Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

ASPEK IGP BIDANG ( Pendidikan Islam) IGP BUKAN BIDANG


(KEMAHIRAN HIDUP)

NAMA AMINUDDIN BIN TAHAR MOHD KHAIRUL AZMADI BIN


MOHD RAZALI

RINGKASAN  Berasal dari Terengganu  Merupakan pelajar dari Lepasan


TAHAP  Mendapat pengajian awal di Sekolah Menengah Teknik
PENDIDIKAN Sekolah Arab bawah Vokasional Tanah Merah
penyeliaan Negeri Terengganu  Menyambung pembelajaran
 Kemudian melanjutkan bagi peringkat Diploma ke
pengajaran ke Mesir selama 4 Politeknik Kota Bharu dalam
tahun bidang Kejuruteraan Eletronik
 Pulang ke tanah air, selama 3 tahun
mengambil kursus KPLI  Seterusnya melanjutkan
 Mula bekerja pada tahun 2002 pembelajaran dalam bidang
di Kuantan, Pahang. pendidikan di Universiti
 Berpindah ke Kuala Lumpur Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
pada tahun 2009 dan menetap selama 4 tahun bagi subjek
di sana sehingga sekarang kemahiran hidup
TARIKH 30April 2022 30 April 2022
WAWANCARA

HARI Sabtu Sabtu

WAKTU 12.00 – 12.45 tghari 10.15 - 11:40 pagi

TEMPAT Rumah kediaman masing-masing Rumah kediaman masing-masing

Platform Google Meet Google Meet

2
2.0 PROTOKOL WAWANCARA
2.1 Persediaan yang dilakukan sebelum wawancara.
Wawancara yang telah berjaya dijalankan merupakan satu kejayaan besar yang diperoleh oleh
kumpulan kami kerana adanya perancang yang baik dan teliti bagi memastikan sesi wawancara
tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, kami telah melakukan beberapa
persediaan yang rapi antaranya membuat perbincangan awal bersama ahli kumpulan di Google
Meet mengenai program wawancara yang akan dilaksanakan dan meminta pendapat serta
cadangan daripada setiap orang ahli mengenai guru-guru yang akan ditemu bual sama ada dalam
bidang Pendidikan Islam ataupun luar bidang. Salah seorang dari ahli kami iaitu Nur Najihah
binti Abd Wahab telah memudahkan gerak kerja kumpulan kami bagi mendapatkan kedua dua
orang guru tersebut kerana beliau pernah menjadi guru ganti di Sekolah Taman Melawati dan
masih berhubung dengan kedua-dua guru berkenaan. Selepas dihubungi, kedua-dua orang guru
tersebut tidak mempunyai masalah untuk menjalankan sesi wawancara tersebut kerana berniat
untuk menolong dan memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami sangat berbesar
hati diatas pertolongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang guru tersebut.
Selepas mendapatkan persetujuan dari kedua dua orang guru tersebut kami membuat
perbincangan mengenai soalan-soalan yang akan ditanyakan kepada kedua-dua guru tersebut
semasa wawancara dijalankan. Kami perlu memahami terlebih dahulu soalan- soalan tersebut
sebelum diajukan kepada mereka. Kami juga mempertimbangkan tentang soalan-soalan
tambahan yang akan ditanyakan sama ada soalan tambahan tersebut sesuai atau tidak untuk
diajukan. Kami juga membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan kami untuk bertanyakan
sekurang-kurangnya satu soalan kepada guru-guru tersebut. Hal ini kerana kami ingin mencipta
suasana yang santai semasa sesi wawancara berjalan sekaligus bagi melibatkan semua ahli
memainkan peranan masing-masing. Hasil dari perbincangan yang dijalankan kami telah
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai mengikut lapangan masa guru-guru yang ingin ditemu
bual dan kami juga berbincang mengenai perjalanan program wawancara yang akan
dilaksanakan. Akhir sekali persediaan kami sebelum sesi wawancara dijalankan ialah kami
memilih seorang daripada ahli kumpulan kami untuk memimpin sesi wawancara tersebut serta
menjadi juru acara dalam wawancara tersebut iaitu saudara Amir Naufal Rifqi bin Mohd Rashid.
Kami juga mengadakan sesi latihan untuk wawancara tersebut bagi menguji tahap kelajuan
internet di kawasan rumah masing-masing.

2
2.2 Perihal yang berlaku semasa proses wawancara dijalankan
Antara perihal yang berlangsung pada hari kejadian ialah kami sekumpulan telah bercadang
untuk melakukan latihan atau persediaan akhir sebelum memulakan sesi wawancara sebenar
bersama guru jemputan. Latihan tersebut telah kami jalankan satu jam sebelum wawancara
bermula. Antara yang telah kami kemaskini adalah dari sudut penggunaan bahasa yang sesuai,
soalan yang akan diajukan dan memahami peranan masing-masing dalam menghidupkan sesi
wawancara tersebut. Setelah selesai latihan yang serba ringkas, kami memutuskan untuk
menjemput guru jemputan yang pertama. Kami juga telah menyempurnakan kedua-dua sesi
wawancara IGP ini pada hari yang sama iaitu pada tanggal 30 April yang lalu. Sesi wawancara
bagi kedua-dua guru jemputan telah kami jalankan secara atas talian dan sesi tersebut telah kami
rekodkan sebagai rujukan.
Antara perihal yang berlaku sepanjang sesi wawancara tersebut berlangsung adalah
ketika Cikgu Khairul hadir ke dalam platform “Google Meet” yang disediakan oleh saudari Nur
Najiha, kami sempat beramah mesra bersama beliau dengan mengajukan beberapa soalan luar
dari topik yang akan kami bincangkan. Hal ini dilihat menjadi satu penanda aras terhadap
kelancaran program dan penerimaan panel terhadap kami sekumpulan. Jadi, Cikgu Khairul
memberikan respon yang sangat baik dan membantu dalam memeriahkan sesi wawancara
tersebut. Perancangan berkenaan soalan-soalan yang akan kami ajukan kepada beliau juga
berjalan seperti yang dirancang. Hal ini secara tidak langsung memudahkan beliau untuk
menjawab soalan-soalan tersebut walaupun terdapat beberapa soalan yang harus dijawab secara
spontan tetapi dek kerana memiliki sifat bersahaja yang membuatkan beliau tidak kekok untuk
menjawab setiap persoalan yang diberikan. Sama juga hal yang berlaku pada sesi wawancara
kedua bersama al fadhil Ustaz Amin. Setiap pertanyaan yang sampai ke telinga beliau dipenuhi
dengan kata-kata hikmah dan nasihat yang sangat bermanfaat buat kami sebagai seorang insan
dan bakal pendidik.
Jika dilihat dari segi kelancaran sesi, halangan seperti masalah rangkaian tidak kami
rasai. Hal ini kerana setiap dari kami bersedia dengan rangkaian yang kuat supaya tidak
mengganggu perjalanan kedua-dua sesi wawancara tersebut berlangsung. Kedua-dua guru
jemputan juga mempunyai rangkaian internet yang stabil sekaligus mengurangkan kebimbangan
yang bermain di minda setiap dari kami bagi menjayakan sesi wawancara IGP tersebut.
Kekurangan yang dapat kami dedahkan sepanjang sesi berlangsung mungkin dari penjagaan

2
masa. Wawancara terbaik adalah satu sesi di mana tidak perlu mengambil masa yang terlalu
lama baik dari penemu bual yang mengajukan soalan mahupun panel yang akan menjawab
segala persoalan. Hal ini berlaku apabila Cikgu Khairul dan Ustaz Amin memberikan hujah yang
boleh dikatakan terlalu panjang tetapi masih menjawab keperluan soalan. Walau bagaimanapun,
setiap input yang disuarakan amat berguna untuk kami dalam usaha membentuk jati diri dan
personaliti sebagai insan guru profesional. Akhir sekali, kami juga sempat mengadakan sedikit
perbincangan berkenaan dengan tugasan-tugasan yang diamanahkah setelah selesai sesi
wawancara kedua. Perbincangan tersebut tidak mengambil masa yang lama dan dijalankan
dengan serba ringkas.

3.0 Dapatan Kajian

3.1 Pengenalan

Wawancara tersebut telah berjalan dengan lancar dan dijalankan secara atas talian melalui
platform google meet terhadap dua orang guru yang berbeza bidang pengajarannya dan juga dari
sekolah yang berbeza. Bagi bidang Pendidikan Islam Guru yang ditemu bual ialah Encik
Aminuddin bin Tahar manakala guru yang ditemu bual bagi kategori luar bidang (Kemahiran
hidup) ialah Encik Mohd Khairul Azmadi bin Mohd Razali. Kedua-dua guru tersebut ditemu
bual bagi melengkapkan tugasan berkumpulan subjek KPG 3013 ini disamping dapat berkongsi
maklumat dan pendapat mengenai bidang perguruan serta pengalaman mereka sepanjang
bergelar sebagai seorang pendidik.

3.2 Latar belakang IGP bidang / bukan bidang


IGP bagi bidang Pendidikan Islam iaitu Ustaz Aminuddin bin Tahar berasal daripada negeri
Terengganu, Darul Iman. Mendapat pendidikan di Sekolah Arab di bawah penyeliaan negeri
Terengganu. Kemudian melanjutkan pembelajaran ke Mesir selama 4 Tahun. Beliau pulang ke
Tanah Air sekitar tahun 2000. Pada tahun 2001, beliau mengambil Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI) atau sekarang lebih dikenali sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Beliau mula berkhidmat sebagai pendidik pada tahun 2002 di Kuantan, Pahang dan berpindah ke
Kuala Lumpur pada tahun 2009. Beliau menetap di Kuala Lumpur sehingga sekarang.

2
Seterusnya bagi latar belakang IGP bukan bidang merupakan Encik Mohd Khairul Azmadi
bin Mohd Razali. Beliau berasal dari Tanah Merah Kelantan. Merupakan pelajar dari Lepasan
Sekolah Menengah Teknik Vokasional Tanah Merah. Kemudian beliau menyambung
pembelajaran bagi peringkat Diploma ke Politeknik Kota Bharu dalam bidang Kejuruteraan
Eletronik selama 3 tahun. Seterusnya beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan
pembelajaran dalam bidang pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama 4
tahun bagi subjek kemahiran hidup. Setelah itu, beliau mendapat tawaran untuk menjadi seorang
guru di Lawas, Sarawak pada tahun 2012 dan berkhidmat selama lebih kurang 4 tahun lebih.
Kemudian pada tahun 2016, beliau telah ditukarkan ke SMK Taman Melawati, Gombak dan
telah berkhidmat selama 6 tahun. Pada bulan januari tahun 2022, beliau telah ditukarkan untuk
bertugas di SMK Alor Pasir, Tanah Merah Kelantan dan kembali menetap di kampung
halamannya.

3.3 Faktor yang mendorong beliau menjadi seorang guru.


Antara faktor yang telah mendorong ustaz Amin untuk menjadi seorang pendidik ialah beliau
mempunyai banyak pendidikan yang tidak formal serta sering mengikuti pembelajaran di surau
dengan guru-guru di kampung semasa berada di bangku sekolah rendah Apabila menginjak ke
usia sekolah menengah dan ketika menuntut di Mesir, beliau gemar mencari beliau guru yang
selain daripada guru mengajar di kuliah. Hal ini mewujudkan sifat untuk menyebarkan ilmu
terbentuk dalam diri beliau yang kemungkinan dipengaruhi oleh guru-guru beliau yang mengajar
tanpa mengira masa dan sebarang bayaran. Beliau berkata lagi apabila tidak dapat menyebarkan
ilmu seperti satu kekurangan dalam diri beliau. Kekurangan guru agama di Malaysia pada ketika
itu menyebabkan beliau bertekad untuk terus mempelajari ilmu agama dan menyebarkannya
sebagai dakwah kepada orang lain. Namun, dorongan yang paling besar ustaz Amin untuk
menjadi seorang pendidik ialah perkembangan ilmu yang diajarkan yang membentuk sahsiah dan
akhlak yang baik bagi seseorang pelajar.

Antara faktor yang mendorong Cikgu Khairul pula untuk menjadi seorang guru adalah sudah
pasti restu dan hasrat ibu bapa menjadi keutamaan dalam pemilihan kerjaya beliau. Ibu beliau
sangat mengharapkan beliau untuk bergelar seorang pendidik. Selain itu, terdapat beberapa orang
guru ketika di bangku sekolah yang berjaya menambat hati beliau untuk menjadi seorang guru.

2
Hal ini disebabkan oleh Cikgu Khairul sendiri diinspirasikan oleh guru-guru beliau dengan
teknik mengajar, kemampuan serba boleh dan disayangi ramai. Faktor tambahan yang dapat
disertakan adalah beliau juga ada menyatakan bahawa minat menjadi pendorong buat beliau
dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan cemerlang baik dari sudut akademik,
ko-kurikulum mahupun sahsiah.

3.4 Ciri keperibadian seorang guru yang berjaya


Ciri keperibadian yang perlu ada dalam diri seseorang warga pendidik ustaz Amin menyatakan
bahawa semua guru perlu mencontohi keperibadian Rasulullah S.A.W. Keperibadian para rasul
seperti siddiq, amanah, tabliqh dan fatanah perlu difahami agar semangat untuk terus mendidik
itu tidak luntur. Selain itu, beliau juga memberitahu bahawa seseorang pendidik harus berani
mengakui kesalahan diri apabila tersalah dalam menyampaikan pengajaran. Sifat amanah
terhadap ilmu juga penting dengan menyebarkan ilmu yang yakin kesahihannya bukan ilmu yang
belum pasti ada.

Hujah beliau tentang ciri keperibadian seorang guru yang berjaya adalah antaranya memiliki
sifat jujur dan ikhlas. Cikgu Khairul melarang kami sekumpulan dan nasihat buat semua bakal
guru supaya jangan sesekali wujudkan perasaan ingin dihargai, mahu dipuji dan dibanggakan.
Hal ini secara tak langsung mungkin akan melahirkan perasaan iri terhadap guru-guru lain
dengan prestasi dan pencapaian yang ditonjolkan sedangkan hasil kerja sendiri tidak disebut-
sebut. Beliau juga berpesan agar tidak mengejar sesuatu pangkat atau pencapaian apabila
berkecimpung dalam dunia pendidikan kerana hal ini akan memusnahkan keikhlasan dalam diri
seorang guru untuk mendidik anak-anak pelajar sekiranya apa yang dikejar tidak dipenuhi lebih
lebih lagi jatuh ke tangan orang lain.

3.5 Ciri keperibadian yang perlu ada pada diri seseorang sebelum masuk dalam bidang
perguruan
Bagi Ustaz Amin ciri yang perlu ada pada seseorang sebelum masuk dalam bidang perguruan
ialah mengkaji dan berusaha menuntut ilmu dengan lebih mendalam bagi subtopik yang ingin di
ajar dan juga sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dalam menuntut ilmu. Bagi beliau walaupun
kita bergelar sebagai pendidik, kita masih perlu berusaha mencari ilmu kerana ilmu itu ibarat

2
seluas lautan. Namun, perkara yang paling dititikberatkan oleh beliau ialah setiap pendidik
jangan beranggapan bahawa tugas sebagai guru sangat membebankan. Semua guru mesti bijak
membahagikan masa dengan urusan peribadi sendiri.
Terdapat beberapa ciri keperibadian yang perlu ada dalam diri seseorag sebelum bergelar
pendidik menurut Cikgu Khairul. Antaranya ialah ikhlas dalam memberi. Seorang guru tidak
seharusnya mengharapkan balasan dengan segala apa yang telah disumbangkan. Katanya lagi,
sifat ikhlas ini juga dapat disemai dalam diri seseorang jika tidak secara aslinya ada dalam diri
mereka. Beliau juga ada menyebut tentang niat seseorang sebelum bergelar pendidik. Niat juga
merupakan intipati utama dalam membentuk keperibadian dan sahsiah seorang bakal guru.

3.6 Ciri/Sifat yang Tuan/Puan rasakan perlu disemai untuk menambahbaik keperibadian
seorang guru unggul
Beliau memberi contoh ulama terdahulu yang bernama Imam Malik r.a yang menjawab beberapa
soalan walaupun berpuluh soalan yang diterima. Soalan selebihnya hanya dijawab dengan Allah
yang lebih mengetahui. Hal ini memberikan beliau keyakinan bahawa amanah terhadap ilmu
mendidik keperibadian seseorang guru. Bagi Ustaz Amin ciri yang perlu disemai untuk
menambahbaik keperibadian seseorang guru ialah mengenai pengurusan masa. Contohnya
seorang bakal guru perlu bijak dalam merancang masa semasa berada di tempat kerja dengan
situasi di luar kerja. Beliau berkata demikian kerana hal tersebut sering kali menjadi
permasalahan besar kepada guru baharu dimana mereka tidak dapat membahagikan masa
dengann baik antara hal peribadi dan hal kerja.

Dalam hujah beliau yang lalu, guru unggul merupakan seorang guru yang baik. Jadi beliau
nyatakan ciri yang perlu dibentuk dalam diri seorang guru unggul ialah elakkan dari sifat iri hati.
Berdasarkan penjelasan beliau, guru-guru tidak sewajarnya membentuk kelompok sendiri atau
berpuak-puak sebaliknya sentiasa menghadirkan aura positif apabila bertemu sesiapa sahaja
tanpa ada kata-kata dalaman yang tidak menyenangkan mana-mana pihak. Jadi, ciri ataupun sifat
tersebut perlu dielakkan dalam proses mewujudkan suasana yang mesra dan harmonis antara
guru-guru, pelajar dan warga sekolah yang lain.

2
3.7 Ciri keperibadian yang tidak sepatutnya ada pada seorang guru
Dalam soalan ini, ustaz Amin menyatakan bahawa sifat keperibadian yang tidak sepatutnya ada
dalam diri seorang guru ialah kamu tidak berbuat apa yang kamu katakan. Contoh yang beliau
ketengahkan ialah apabila seorang guru menyuruh pelajar berbuat sesuatu kebajikan sedangkan
dia lupa apa yang telah diucapkan. Sifat begini sangat buruk sekiranya seseorang guru
mempunyai akhlak seperti itu. Bagi beliau guru perlu seiring dengan apa yang diucapkan
olehnya sama ada dalam bentuk nasihat, pengajaran, tingkah laku dan sebagainya.

Berdasarkan pandangan dari cikgu Khairul pula, sifat yang tidak sepatutnya ada pada seorang
guru ialah sikap lalai dan tidak cakna dalam melakukan sesuatu tugasan yang diamanahkan dan
hanya untuk mendapat pujian dan mengejar pangkat semata-mata. Perkara ini dikongsikan oleh
cikgu Khairul sendiri kerana ia terjadi di salah sebuah sekolah dimana tempat beliau bertugas.
Cikgu Khairul juga berkata sifat yang tidak boleh ada pada seorang guru profesional ialah
dikelilingi rakan sekerja yang berpuak puak dan tidak menjalinkan hubungan yang baik sesama
guru yang lain. Kerana bagi beliau hubungan yang baik antara rakan sekerja mampu menjadikan
sesuatu kerja yang berat menjadi ringan.

3.8 Harapan cikgu tentang keperibadian guru akan datang


Harapan ustaz Amin terhadap guru yang akan datang ialah beliau mendoakan semua guru yang
bakal mendidik pelajar berada dalam lindungan Allah SWT. Melalui perkongsian beliau juga
berpesan supaya guru-guru baharu hendaklah bersabar dengan perangai individu di tempat kerja
dan tidak hanyut disebabkan perkara yang akan merugikan diri sendiri. Selain itu, harapan
beliau kepada kami semua untuk tidak membuang masa dengan aktiviti seperti melepak. Beliau
menyarankan agar guru baharu untuk melaksanakan tanggungjawab secara serius kerana ia boleh
melatih sifat amanah dalam diri seorang pendidik.

Bagi cikgu Khairul pula, harapan beliau terutamanya kepada kami yang bakal bergelar guru
ialah perlu bersedia dari segi mental dan fizikal semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Pada
pandangan beliau para pelajar gemar bersikap main-main terutamanya kepada guru praktikal jadi
Cikgu Khairul berharap bahawa kami semua dapat membina keperibadian diri sendiri iaitu

2
mendidik dengan lemah lembut tetapi tegas supaya pelajar boleh menghormati guru mereka
walaupun hanya guru sementara.

3.9 Nasihat yang Cikgu/Tuan boleh berikan kepada kami sebagai bakal Insan Guru
Profesional
Antara nasihat yang ditekankan oleh Ustaz Amin kepada kami ialah mencontohi sifat wajib
Rasulullah SAW iaitu siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah kerana bagi beliau Rasulullah
merupakan seorang rasul yang dapat memberikan contoh teladan yang baik kepada ummatnya
sehingga mampu melahirkan beribu ribu sasterawan dan pendidik dengan hanya berbekalkan
ajaran agama yang disampaikan oleh Rasulullah. Beliau juga menasihatkan bahawa seorang guru
tidak boleh cepat melatah sekiranya berhadapan dengan situasi yang mampu mencabar emosinya
sebaliknya berusaha mengawal perasaan tersebut daripada dilepaskan kerana ia boleh membawa
kesan yang buruk kepada pembelajaran murid di dalam kelas.

Sebagai bakal Insan Guru Profesional, kita perlu sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugasan
yang diberikan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau balasan dari perbuatan tersebut.
Cikgu Khairul juga menasihati kami, sekiranya menjadi seorang pendidik kelak, kita hendaklah
bersifat tegas dalam mendidik dan jangan sesekali membezakan anak-anak murid sama ada
mereka dari kelas belakang atau pun kelas hadapan kerana bagi beliau tugas mendidik bukan
hanya semata mata menyampaikan ilmu malah guru juga bertanggungjawab membentuk peribadi
dan akhlak mulia pelajar tersebut.

3.10 Cabaran yang paling sukar pernah cikgu hadapi di sekolah?


Melalui wawancara tersebut, ustaz Amin berkongsi kisah sewaktu beliau berada di Kuantan.
Sewaktu menjadi guru di situ beliau menerima cabaran bahawa pelajar di satu sekolah di
kawasan itu kekurangan minat dalam menuntut ilmu disebabkan faktor pekerjaan. Walau
bagaimanapun, beliau memuji sikap pelajar di situ kerana sentiasa menegur dan tidak sombong
terhadap guru. Perkara tersebut menjadi kelebihan kepada pelajar di sekolah itu. Apabila beliau
berhijrah ke sebuah sekolah di ibu kota iaitu Kuala Lumpur beliau mendapati bahawa ada
sesetengah pelajar yang sombong terhadap guru. Perkara tersebut berkemungkinan disebabkan
ibu bapa mereka mempunyai pekerjaan yang baik dan mampu menampung kehidupan mereka.

2
Situasi yang berbeza ini sedikit sebanyak telah menguji kesabaran beliau dalam mencurahkan
ilmu tetapi beliau menyarankan supaya bakal guru sentiasa semangat menyampaikan ilmu
walaupun pelajar tidak mendengar ilmu yang di sampaikan.

Bagi pandangan cikgu Khairul pula, Beliau berkata bahawa tugas seorang pendidik ini
memang banyak cabaran yang akan dihadapi. Tapi bagi beliau setiap cabaran atau masalah pasti
ada jalan penyelesaiannya. Beliau tidak banyak mengupas mengenai soalan cabaran ini kerana
bagi beliau setiap permasalahan yang berlaku ke atas dirinya beliau akan mencari jalan
penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikannya. Beliau hanya mengatakan cabaran yang agak
sukar kepada setiap guru adalah untuk mengadaptasi dengan suasana dan persekitaran baru
sekiranya terpaksa menjalankan tugas di sekolah baharu. Perkara ini berlaku kerana setiap
sekolah mempunyai budayanya yang berbeza jadi guru-guru perlu lebih gigih untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

3.11 Ada apa-apa lagi kata-kata akhir Cikgu/Tuan/Puan pada kami?


Bagi ustaz Amin pula, Beliau berharap kami dapat membawa imej Islam yang baik dengan
mempraktikkan contoh serta akhlak yang mulia di hadapan pelajar sebagai guru mata pelajaran
subjek Pendidikan Islam. Beliau juga mendoakan yang terbaik kepada kami agar dapat menjadi
seorang pendidik yang mampu mencipta kejayaan yang lebih cemerlang kepada anak didiknya
pada masa akan datang.

Kata kata terakhir yang diucapkan oleh Cikgu Khairul kepada kami ialah apabila menjalankan
sesi latihan mengajar di sekolah sekolah nanti cuba ciptakan hubungan yang balik antara guru-
guru lama di sekolah tersebut kerana mereka lebih berpengalaman dan lebih mengetahui
permasalahan dan budaya sekolah tersebut. Ringankan mulut untuk bertanya kepada mereka
sekiranya tidak memahami seuatu perkara kerana proses pembelajaran ilmu juga akan berlaku
pada ketika itu. Cikgu khairul juga mengatakan bahawa walaupun sudah bergelar sebagai
seorang pendidik, kita mestilah sentiasa menimba ilmu tidak kira walau dimana berada.

3.12 Penutup wawancara

2
Sesi wawancara selesai dan dapat dijalankan dengan baik walaupun terdapat beberapa kekangan
yang tidak dapat dielakkan seperti kesuntukan masa dan sebagainya. Walaubagaimanapun,
semua skop soalan yang diajukan dapat dijawab dengan tepat dan padat mengikut skop bagi
setiap persoalan tersebut oleh kedua-dua guru yang dipilih untuk ditemubual iaitu Ustaz
Aminuddin bin Tahar dan Encik Mohd Khairul Azmadi bin Mohd Razali. Setiap jawapan dan
pandangan yang dikongsikan oleh guru-guru tersebut sangat membantu kami didalam dan diluar
kursus ini. Sesi wawancara di akhiri dengan sesi bergambar dan penutup majlis iaitu tasbih
kifarah dan surah al-asr.

4.0 Persamaan dan perbezaan antribut daripada kedua-dua guru bidang dan bukan
bidang.
Antara persamaan dari segi atribut kedua-dua guru bidang dan bukan bidang adalah mereka
sentiasa menekankan aspek dan nilai kesabaran dalam menjalankan tugas mereka. Hal ini kerana
dalam proses mendidik perlu dijalankan dengan berhemah bagi memastikan para pelajar dapat
menerima segala ilmu yang disampaikan dengan baik. Mereka juga sangat mengambil berat
terhadap keperluan anak didik mereka. Bagi ustaz Amin selain mempunyai sifat kesabaran yang
tinggi semasa mengajar seorang pendidik juga perlu menerapkan elemen dakwah dalam sesi
pembelajarannya tidak kira subjek apa sekalipun yg diajarnya. Hal ini kerana guru dan dakwah
tidak dapat dipisahkan. Perkara ini disamakan melalui dakwah nabi yang disampaikan dengan
lembut, penuh kemaafan dan berlapang dada jika tidak diterima oleh sekumpulan masyarakat
yang lain pada ketika itu. Selain itu, apa yang saya dapat perhatikan bagi Cikgu Khairul pula
beliau tidak pernah membezakan anak – anak muridnya sama ada dari kelas hadapan ataupun
belakang kerana pada beliau tugasnya hanyalah menyampaikan dan memastikan ilmu itu dapat
memberi manfaat kepada anak muridnya agar memperoleh kejayaan dari segi akhlak dan
akademik pelajar. Dari apek persamaan lain cikgu Khairul juga menekankan konsep keikhlasan
(amanah) dalam menyampaikan ilmu sama seperti ustaz Amin tanpa mengharapkan ganjaran
atau balasan di atas perbuatan tersebut kerana ia akan memusnahkan keikhlasan dalam diri
seorang guru untuk mendidik para pelajarnya

2
Seterusnya, dari aspek perbezaan mengenai atribut daripada kedua-dua guru bidang dan bukan
bidang adalah kedua-duanya mempunyai cara penyampaian yang berbeza. Hal Ini disebabkan
personaliti mereka yang sangat berbeza iaitu salah seorang daripada guru agama dan seorang lagi
daripada bidang IGP yang biasa. Sebagai contoh Ustaz Amin memberi pandangan mengenai
soalan yang diajukan dengan baik. Beliau juga mengupas dengan lebih lanjut terhadap setiap
soalan yang diajukan dengan memberi pandangan serta hujah berdasarkan hadis yang sahih
mengikut aspek ajaran yang ditekankan oleh islam. Manakala bagi Cikgu Khairul pula, juga
memberi penerangan yang sangat ringkas dan padat tetapi cara penyampaian beliau lebih santai
dan turut menyelitkan unsur jenaka sepanjang tempoh wawancara dilakukan. Hal ini
menyebabkan kami tidak bosan dan kekok untuk berwawancara bersama dengannya. Dari segi
perbezaan antara kedua-dua guru ini tidak banyak yg boleh dikupaskan kerana setiap input yang
diberikan okeh kedua-dua guru tersebut penuh dengan kata kata nasihat yang sangat berguna
kepada kami yang bakal menjadi perintis mereka kelak. Oleh itu, segala maklumat dan nasihat
yang telah dikupas dalam wawancara ini akan menjadi rujukan kami pada masa akan datang
sebagai kerjaya profesion keguruan.

5.0 Refleksi Kendiri Setiap Ahli Selepas Menjalankan Wawancara

 Refleksi Kendiri (ABANG ZULKARNAIN BIN ABANG HALANI)


Berdasarkan pemerhatian saya, wawancara yang kami jalankan terhadap Ustaz Amin dan cikgu
Khairul yang mempunyai bidang yang berbeza dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
memberikan kesan yang positif dan semangat kepada kami. Banyak nasihat dan dorongan yang
berikan untuk menjadi guru yang terbaik bagi murid dan melakukan pekerjaan dengan ikhlas.
Nasihat yang paling saya sematkan dalam diri ialah sentiasa melaksanakan kebajikan walaupun
tidak mendapat penghargaan. Kata-kata tersebut telah menimbulkan satu keazaman dalam diri
untuk terus berbakti apabila berjaya menjadi seorang guru suatu hari nanti bagi mendidik anak-
anak harapan ibu bapa di Malaysia. Akhir kata, perkara yang dapat saya simpulkan sepanjang
melakukan wawancara bersama dua orang guru ini ialah jangan mengeluh apabila diberikan
pekerjaan di luar bidang pengajaran. Jadikan setiap cabaran dan rintangan yang melanda sebagai
pengalaman yang menjadikan diri kita sebagai insan yang berjaya. Selain itu, jangan biarkan diri

2
dipengaruhi oleh anasir-anasir yang mampu menyebabkan diri kehilangan sesuatu yang
berharga. Setiap pesanan dan nasihat yang diberikan oleh guru yang berpengalaman hendaklah
dijadikan sebagai pedoman dalam usaha mendidik diri supaya sentiasa bersyukur terhadap hasil
yang kita dapatkan.

 Refleksi Kendiri (NUR AYUNI ASHIFA BINTI JAMALUDIN)


Secara keseluruhan dari tugasan wawancara IGP yang telah dijalankan ke atas dua orang guru
yang berlainan bidang ini dapat saya simpulkan iaitu pelbagai input baharu dan manfaat yang
diperoleh daripada kedua-dua guru berkenaan. Antaranya ialah dari segi nasihat yang diberikan
oleh Ustaz Amin dengan mencontohi sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW. Hal ini
kerana sifat yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW penuh dengan kelembutan dalam
menyampaikan dakwah dan mendidik umatnya. Beliau juga menegaskan bahawa sifat ini perlu
dipupuk dalam diri setiap pendidik terutamanya Guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Antara
kata-kata beliau yang paling saya ingat ialah perguruan ini bukan untuk menjadikan seseorang
itu kaya. Malah, profesion perguruan ini merupakan satu ladang pahala yang pahalanya
sentiasa mengalir apabila pelajar-pelajar mengamalkan ilmu tersebut. Saya kagum dengan cara
penyampaiannya kerana beliau menghuraikan dengan terperinci setiap soalan yang diajukan
dengan mengambil contoh dan corak dari acuan Islam yang sebenar. Selain itu, saya juga sangat
bersetuju dengan Cikgu Khairul yang memberikan beberapa tips sebagai persediaan sebelum
menjadi bakal guru. Antaranya ialah tidak boleh sombong dengan guru-guru yang lain malah
sebaliknya cuba membuka ruang untuk mewujudkan komunikasi yang baik sesama mereka dan
cuba membiasakan diri dengan suasana dan budaya sesuatu sekolah tersebut. Perkara ini
memang saya akan praktikkan semasa sesi Latihan Mengajar nanti. Di samping itu, saya juga
telah membuat refleksi ke atas diri saya sendiri untuk memperbaiki sikap yang ada pada diri saya
dengan mengantikan elemen yang perlu ada pada seorang individu yang bergelar seorang Guru
Profesional. Akhir kata, saya berpuas hati dengan tugasan wawancara ini kerana ia mampu
untuk melatih kemahiran komunikasi saya dengan orang lain dan sebagai persediaan untuk diri
saya yang akan menjalani sesi latihan mengajar dalam tempoh terdekat ini.

 Refleksi Kendiri (AMIR NAUFAL RIFQI BIN MOHD RASHID)

2
Berdasarkan keseluruhan sesi wawancara yang telah berjaya dilaksanakan pada 30 April yang
lalu, apa yang dapat saya ibrahkan ialah seorang guru yang baik dan unggul haruslah mempunyai
kriteria, ciri dan personaliti yang menarik dan menyenangkan hati sesiapa sahaja apabila bersama
dengannya. Mengambil satu input menarik dari Cikgu Khairul, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal adalah dua elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri seorang guru dalam
usaha menjadi seorang guru unggul. Niat juga saya kira suatu yang sangat memainkan peranan
besar dalam menjadikan seseorang pendidik itu ikhlas, jujur dan amanah dalam setiap apa yang
mereka laksanakan. Menjaga hubungan antara satu sama lain pula menjadi pelengkap dalam
melahirkan suasana yang mesra dan harmoni serta bebas dari perkara-perkara mungkar seperti
mengumpat, mencela dan sebagainya. Jelaslah, sesi wawancara yang telah disempurnakan
sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada saya dan ahli kumpulan lain untuk sama-sama
memperbaiki diri di samping berusaha membina jati diri, personaliti dan akhlak yang tinggi dan
syumul sebagai seorang bakal guru.

 Refleksi Kendiri (NUR NAJIHAH BINTI ABDUL WAHAB)


Untuk bahagian refleksi ini, apa yang saya perhatikan berdasarkan wawancara yang telah
dilaksanakan, Sesi wawancara dapat dijalankan serentak dan berjalan seiring dengan apa yang
telah dirancang oleh kumpulan kami. Dari segi pengisian banyak ciri-ciri yang perlu ada dalam
kerjaya guru profiesional yang telah dihuraikan oleh guru-guru tersebut. Contohnya ustaz Amin
yang menasihati kami semua untuk sentiasa mencontohi sifat mulia Rasulullah dalam mendidik
serta menyebarkan ilmu kepada pelajar manakala Cikgu Khairul pula sering mengingatkan kami
supaya bersifat tegas dan membina keperibadian diri agar murid lebih menghormati kita sebagai
seorang guru. Oleh itu, apa yang perlu diubah dalam diri saya ialah saya perlu lebih bersabar
dalam mendidik para pelajar kelak terutamanya ketika sesi pembelajaran berlangsung. Saya juga
perlu bijak mengawal emosi dan cuba mencipta hubungan yang baik antara guru-guru yang lebih
berpengalaman keran daripada situ saya dapat belajar dari kesalahan saya

 Refleksi Kendiri (MUHAMMAD NASRUL AMIN BIN MD NIZAM)


Di sini apa yang dapat saya simpulkan dari wawancara yang telah dijalankan ialah sesi
wawancara tersebut dapat dilaksanakan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan dengan
lancar tanpa sebarang gangguan internet. Hal ini mungkin disebabkan persediaan yang rapi yang

2
diaksanakan oleh kesemua ahli kumpulan kami sehingga mampu mengatasi sebarang
kemungkinan yang berlaku. Saya juga mengambil cakna mengenai jawapan dan hujah yang
diberikan oleh guru-guru yang telah ditemu bual sebagai persediaan ke arah membentuk guru
profesional dalam diri saya. Saya juga perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya
dan mula memupuk nilai-nilai yang telah dihuraikan oleh kedua dua guru tersebut. Oleh itu, saya
berazam untuk menjadi seorang guru yang bukan sahaja memilik sifat profesional malah
berupaya mengubah akhlak dan peribadi mereka serta mampu menyebarkan manfaat kepada
masyarakat terutama pelajar khususnya kerana tugas mendidik merupakan tugas yang sangat
mulia.

6.0 Penutup
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya
menyiapkan laporan Insan Guru Profesional ini pada masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih
kami ucapkan kepada pensyarah kursus Insan Guru Profesional (KPG 3013) yang dikasihi iaitu
Dr. Tajul Rosli bin Shuib di atas bantuan dan bimbingan kepada kami untuk menyiapkan laporan
ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan ahli kumpulan yang bertungkus-lumus membantu
antara satu sama lain untuk menghasilkan laporan ini. Kami juga telah mendapat banyak
manfaat dan sesuatu yang baharu untuk dipelajari sepanjang proses menyiapkan laporan ini.
Kami dapat mengetahui tentang pengalaman guru-guru dalam bidang pendidikan serta nasihat-
nasihat yang diberikan untuk menjadi seorang guru yang profesional kelak. Akhir kalam, terima
kasih lagi sekali diucapkan kepada semua yang terlibat semasa penghasilan laporan ini sama ada
secara langsung atau tidak langsung.

2
7.0 LAMPIRAN
 SESI WAWANCARA BERSAMA USTAZ AMINUDDIN BIN TAHAR

 SESI WAWANCARA BERSAMA CIKGU MOHD KHAIRUL AZMADI BIN MOHD


RAZALI

Anda mungkin juga menyukai