Anda di halaman 1dari 23

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 PENGHARGAAN

3.0 PENGENALAN

4.0 TUGASAN ESEI


4.1 PENDAHULUAN TUGASAN ESEI

5
5

4.2 DEFINISI TAJUK TUGASAN


4.3 KONSEP PERANAN SEORANG GURU

5-6
6-8

DALAM MEMBINA MODAL INSAN


4.4 ISI TUGASAN
4.5 KESIMPULAN
5

5.0 REFLEKSI

15-16

6.0 RUJUKAN

17-18

1.0 PENDAHULUAN
1

8-14
14

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


Kerja kursus Falsafah dan Pendidikan di Malaysia telah dipecahkan kepada dua bentuk
tugasan yang berasingan. Tugasan pertama dilaksanakan dalam bentuk penulisan esei secara
individu manakala tugasan yang kedua pula dilaksanakan dalam bentuk peta pemikirani-Think
secara berkumpulan tanpa ada unsur-unsur plagiat. Tugasan bagi penulisan ini merupakan
tugasan pertama yang perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk penulisan esei
berdasarkan kepada soalan yang telah diberikan. Sebagai pengenalan, penulisan ini
merupakan medan yang akan membicarakan berkaitan dengan peranan sebagai seorang guru
yang menggalas tugas untuk mencurahkan ilmu pengetahuan kepada generasi hari ini untuk
membentuk mereka menjadi modal insan kelas pertama yang berkualiti.
Sejarah lalu yang telah melabuhkan coretan sejarahnya pastinya terpahat sebagai
lakaran kenangan, usaha yang kita laburkan pada hari ini adalah kenyataan dan masa
hadapan yang penuh dengan warna warni cabaran dan bakal kita tempuhi adalah satu impian.
Generasi hari ini yang kita bentuk dengan benih pengajaran yang dilaksanakan bakal tumbuh
dan bercambah seterusnya akan menentukan siapa mereka pada masa hadapan. Kaedah
pelbagai perlu diikhtiarkan sebagai buah fikiran untuk dilontarkan seterusnya dilaksanakan
untuk memperkasakan profesion keguruan yang menjadi salah satu laluan kerjaya yang
berperanan penting untuk menentukan hala tuju negara kita pada masa akan datang. Hal ini
kerana guru perlu membuka mata hati dan celik minda untuk sedar akan peranan yang wajar
mereka laksanakan kepada para pelajar untuk menyemai ciri-ciri modal insan yang berkualiti
dalam diri mereka.
Profesionalisme pendidikan merupakan suatu bidang yang meletakkan guru sebagai
jentera untuk membentuk sikap seorang murid atau kelompok pelajar melalui keupayaan
melaksanakan pengajaran, latihan dan pendedahan kepada sesuatu pengalaman dengan lebih
berkesan. Sistem pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini sentiasa mengalami perubahan
sejajar dengan pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang giat berkembang maju mengikut
arus peredaran zaman. Individu yang berkecimpung dalam profesionalisme keguruan pastinya
menerima tamparan yang cukup hebat disebabkan transformasi yang berlaku dalam sistem
pendidikan memerlukan kecekalan dari seorang guru untuk mengadaptasi kaedah pengajaran
dengan sistem tersebut.
Saya berharap agar penulisan ini dapat memberi kesan yang positif dalam diri kita di
samping dapat membuka mata dan minda kita untuk bangkit dan menggembleng satu usaha

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


padu untuk memastikan generasi yang bakal lahir pada masa hadapan berpotensi untuk
memartabatkan negara kita di puncak jagat kelak.

2.0 PENGHARGAAN
Sebagai pembuka bicara, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat illahi
kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, saya telah diberikan kudrat untuk menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya kalungkan kepada pensyarah saya bagi kursus
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Puan Ngui Geok Kim yang tidak pernah jemu untuk
mencurahkan ilmu beliau kepada saya seterusnya membimbing dan memberikan panduan
berkesan sepanjang proses saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa kelibat beliau dalam
usaha saya melaksanakan tugasan ini, pastinya terdapat kesalahan dan kepincangan yang
berlaku terutamanya dari aspek memahami kehendak soalan. Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi berkongsi maklumat dan memberikan
motivasi untuk meneruskan usaha menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang. Sokongan
daripada mereka adalah sebahagian daripada kejayaan saya dalam tugasan ini. Seterusnya,
kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung yang telah
bertungkus lumus memberikan sokongan kepada saya. Sedikit atau banyak sumbangan itu
pastinya memberi makna yang cukup besar buat diri saya yang kerdil ini.
Harapan saya agar tugasan ini bukanlah menjadi titik pengakhiran untuk anda
menyumbangkan motivasi terhadap diri saya sebaliknya, biarlah sokongan dari semua pihak
sentiasa di belakang saya agar setiap langkah dan usaha yang telah diikhtiarkan dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Sekian terima kasih.

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


3.0 PENGENALAN

Setiap negara pastinya mempunyai agenda masing-masing untuk membangunkan


masyarkat dalam sesebuah negara. Permulaan kepada satu kejayaan yang besar bermula
dengan usaha yang kecil pada peringkat permulaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
( PPPM ) 2013-2025 merupakan pelan yang sangat sistematik dan memerlukan satu rangka
kerja pelaksanaan yang efektif untuk memberikan satu keberhasilan yang positif. Hal ini kerana
pelan yang telah direncanakan bakal menjadi aras tanda untuk mengorak langkah dengan lebih
jauh lagi. Sebagai seorang guru, maka garis panduan yang telah ditetapkan dalam Falsafah
Pendidikan Guru juga perlu ditepati agar segala objektif dan matlamat pendidikan seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dikecapi dengan jayanya.
Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah
merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan
sesebuah negara.
Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah
negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh
rakyat. Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati
kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan
negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan
taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif kepada
pembangunan negara. Menerusi interaksi, individu daripada pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan menghargai
perbezaan, seterusnya membina perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa depan
Malaysia.
Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti nasional dan perpaduan
negara dapat dipupuk. Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi
perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan
kebimbangan terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda
secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem
pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan tempoh yang panjang
untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti
dilaksanakan dengan segera.
4.0 PENULISAN ESEI
SOALAN TUGASAN :
Huraikan peranan seorang guru dalam membina modal insan berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) dalam konteks
Malaysia.
4.1 PENDAHULUAN TUGASAN ESEI
Mendepani era dunia modenisasi masa kini yang semakin rancak dengan ledakan
perkembangan teknologi, umat manusia semakin ghairah untuk melontarkan seribu satu
macam buah fikiran yang sarat dengan reformasi dan transformasi untuk memastikan tamadun
negara pada hari ini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negaranegara maju yang lain. Memetik kata-kata daripada seorang tokoh sejarawan terkemuka dunia
iaitu Syed Naquib Al-Attas berkenaan dengan tamadun. Menurut beliau, tamadun hakiki yang
perlu dikecapi oleh sesebuah masyarakat untuk merealisasikan sebuah negara yang gemilang
tidak hanya menumpukan terhadap pembangunan dan pemodenan dari sudut lahiriah sahaja
bahkan, pembangunan tersebut perlu bergerak seiring dengan pembentukan sahsiah dan
moral yang unggul kerana dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh.
Berkesinambungan

dengan

perkara

tersebut,

guru

merupakan

individu

yang

memainkan watak penting sebagai tulang belakang untuk mencorakkan keperibadian lahiriah
yang cemerlang dan rohaniah yang terbilang dalam diri para pelajar pada hari ini seterusnya
mampu memanifestasikan modal insan yang akan bersinar di puncak jagatraya kelak kerana
bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Kealpaan, kelalaian dan kelekaan seorang guru untuk
membimbing para pelajar berjalan di atas landasan yang betul pasti akan menyebabkan
mereka terjerumus ke kancah kebinasaan seterusnya, bakal lahirlah generasi yang tidak
mampu membezakan antara intan dengan kaca dan batu dengan permata. Oleh yang
demikian, penulisan ini merupakan medan yang bakal mengutarakan beberapa aspek
berkenaan dengan peranan warga pendidik ke arah membina modal insan berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) di Malaysia.

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

4.2 DEFINISI TAJUK TUGASAN


Sebelum menyusuri dan mendalami penulisan ini dengan lebih terperinci, saya ingin
mencuri pandangan pihak pembaca untuk memahami definisi beberapa perkataan yang telah
membentuk tajuk penulisan ini sebagai pengenalan dan gambaran awal kerana tak kenal,
maka tak cinta. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, peranan dapat
disignifikan sebagai suatu pekerjaan atau tugas yang dipegang manakala guru pula ialah
individu yang mengajar atau lebih dikenali juga sebagai pendidik. Definisi membina pula
berasal daripada perkataan bina yang bermaksud seni atau ilmu merancang manakala
membina pula diertikan sebagai mendatangkan kebaikan dan membawa manfaat. Modal insan
pula merupakan satu perkataan yang dipecahkan kepada dua komponen. Modal boleh
didefinisikan kepada wang namun, dalam penulisan ini modal lebih sesuai dirujuk kepada
sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain manakala insan
pula ialah manusia.
Profesion perguruan merupakan satu bidang yang meletakkan seorang individu sebagai
pendidik untuk mendidik manusia menjadi manusia dengan bercirikan modal insan kelas
pertama yang berkualiti. Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas bahawa
profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab, bermoral tinggi dan mempunyai autonomi ketika bertugas serta memahami
kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Modal insan yang ingin diraih di kalangan
para pelajar bukan sahaja menumpukan kepada pencapaian akademik semata atau
pencapaian yang dipaparkan di atas kertas namun, segala pembelajaran yang telah diterima
perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian untuk membentuk nilai tambah yang optimis agar
negara kita mampu melakar kejayaan yang hakiki. Oleh yang demikian, dayung sudah di
tangan, perahu sudah di air, sistem telah dirangka dan tugas telah diagihkan dengan cukup
rapi, hanya langkah pelaksanaan yang sistematik perlu dijalankan untuk mencapai matlamat
dan objektif demi kebaikan warga sejagat.

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


4.3. KONSEP PERANAN SEORANG GURU DALAM MEMBINA MODAL INSAN DAN CIRICIRI MODAL INSAN
Secara

konseptual,

seorang

pendidik

merupakan

manusia

biasa

yang

bertanggungjawab untuk melahirkan insan luar biasa yang bermodalkan ilmu pengetahuan dan
norma-norma kemanusiaan yang positif. Guru memikul tugas dan tanggungjawab yang besar
kepada masyarakat kerana kepada merekalah disandarkan harapan dan impian untuk
melahirkan individu yang mempunyai modal insan kelas pertama. Tun Dato Abdullah Ahmad
Badawi juga pernah tampil dalam Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan ke13 dan menyuarakan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa modal insan yang
berkualiti adalah satu kemestian,bukan lagi satu kemewahan. Guru perlu sedar bahawa tugas
sebagai penjana modal insan tidak semudah yang disangka. Walau bagaimanapun, sebagai
seorang guru yang berkaliber dan berpendidikan, kita perlu keluar daripada kepompong
pemikiran kita yang cetek dan dangkal yang beranggapan bahawa tugas warga pendidik ini
sekadar menghabiskan masa dengan sesi pembelajaran. Mari kita membuka ruang pemikiran
kita untuk menerobos peranan warga pendidik ini dengan lebih jauh kerana para pelajar ini
perlu dibentuk dengan sebaik yang mungkin.
Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dalam buku nukilan beliau bertajuk Pengantar
Pengajian Profesionalisme ada menyatakan bahawa tugas sebagai seorang guru untuk
menjana modal insan kelas pertama bukan sahaja menagih komitmen yang tinggi tetapi juga
menuntut kepada pengorbanan yang berterusan termasuk semangat untuk berhadapan
dengan asam garam mendidik pelajar yang diwarnai dengan karenah yang pelbagai. Strategi
Pembangunan Modal Insan yang seimbang yang bakal saya coretkan dengan lebih terperinci
dalam bahagian yang lain merupakan matlamat yang perlu dilaksanakan dan diperkasakan
dalam diri setiap pelajar. Hal ini juga dianggap seiring dengan konsep Islam Hadhari yang
kelapan iaitu Keutuhan Budaya dan Moral dan usaha murni ini memerlukan usaha guru
untuk menyingkap dan menjayakannya. Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan
kepakaran dan kemahiran dalam bidang akademik atau kokurikulum bahkan, nilai budi pekeri
dan berbudi bahasa juga sewajarnya dipaparkan dalam amalan kehidupan seharian. Hal ini
kerana ciri-ciri modal insan yang wajar diterapkan merangkumi aspek jasmani yang sentiasa
dalam keadaan sihat dan bersedia untuk menerima sebarang arahan, emosi yang mampu
ditangani dan disesuaikan berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan, rohani yang ditarbiyah
dengan kukuh dan kental, intelek yang sentiasa berkembang mengikut arus peredaran zaman
dan yang terakhir ialah sosial yang harmoni dan mampu mengadaptasi diri dengan masyarakat
7

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


sekeliling. Di samping itu, elemen yang telah dinyatakan sebentar tadi juga mampu ditonjolkan
melalui tingkah laku dalam kehidupan seharian.
Sebagai seorang guru, jalan kerja yang telah digarisan dalam Falsafah Pendidikan Guru
perlu dipatuhi kerana tindakan tersebut pastinya membuka jalan untuk warga pendidik
mencapai matlamat pendidikan di negara kita sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan secara tidak langsung, modal insan kelas pertama juga pastinya
dapat dibangunkan. Robiah K. Hamzah dalam bukunya yang berjudul Pengurusan Diri ada
menyatakan bahawa setiap insan yang dilahirkan di dunia ini ibarat kain putih tanpa sebarang
kekotoran. Ini bermakna peribadi dan cara kehidupannya kelak bakal ditentukan oleh
pendidikan yang diperoleh samada secara formal iaitu di peringkat sekolah dan institut ataupun
secara tidak formal iaitu pendidikan yang diperoleh daripada persekitaran.
Kesimpulannya, peranan seorang guru dalam membina modal insan berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam konteks Malaysia
boleh dirumuskan sebagai tanggungjawab yang digalas oleh warga pendidik untuk
menterjemahkan usaha yang telah dirangka dalam bentuk pelaksanaan ke arah membina
modal insan yang berkualiti dari segenap aspek berlandaskan kepada FPK dan FPG di
Malaysia.
4.4 ISI TUGASAN
4.4.1 GURU PERLU MENGAMALKAN DAN MENUNJUKKAN PERSONALITI UNGGUL.
Komponen perdana yang perlu diketengahkan sebagai peranan yang wajar diberi
perhatian oleh seorang guru untuk membina modal insan yang berkualiti ialah membentuk
personaliti unggul dan membina kepimpinan yang kental dalam diri guru itu sendiri. Marcapada
kini, impian untuk menjadi seorang guru bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng
kerana pencapaian akademik adalah salah satu cabang penilaian yang bakal menentukan hala
tuju seseorang. Namun begitu, wajajarkah kita sebagai seorang guru tampil di hadapan para
pelajar yang hanya bermodalkan celik literasi yang mantap namun, berlatar belakangkan
akhlak dan tingkah laku yang negatif? Holmes Group telah mengutarakan pendapat dengan
menyatakan bahawa kualiti pendidikan di peringkat sekolah tidak mampu ditingkatkan sebelum
usaha untuk meningkatkan kualiti diri guru dari segenap sudut aspek dilaksanakan dan
diperkasakan. Marzano ( 2003 ) menyatakan bahawa tindakan guru dalam bilik darjah

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah
berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.
Hal ini juga selaras dengan saranan yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Guru ( FPK )yang menjadi panduan kepada warga pendidik untuk mencapai segala objektif
yang telah ditetapkan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cuba
kita renungkan secara teliti bagaimana Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) telah memfokuskan
aspek bepekerti mulia dan berpandangan progresif sebagai benih yang perlu disemai dalam
diri seorang pendidik untuk mencapai objektif pendidikan di negara kita apabila kedua-dua
elemen ini telah disentuh lebih awal dalam falsafah tersebut. Guru perlu sedar dan cakna
dengan langkah kanan yang perlu dilaksanakan sebelum mengorak dan menanam cita-cita
dengan lebih jauh lagi. Tambahan pula, apabila kita melihat kerjaya seorang guru dari kancah
perspektif agama, kesemua agama yang wujud di muka bumi ini telah mengangkat darjat
seorang guru itu ke tahap yang lebih mulia. Hal ini kerana guru merupakan individu yang
berperanan membimbing tangan manusia lain untuk menyelami lautan ilmu yang di dasarnya
nanti kita bakal menemui mutiara pengetahuan yang tidak ternilai. Sebagai seorang pendidik,
para guru perlu sedar bahawa kerjaya yang diceburi pada masa kini merupakan satu kerjaya
yang membawa kepada ibadah dan setiap langkah serta usaha yang dilakukan itu juga dikira
sebagai ibadah. Maksudnya, pandangan manusia terhadap kerjaya guru ini berbeza-beza
mengikut hujah dan alasan masing-masing namun, apabila dilihat dari perspektif agama,
kerjaya seorang guru merupakan kerjaya yang sangat mulia kerana jatuh atau bangunnya
sesebuah tamadun itu bergantung kepada sejauh mana usaha yang dilaburkan oleh warga
pendidik. Mohd Rizal Azman Rifin dalam akhbar Harian Metro berjudul Guru bak ibu bapa
kedua bertarikh 13 Mei 2014 menyatakan bahawa keringat yang menitis dek keasyikan
mengajar dan mendidik menjadi simpanan dan khazanah yang tetap di akhirat.
Tuntasnya, akhlak dan pemikiran yang profesional merupakan elemen yang perlu
dibentuk secara menyeluruh dalam diri seorang pendidik sebelum membentuk para pelajar di
peringkat sekolah. Senario ini dapat dikaitkan dengan usaha seorang tokoh falsafah yang
sangat terkemuka iaitu Kung Chiu atau lebih sinonim di telinga masyarakat dunia pada hari ini
sebagai Confucius. Bila kita meniti kisah perjalanan hidup beliau sebagai seorang ilmuan,
maka kita akan mendapati bahawa begitu banyak masa yang telah beliau korbankan untuk
menjelajah beberapa wilayah sambil mengajar masyarakat. Oleh yang demikian, pencapaian
akademik yang telah dilakar oleh seorang guru perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


agar menjadi intiti mithali kepada para pelajar seterusnya mampu melahirkan modal insan
seperti yang diimpikan.
4.4.2 MENINGKATKAN KEUPAYAAN, MINAT DAN BAKAT PARA PELAJAR.
Seterusnya, peranan lain yang perlu digalas dan dilaksanakan oleh seorang guru ke
arah membina modal insan yang berkualiti ialah berusaha untuk meningkatkan keupayaan,
minat dan bakat para pelajar agar mereka mampu menguasai serta mengaplikasi ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Tidak dinafikan bahawa usaha untuk
menerapkan minat di kalangan para pelajar bukanlah suatu usaha yang mudah namun,
percayalah bahawa minat, keupayaan dan bakat dapat diasah dan dipupuk dengan mudah
apabila seorang guru itu mampu memberikan motivasi yang berkesan kepada para pelajar.
Menurut Woolfolk ( 1990 ), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan
mengawal minat dan tingkah laku murid. Seorang pakar bidang humanistik juag iaitu Carl
Rogers mengemukakan pendapat beliau dengan menyatakan bahawa secara dasarnya, setiap
manusia mempunyai keinginan semula jadi yang sangat kuat untuk belajar namun, warga
pendidik perlu berusaha untuk mengembangkan keinginan tersebut agar ia dapat
diterjemahkan dan direalisasikan dalam bentuk pencapaian yang maksimum baik pencapaian
dalam ujian peperiksaan mahupun aplikasi kehidupan.
Peranan guru untuk memotivasikan para pelajar dalam usaha untuk meningkatkan
keupayaan dan minat mereka dapat dilaksanakan dalam beberapa bentuk antaranya ialah
pengurusan bilik darjah dan kaedah pengajaran. Pendekatan secara variasi yang dipaparkan
kepada para pelajar dalam pengurusan bilik darjah seperti kelas yang dihiasi dan diwarnai
dengan nota-nota pembelajaran secara kreatif mampu untuk menjadikan kelas tersebut
sebagai tempat yang digemari untuk dikunjungi. Seorang pakar Behavioristk iaitu B.F. Skinner
menyatakan

