Anda di halaman 1dari 28

BBM 5203:

SOSIOLINGUISTIK LANJUTAN
Oleh: Nik Suhaida binti Razak
No. Matrik: GS 41220
Tajuk: Bahasa Dan Kesantunan Mempunyai Kaitan
Yang Rapat. Huraikan.

Definisi Konsep
Kesantunan
Kata santun diberi makna oleh Kamus Dewan sebagai
halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan.
Oleh itu, kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan
budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Secara umum, ia merujuk kepada penggunaan bahasa
yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia
dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya.
Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa
yang bertamadun.

Kesantunan bahasa tercermin dalam tatacara


berkomunikasi.
Ketika berkomunikasi, kita harus tunduk kepada
norma-norma budaya yang hidup dalam masyarakat .
Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai
dengan norma-norma budaya, maka dia dituduh
sebagai orang yang aneh, egois, sombong, tidak beradat
atau tidak berbudaya.

Zaba (1950) membincangkan aspek kesantunan


perbuatan. Beliau mengatakan bahawa budi bahasa
bukan sekadar penggunaan bahasa semata-mata.
Perlakuan dan tingkah laku seseorang, seperti amalan
berjabat tangan, menunjukkan muka yang manis, cara
duduk yang tertib dan disenangi, melayan tetamu
dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan
ketika melintas di hadapan atau di belakang orang lain,
serta menggunakan ibu jari bukan jari telunjuk, apabila
mahu menunjukkan sesuatu perlu dititikberatkan juga.
Penggunaan bahasa yang santun tidak lengkap tanpa
disertai oleh perlakuan yang mulia itu.

Konsep Kesantunan Melayu


Sifat santun dan kesantunan boleh didefinisikan
sebagai halus budi bahasa dan pekerti dalam kelakuan
berinteraksi dan berkomunikasi.
Dalam pengertian orang Melayu, kesantunan dikaitkan
dengan tiga komponen keperibadian atau sahsiah
seseorang manusia, iaitu:
Fiil perangai dan budi pekertinya yang membawa
kepada tindak-tanduk perbuatan dan aksinya.
Budi bahasa dan tutur katanya yang membawa kepada
budi bicara dan percakapannya.
Hati budi, iaitu kalbu dan akalnya.

Konsep kesantunan bagi orang Melayu tidak boleh


dipisahkan daripada agama, iaitu Islam.
Kesantunan ialah sebahagian daripada akhlak bukan
setakat etika dan moral sahaja.
Sememangnya perlakuan dan tindak-tanduk yang
beretika dan bermoral dianggap baik dan murni kerana
menyumbang dan memanfaatkan manusia dan makhluk
yang lain.
Namun, dalam pengajaran agama Islam, segala
perlakuan dan pertuturan yang baik mesti disertai
dengan niat yang ikhlas, iaitu hanya untuk mendapat
keredhaan Allah Khaliknya semata-mata.

Kesantunan Bahasa dari Sudut Agama

Bahasa menurut huraian Islam, berkait rapat dengan akal. Manusia


disebut haiwan natiq atau rational animal disebakan adanya dua unsur
itu pada dirinya.
Dikaitkan dengan ciri manusia sebagai haiwan yang berakal dan
berbahasa.
Sebagai makluk yang istimewa dan mulia, manusia wajib menjaga
kemuliaan akhlak dan salah satu tanda kemuliaan akhlak manusia ialah
kesantunan bahasanya.
Bahasa menjadi wahana atau saluran akal untuk melahirkan idea,
fikiran dan bahkan perasaan seseorang sehingga dapat disampaikan
kepada pihak lain.
Bahasa menjadi wahana yang menerima dan mentafsirkan idea, fikiran
atau perasaan daripada pihak lain sehingga penerima idea, fikiran atau
perasaan itu faham dan mungkin memberikan gerak balas atau respons.

Peranan Bahasa dalam Pembentukan Kebudayaan


dan Tamadun Manusia

Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan


ilmu dalam Surah al-Baqarah, ayat 31, dijelaskan
bagaimana Allah mengajar Adam tentang nama sekalian
ciptaan dan kejadian di alam, iaitu sebagai bukti
pemerolehan ilmu memerlukan alatnya, iaitu bahasa.
Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan
(sosialisasi) pembentukan sahsiah yang bermula dengan
institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan
formal (seperti sekolah), media massa dan masyarakat
berlangsung dengan menggunakan bahasa sebagai alat
penyaluran sistem nilai, adat, kepercayaan dan
kebudayaan keseluruhannya.

Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan


perpaduan baik dalam kalangan sesama bangsa, kaum
atau suku mahupun dalam kalangan antara bangsa,
kaum dan suku yang berlainan, bahasa menjadi alat
yang membentuk persefahaman dan perpaduan. Hal ini
disebut dengan jelas dalam al-Quran, Surah al-Hujarat,
ayat 13.
Prinsip utama agama Islam dalam kaitannya dengan
kesantunan bahasa berbung secara langsung dengan
dua perana utama manusia di muka bumi, iaitu:
1. menyeru kebaikan (amar maruf)
2. mencegah kemungkaran (nahi mungkar)

Peraturan Bahasa sebagai Asas Kesantunan


Bahasa
Kesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan bahasa
kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu
masyarakat.
Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa
masing-masing.
Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat seperti penggunaan
panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan
bertatasusila.
Ada sebahagian pula bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat
atau bangsa seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut
sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran
atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat
berkenaan.

1.
2.
3.

Prof. Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar dalam


bukunya Setia dan Santun Bahasa (2002), merumuskan
bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa,
iaitu:
Peraturan linguistik
Peraturan sosiolinguistik
Peraturan pragmatik
Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara
bersepadu menjadi asas kesantunan bahasa.
Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya
ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan
menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.

Peraturan Linguistik

Peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan


ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu
bahasa ialah sebutan, intonasi, dan tatabahasa.
Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan
ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan
dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan
urusan tidak rasmi.

Peraturan Sosiolinguistik

Berkaitan penggunaan bahasa yang menitikberatkan


hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam
konteks komunikasi tulisan).
Contohnya, penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada
kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang
ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
Penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam
masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara
pembicara dengan khalayak, faktor suasana (misalnya antara
suasana rasmi dengan suasana tidak rasmi), faktor bidang
yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan).

Contohnya, dalam urusan rasmi dan majlis rasmi, perlu


dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
Penggunaan gelar (seperti Tun, Tan Sri, Dato , Dato
Seri dan yang lain), panggilan hormat (seperti Yang
Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat
Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri
(seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian
sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

Dalam suasana tidak rasmi masih memerlukan penggunaan


gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan
seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang
berbicara.
Contohnya, orang yang bergelar tetap perlu disapa dengan
gelar yang dimilikinya. Kata sapaan yang mewakili sistem
kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda
hormat.
Seorang anak saudara yang seusia lebih atau lebih tua daripada
ayah saudara atau ibu saudaranya tetapp perlu menyapa ayah
sadara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau
mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya,
misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.

Peraturan Pragmatik

Menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan


tujuan komunikasi.
Berkaitan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
Contohnya dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan
sebagainya memerlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya
tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti
perasaan orang lain.
Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkaitan dengan peraturan
pragmatik disebut retorik.
Antara yang dipentingkan termasuklah pemilihan kata, ungkapan
dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
Misalnya, dapat dilihat wacana jenis penceritaan, pemaparan,
penghujahan dan pembujukan.

Kesantunan Bahasa sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa

Sekian banyak unsur yang menggambarkan wujudnya


kesantunan bahasa dirakamkan dalam pelbagai karya persuratan
(seperti hikayat, syair, pantun, gurindam dan seloka) dan tradisi
lisan (seperti pelipur lara, wayang kulit dan menora).
Bentuk bahasa yang banyak mengungkapkan kesantunan
bahasa ialah peribahasa, sama ada dalam bentuk yang dikenal
sebagai simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah,
perbilangan mahupun kata hikmat.
Telah wujud adat istiadat dalam kehidupan masyarakat Melayu
sejak zaman berzaman sebagaimana yang digambarkan dalam
karya-karya persuratan seperti dalam Sejarah Melayu.

Contoh peribahasa yang menekankan pentingnya


menjaga kesantunan bahasa ketika berkomunikasi
termasuklah:
- bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam
dengar-dengar.
- terlajak perahu dapat ditarik; terlajak kata buruk
padahnya.
- kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang
pada janjinya.

Dalam bentuk pantun pula, diungkapkan pentingnya


kesantunan bahasa seperti pada contoh yang berikut:
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Anak Cina menimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak berjual beli.

Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi

Surat rasmi terbahagi kepada dua jenis surat berbentuk formal,


iaitu surat rasmi peribadi dan surat rasmi organisasi.
Menurut Ab. Razak Ab. Karim (2006) dalam konteks surat rasmi
Melayu, aspek tingkah laku tidak dibincangkan kerana ia
melibatkan pemeran atau penulis yang tidak bersemuka tetapi ia
lebih membincangkan kepada aspek budaya bahasa yang diukur
berdasarkan penggunaan bahasanya sama ada bersopan, halus
ataupun tidak.
Pandangan beliau adalah bertepatan dengan pandangan Dell
Hymes (1974), yang menyatakan ada empat faktor yang menjadi
penentu kesopanan penggunaan bahasa dalam kalangan
masyarakat. Penentu tersebut ialah siapa yang bercakap, dengan
siapa, di mana, mengapa dan bagaimana.

Agus Syahrani (2014) menyatakan strategi komunikasi dan


kesantunan yang ditetapkan dalam sesuatu budaya
mempengaruhi kesantunan berbahasa komunikasi bertulis
tersebut.
Daripada aspek bahasa, kebanyakan surat rasmi atau warkah
rasmi menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah
difahami.
Irdawati Zahid (2011) menyatakan aspek kesantunan dalam
penulisan surat rasmi adalah bergantung kepada strategi
langsung dan juga strategi tidak langsung. Ia lebih berfokus
kepada penggunaan strategi langsung, iaitu tanpa bantuan
prosidi.
Ia penting agar tidak menimbulkan salah faham kepada
pemeran atau pembaca surat berkenaan.

Aspek Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi


Panggilan Hormat
Dalam

penulisan sesebuah surat rasmi, panggilan hormat dituju kepada


penerima surat.
Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu
mengikut gelar dan jawatannya.
Misalnya, Tun perlu dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat tertenu,
iaitu Yang Amat Berbahagia. Tetapi jika kebetulan orang yang bergelar Tun
itu memegang jawatan, katakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat
kepadanya pada jawatan yang disandang.
Jadi, dalam menentukan panggilan hormat, dua ukuran yang dapat dijadikan
asas ialah gelar dan jawatan.
Antara kata panggilan hormat yang biasa ditemui dalam penulisan surat
rasmi ialah Yang Berbahagia, Yang Amat Bahagia dan sebagainya.

Kata Ganti Diri

Kata ganti diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu
kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan
kata ganti nama diri ketiga.
Bentuknya bergantung sama ada kata ganti nama diri itu
digunakan dalam urusan rasmi atau dalam suasana tidak rasmi.
Dalam komunikasi tulisan rasmi, kata saya digunakan dalam
situasi seperti surat, memo, laporan, pengakuan dan perakuan
dan pengesahan.
Selain itu, kata ganti diri yang sentiasa ditemui dalam penulisan
surat rasmi ialah kami dan kita.

Gaya Pengungkapan
Pemilihan Kata
Antara perkara penting yang diperhatikan dalam aspek
gaya pengungkapan ini termasuklah:
- pemilihan kata
- pemilihan ungkapan
- keberkesanan ayat
- keutuhan wacana

Pemilihan Kata

Pemilihan kata ialah tahap yang melebihi tahap tatabahasa daripada


segi penguasaan binaan kata, termasuk dalam retorik, iaitu
penggunaan bahasa untuk mencapai keberkesanan komunikasi.
Kata-kata yang digunakan bukan sahaja mesti betul daripada segi
tatabahasa tetapi mestilah juga bertenaga dan jelas dalam
menyampaikan sesuatu mesej.
Pemilihan kata amat penting untuk memastikan kesantunan bahasa
terpelihara.
Sebagai contoh, sesuatu masalah hendaklah dinyatakan dengan
jelas dengan menggunakan kata yang tepat maknanya; misalnya
kemerosotan prestasi pelajar dalam peperiksaan lebih tepat dan
jelas daripada masalah yang tidak diingini dalam prestasi pelajar.
jelas bahawa kata kemerosotan memberikan makna yang lebih
langsung dan pasti daripada penggunaan kata masalah yang
memerlukan tafsiran yang tidak pasti.

Dalam penulisan surat kiriman rasmi, pemilihan kata


haruslah tepat untuk menyampaikan maksud kepada
pembaca surat.
Contoh pemilihan kata dalam surat rasmi; mohon
tajaan buku., mohon sumbangan, perkara di
atas adalah dirujuk.

Keutuhan Wacana

Asas keutuhan wacana ialah lengkapnya bahagianbahagian yang perlu ada dalam sesuatu wacana itu.
Pada dasarnya, wacana yang lengkap ialah wacana yang
mempunyai tiga bahagian utama, iaitu pendahuluan,
badan dan penutup.
Kandungan surat rasmi, misalnya, perlu bermula dengan
pendahuluan, diikuti oleh tujuan dan maklumat, dan
diakhiri dengan penutup.
Dalam hubungannya dengan kesantunan bahasa, amat
penting dititikberatkan persediaan untuk melengkapkan
ketiga-tiga bahagian wacana yang penting itu.

Kesimpulan

Sememangnya, kesantunan dan bahasa mempunyai


perkaitan yang amat rapat antara satu sama lain.
Keindahan dalam bahasa dijelmakan dalam pertuturan
dan pengungkapan yang manis, sopan, positif,
bijaksana, bernas, benar dan penuh pengajaran serta
memberi sumbangan kepada khalayak dan
pendengarnya.
Oleh itu, kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan
kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang
terdapat dalam sesuatu masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai