CIRI 3: • tidak terlalu mengira bila berbuat
TOLAK ANSUR baik sesama orang lain
• mudah memaafkan kesalahan
orang lain
• lemah-lembut
• tidak angkuh, tidak
CIRI 4: menunjuk-nunjuk dan tidak
Bersopan- sombong dalam pergaulan
santun dengan orang lain
• perilaku yang sopan
• mudah diajak berunding
• mesra dan memberi
CIRI 5: senyuman
Ramah mesra • penyabar dan tidak emosional
• tidak hanya memerhatikan
kepentingannya sendiri, tetapi
CIRI 6: kepentingan orang lain juga
Tidak • selalu tolong menolong antara
satu sama lain
mementingkan
• memberi bantuan kepada orang
diri sendiri yang memerlukankan bantuan
Fikir-fikirkan

Bincangkan (Masa: 15 minit)

Pada pandangan anda, adakah Generasi Alpha kurang berbudi


bahasa berbandingkan Generasi X, Generasi Y dan Generasi Z.
Berikan justifikasi anda
Ciri-Ciri
Menurut Ikhlas Jujur
Berbudi
Bahasa
Merendah
Benar Pemurah
diri

Suka
Berjasa Berbakti
menolong
(Mustafa Hj Daud ,1995)
Ciri-Ciri
Berbudi MERENDAH
DIRI
SABAR SIKAP
POSITIF
Bahasa

(Khairuddin Mohamad et al (2012)

KESANTUNA TERTIB BERSOPAN


N BAHASA MENYUSUN SANTUN
KATA-KATA SEMASA
BERCAKAP
• Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah
melibatkan tingkah laku.
• Za’ba (1950) memberikan beberapa contoh
tingkah laku yang baik:
- Bersalam
- menunjukkan muka yang manis
Budi Bahasa - cara duduk yang tertib
- melayan tetamu dengan menghidangkan
juadah
- membongkokkan badan ketika melintas
- menggunakan ibu jari apabila menunjuk
sesuatu
Mengapakah amalan budi bahasa
Fikir-fikirkan penting dalam kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia.?

Bagaimana mewujudkan budi


Budi Bahasa bahasa dalam masyarakat ?

Apakah peranan guru dalam


usaha mewujudkan budi bahasa
dalam kalangan masyarakat?
Mengapakah amalan budi bahasa
Jawapan penting dalam kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia.?
• Mengelakkan perselisihan faham antara
satu sama lain. Mewujudkan perpaduan
Budi Bahasa dalam kalangan rakyat dengan mencapai
persefahaman.
• Meningkatkan imej seseorang/negara.
• Merapatkan hubungan sosial dengan
orang lain
• Memastikan keharmonian hidup
masyarakat
Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan
budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?
Jawapan • Diri sendiri perlu mempunyai disiplin yang tinggi untuk berbudi
bahasa
• ibubapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila
memberi didikan kepada anak-anak
Amalan • ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada
anak-anak dengan menjadi teladan kepada anak-anak.

Budi Bahasa • masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan


remaja dengan cara berhemah

dalam • Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan


masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-

masyarakat
anak
• para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan,
bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi
salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
• syarikat pengangkutan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata
pada kenderaan awam
• warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila
berinteraksi dengan pelajar.
• Mengadakan Kempen Budi Bahasa
Nyatakan peranan guru dalam
Jawapan pemupukan amalan budi bahasa
dalam kalangan murid sekolah.
Amalan • Menjadi teladan kepada murid-murid
Budi Bahasa • Memberi galakan kepada murid-murid
apabila mereka berbudi bahasa dan
dalam • memberi teguran apabila murid-murid
masyarakat tidak berbudi bahasa kepada orang lain.
• menjelaskan kepentingan mengamalkan
amalan budi bahasa
• Membudayakan amalan budi bahasa
dalam kalangan murid
Tutur Kata (Percakapan yang bersopan dan lemah
lembut.)
Kelakuan (Tingkah laku yang baik dan hemah tinggi)

BUDI BAHASA Sopan Santun (Budi pekerti yang luhur, mulia dan
baik.)
DALAM Tatatertib (Peraturan yang perlu diikuti oleh
MASYARAKAT seseorang dalam kelakuan serta tingkah laku.)
Akal ( Boleh berfikir dengan rasional dan baik
MALAYSIA sebelum bertutur.)
Kebijaksanaan (Pandai dalam memilih perkataan
atau ayat untuk bertutur.)
Perbuatan Kebajikan (Memberi bantuan kepada
orang yang berada dalam kesusahan.)
Fikir-fikirkan

Pada pendapat anda, mengapakah sifat luhur dan


kesantunan rakyat Malaysia semakin luntur?
Kesimpulan

Apabila wujud sikap saling


Amalan berbudi bahasa hormat-menghormati,
Masyarakat yang berbudi
hendaklah dijadikan sebagai masyarakat akan hidup
bahasa sentiasa
budaya dalam kehidupan dalam suasana yang harmoni
menghormati dan dihormati
seharian rakyat Malaysia walaupun berbeza budaya,
adat dan kepercayaan
Kesimpulan
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.

Anak merpati disambar helang,


Terbang ketitir di dalam huma
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.
Tutorial
1. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
a) Senaraikan lima amalan berbudi Bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia
b) Mengapakah perlakuan memalingkan muka ke arah lain semasa berbicara dengan seseorang dianggap tidak sopan?
2. Nila budi dan Bahasa dalam konteks masyarakat Malaysia mempunyai nilai yang amat tinggi
a) Berikan lima ciri budi Bahasa
b) Nyatakan lima sifat individu yang memiliki sikap bertoleransi
3. Sifat merendah diri merupakan satu kaedah menilai tahap kesantunan seseorang
a) Senaraikan lima sifat orang yang merendah diri
b) Cadangkan tindakan yang boleh diambil apabila berhadapan dengan orang yang sombong
4. Mencelah percakapan orang lain terutamanya orang yang lebih tua dianggap kurang sopan
a) Senaraikan lima kesan negatif berdasarkan sikap di atas
b) Nyatakan lima amalan orang yang berfikiran positif
5. Kurang kesedaran sivik merupakan satu faktor pendorong peningkatan kes vandalisme di negara
ini.
a) Berikan lima faktor yang menyebabkan vandalisme terus berlaku
b) Cadangkan langkah-langkah untuk menangani masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai