Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Kesantunan berbahasa setiap masyarakat ditakrifkan oleh tokoh-tokoh

terkenal,sama ada di tanah air ataupun di pentas antarabangsa.Segelintir masyarakat

tidak mengetahui takrifan kesantunan kerana mereka hanya tahu mengaplikasinya

dalam kehidupan seharian.Oleh sebab itu,Pelbagai tokoh-tokoh luar telah memberikan

takrifan kesantunan ini.Kesantunan terbahagi kepada dua jenis iaitu kesantunan asas

dan kesantunan berkala.Kesantunan asas merupakan kesantunan sedia ada yang

merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.Kemudian,

Kesantunan berkala ialah kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan

oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung pada

keadaan,situasi dan tempat tertentu.

Menurut Kamus Dewan(1984) kesantunan bermaksud perihal(sifat,tingkah

laku,pertuturan dan sebagainya),santun,kesopanan serta kehalusan(budi bahasa atau

budi pekerti).Konsep kesantunan dapat menerangkan lebih jelas tentang kesantunan

berbahasa melalui aspek-aspek yang tertentu iaitu kesantunan mencerminkan nilai

kesopanan yang halus seperti orang yang bersantun tergambar nilai sopan santun atau

nilai etika pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.Selain

itu,kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan misalnya cara berpakaian,cara

bekerja,cara bertutur,cara belajar dan lain-lain.


2.0 TOKOH-TOKOH KESANTUNAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

2.1 Awang Sariyan(2007)

Awang Sariyan memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan

bahasa yang baik,sopan,beradab,memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Kata-kata yang diucapkan oleh Awang Sariyan sangat bermakna

jika kita mendalami satu persatu patah perkataan yang dilontarkannya antaranya

penggunaan bahasa yang baik ialah bahasa yang mengenengahkan budi

bicara yang lembut di samping cara berkomunikasi yang sopan ditunjukkan

kepada masyarakat.Hal ini secra tidak langsung melatih sikap dan

keperibadian yang mulia dalam jiwa seseorang individu.

Sebagai contoh, ucapan ringkas seperti “terima kasih” dan “tolong”

sangat mudah untuk disebut kepada seseorang yang dikenali atau sebaliknya kerana

kita tidak perlu untuk mengeluarkan wang ringgit untuk melakukannya.Secara tidak

langsung,kita dapat menarik perhatian masyarakat di sekeliling untuk mengikut dan

mengamalkan penggunaan bahasa yang sopan dan baik.

Gambar 1: foto Awang Sariyan


2.2 Asmah Haji Omar(2000)

Asmah Haji Omar mendefinisikan kesantunan ialah penggunaan

bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan dan rasa

tersinggung daripada pendengar.Beliau juga berpendapat Orang Melayu

sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat .

Pandangan beliau amat bijaksana dan kritis kerana bahasa

melambangkan identiti sesuatu bangsa yang jika dilihat baik padanya maka

pujianlah yang diterima, jikalau buruk maka kebencianlah yang akan

diterima.Jadi,pengunaan bahasa yang betul dapat meninggikan harga diri

seseorang dan kecacatan penggunaan bahasa oleh sebahagian golongan

masyarakat khasnya Bahasa Melayu dapat dikenalpasti .Kaedah

pengenalpastian ini bertujuan bagi mengelakkan penggunaan bahasa asing

bercampur aduk antara bahasa Malayu dengan bahasa asing terutamanya

bahasa inggeris.

Tamsilnya,pihak penerbit filem harus melantik satu biro

khas berkaitan bahasa baku agar majalah atau drama yang diterbitkan telah

diedit dan mengikut bahasa baku yang betul.

Gambar 2:foto Asmah Haji Omar


2.3 Siti Hajar Abdul Aziz(2009)

Siti Hajar Abdul Aziz merupakan salah seorang yang mendefinisikan

kesantunan bahasa sebagai cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan

dan beradab.

Berdasarkan kata-kata yang disebut oleh beliau,boleh kita jelaskan secara

ringkasnya baik budi bahasa serta penggunaan kata,kedua dua elemen ini

mempunyai peranan yang sangat penting untuk dimiliki oleh setiap individu.Hal ini

kerana,penggunaan kata yang berhemah dapat meyakinkan orang di sekeliling untuk

mempercayai dan berkongsi idea diantara satu sama lain. Perkongsian idea adalah

maudhuk untuk kita kemukan masalah yang dihadapi oleh kedua dua belah pihak

yang mana membawa kepada satu jalan penyelesaian serta perbalahan dan

pergaduhan dapat dielakkan.

Sebagai contoh,peristiwa berdarah 13 Mei yang menunjukkan

kebobrokan hubungan di anatara kaum di Malaysia kerana dhaifnya masyarakat

tentang budi bahasa dan penggunaan kata yang betul dalam berpolitik.Kesan

daripada peristiwa ini,kita dapat lihat betapa masyarakat Malaysia pada ketika itu

hilang kesepaduan kerana tidak adanya perbincangan dan perkongsian idea yang

bernas oleh kedua-dua pihak.


3.0 TOKOH-TOKOH KESANTUNAN MASYARAKAT DI LUAR NEGARA

3.1 Hamka(1995)

Menerusi buku kesantunan berbahasa,Hamka menjelaskan bahawa kesantunan

ialah kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu

seseorang,bukan terletak pada pada wajah dan pakaiannya.Seterusnya,beliau

berpendapat kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati manusia dan

bertambah kuat kepada kepercayaan agama ,semakin tinggi darjatnya di dalam

pergaulan hidup dan bertambah baik tingkah lakunya.

Jadi,penjelasan beliau tentang kesantunan bahasa, sangat mementingkan ilmu

pengetahuan kerana ilmu merupakan kunci kepada segala permasalahan yang berlaku

di sekeliling kita.Kata-kata hikmah ada menyebut yang mana beramal tanpa ilmu adalah

salah dan dianggap sia-sia.Selain itu ,berpegang teguh kepada kepercayaan agama

dapat menjadikan diri kita patuh pada setiap suruhan dan larangan daripada tuhan

yang secara tidak langsung memotivasikan diri menjadi lebih baik dalam perbuatan

tingkah laku mahupun dalam pergaulan.

Tamsilnya,setiap agama menyuruh penganutnya melakukan perkara yang baik

dan meninggalkan perkara yang dilarang seperti agama islam melarang umatnya

merendahkan atau menghina orang miskin dan anak yatim kerana mereka juga

merupakan makhluk Allah yang dicipta sebaik-baik kejadian yang perlukan kasih

sayang dan kata-kata yang baik dari masyarakat .Sehubungan daripada

itu,agama telah pon mengajar kita untuk mempratikkan prilaku dan menjaga adab

sesama makhluk agar hidup lebih harmoni.


Gambar 3 : foto Hamka

3.2 Leech(1983)

Leech menakrifkan kesantunan ialah perakuan yang dapat mengurangkan

pergeseran dalam sesuatu interaksi.Di samping itu,bahasa yang halus,beradab

sopan,perlakuan lemah lembut dan berbudi pekerti dapat mengurangkan pergeseran

atau konflik.Beliau memberi penekanan kepada enam aspek iaitu maksim kerendahan

hati,maksim simpati,maksim sokongan,maksimsantun,maksimbudiman dan maksim

persetujuan.

Takrifan kesantunan daripada salah seorang dari tokoh dunia ini kita dapat

lihat interaksi yang baik dapat mewujudkan suasana aman damai diantara

masyarakat.Interaksi yang baik bukan sekadar menggunakan bahasa yang sopan

malah gaya percakapan dan kebijaksanaan dalam bertutur juga amat signifikan dalam

kehidupan seharian.Hal ini kerana manusia mempunyai caranya yang tersendiri, dalam

menyampaikan emosi dan tingkahlakunya.

Sebagai contoh,sesetengah masyarakat atau individu lebih gemar

mendengar motivasi dari pakar-pakar seperti Dr.Fazilah Kamsah yang merupakan

motivator yang diiktiraf untuk menjadikannya dirinya lebih bersemangat dan dapat

meningkatkan potensi diri berbanding rakan-rakannya yang di tempat kerja.


Gambar 4:foto Geoffrey Leech

3.3 J.ferguson & Das Gupta(1968)

J.ferguson & Das Gupta menjelaskan kesantunan berlaku apabila kontrak

perubahan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan

komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.Seterusnya wujud

persetujuan bersama dalam masyarakat untuk menentukan etika dan peraturan

bermasyarakat. Tambahan lagi,berlaku dalam masyarakat yang mengamalkan budaya

yang sama dan ingin melahirkan masyarakat yang harmoni.

Oleh itu,penutur dan pendengar merupakan individu yang perlu memahami

antara satu sama lain supaya mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan

baik. Pendengar khasnya memainkan peranan yang penting untuk memastikan

maklumat yang deterima tidak disalah tafsirkan dan keupayaan untuk memahami

perkara yang didengar dalam pelbagai pengucapan seperti cerita,arahan,soal jawab

,perbincangan dan laporan berita.

Sebagai contoh,ketua kelas perlu mendengar arahan guru dengan teliti supaya

maklumat yang diperolehi dapat disampaikan dengan tepat kepada rakan-rakan

sekelas serta mengelakkan salah faham antara murid dan guru di sekolah.Tambahan

lagi sekolah menjadi tempat bagi masyarakat untuk melatih diri mengikuti peraturan

agar hidup lebih harmoni.


Gambar 5:foto Ferguson & Das Gupta

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya,dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika

berkomunikasi,kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang

peramah,bertimbang rasa,berfikiran positif,mengamalkan sikap toleransi,bersopan

santun,jujur dengan tetamu,bermoral dan baik hati.Ini secara tidak langsung,kita akan

mengekalkan peribadi yang mulia dan menonjolkan peribadi bangsa yang tinggi

peradaban.
5.0 RUJUKAN

-Asmah Haji Omar.(2007).Kesantunan bahasa dalam pengurusan,pentadbiran dan

media.kuala lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Awang Sariyan.(2007).Santun Berbahasa.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Kamus Dewan,(1984).Kuala Lumpur :dewan Bahasa dan Pustaka.

-Radiah yusuff Dan Nor Salleh lebar,(2005).Linguistik Pengenalan.Selangor:Prentice

hall Sdn.Bhn.

-Hashim Musa,1994.Pengantar Falsafah Bahasa.Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala

Lumpur.

-Sibarani Robert.2002.Fenomena Kesantunan Bahasa Dalam Bahasa

Melayu/Indonesia,Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Bahasa dan

Pemikiran Melayu III,Songkhla,Pattani pada 4-7 Mei 2002.

-Kamus Dewan,(Edisi Ketiga)1996.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

-Siti Hajar Abdul Aziz,(2008).Bahasa Melayu 1.Shah Alam:Oxford Fajar.


6.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai