Anda di halaman 1dari 2

MASALAH SEMASA MEMBINA LAMAN SESAWANG

Terdapat banyak masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan blog ini.Sebelum
membuat blog,saya mempunyai masalah dengan rangkaian internet.Rangkaian di
sini agak lemah kerana faktor bentuk muka bumi dan kedudukan kampus ini.Proses
membuat blog memerlukan satu rangkaian yang kuat dan bagus.
Selain itu,saya tidak tahu cara membuat blog kerana kahidupan saya di rumah
agak jauh dengan dunia it.Ahli kumpulan saya juga kurang tahu tentang cara-cara
membuat blog kerana kami tidak pernah sama sekali membuat blog sebelum ini.Jadi
cabaran untuk kami untuk menyiapkan blog ini.
Di samping itu,pemilihan subjek mejor dan pengisian juga menjadi masalah
kerana setiap ahli mempunyai pendapat masing-masing.Pengisian di dalam blog
juga harus difikirkan kerana orang lain akan membaca blog tersebut.

CARA PENYELESAIAN

Cara kami menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan mencari tempat yang
mendapat rangkaian yang kuat dan menggunakan data sendiri.Kami pergi ke
kafeteria kerana kawasan tersebut agak terbuka dan rangkaian yang diterima agak
kuat.Kami menggunakan rangkaian kami sendiri kerana lebih bagus dan efisien
berbanding.
Seterusnya,kami telah belajar cara-cara membuat blog melalui video dalam
Youtube.Kami mengikut setiap langkah yang diajar melalui video tersebut
sehinggalah kami dapat menyiapkan blog kami.Kami dapat menghias blog kami agar
lebih menarik,membuka akaun blog dan menerbitkan blog dalam masa yang singkat.
Akhirnya,saya telah berbincang bersama ahli kumpulan tentang subjek yang
sesuai dari aspek,pengisian subjek,maklumat yang ingin disampaikan dan
kelemahan pelajar dalam subjek tersebut.Kami membuat keputusan untuk membuat
blog berdasarkan subjek agroteknologi.Jadi,kami membahagikan tugas masing-
masing sebagai pengisian agar kerja dilakukan dengan lebih baik dan dalam masa
yang singkat.

FAEDAH LAMAN SESAWANG


Melalui laman sesawang ini,pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang
tumbuhan hijau,jenis-jenis tumbuhan hijau,kepentingan tumbuhan hijau kepada
manusia dan sebagainya.Penggunaan gambar dan grafik yang menarik tentang
proses fotosintesis di dalam blog ini bukan sahaja dapat menarik minat pembaca
malah dapat memberikan kefahaman yang lebih tentang proses fotosintesis itu.
Penggunaan warna latar yang sesuai,hiasan yang menarik akan memberikan
keselesaan kepada pembaca ketika mencari maklumat tentang tumbuhan
hijau.Maklumat yang terdapat dalam blog ini mudah didapati kerana kami menyusun
dan menggunakan kaedah yang paling mudah dan sesuai.

Anda mungkin juga menyukai