Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan :

Semasa menjalani program Internship di SK Mutiara, saya telah mengadakan


temubual dengan mentor saya iaitu Encik Bahaman Putra Bin Zulkifli yang merupakan guru
pembimbing bagi subjek Pendidikan Jasmani. Melalui temubual tersebut, saya telah
mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan tugasan kursus asas kepimpinan dan
pembangunan profesionalisme guru (EDUP3083). Temubual ini telah diadakan lebih kurang
1 jam dengan perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman daripada mentor yang telah
berkhidmat sebagai guru selama 15 tahun. Terdapat pelbagai ilmu yang dapat dikongsikan
oleh beliau bagi memberi dorongan kepada saya untuk menjadi guru yang cemerlang pada
masa hadapan.

2.0 Peranan guru sebagai pemimpin sekolah :

Menurut (Duke, 2004) yang menerusi[ CITATION Won17 \l 17417 ], pengertian


kepemimpinan guru sebagai suatu proses guru secara individu atau kolektif mempengaruhi
rakan sekerjanya, pengetua atau guru besar dan komuniti sekolah untuk menambah baik
amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan pencapaian murid. Menerusi temubual
yang dijalankan, mentor saya menyatakan bahawa seorang guru sebagai pemimpin
haruslah mempunyai ilmu dan meningkatkan profesionalisme guru berdasarkan bidang yang
dituntut oleh sekolah. Sesuai dengan itu, Pemimpin guru ialah golongan-golongan guru yang
mempunyai peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pakar
bidang kursus berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Justeru itu,
peranan guru yang utama adalah menjadi pemimpin di dalam bilik darjah dengan
menghasilkan PdP yang berkualiti dengan memenuhi aspirasi transformasi pendidikan
berasaskan pembelajaran abad ke -21 yang lebih berpusatkan murid dengan melibatkan
penyertaan murid secara optimum supaya murid dapat menyelami ilmu yang ingin
disampaikan menerusi praktikal ataupun pengalaman diri sendiri yang memberikan
keberkesanan kepada PdP dalam mencapai objektif pengajaran. Manakala, pemimpin guru
merupakan seorang pemikir strategis dan berkebolehan menguruskan perubahan secara
cekap dan berkesan. Sebagai contoh sentiasa menjana idea dalam memperbaiki kelemahan
murid dengan mengadakan inovasi alat bagi memastikan keseronokkan dalam mengelola
bilik darjah semasa PdP.
3.0 Kemahiran-kemahiran guru sebagai pemimpin pendidikan :

Menurut (Danielson, 2004) yang melalui [ CITATION Nor10 \l 17417 ], antara ciri
pemimpin guru dari segi kemahiran dan kualiti peribadi mereka adalah menggerakkan orang
untuk mencapai matlamat bersama iaitu dengan menginspirasikan semangat berpasukan
yang tinggi. Berdasarkan temubual yang dijalankan, mentor saya telah menyatakan bahawa
tugas beliau sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani haruslah sentiasa mahir dalam
membuat perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan sentiasa
menjalankan program atau aktiviti seperti kuiz, minggu kesihatan, dan sukaneka dengan
menggunakan kemajuan teknologi seperti aplikasi Kahoot iaitu aplikasi interaktif yang
menghasilkan keseronokkan dan menarik minat murid untuk belajar dan menambah ilmu
pengetahuan. Justeru, seorang pemimpin guru haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam bidang kepakarannya supaya dihormati oleh rakan sekerja kerana hasil kerja yang
sentiasa cemerlang dan boleh menggerakkan orang untuk mencapai matlamat bersama
iaitu berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dapat dicapai bersama.
Tambahan pula, seorang pemimpin guru haruslah menjadi pemimpin yang mempunyai
kemahiran seperti kecerdasan yang tinggi dan berkemahiran sosial berdasarkan teori
tradisional Tret [ CITATION Won17 \l 17417 ]. Hal ini kerana, seorang pemimpin guru yang
mempunyai komunikasi yang baik dengan rakan sekerjanya akan memudahkan lagi kerja
dan dapat menyelesaikan masalah dengan idea yang bernas berdasarkan komunikasi dan
perbincangan secara berkumpulan tanpa ada sebarang salah faham.

4.0 Cabaran-cabaran kepimpinan di sekolah :

Pendidikan abad ke-21 memberikan impak kepada kepimpinan di sekolah melalui


cabaran-cabaran yang akan muncul dek arus kemajuan yang ingin kecapi oleh pihak
atasan. Antara cabaran-cabaran yang diperolehi berdasarkan temubual termasuklah
cabaran pendidik hari ini ialah persediaan untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 iaitu robot
pintar, internet, dan kenderaan tanpa pengemudi memberikan cabaran kepada guru dalam
memerlukan pengetahuan dalam bidang teknologi supaya seiring dengan pembelajaran
abad ke-21 yang menuntut guru yang berkemahiran dalam bidang teknologi. Penggunaan
kaedah pengajaran seperti Flipped Classroom memerlukan kemahiran guru dalam
mengendali komputer dan internet supaya dapat menjalankan kaedah pengajaran di luar
bilik darjah menggunakan internet dengan perisian atau aplikasi pembelajaran supaya
memberikan pengalaman kepada murid untuk meneroka sendiri ilmu sebelum memulakan
pembelajaran di bilik darjah. Hal ini demikian, pemimpin guru haruslah mempunyai
kemahiran teknologi yang sentiasa mengikut arus kemajuan supaya dapat menerapkan
elemen teknologi dalam pengajaran. Menerusi [ CITATION Nor101 \l 17417 ], Seorang guru
haruslah memikirkan pendekatan baharu dengan mengambil kira ciri-ciri pembelajaran abad
ke-21. Penguasaan kemahiran 4K (kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kreativiti dan
kolaborasi) adalah merupakan cabaran terbaru bagi guru dalam memastikan keberkesan
pengajaran yang mengandungi elemen 4K dan bukan sahaja mementingkan objektif subjek
pengajaran. Oleh yang demikian, murid-murid yang dididik pada hari ini merupakan generasi
yang akan melestarikan dunia pada masa hadapan.

5.0 Kesimpulan :

Tuntasnya, pemimpin guru harus mempertingkatkan aspek pembangunan


professional diri kerana seorang pemimpin harus meningkatkan diri dengan kemahiran
mentor dan kejurulatihan menerusi kursus dan sentiasa bersikap komitmen dengan tugas
supaya dapat menjadi contoh teladan kepada rakan guru yang lain dalam melahirkan
generasi masa depan yang berkualiti demi memenuhi aspirasi dan hasrat negara.

Laporan disediakan oleh, 28 Januari 2019


_____________________

(MOHAMAD ASRUL IMAN BIN MOHAMAD ZALI)

Pelajar PISMP Pendidikan Jasmani,

Ambilan Jun 2015,

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

6.0 Rujukan :
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan.
Noriati Abd. Rashid, Boon,P.Y & Wong K. W. (2017). Asas Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Noriati Abd. Rashid, Boon,P.Y & Wong K.W. (2010). Asas Kepimpinan dan perkembangan
profesional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.
Noriati, Boon, Sharifah, & Zuraidah. (2010). Guru dan cabaran semasa. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia. Teori dan analisis. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lampiran 1

Transkrip temubual bersama Guru pembimbing, Sekolah Kebangsaan Mutiara, Kota


Kinabalu, Sabah.

Biodata:

Nama : Bahaman Putra Bin Zulkifli

Umur : 40 tahun

Dialog:

Guru pelatih : Assalamualaikum cikgu. Saya, Mohamad Asrul Iman bin Mohamad Zali iaitu
merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Bolehkah saya menemubual cikgu tentang tugasan soalan kursus yang saya
harus lengkapkan?

Guru PK1 : Waalaikumussalam. Boleh Asrul. Tanya sahaja apa yang kamu mahu saya
tolong.

Guru pelatih : Bolehkah cikgu berkongsi pendapat dan pandangan mengenai peranan
seorang guru yang bertanggunjawab memimpin di sekolah?

Guru PK1 : Pada pendapat saya, bahawa seorang guru sebagai pemimpin haruslah
mempunyai ilmu dan meningkatkan profesionalisme guru berdasarkan bidang
yang dituntut oleh sekolah. Sesuai dengan itu, Pemimpin guru ialah
golongan-golongan guru yang mempunyai peranan kepimpinan, pakar
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pakar bidang kursus berdasarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Guru pelatih : Terima kasih cikgu. Seterusnya bagaimana pula dengan kemahiran utama
guru sebagai pemimpin pendidikan?

Guru PK1 : Sebagai ketua Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah ini, saya haruslah
sentiasa mahir dalam membuat perbincangan dengan guru-guru mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan sentiasa menjalankan program atau
aktiviti seperti kuiz, minggu kesihatan, dan sukaneka dengan menggunakan
kemajuan teknologi seperti aplikasi Kahoot iaitu aplikasi interaktif yang
menghasilkan keseronokkan dan menarik minat murid untuk belajar dan
menambah ilmu pengetahuan.
Guru Pelarih : Terima kasih cikgu diatas pendapat tersebut. Berikutnya ialah mengenai
cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam memimpin bagi melahirkan
warga sekolah yang cemerlang.

Guru PK1 : Pendidikan abad ke-21 memberikan impak kepada kepimpinan di sekolah
melalui cabaran-cabaran yang akan muncul dek arus kemajuan yang ingin
kecapi oleh pihak atasan. Antara cabaran-cabaran yang diperolehi
berdasarkan temubual termasuklah cabaran pendidik hari ini ialah persediaan
untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0 iaitu robot pintar, internet, dan
kenderaan tanpa pengemudi memberikan cabaran kepada guru dalam
memerlukan pengetahuan dalam bidang teknologi supaya seiring dengan
pembelajaran abad ke-21 yang menuntut guru yang berkemahiran dalam
bidang teknologi.

Guru pelatih : Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama saya dalam
perkongsian pendapat dan pandangan cikgu terhadap soalan yang
dikemukakan. Saya akan dijadikan panduan terhadap pendapat cikgu ini
dalam meningkatkan kepimpinan dalam diri saya apabila menjadi seorang
guru kelak.

Guru Besar : Sama-sama Asrul. Kamu sebagai seorang bakal guru haruslah sentiasa
bersedia dalam menghadapi perubahan dalam bidang pendidikan ini dek
kerana arus kemodenan dan sentiasa menyahut cabaran dalam menjadi guru
yang berkualiti dan mampu menghasilkan modal insan yang cemerlang pada
masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai