Anda di halaman 1dari 13

Click Here & Upgrade

Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 1

GA1123: PROFESION PERGURUAN

AKTIVITI 1: GURU NOVIS DAN GURU BERPENGALAMAN

PENGENALAN

Pendidikan adalah satu proses yang amat penting dalam penyambungan atau penerusan dalam
mana-mana masyarakat. Proses ini digunakan sebagai alat oleh sesebuah masyarakat itu dengan
matlamat yang berbeza. Kepada pemerintah dan perancang, pendidikan adalah sebuah institusi
yang menyediakan guna tenaga kepada negara. Warga pendidik melihat pendidikan sebagai
proses yang menggerakkan pertumbuhan secara menyeluruh ke tahap maksimum seseorang
individu sesuai dengan keupayaan semulajadi yang ada pada setiap individu.
Pendidikan merupakan elemen penting yang harus diutamakan dalam kehidupan seharian.
Di Malaysia, bagi menghasilkan sebuah negara yang maju dan mempunyai taraf pendidikan yang
tinggi, tindakan yang sewajarnya harus diberi perhatian. Pendidikan formal bermula dari sekolah
rendah ke sekolah menengah dan guru memainkan peranan penting dalam proses penyampaian
ilmu dan sebagai agen perantara ilmu. Selain itu, guru adalah model yang baik kepada pelajar,
guru seharusnya mempunyai sahsiah yang baik. Bersesuaian dengan pendapat Norlia (1999)
perguruan ialah satu kerjaya yang bermatlamat untuk pembentukan insan dan ihsan yang
sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri,
masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap Keagungan Yang Maha Pencipta.
Dalam hal ini Mohd Kamal (1988) menjelaskan contoh teladan para pendidik inilah yang
banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu
dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kurang menghargai watak-
watak yang berbudi luhur. Ianya selaras dengan intipati falsafah pendidikan negara, iaitu
pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Menurut Mohd Hanafiah (2001), dahulu peranan utama guru ialah penyampai
pengetahuan, di mana gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Kini peranan guru lebih
penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu
lebih sedia dan peka mewujudkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan. Murid perlu digerak supaya berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan murid
dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya.
Persoalannya, sejauh manakah persediaan seorang guru untuk menghadapi cabaran murid
yang mempunyai minda yang kreatif pada masa sekarang. Bagi menghadapi situasi sebegini,
seseorang individu yang ingin menjadikan dirinya sebagai pendidik yang berjaya seharusnya
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perguruan kerana bidang ini memerlukan
seseorang yang mempunyai keazaman yang tinggi bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan
cemerlang.
Bidang perguruan merupakan satu profesion yang mempunyai tanggungjawab serta
cabaran yang besar. Seseorang yang menceburkan diri dalam profesion perguruan, dengan
rasminya mereka hendaklah bertanggungjawab dan menjaga nama baik profesion dengan
mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya. Bagi memastikan bakal
guru atau guru yang masih dalam perkhidmatan memberi khidmat yang cemerlang dan
berkualiti, mereka haruslah mematuhi dan mengamalkan etika-etika yang telah digariskan oleh
Kementerian Pendidikan.
Selain itu, walau dalam apa jua bidang pekerjaan sekalipun akan wujud orang yang telah
lama berkhidmat dalam bidang kerjaya masing-masing dan terdapat juga orang yang baru
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 2

menceburi bidang kerjaya mereka. Begitu juga dalam bidang perguruan. Guru permulaan atau
lebih dikenali sebagai guru novis adalah guru yang baru menamatkan praperkhidmatan guru di
mana-mana IPTA atau di IPG dan akan memulakan perkhidmatan sebagai guru di sekolah.
Aliza Alias (2007) menyatakan bahawa guru permulaan atau dikenali juga sebagai guru novis
didefinisikan sebagai guru baru yang terlatih dan berkhidmat kurang dari tiga tahun iaitu dalam
tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan.
Guru lama atau guru berpengalaman adalah guru yang telah berkhidmat lebih daripada
tiga tahun. Berliner (1986) menyatakan bahawa guru yang telah mengajar melebihi lima tahun
sepatutnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi serta berkebolehan untuk
mengesan maklumat yang wujud dalam semua situasi dan mampu membuat ramalan tentang
sesuatu kejadian dengan tepat. Ini menunjukkan semakin lama seseorang guru itu mengajar,
semakin banyak kemahiran pengajaran yang dipelajari. Malah guru berpengalaman telah
mengetahui dengan baik bagaimana hendak mengawal kelas dan mengurus disiplin pelajar
dengan berkesan.
Oleh itu, satu temubual telah diadakan bagi mengenalpasti perbandingan di antara guru
novis dan guru berpengalaman yang mana kedua-dua guru tersebut mengajar di sekolah
berlainan dengan pengalaman mengajar yang berbeza. Berikut adalah biodata kedua-dua orang
guru iaitu guru novis dan guru berpengalaman.

PERKARA GURU NOVIS GURU BERPENGALAMAN


Nama Wan Ainur Najmiah binti Pn. Husnaa Salehah binti Yahya
Wan Abdul Jamil
Umur 27 tahun 35 tahun
Latar Mengambil bidang Mengambil bidang pengajian Fiqh
belakang pengajian Sains (Sarjana (Sarjanamuda Fiqh dengan
pendidikan Muda Sains-Sains Kepujian) di Universiti Al-Bayt,
Kimia) Jordan
2009:KPLI 2000-2003: menjadi guru GSTT
2010:GST di Maktab Mahmud, Alor Setar
sambil mengikuti kursus dalam
cuti dengan mengambil
Diploma Pendidikan selama 2
tahun.
2003-2010: menjadi GST dan
berjawatan tetap.
Pengalaman 1 tahun 10 tahun
Jadual 1: Hasil Temubual Guru Novis Dan Guru Berpengalaman

LATAR BELAKANG

Di Malaysia, jumlah guru semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bidang pendidikan
termasuk perguruan adalah suatu bidang yang penting yang mendapat perhatian khusus oleh
kerajaan. Seorang guru perlu berjiwa pendidik dan bukan memilih perguruan sebagai bidang
terakhir (Atan, 1984). Seseorang individu tidak seharusnya memilih profesion perguruan kerana
tidak dapat memperoleh pekerjaan yang dikehendaki dan sebagai alternatif lain mereka memilih
profesion perguruan. Dalam bidang perguruan, seorang guru haruslah mempunyai minat yang
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 3

mendalam dalam profesionnya, ini kerana mereka merupakan orang yang bertanggungjawab
untuk menyampaikan ilmu dan membentuk peribadi murid-muridnya. Fakta ini disokong oleh
Garrison (1965). Seorang remaja yang mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu subjek itu
akan mencapai matlamat kerjaya mereka. Menjadi seorang guru haruslah mempunyai minat yang
tinggi dalam bidang ini, kerana seorang guru harus memenuhi ciri-ciri profesion tersebut.
Menurut Ghazali (1992), ahli professional perlu mempunyai nilai moral yang tinggi, sikap positif
dan etika profesional. Ini kerana ‘survival’ dan kemajuan negara bergantung kepada mereka.
Seseorang guru harus memenuhi etika perguruan untuk menjadi guru yang dapat
menghasilkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa minat yang
mendalam, pelaksanaan kod etika perguruan ini sukar untuk dipenuhi. Etika Perguruan telah
digubal dalam tahun 1970-an semasa Skim Gaji Aziz diperkenalkan bagi kakitangan kerajaan.
Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggung jawab guru terhadap masyarakat dan
negara, terhadap pelajar, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa. Oleh itu, setiap guru
hendaklah menjalankan tugas tanpa melanggar etika ini.
Kerjaya guru tidak lagi menjadi pilihan utama atau status yang tinggi. Cuma sebilangan
kecil sahaja yang benar-benar berminat dalam bidang pendidikan (Dewan Masyarakat, Januari
2004). Menurut kajian Kidder (1990), telah berlaku kemerosotan persepsi masyarakat terhadap
guru sepuluh tahun kebelakangan ini adalah berpunca dari pengamalan etika dalam pendidikan
guru yang semakin luntur dan telah berlaku fenomena yang negatif terhadap tanggapan tentang
dunia perguruan di mana profesion perguruan dianggap remeh akibat segelintir guru-guru yang
tidak menjalankan tugas dengan baik.
Menurut Zainun (1994) peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan
untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan
profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Profesion
perguruan ini memerlukan individu yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi era
pendidikan yang global. Ianya adalah disebabkan oleh perkembangan informasi dan teknologi
negara. Esah (2002) menerangkan guru sebagai seorang yang profesional dan kerjayanya
seharusnya tidak mengutamakan gaji tetapi mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar dan
masyarakat. Ini tidak bermakna gaji tidak penting kepada guru malah gaji yang tinggi dapat
meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan prestasi mereka dalam profesionnya.
Teori Kerjaya Happockk (1976) menyatakan bahawa seseorang memilih pekerjaan adalah
untuk memenuhi keperluan emosi dan nilai-nilai khas. Minat dan motivasi mempunyai hubungan
rapat mengapa seseorang remaja membuat pemilihan kerjaya. Faktor pemilihan profesion ini
amat penting untuk memastikan pelajar-pelajar yang mengikuti program-program pendidikan di
institusi pengajian tinggi mendapat kursus yang betul-betul mereka minati dan tidak hanya
meneruskan pelajaran kerana ingin meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ternyata faktor minat dalam memilih pekerjaan telah dibuktikan oleh kajian yang telah
dibuat oleh Walker (1990). Kajian itu menyatakan sebahagian besar daripada mereka yang
berjaya dalam kerjaya memilih kerjaya berdasarkan minat dan bukan dari pendapatan yang
diperolehnya. Minat mungkin boleh berubah mengikut masa dan persekitaran di sekeliling.

PERBANDINGAN DAN ANALISIS

Setiap guru memiliki pendapat tersendiri apabila diajukan persoalan berkenaan pemilihan
kerjaya sebagai guru. Guru novis menyatakan bahawa beliau memilih untuk mengajar supaya
dapat menyumbang idea, buah fikiran, tenaga untuk mengajar anak bangsa dan anak-anak di
sekolah. Selain itu, faktor penukaran bidang pekerjaan daripada swasta kepada kerajaan juga
turut mempengaruhi pemilihan sebagai guru kerana guru adalah paling mudah untuk menjadi
kakitangan kerajaan di samping dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 4

modal insane yang diperlukan oleh negara dalam mencapai wawasan negara. Guru
berpengalaman pula menyatakan beliau amat meminati bidang perguruan sejak dari kecil di
samping bakat sebagai seorang pendidik yang telah terserlah sejak dibangku sekolah lagi.
Daripada perbandingan tersebut dapat dilihat bahawa guru novis dan guru berpengalaman
mempunyai niat yang positif dalam pemilihan untuk menjadi guru. Seseorang individu yang
benar-benar ingin dan memilih guru sebagai kerjayanya, akan mampu menjadi seorang guru
yang berdedikasi dan berkesan apabila ditempatkan di sekolah kelak (Aliza Alias, 2007).
Pemilihan untuk mengajar bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh dan
dipandang enteng. Ini kerana seorang guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi dalam masa yang
sama perlu berusaha untuk mendidik pelajar mereka dengan nilai-nilai yang telah digariskan
secara amnya dalam Falsafah Pendidikan Negara dan khususnya dalam agama. Setiap apa yang
dilakukan pasti akan mengharapkan balasan atau ganjaran. Dalam bidang pengajaran juga, aspek
ganjaran didapati wujud. Bagi guru novis dan guru berpengalaman, kefahaman dan perubahan
sikap pelajar merupakan aspek ganjaran yang paling bermakna dalam pengajaran. Ini
menunjukkan aspek ganjaran yang diharapkan bagi kedua-dua guru adalah mengharapkan apa
yang diberikan akan mendapat balasan yang sebaiknya berpandukan kepada usaha yang telah
dicurahkan. Mengikut teori perbandingan sosial, individu itu menilai apa sumbangannya dengan
cara membandingkan sumbangannya dengan ganjaran yang diterimanya. Apabila individu itu
memberikan sumbangan, dia mempunyai harapan berkenaan ganjaran yang sewajarnya diterima
(Ainon binti Mohd &Abdullah bin Hassan ,2002) .
Bidang pendidikan bukan suatu bidang yang mudah. Ini kerana setiap orang yang
bergelar guru perlu menyediakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, sahsiah diri yang positif
dan kaedah pengajaran yang berkesan atau kemahiran pedagogi bagi menarik minat pelajar untuk
belajar. Setiap guru pasti merasakan bahagian yang paling sukar dalam pengajaran. Guru novis
menghadapi masalah dalam pengurusan disiplin kelas dan kaedah pengajaran yang berkesan bagi
pelajar yang lemah manakala guru berpengalaman merasakan sukar bagi mengendalikan pelajar
dari kecerdasan yang pelbagai dan apabila diminta mengajar subjek yang bukan opsyennya. Ini
menunjukkan bahawa kesukaran yang dihadapi oleh kedua-dua orang guru adalah lebih kurang
sama iaitu masalah pelajar dan penguasaan sesuatu isi kandungan. Siti Zohara Yassin (2006)
menyatakan sosialisasi profesional tidak dapat dimanfaatkan apabila mereka mengajar
matapelajaran bukan opsyen dan apabila berhadapan dengan pelajar yang lemah dan tidak
berminat untuk belajar.
Setiap manusia memiliki tahap keyakinan yang berbeza. Ada yang tidak yakin langsung,
antara yakin dan tidak yakin dan ada pula yang terlalu yakin dalam menghadapi sesuatu
pekerjaan. Guru novis begitu yakin dalam membantu kanak-kanak belajar. Ini kerana guru novis
merasakan sangat bersemangat untuk mengajar di sekolah dan bergelar guru. Guru
berpengalaman pula merasakan masa memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
tahap keyakinan guru. Ini bermakna semakin meningkat usia pengalaman seseorang guru,
semakin tinggi tahap keyakinan dalam membantu pembelajaran kanak-kanak berbanding
sebelum memulakan atau menceburi bidang perguruan ini. Menurut Blascovich & Tomaka
(1991), keyakinan diri merujuk kepada perasaan seseorang individu terhadap diri sendiri atau
penilaian mereka terhadap setakat menilai diri seseorang, menerima dan menghargai pendapat
orang lain serta memberi penghargaan terhadap diri sendiri. Menurut Woo Sik Jung (2007) pula
menyatakan keupayaan untuk meningkatkan kepercayaan diri guru harus mempertimbangkan
sama ada adakah kejayaan yang rendah disebabkan oleh tahap kepercayaan dan rasa sia-sia
akibat daripada pekerjaan mereka. Ini bermakna seseorang guru harus mempertimbangkan sama
ada tahap kepercayaan dan perasaan negatif akibat daripada pekerjaan mereka dapat
mempengaruhi kejayaan seseorang guru. Contohnya, jika guru tidak percaya dengan diri mereka
untuk menjadi pendidik dan merasakan pekerjaan ini tidak mendatangkan keuntungan kepada
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 5

mereka, maka kebarangkalian untuk menjadi seorang guru yang berjaya dan berkesan adalah
sangat tipis.
Pembinaan jati diri dan nilai-nilai seorang guru perlu ditekankan bagi memupuk perasaan
positif ke arah melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Maka, kerajaan
telah merancang agar setiap guru dilatih terlebih dahulu sebelum dihantar untuk mengajar ke
sekolah. Kedua-dua guru bersetuju bahawa Program Pra-Perkhidmatan banyak memberikan
faedah tetapi perlu disertai dengan latihan yang kerap bagi guru baru dan bagi guru lama pula
dengan pengalaman yang ada menjadikan proses P&P lebih berkesan. Tengku Zawawi (2009)
menyatakan pengetahuan pedagogi isi kandungan banyak diperoleh dan dikembangkan melalui
aktiviti-aktiviti kursus dalaman dan kursus dalam perkhidmatan selain daripada pengalaman
mengajar itu sendiri. Ini turut disokong oleh Zakaria Kasa & Abdul Rahman Md. Aroff (1995)
yang menyatakan kebanyakan guru pelatih bekas guru, mereka tidak berasa sukar dengan
keadaan itu. Ini mungkin kerana mereka sudah biasa dengan keadaan di sekolah. Pengalaman
mereka sebagai guru membantu mereka menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah.
Profesion perguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan
terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat
pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan berbagai-bagai
reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi
lebih mencabar.
Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan profesion keguruan dewasa
ini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru
sekarang tidak mewujudkan profesion perguruan yang menarik. Malah tidak dinafikan ada yang
melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada
kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga (Abdul
Shukor, 1996). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan pasti suasana pengajaran dan
pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan akan
menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Persepsi seperti ini sudah
tentulah akan menjejaskan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan
mulia.
Walau bagaimana pun, guru novis dan guru berpengalaman menyatakan kesediaan
mereka untuk terus kekal dalam bidang pengajaran. Ini kerana, guru novis menyatakan beliau
seronok melakukan kerja ini tanpa banyak masalah dan semua urusan dapat dilakukan dengan
baik. Manakala guru berpengalaman pula menyatakan bahawa akan terus kekal dalam bidang
pengajaran dan akan meningkatkan lagi tahap pendidikan. Contohnya, pada masa kini mengajar
di sekolah rendah dan pada masa akan datang akan mengajar di sekolah menengah serta berazam
untuk pergi lebih jauh dalam bidang pendidikan seperti mengajar pelajar peringkat pengajian
tinggi iaitu diploma dan ijazah. Menurut Aliza Alias (2007) menyatakan apabila seorang guru
memulakan kerjayanya di sekolah, tidak bermakna proses pembelajarannya akan terhenti. Malah
disinilah mereka harus terus belajar untuk meningkatkan diri ke martabat yang lebih tinggi dalam
profesion perguruan.
Selain itu, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses pengajaran. Proses pengajaran
sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan maklumat, memberi galakan,
membimbing, memberi dan meningkatkan kemahiran, meningkatkan keyakinan, menanam nilai-
nilai murni dan luhur kepada para pelajar yang belum mengetahui. Ia bukan sekadar
menyampaikan maklumat atau bahan pengajaran dalam sebuah kelas. Lebih mendukacitakan lagi
jika proses mengajar dianggap sekadar menyampai maklumat dan menghabiskan sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum. Proses pengajaran mempunyai konsep yang
sangat luas, ia bertujuan untuk menjadikan seseorang individu itu lebih bertanggungjawab dan
mampu menjana fikirannya untuk terus maju dan berjaya mengatasi cabaran yang akan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 6

dihadapai. Ini hanya akan dicapai sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
mencapai tahap pengajaran berkesan.
Kedua-dua guru menyatakan pendapat mereka bahawa proses pengajaran merupakan
proses penyampaian ilmu melalui tunjuk ajar dan mesti disediakan oleh seorang guru yang akan
memastikan apa yang dipelajari oleh pelajarnya dan tidak sekadar hanya mengajar tetapi
memastikan pelajarnya mengamalkan dalam kehidupan harian.
Guru bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan dan juga pelbagai kemahiran
asas untuk membentuk serta membina sahsiah seseorang individu, supaya mereka
berpengetahuan asas untuk menjalani penghidupan seharian. Secara sedar atau tidak, pihak guru
dalam proses pengajaran dan penyampaian ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya samada di
bilik darjah mahupun luar bilik darjah, sebenarnya mereka telah menerapkan pelabagai aspek
pengetahuan dan kemahiran. Yahya bin Buntat, Zakaria Mohd. Yusof & Meor Ibrahim
Kamaruddin.(2006)
Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik
adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (MenteriPendidikan, 2000). Sufean Hussin
(1996) berpendapat, terdapat banyak kriteria yang menunjukkan bahawa perguruan adalah
bertaraf profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah selaras dengan apa yang digariskan
oleh Lieberman. Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi mampu menjalankan
tanggungjawabnya sebagai pendidik profesional yang cekap dengan menggunakan sumber-
sumber yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin, 1996).
Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang ditentukan oleh badan penilai
yang mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. Sebagai
contoh di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA) adalah badan yang
bertanggungjawab menjaga ketinggian martabat profesion perguruan (Elliot, 2002).
Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod etika yang menggariskan tatasusila dan
tingkah laku guru dalam perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan kehendak negara. Di
Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang
dijadikan asas kepada penetapan Kriteria Guru Yang Unggul, 1982.
Guru novis menyatakan pendapat beliau bahawa bidang perguruan ini juga merupakan
satu bidang latihan untuk bergiat dalam politik. Hal ini kerana kesemua keperluan dalam arena
politik, guru dapat mempraktikkannya dengan membuat kertas kerja, bercakap di khalayak
ramai, mengadakan aktiviti melibatkan persembahan di dewan. Selain itu, mereka juga belajar
mendekati orang ramai dengan memujuk serta mencari dana-dana untuk sekolah dan lain-lain
lagi. Hal ini melibatkan semua guru. Manakala guru berpengalaman pula menyatakan pendapat
mereka dengan menyatakan kepercayaan mereka bahawa mengajar adalah satu profesion kerana
mengajar adalah satu tanggungjawab individu guru dalam melaksanakan tugas dan amanah yang
diberikan.
Pernyataan ini disokong oleh Mohammed Sani Ibrahim (2007) yang menyatakan bahawa
dalam apa jua profesion, ada beberapa unsur utama yang mendefinisikan apa yang dikatakan
sebagai profesional, bermula dengan lafaz terhadap pematuhan etika sebagai ahli profesion yang
dibuat oleh guru-guru. Oleh itu, seseorang guru yang profesional perlu satu komitmen untuk
membantu semua pelajar supaya berjaya.
Profesion perguruan melibatkan ilmu pengetahuan dan terikat dengan etika-etika yang
bersesuaian dengan kehidupan masa sekarang. Guru pada pandangan masyarakat merupakan
seorang yang berpengaruh tinggi dan mempunyai ilmu yang tiada batasnya. Selaras dengan
pendapat Mok Soon Sang (1995), pekerjaan guru adalah pekerjaan yang melibatkan intelek dan
tindakan. Seorang guru itu perlu sentiasa berfikir, merancang dan menilai pelajar-pelajarnya dari
sudut positif dan bersikap dedikasi. Untuk memiliki keupayaan akademik yang cemerlang,
seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai lebih dalam sesuatu ilmu pengetahuan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 7

sejajar dengan pertumbuhan ilmu yang sentiasa berkembang sebelum disampaikan kepada anak
didiknya.
Menurut Zainun (1994), peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan
untuk menjadi seorang guru yang unggul, mereka perlu memiliki kebolehan akademik dan
profesional secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Profesion
perguruan ini memerlukan individu yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi era
pendidikan yang global. Ianya adalah disebabkan oleh perkembangan informasi dan teknologi
negara. Esah (2002) menerangkan guru sebagai seorang yang profesional dan kerjayanya
seharusnya tidak mengutamakan gaji tetapi mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar dan
masyarakat. Ini tidak bermakna gaji tidak penting kepada guru malah gaji yang tinggi dapat
meningkatkan motivasi guru untuk meningkatkan prestasi mereka dalam profesionnya.
Menurut Mohd Hanafiah (2001), dahulu peranan utama guru ialah penyampai
pengetahuan, gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Kini peranan guru lebih penting
sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia
dan peka mewujudkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.
Murid perlu digerak supaya berfikir secara kreatif dan kritikal dan murid juga dijangka dapat
menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya.
Oleh itu, kedua-dua guru menyatakan sangat penting bagi mereka mempunyai
pengetahuan tentang isi kandungan seperti matematik, sains dan pendidikan islam. Hal ini kerana
kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak didasari dengan isi kandungan.
Manakala pengetahuan teknik pengajaran seperti penyoalan dan pengurusan kelas juga penting
bagi menarik perhatian pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pendidikan bestari menegaskan bahawa, semua pelajar mampu belajar asalkan mereka diberi
peluang yang mencukupi dengan pendekatan yang sesuai (Tengku Zawawi, 2000).
Bagi sudut pengetahuan pelajar seperti bagaimana mereka belajar dan apa yang
memotivasikan mereka pula, guru novis menyatakan sangat penting kerana guru dapat
menentukan tahap penguasaan seseorang pelajar terhadap subjek tertentu manakala guru
berpengalaman pula menyatakan sangat penting kerana jika sesorang guru dapat membaca riak
muka pelajar, guru akan mengetahui tahap pengetahuan pelajar yang mungkin juga dipengaruhi
oleh latar belakang mereka. Kesimpulannya, berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis pengetahuan,
kedua-dua guru menyatakan sama-sama penting kerana proses P&P akan berjalan lancar dan
baik sekiranya ketiga-tiga aspek pengetahuan ini seiring.
Menurut Shulman (1986), guru yang memiliki Pedagogi Pengetahuan Isi Kandungan
(PPIK) yang baik akan menyampaikan isi pelajarannya dengan menggunakan analogi, contoh,
penerangan dan demonstrasi yang efektif di samping mengambil kira kesukaran dan kesilapan
konsep yang dialami pelajar berkaitan dengan isi pelajaran tersebut. Manakala, Shulman (1987)
menyatakan PPIK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah pengetahuan isi
kandungan yang dimilikinya kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan
kebolehan dan latarbelakang pelajar. Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara
guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik
darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Pernyataan ini turut disokong
oleh Feiman-Nemser dan Buchmann (1986) serta Feiman-Nemser dan Remillard (1996), untuk
membina jambatan ini, guru perlu memikir secara pedagogikal di mana guru perlu
menimbangkan cara mengajar sesuatu mata pelajaran daripada perspektif pelajar, guru sendiri
dan isi kandungan subjek tersebut.
Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang dalam pemilihan
profesion perguruan sebagai satu kerjaya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang
dalam pemilihan profesion perguruan adalah faktor prestij, faktor minat, faktor ganjaran, faktor
persekitaran kerja dan faktor pengaruh.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 8

Faktor Prestij

Faktor prestij merupakan salah satu faktor yang mendorong mereka memilih profesion
perguruan. Profesion perguruan melibatkan ilmu pengetahuan dan terikat dengan etika-etika
yang bersesuaian dengan kehidupan masa sekarang. Guru pada pandangan masyarakat
merupakan seorang yang berpengaruh tinggi dan mempunyai ilmu yang tiada batasnya. Selaras
dengan pendapat Mok Soon Sang (1995), pekerjaan guru adalah pekerjaan yang melibatkan
intelek dan tindakan. Seorang guru itu perlu sentiasa berfikir, merancang dan menilai pelajar-
pelajarnya dari sudut positif dan bersikap dedikasi. Untuk memiliki keupayaan akademik yang
cemerlang, seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk menerokai lebih dalam sesuatu ilmu
pengetahuan sejajar dengan pertumbuhan ilmu yang sentiasa berkembang sebelum disampaikan
kepada anak didiknya.
Profesion perguruan semakin mendapat pengiktirafan masyarakat di atas usaha yang
diberikan oleh guru kepada mereka. Pengiktirafan masyarakat kepada profesion perguruan akan
menguatkan lagi semangat guru untuk berjuang dalam pendidikan walaupun pada zaman
sekarang, profesion perguruan boleh dianggap mencabar dengan masalah sosial yang semakin
meningkat. Selaras dengan pendapat Ginzberg (1995), penghormatan yang diterima dari orang
sekeliling dan kemampuan untuk yakin pada keputusan diri akan memberikan satu pengalaman
yang kuat terhadap tumpuan, imaginasi, usaha dan keinginan untuk terus melaksanakan sesuatu
tugas.
Pekerjaan guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Sebagai seorang yang berilmu dan
bertugas sebagai penyampainya, sudah tentu pekerjaan guru merupakan satu pekerjaan mulia
dimata masyarakat dan agama. Walau bagaimanapun, faktor prestij seharusnya meningkat kerana
mereka telah didedahkan dengan lebih dekat dengan bidang ini terlebih dahulu sebelum
mengajar atau ditempatkan mana-mana sekolah.

