Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga

saya menyiapkan tugasan tentang karnival inovasi yang berlangsung di IPG Kampus Pendidikan Teknik

selama dua hari.Sepertimana yang diketahui , inovasi adalah pembaharuan dari suatu sumber yang

sedia ada.Inovasi merupakan proses pembahuruan dari pelbagai perspektif yang membolehkan manusia

memperoleh manfaat daripadanya.Melalui pandangan saya yang cetek ini,saya berpendapat subjek

inovasi perlu diwujudkan dalam konteks pelajar-pelajar mahupun mahasiswa dan mahasiswi di institut

pendidikan kerana ia secara tidak langsung membuka minda pelajar untuk berfikir secara

kreatif,inovatif dan kritis seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Razak yang

berpendapat, program-program yang dapat membina jati diri seperi inovasi sangat penting kepada

masyarakat dan Negara khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mencapai aspirai Negara

menjelang 2020.

Jadi,keseronokan dan manfaat yang ada dalam inovasi telah menarik minat saya untuk melihat idea

para peserta yang menyertai program ini.Pelbagai ilmu pengetahuan yang saya perolehi dari projek-

projek yang dibentangkan oleh para peserta.Antaranya,teknologi ICT yang memperlihatkan aplikasi

teknologi dalam bidang pendidikan khasnya.Teknologi yang dinamakan Simple and Fun in Learning ini

membolehkan para pelajar mendapatkan maklumat pembelajaran dari rakan-rakan sekelas yang

bekongsi maklumat sebelum dan semasa proses pembelajaran berlangsung.

Saya juga kerap mengunjungi pameran-pameran inovasi di dewan TVET dan mempelajari dan

menghayati semangat dan usaha mereka menyiapkan projek ini walaupun gagal berkali kali dalam

menjayakannya.Sememangnya,hal ini mengingatkan saya terhadap seseorang yang memberi kehidupan

kepada manusia iaitu Thomas Edison yang gagal lebih dua ribu kali tetapi pada akhirnya jasa dan

sumbangan beliau masih digunapakai sehingga hari ini.


Kesimpulannya,saya sangat berpuas hati dengan anjuran karnival inovasi yang dijayakan oleh IPG

Kampus Pendidikan Teknik dengan kerja yang dilakukan dan dari program-program sebegini ,menaikkan

lagi semangat saya dalam menyampaikan dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi apabila

keluar menjadi guru kelak.Sebagai seorang pendidik juga saya akan menceburi bidang ini untuk memberi

sumbangan kepada Negara ,agama dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai