Anda di halaman 1dari 22

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama pelajar : Nurain Binti Abd Khadir

Tarikh : 27 Ogos 2015


Biodata Diri

NAMA : NURAIN BINTI ABD KHADIR

NO. KAD PENGENALAN : 970807-02-6170

KUMPULAN/UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KURSUS/ SEMESTER : PPISMP-SEMESTER 1

AMBILAN : JUN 2015

E-MEL : ainkhadir@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO 430 JALAN 12 TAMAN SERI PAGI

70450 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN

NO. TELEFON : 012-9804350


Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kerja kursus ini dapat
disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Dr
Faridah binti Nazir atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah beliau
berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan saya. Saya juga mengucapakan terima
kasih kepada ahli keluarga yang amat saya kasihi terutamanya ayah saya, iaitu Abd
Khadir Bin Ismail dan ibu saya, iaitu Nazira Binti Man yang banyak memberi galakan,
dorongan semasa saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan sekuliah terutama
rakan sekumpulan yang telah sama-sama berkolaborasi dalam mencari bahan, membuat
rakaman dan menyiapkan tugasan. Kerjasama kalian amat saya dihargai dan diharap
kerjasama ini akan terus berkekalan. Atas kerjasama kalian tugasan ini telah dapat
sama-sama kita sempurnakan.

Sekali lagi saya mengucapakan terima kasih atas semua pertolongan yang telah
diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu saya menjayakan kerja kursus ini. Moga dengan jasa baik yang telah
dicurahkan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.


1.0 PENGENALAN

Santun menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1984), hal 1115 bermaksud halus budi
bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.Berbahasa dengan santun ialah
menggunakan bahasa secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan dan
berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses
komunikasi. Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun,
kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).

Dengan perkataan lain, perkataan santun dikaitkan dengan gerak geri ataupun perilaku
dan bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam komunikasi. Oleh itu, jika
berbahasa, individu yang santun akan menggunakan bahasa yang halus, sopan dan
mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung mencerminkan
ketinggian budi orang yang bercakap ataupun orang yang disapa.

Dalam konteks Masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi


menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal
ini kerana adalah penting untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan
berbahasa yang terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta
penggunaan bahasa. Tidak semestinya bahasa yang puitis dan gramatis diperlukan
cukup sekadar penggunaan bahasa yang sopan, teratur dan disenangi sama ada secara
lisan mahupun tulisan.
2.0 PENDAPAT TOKOH

Masyarakat Malaysia telah mewarisi satu budaya daripada generasi terdahulu iaitu budaya sopan dan
santun. Budaya sopan dan santun ini masih kekal sehingga ke hari ini dan telah menjadi amalan serta
cara hidup yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat. Kecantikan yang sebenar bukanlah
terletak pada wajah dan pakaian semata-mata namun kecantikan yang sebenar ialah keelokkan adab
dan ketinggian ilmu seseorang. Oleh hal yang demikian, apakah yang dimaksudkan dengan
kesantunan yang sebenarnya?

Asmah Haji Omar (2000) telah mendefinisikan kesantunan mengikut perspektif


Melayu iaitu penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Beliau turut menyatakan
kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Asmah Hj. Omar (2000),
telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:

a) Kesantunan asas
Kesantunan asas ialah kesantunan yang sedia ada dalam masyarakat yang
dijadikan sebagai pedoman dalam pergaulan seperti yang diberi penekanan
dalam ajaran agama.

b) Kesantunan berkala.
Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan
ucapan yang dilakukan dalam masyarakat berdasarkan situasi tertentu misalnya
laras dan tempat berlainan dan pangkat seseorang. Sebagai contohnya, rakyat
biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-
lain.
Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan
bahasa yang baik, sopan dan beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Malah, kesantunan turut
didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama
oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat
tersebut.

Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik Karim Amrullah (2002) telah
menyatakan bahawa kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang. Menurutnya lagi, kesantunan
meliputi kata-kata yang lemah dan beradab hingga dapat melembutkan hati seseorang.
Malah, bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di
dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.

Indirawati Wahid (2012) pula mempunyai pandangan yang lebih mendalam


tentang konsep kesantunan. Menurut beliau, kesantunan melibatkan pengguna dan
konteks, iaitu pengguna ialah penutur dan pendengar, manakala konteks pula ialah
situasi berlansungnya sesuatu aktiviti ataupun interaksi Antara ahli masyarakat. Dengan
perkataan lain, kesantunan merupakan lakuan Bahasa yang diterima pakai dalam
masyrakat yang mana setiap masyarakat penutur di dunia ini mempunyai norma tertentu
yang menentukan gaya hidup yang diamalkan.
Sementara itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) pula menyatakan bahawa
kesantunan merujuk kepada penggunaan Bahasa yang halus dan santun yang dapat
melambangkan nilai social dan budaya sesuatu masyarakat. Kesantunan turut
diklasifikasikan sebagai etika social, iaitu sesuatu yang asas dan perlu diamalkan untuk
mewujudkan keramahan dan penhormatan kepada tetamu.

Takrifan menurut pandangan barat pula, J. Ferguson dan Das Gupta (1968),
menyatakan yang kesantunan itu berlaku apabila penutur dan pendengar mengikuti
semua peraturan dalam perbualan. Tambah mereka lagi, kesantunan berlaku apabila
terdapat komunikasi dan hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.

Menurut Aristotle yang merupakan seorang guru yang memperjuangkan ilmu


falsafah telah memberi definisi kesantunan, iaitu dapat meninggikan darjat seseorang
melalui akal dan adabnya dan bukan asal keturunannya. Tambahnya lagi, adab dan
sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. Leech (1983) pula mendifinisikan
kesantunan sebagai strategi untuk mengelakkan persengketaan dalam interaksi.
Strategi utama yang perlu dipatuhi untuk mencapai sifat santun adalah penggunaan
Bahasa yang halus, beradab sopan sikap yang lemah lembut dan bebrbudi pekerti.

Menurut Thomas (1995), kesantunan adalah kesedaran tentang jarak sosial.


Perkara ini bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap
sopan apabila berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang penutur
yang lain. Dengan maksud lain, darjah kesopanan perlu mengambil kira jarak sosial
misalnya, perbualan dengan seseorang yang rapat pasti berbeza dengan seseorang
yang baru dikenali. Takrif lain tentang kesantunan turut dikemukakan oleh Lakoff (1977),
iaitu perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Berdasarkan pendapat tokoh Hamka yang menyatakan konsep beliau iaitu


kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaian seseorang menunjukkan bahawa perilaku seseorang itu tidak
berdasarkan luaran tetapi dalaman. Contoh yang kita boleh dapati bahawa punca utama
kemalangan jalan raya di Malaysia adalah kerana sikap manusia itu sendiri. Ini
menunjukan bahawa sikap pemandu di jalan raya yang tidak mempunyai kesantunan
telah menyebabkan kemalangan itu berlaku. Saya memilih isu kemalangan di jalan raya
dan pendapat tokoh Hamka dalam tugasan kerja kali ini.

3.0 ISU-ISU KESANTUNAN DI MALAYSIA

3.1 Punca-punca Kemalangan di Jalan Raya


Mengikut kajian oleh University Michigan bertarikh Febuari 2014, Malaysia
menduduki tempat ke 17 teratas dalam kadar kematian di jalanraya di dunia, dengan 30
kematian pada setiap 100,000 penduduknya. Ini menunjukkan bahawa negara kita
mempunyai kadar kematian yang tinggi di jalan raya. Hal ini merupakan perkara yang
negatif kerana ianya dapat memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Oleh itu kita
hendaklah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya
supaya

Rajah 3.1.1 keratan akhbar Berita Harian

Antara punca-punca kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri.
Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak
mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk
memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga
pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan
memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan
sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan, malah dia juga turut
menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ini juga menunjukkan yang pemandu itu
tidak mempunyai kesantunan dalam memandu.
Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang
kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa
memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu
kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu
malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam,
jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil
had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.

Rajah 3.1.2 keratan akhbar kemalangan

Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan
raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam
keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh
raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba
memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan
pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati
apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin.
Rajah 3.1.3 Punca- punca kemalangan jalan raya.

3.2 Kesan Kemalangan di Jalan Raya

Banyak impak dan kesan akan berlaku jika ianya terjadi antaranya ialah kadar
kematian meningkat dan meragut nyawa manusia yang tidak berdosa. Negara akan
mengalami kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai
ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga juga akan kehilangan ahli
keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.
Rajah 3.2.1 gambar bas terbabas di laluan Highway

Selain itu, ianya juga memberi kesan kepada individu yang terlibat contohnya
kecacatan anggota tubuh badan. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli
keluarga. Mereka juga akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Oleh itu, masa
depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu.

Seterusnya, kemalangan turut menyebabkan kerosakan harta benda dan harta


kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki
serta keadaan jalan raya juga turut rosak yang akan menyusahkan pengguna-pengguna
jalan raya yang lain. Keluarga juga turut menanggung beban menjaga dan mengurus
hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa
menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi.

Oleh hal demikian, imej negara juga terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana
kadar kemalangan jalan raya yang tinggi yang mencerminkan sikap rakyat yang tidak
berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya. Akhir sekali , kerajaan banyak
mengeluarkan kos. Kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan
menyelenggara sistem jalan raya. Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan
untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya.
Kecacatan
anggota tubuh
badan

Tenaga kerja Kerosakan


semakin harta benda
berkurang awam
Kesan
Kemalangan di
Jalan Raya

Keluarga
Kadar kematian
menanggung
meningkat
beban

Rajah peta i-think

3.3 Langkah-langkah

Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh mengambil beberapa
langkah yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus
meningkat. Langkah-langkah utama yang perlu diberi perhatian adalah Jabatan Kerja
Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang
sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya perlu diperbanyakkan seperti
jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang
perlu.

Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh


kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu
wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal
kenderaan dengan baik. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang
kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri.
Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) juga patut diperluas agar dapat mengesan
pemandu yang melebihi had laju.

Seterusnya, anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya
perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-
hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan
raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama iaitu mempunyai kesantunan,
kemalangan jalan raya pasti dapat dihindari.

Akhir sekali, badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu
memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi
pelbagai media yang ada di negara ini. Melalui brosur-brosur dan risalah-risalah yang
dapat membuka mata pengguna di jalan raya.

4.0 BROSUR

Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari
satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain,
dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan
pengokot, benang, atau kawat), tapi tidak menggunakan jilid keras. Menurut takrifan
UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam
satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di
luar perhitungan halaman sampul. Di England dari abad ke-16 hingga abad ke-18, istilah
pamphlet digunakan untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik
terkini, umumnya berhubungan dengan agama atau politik.

Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan
dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah.
Pamflet yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan
(bahasa Inggeris: leaflet, flier, atau flyer). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat
tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut
katalog.
Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk,
perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai
kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas,
dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka
agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam
usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut.

Buku kecil sering memiliki sampul, halaman judul, dan dijilid, dan memiliki jumlah muka
surat yang lebih banyak dari pamflet. Bentuknya sering kelihatan seperti buku ukuran
kecil. Berbeza dengan pamflet, buku kecil tidak sesuai untuk pengiklanan.
Sejumlah barangan seperti barang elektronik, sering menyertakan buku kecil yang
mengandungi perincian produk atau penjelasan cara penggunaan. Buku kecil yang
disertai barang elektronik kadang-kala memiliki jumlah halaman yang banyak dan tidak
habis dibaca sekali. Album rekaman, seperti kaset atau CD sering menyertakan buku
kecil yang berisi lirik lagu, foto, dan nama-nama artis.
5.0 REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini
ialah Kesantunan Masyarakat Malaysia GSB1012. Sepanjang menjalankan tugasan
kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang
lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak
memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut.
Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah
untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya,
saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang
telah diberikan. Hal ini disebabkan, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang
diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah
tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan
berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih awal dalam amali
pada setiap minggu.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya
kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain
mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut
sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap
minggu lagi. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat
dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan
dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan
tugasan dengan baik.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil


beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi
cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali
dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan
mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana,
secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan
komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah
melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika
seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang
berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak
dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah
aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam
membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan
mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak
cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu
keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea
seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.

Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan


dan dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan
untuk aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini
ialah ciri-ciri yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain,
perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid.
Mengutamakan pemilihan dan penggunaan bahan bercirikan tempatan ini sudah pasti
bertepatan dan bersesuaian kepada murid-murid kerana mereka akan lebih mudah
mengikuti dan memahami isi pembelajaran yang disampaikan. Penjelasan yang dapat
diberikan di sini, murid akan lebih mudah menjawab dan memberi respons kepada guru
apabila diajukan soalan dalam aktiviti pembelajaran. Contoh ciri-ciri tempatan yang
boleh digunakan ialah apa-apa sahaja yang sering dilihat oleh murid di persekitaran
mereka seperti buah-buahan tempatan dan sebagainya.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan
tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan
melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat
melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan
baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat
hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai


kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya
saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan.
Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain
menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Akhir
sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan
berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting,
pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan
ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada
saya.
Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru
kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu
BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah,
saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi
saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.

Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan
bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari
pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar
alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh
dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai
pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan
sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di
internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke
komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya
kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan
yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama
juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari
pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer
saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata
pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang
teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal
yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan
di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat
belajar kelak.
6.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

Brosur. (1983). Retrieved August 20, 2015, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Brosur