Faktor Minat

Minat memainkan peranan besar dalam pemilihan profesion kerana ia akan memberi impak yang
besar dalam sesuatu pekerjaan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang perguruan, seorang
guru akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ismail (1992) menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti mendorong seseorang
untuk meneroka dengan lebih jauh. Seseorang yang berminat dengan pekerjaan yang dilakukan
akan memastikan kerja yang dilakukan sempurna dan dapat diterima oleh orang ramai. Begitu
juga situasi bagi seorang guru, untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
diterima pelajar dengan baik, guru akan mempelbagaikan cara pengajaran mereka dan
menggunakan segala kemudahan yang ada untuk memastikan hasil yang diperoleh adalah
sempurna. Tajul (1996) menyatakan ciri-ciri penting yang perlu ada atau dimiliki oleh setiap
guru mahupun bakal guru ialah minat yang penuh terhadap keseluruhan tugasnya baik di sekolah
mahupun melibatkan warga luar sekolah.
Dalam kajian Gobi (1997), di mana 70.1% responden mengakui bahawa profesion
perguruan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh
sebab itu, masih ada segelintir daripada masyarakat memilih profesion perguruan sebagai salah
satu batu loncatan untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Holland
(1973) menyatakan faktor minat berkaitan dengan cita rasa individu tersendiri mengenai alam
pekerjaan. Ia mempunyai nilai positif atau negatif yang tersendiri terhadap sesuatu bidang
pekerjaan. Jadi tidak hairanlah sesetengah individu mengambil kursus perguruan sebagai salah
satu cara untuk memperoleh ijazah dan membuka peluang kepada pekerjaan lain atau peluang
melanjutkan pelajaran dalam bidang lain.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 9

Faktor Ganjaran

Faktor ganjaran merupakan salah satu faktor seseorang memilih profesion perguruan. Ganjaran
atau gaji memainkan peranan penting dalam pemilihan profesion. Faktor ini boleh memberi
motivasi kepada seseorang individu untuk memberi hasil yang terbaik dalam kerjayanya. Begitu
juga bidang pendidikan, melalui sumber kewangan itulah para guru dapat memenuhi keperluan
dan kehendak mereka. Ini bertepatan dengan tingkat keperluan Maslow yang menyatakan gaji
dan ganjaran merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan seseorang manusia. Bersesuaian
dengan hasil kajian yang dibuat untuk Nasional Educational Association, Amerika Syarikat
(Parkley, 1993) yang menunjukkan lebih 50% guru melahirkan rasa tidak puas hati dengan gaji
yang ditawarkan dalam profesion perguruan kerana terlalu rendah. Sebahagian besar guru
berpendapat beban kerja guru tidak berpatutan dengan gaji yang ditawarkan. Tanggungjawab dan
beban kerja guru pada masa sekarang semakin hari semakin bertambah dan mencabar. Pendapat
ini selaras dengan kajian Gobi (1997) yang mana dapatan menunjukkan gaji guru tidak sesuai
dengan beban kerja yang ditanggung oleh guru. Jika dilihat secara keseluruhan dalam faktor
ganjaran ini, gaji merupakan aspek yang paling jelas bermain difikiran individu masing-masing.
Ganjaran lain yang harus diambil kira dalam faktor ini seperti jangka masa kerja, cuti, jaminan
profesion dan pergaulan dengan masyarakat tidak seharusnya diabaikan

Faktor Persekitaran Kerja

Dalam pemilihan profesion, persekitaran kerja amat penting untuk memastikan pekerjaan yang
dilakukan berjalan dengan baik. Sebagai seorang guru, persekitaran yang bersih dan segar akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan sihat. Menurut Crow&Crow (1980), sikap
adalah hasil sampingan yang menjelaskan pengalaman seseorang individu mempunyai asasnya
pada desakan dalaman, tabiat yang dipelajari dan pengaruh alam sekitar yang mengelilinginya.
Selain daripada itu, seseorang guru haruslah mempunyai peribadi yang baik untuk mendidik
anak bangsa mereka ke arah kebaikan agar dapat mewujudkan negara yang aman dan maju.
Kenyataan ini selaras dengan pendapat Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993) yang
menyatakan bahawa guru merupakan golongan yang memberikan kesan yang amat besar
terhadap personaliti, mental dan fizikal setiap insan yang dididiknya. Ini kerana guru bukan
sahaja bertugas mengajar subjek-subjek tertentu tetapi juga mendidik dalam memberikan tunjuk
ajar di samping teladan yang baik.

Faktor Pengaruh

Faktor yang mempengaruhi individu itu memilih profesion perguruan adalah disebabkan faktor
pengaruh. Kebanyakan individu memilih profesion perguruan kerana ramai di kalangan rakan-
rakan mereka memilih profesion perguruan dan mereka suka kanak-kanak, iaitu pelajar.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Fieldman dan New Comb (1969), faktor utama
yang mengubah sikap pelajar ialah hubungan dengan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan
orang yang paling hampir dengan persekitaran pelajar, ini akan menyebabkan keinginan dan
kesukaan terhadap sesuatu akan dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya mereka. Rakan sebaya
merupakan insan yang berpengaruh dalam membentuk peribadi seseorang, ini kerana segala
perkara yang dilakukan seharian di sekolah atau luar sekolah adalah sama dan mereka saling
bekerjasama antara satu sama lain. Tidak hairanlah jika ramai individu memilih profesion
perguruan kerana pengaruh rakan sebaya. Menurut Atan (1994), seseorang itu lebih cenderung
untuk memilih rakan sebaya yang mempunyai minat yang sama. Cara hidup yang sama dapat
membantu mencapai kejayaan individu kerana adanya kerjasama, perasaan bertimbang rasa dan
saling memahami antara satu sama lain.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 10

Reaksi negatif daripada individu menyatakan ibu bapa dan saudara mereka ramai yang
memilih profesion perguruan menyebabkan mereka memilih profesion yang sama. Ibu bapa
hanya perlu memastikan anak-anak mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
impian dan minat mereka kepada sesuatu perkara. Menurut Griswold (1986), ibu bapa perlu
melibatkan diri dalam semua aktiviti dan tidak terhad kepada aktiviti akademik sahaja untuk
menggalakkan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran mereka. Tidak semestinya anak-anak harus
mewarisi pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka, tugas ibu bapa hanya memberi
dorongan dan sokongan kepada anak-anak mereka supaya berjaya dalam pelajaran dan memilih
profesion yang mereka minat. Menurut Mohd Fadilah (1997), ibu bapa bukan sahaja bertindak
sebagai penjaga, pendidik, pengasuh, pemimpin malah lebih daripada itu. Beliau telah
mendalami lagi peranan ibu bapa juga kawan, pengikut, pendorong (motivasi) dan pembuka
minda serta rangsangan. Tidak hairan jika ibu bapa boleh menjadi sumber rujukan dalam
mendorong keputusan seseorang dalam memilih sesebuah kerjaya. Dalam proses pemilihan
profesion perguruan, tidak semestinya ibu bapa bekerja sebagai guru boleh mendorong anak-
anaknya untuk memilih bidang perguruan. Tetapi ibu bapa boleh memberi tunjuk ajar dan
merangsang anak-anak untuk memilih profesion yang mereka sukai.
Faktor pemilihan profesion perguruan disebabkan oleh guru sebagai sumber inspirasi.
Perwatakan guru, cara pengajaran, pergaulan guru menunjukkan pelajar amat berminat untuk
memilih profesion perguruan. Kajian oleh pengkaji akademik Benjamin Wright dan Shirley
Tuska dalam Forrest dan Hardcastle (1990) terhadap 4500 orang guru pelatih mendapati ramai
pelatih yang mengenang gurunya sebagai “admired” dan “influential.” Ciri-ciri gurunya yang
terdahulu memberikan inspirasi tertentu mengikut jejak gurunya menjadi pendidik (Gobi, 1997).
Sebagai guru, kerektor mereka memainkan peranan besar bagi pelajar. Segala tingkahlaku yang
ditunjukkan oleh guru akan menimbulkan rasa minat pelajar kepada bidang perguruan. Mengikut
teori pemilihan kerjaya Holand (1973), sesuatu bidang yang menarik minat seseorang adalah
berdasarkan latar belakang kehidupan dan personalitinya, maka pekerjaan itu juga boleh menarik
minat individu lain yang mempunyai latar belakang yang sama.

KESIMPULANNYA

Kesimpulannya, seseorang individu yang ingin menjadikan dirinya sebagai pendidik yang
berjaya seharusnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perguruan kerana bidang ini
memerlukan seseorang yang mempunyai keazaman yang tinggi bagi melahirkan pelajar yang
berkualiti dan cemerlang. Peranan guru sebagai profesional adalah semakin mencabar dan untuk
menjadi seorang guru yang unggul, individu perlu memiliki kebolehan akademik dan profesional
secukupnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Profesion perguruan ini
memerlukan individu yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi era pendidikan yang
global. Ianya adalah disebabkan oleh perkembangan informasi dan teknologi negara. Guru
adalah sebagai seorang yang profesional dan kerjayanya seharusnya tidak mengutamakan gaji
tetapi mengutamakan tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. Ini tidak bermakna gaji
tidak penting kepada guru malah gaji yang tinggi dapat meningkatkan motivasi guru untuk
meningkatkan prestasi mereka dalam profesionnya. Di samping itu, pekerjaan guru adalah
pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan. Seorang guru itu perlu sentiasa berfikir,
merancang dan menilai pelajar-pelajarnya dari sudut positif dan bersikap dedikasi. Untuk
memiliki keupayaan akademik yang cemerlang, seorang guru perlu sentiasa berusaha untuk
menerokai lebih dalam sesuatu ilmu pengetahuan sejajar dengan pertumbuhan ilmu yang sentiasa
berkembang sebelum disampaikan kepada anak didiknya.
Kelima-lima faktor yang dibincangkan juga memainkan peranan penting dalam
mendorong seseorang individu itu memilih profesion perguruan sebagai satu kerjaya.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 11

Khususnya, faktor prestij banyak mendorong seseorang untuk memilih profesion perguruan
sebagai kerjaya masing-masing. Selain itu, pelbagai cara telah dilakukan untuk menaikkan prestij
perguruan antaranya menaikkan gaji guru selaras dengan pernyataan Tan Sri Ainuddin Wahid
yang menyatakan cara menaikkan gaji para guru sehingga mengatasi gaji dalam profesion lain
boleh membawa beberapa perubahan positif secara keseluruhannya (Dewan Masyarakat, Januari
2004).
Pengiktirafan juga merupakan faktor penting untuk memotivasikan seseorang dalam
sesuatu pekerjaan. Walaupun jelas nilai prestij dalam bidang perguruan sangat tinggi pada masa
sekarang, tetapi kejadian-kejadian yang mengaibkan warga guru, seperti guru telah ditangkap
kerana mencabul kehormatan anak murid dan kes guru didakwa mendera anak murid hanya
kerana kesalahan yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan hukuman yang diberikan
(Mingguan Malaysia, 27 Feb). Guru yang diharap membimbing dan mendidik telah menyalah
gunakan kepercayaan yang diletakkan kepada mereka dengan melakukan perkara yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh seorang yang dihormati dimata masyarakat. Jadi tidak hairanlah
walaupun prestij masih menjadi faktor kepada seseorang individu sebagai faktor pemilihan
profesion mereka tetapi kejadian sebegini menyebabkan ia tidak menunjukkan peningkatan
walaupun telah lama mengikuti kursus perguruan ini.
Manakala individu yang telah melalui kursus perguruan dan telah menjalani latihan
praktikal di sekolah semakin yakin dengan pemilihan profesion guru disebabkan faktor ganjaran.
Jika dilihat secara keseluruhan dalam faktor ganjaran, gaji merupakan aspek yang paling jelas
bermain difikiran individu. Ganjaran lain yang harus diambil kira dalam faktor ini seperti jangka
masa kerja, cuti, jaminan profesion dan pergaulan dengan masyarakat tidak seharusnya
diabaikan. Perkara ini menyerupai hasil kajian Goodlad (1984) apabila beliau mendapati graduan
kejuruteraan yang memilih profesion perguruan sebagai pilihan pertama kerjaya mereka
memberikan pangkat ketiga atas sebab “gaji baik” jaminan kerja yang berkaitan profesion
perguruan termasuklah masa kerja yang pendek dan cuti yang panjang.
Menurut Burner (1960), cara yang terbaik untuk membina minat pelajar ialah dengan
menerangkan tentang kepentingan mata pelajaran serta ilmu yang diperoleh pada masa-masa
akan datang. Pelajar akan lebih berminat sekiranya mata pelajaran yang diajar mempunyai kaitan
dengan alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi suatu masa nanti. Apabila pelajar mula
mengetahui kegunaan pembelajaran dan pengalaman yang ditimba dari program perguruan yang
dianjurkan, minat mereka kepada bidang perguruan akan bertambah. Pendapat Sufean (1993)
menyatakan minat merupakan keghairahan atau kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu
perkara.
Teori Kerjaya Happockk (1976) yang menyatakan bahawa seseorang memilih pekerjaan
adalah untuk memenuhi keperluan emosi dan nilai-nilai khas. Mereka harus berupaya membuat
jangkaan yang tepat, mempamerkan nilai yang tinggi dan melihat profesion perguruan dengan
persepsi yang betul.
Daripada teori pemilihan kerjaya yang diutarakan oleh Holland (1973) menyatakan
pemilihan kerjaya adalah perlakuan yang menggambarkan motivasi, pengetahuan dan kebolehan
individu. Setelah mendapat pengetahuan tentang bidang perguruan sedikit sebanyak akan
mengurangkan faktor pengaruh dalam pemilihan profesion seseorang. Faktor pengaruh semakin
menurun setelah mendapat pendidikan tentang perguruan. Keyakinan yang tinggi terhadap
kebolehan diri akan memadamkan faktor pengaruh sedikit demi sedikit apabila seseorang berasa
seronok dengan bidang yang dipilihnya.
Pihak Kementerian Pendidikan seharusnya berusaha untuk menaikkan imej dan status
guru dengan memberi penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan, budaya ilmu dan pembentukan sahsiah. Ini adalah supaya guru lebih bersedia
menghadapi cabaran dalam profesion perguruan. Maka dengan ini profesion perguruan akan
dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 12

RUJUKAN

Ainon binti Mohd &Abdullah bin Hassan (2002), Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah -
Edisi Kemas Kini, Terbitan PTS Profesional Sdn.Bhd.
Aliza Alias (2007), Guru Permulaan, Profesyen Perguruan, Siri Penerbitan Jabatan Asas
Pendidikan .
Berliner, D.(1986), In pursuit of the expert pedagogue, Educational Researcher, 15, 5-13.
Blascovich & Tomaka (1991):http://www.peacemotivate.com/2006/11/05/self-esteem/[26
September 2010]
Siti Zohara Yassin (2006), Proses Sosialisasi Organisasi Guru Sandaran Terlatih (GST) Dalam
Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Di Kuching,
Sarawak, PHD Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tengku Zawawi Tengku Zainal (2009), Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik
bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah, Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)
131 – 153,
Woo Sik Jung (2007), Preservice teacher training for successful inclusion, Education.
Zakaria Kasa & Abdul Rahman Md. Aroff (1995), Sikap dan Masalah Guru Pelatih dalam
Menjalani Latihan Mengajar, Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 3(2): 125-133.
Khashiatul-Fauziah Binti Hamzah. 2003. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya
di Kalangan Remaja Melayu di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia,
Projek Sarjana Muda.
Awang Had Salleh. 1980. Pendidikan ke Arah Perpaduan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

LAMPIRAN

Temuramah 1 : Pn. Husnaa Salehah Binti Yahya


Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 13

Temuramah 2 : Pn. Wan Ainur Najmiah Binti Wan Abdul Jamil

Anda mungkin juga menyukai