Anda di halaman 1dari 10

2.

1 KONSEP KESANTUNAN

Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan bermaksud:


halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
Apabila seseorang berbahasa dengan santun, penggunaan bahasa adalah secara halus, nilai rasa
yang baik, penuh kesopanan serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan
pendengar dalam berkomunikasi.
Awang Sariyan (2007), mendefinisikan kesantunan sebagai:
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
Perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat dalam masyarakat.
2.1 KONSEP KESANTUNAN

Secara amnya, kesantunan merangkumi aspek-aspek:


I. Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus
Orang yang bersantun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa
berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
II. Kesantunan sangat konteksual
Nilai kesantunan berlaku pada tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam
masyarakat, situasi dan tempat lain.
III. Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak
Seorang anak akan sentiasa menghormati dan berbahasa bersantun dengan ibu bapa.
Namum mungkin tidak berlaku jika berkomunikasi dengan rakan sebaya, ada ketikanya
komunikasi dalam bentuk bahasa kasar.
IV. Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan
Misalnya cara berpakainan, cara bekerja, cara bertutur, cara belajar dan lain-lain.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Menurut Asmah Haji Omar(2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu


berdasarkan agama Islam dan adat Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersingguh daripada pendengar.
Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat. Bahasa halus dan
tersirat selalu dugunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu.
Strategi ini dikaitan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun. Ia melibatkan faktor:
I. Kesedaran akan pernan masing-masing
II. Pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan
berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan terbahagi kepada dua jenis:


I. Kesantunan asas
- Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
- Menunjukkan sikap berbaik-baik antara satu sama lain.
II. Kesantunan berkala
- Kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu
sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu.
- Taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang
dipercakapkan, mengapa dan cara percakapan disampaikan.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Menurut Leech(1983), kesantunan diinterpretasi sebagai perlakuan yang dapat


mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Penggunaan bahasa mestilah halus, beradab sopan, perlakuan lemah-lembut, dan berbudi pekerti
dalam usaha mengurangkan konflik atau pergeseran.
Menurut J. Ferguson dan Das Gupta(1968), kesantunan berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW ialah:


Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkaa baik atau lebih baik
diam.
Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti pada hari kiamat ialah
orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.
Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia
mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.
Janganlah kalian saling dengki=mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah
kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang
bersaudara.
Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Menurut Hamka,kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian
ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Kata-kata yang lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.
Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya,
bukan asal keturunan. Adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum.
Aspek kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu
bagi menentukan seseorangitu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela.
Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang
lain ketika berdaya balas, dan bersikap adil ketika kuat.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga


merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
Lakof (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam
sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.
Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan
digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi.
Brown dan Levinson (1987) menganggap kesantunan sebaga usaha mengurangkan Tindakan
Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.
Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asmah Haji Omar (2000) mengaitkannya
denga penggunaan bahasa sehari-harian yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
Ini akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dengan pendengar.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada sosial budaya
masyarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuhkan oleh
pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah.
Konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek
berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
keikhlasan.
Seseorang itu boleh menutur kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan
dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti mengambarkan keikhlasannya.
Kesimpulannya, kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa
berkomunikasi bagi menghormati individu lain.
2.2 TAKRIF KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Kesantunan berbahasa menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban
hubungan.
Ia dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. Menurut Asmah Haji Omar (2000),
bahasa halus disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tataterbit.
Kesimpulannya, kesantunan merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia sama
ada secara lahiriah atau batiniah. Kesantunan yang tulen harus disertakan dengan
niat yang ikhlas.

Anda mungkin juga menyukai