Anda di halaman 1dari 3

BICARA INSPIRASI

Tarikh : 30 Januari 2022


Masa : 0930 - 1030 Bicara Inspirasi
1030 - 1100 Soal Jawab
Tempat : IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.
Kod Pemakaian : Baju formal berwarna putih, blazer hitam, seluar hitam, kasut dan stoking
hitam

Moderator : En. Amir Aizuddin bin Sebi@Hasbi


Panel 1 : Tn. Romainoor bin Rabbu
Panel 2 : Dr. Mohamad Ikram bin Zakaria
Panel 3 : En. Syazwan bin Mohd Sanosi
Panel 4 : En. Mohd Fadzwan bin Junaidi

Format Bicara Inspirasi


1. Setiap ahli panel akan menjawab 3 soalan
2. Satu soalan akan beri masa 5 minit (3 soalan = 15 minit)
3. Satu pusingan 15 minit
4. Tempoh masa Bicara Inspirasi = 1 jam
5. Sesi soal = 30 Minit

Soalan-Soalan Bicara Inspirasi

Panel 1 : Tn. Romainoor bin Rabbu

Latar Belakang
1. Walaupun tuan merupakan pengarah di sini, saya percaya ramai yang masih belum tahu
tentang pengalam tuan dalam dunia pendidikan. Boleh tuan ceritakan latar belakang atau
pengalaman tuan dalam bidang pendidikan

Pencapaian Organisasi
2. Tuan berpindah ke IPGKPT dalam tempoh PKP kalau tak silap saya,.. namun banyak
kejayaan dalam pengurusan dan pencapaian pelajar serta pensyarah. Kejayaan-kejayaan ini
menunjukkan kejayaan tadbir urus. Saya juga dapati lanskap IPGKPT agak berubah
berbanding sebelum PKP dahulu. Apakah halatuju atau ekspektasi tuan semasa mula-mula
ditempatkan di sini?

3. Bagaimana tuan menggerakkan sumber yang ada untuk menjadikan IPG KPT cemerlang
dan sentiasa berada di hadapan.
Pencapaian Kerjaya
4. Tahniah diucapkan atas anugerah perkhidmatan cemerlang. Bukan perkara mudah untuk
bersaing dalam kalangan pengarah-pengarah dan menjadi yang terbaik dalam kalangan
pengarah adalah sesuatu yang amat membanggakan. Apa rahsia tuan untuk berada pada
tahap tersebut?
Harapan Masa Depan IPG
5. Pendidikan itu sifatnya dinamik dan pastinya pendidikan guru juga akan turut berubah. Apa
harapan tuan terhadap IPG pada masa akan datang?
6. Apakah hala tuju dan juga expektasi sebelum menjadi pengarah, semasa di IPG, dan juga
selepas ini apabila Tuan berpencen?
7. Adakah Tuan berpuas hati dengan perubahan yang telah dilakukan selama Tuan berada di
IPG?

Panel 2 : Dr. Mohamad Ikram bin Zakaria

1. Pengalaman 11 tahun bermula dari sarjana sehingga peringkat kedoktoran bukan sesuatu
yang mudah, tetapi Dr. Ikram telah membuktikan setiap insan memang dapat untuk melakukan
dengan cemerlang sehingga tamat Graduate-On-Time. Kongsikan nilai dan juga motivasi serta
inspirasi yang boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada guru pelatih serta pensyarah
pada hari ini.
2. Apakah motivasi yang di genggam sehingga mengambil keputusan untuk menyambung belajar
ke peringkat PhD?
3. Apakah nasihat-nasihat yang boleh dikongsikan kepada guru pelatih dan juga pensyarah
supaya terus maju ke hadapan?

Soalan yang lain

4. Bagaimana Dr. Ikram membahagi masa ketika belajar dan juga mengajar di sekolah?
5. Apakah nilai estatika dalam diri yang mendorong Dr. Ikram pada hari ini?
6. Altenatif-altenatif selain menjadi guru cemerlang? Tawaran-tawaran sebagai pegawai yang lain
selain dari guru cemerlang.
7. Cerita serba sedikit latar belakang akademik dan liku-liku sehingga anda berada di kerusi ini
pada hari ini?
8. Siapakah sumber inspirasi sehingga ke menara gading?
9. Apakah cabaran semasa mengambil PhD?
10. Bagaimana membahagi masa dalam kerjaya dan keluarga?

Panel 3 : En. Syazwan bin Mohd Sanosi

1. Pengalaman merantau sehingga ke Bumi Kenyalang membantu merangka pengalaman 1001


dalam diri sebagai pendidik yang luar biasa, ceritakan pengalaman dan pengajaran yang dapat
kita guna pakai dan boleh di kongsikan kepada guru pelatih dan juga pensyarah dalam kita
kesibukan harian sebagai guru di sekolah pada dewasa kini?.

2. Bermula dengan sarjana muda dalam pengajian RBT, kini Sarjana dalam bidang kesastraan
Melayu, apakah dorongan Cikgu Syazwan untuk membuat keputusan mengambil sarjana
dalam
bidang tersebut?
3. Tampok kepimpinan dalam diri sehingga memberi inspirasi kepada warga masyarakat
setempat
yang dulu tidak mengenal erti kehidupan sehingga boleh membantu mereka pergi ke luar; ke
sekolah berasrama penuh di kawasan sekitar? Sehingga mereka keluar dari zon selesa.

Panel 4 : En. Mohd Fadzwan bin Junaidi

1. Salah seorang guru yang mendapat anugerah semasa konvokesyen di PICC pada tahun 2021.
Kongsikan pengalaman dan juga motivasi serta inspirasi yang boleh di kongsikan kepada guru
pelatih.
2. Apakah tips-tips produktiviti yang berguna untuk menjadi insan yang produktif dan berkualiti?
3. Bagaimana dengan aktifnya dari akademik sehingga ko-akademik yang mencorak paradigma
dan juga sikap serta sahsiah Cikgu Fadzwan sehingga dinobatkan Anugerah Praktikum
Cemerlang pada tahun 2019?

Soalan yang lain


4. Apakah perancangan Cikgu Fadzwan pada 5 tahun akan datang?
5. Bagaimana Cikgu Fadzwan bergiat aktif dalam inovasi yang dianjurkan dan juga penglibatan
luar untuk meningkatkan mutu kualiti pedagogi cikgu di sekolah?

Anda mungkin juga menyukai