bahawa

motivasi

pelajar

untuk

menuntut

ilmu

ditentukan

oleh

faktor

persekitarannya. Guru berperanan penting untuk menyediakan suasana yang kondusif sebagai
langkah merangsang minat para pelajar di sekolah. Menurut Noriati A. Rashid dalam bukunya
yang berjudul Falafah dan Pendidikan di Malaysia, antara elemen penting yang ditekankan
dalam prinsip Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah ialah suasana bilik darjah yang dapat
merangsang murid untuk belajar.
Begitu juga kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru ketika melaksanakan
proses Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) di dalam kelas. Guru berperanan mendiagnostik
keupayaan setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mampu menyediakan
10

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan bagi memenuhi kehendak setiap individu. Setiap
pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza namun, kita tidak ingin proses pengajaran yang
dilaksanakan menyebabkan yang bijak semakin bijak dan yang lemah semakin lemah. Kaedah
pengajaran yang dilaksanakan semasa proses PdP haruslah melibatkan komitmen daripada
semua pelajar secara langsung kerana insiatif sedemikian rupa pastinya dapat meraih minat
para pelajar. Pendekatan menerusi teknik nyanyian dan sesi soal jawab serta kaedah
pengajaran yang melibatkan individu seperti latih tubi perlu dilaksanakan dengan lebih giat dan
efektif. Di samping itu juga, guru perlu bijak untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang
sesuai dengan tahap pemikiran pelajar sebagai medium untuk mengembangkan dan
meningkatkan prestasi mereka.
Kesimpulannya, ilmu pengetahuan ini merupakan cabang utama yang perlu dilalui oleh
para pelajar untuk membina modal insan kelas pertama. Seorang tokoh ilmuan Islam yang
dianggap sebagai guru yang sangat berwawasan dalam hayat beliau iaitu Abu Hamid
Muhammad ibnu Muhammad atau lebih sinonim dengan gelaran Imam al-Ghazali telah
menyatakan bahawa pendidikan amat penting bagi sesiapa sahaja yang hidup di dunia kerana
melalui pendidikan, individu dapat membangunkan diri, negara, bangsa dan agama.
4.4.3 MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR DARI ASPEK JASMANI, EMOSI, ROHANI,
INTELEK DAN SOSIAL.
Selain daripada itu juga, usaha untuk membangunkan modal insan yang seimbang
bukan sahaja tertumpu kepada pemantapan dari sudut emosi, rohani dan intelek semata-mata
bahkan, potensi para pelajar perlu dikembangkan dari aspek jasmani dan sosial. Hal ini kerana
elemen-elemen seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial merupakan ramuan yang
melengkapi antara satu sama lain ibarat isi dengan kuku untuk menghasilkan satu acuan
berkesan yang mampu memberikan implikasi positif terhadap seseorang individu. Menurut
Syed Ismail Bin Syed Mustafa dalam bukunya yang berjudul Budaya dan Pembelajaran telah
menyatakan bahawa peningkatan profesionalisme keguruan dalam bilik darjah dilihat dapat
mencorak kualiti pengajaran dan perkembangan murid termasuklah perkembangan akademik,
perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Sebenarnya, usaha ini telah dirangka dan
dilaksanakan dengan cukup rapi pada peringkat sekolah baik peringkat Sekolah Rendah
mahupun peringkat Sekolah Menengah iaitu menerusi matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Usaha tersebut juga jelas memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menggesa agar pendidikan yang dilaksanakan adalah suatu usaha yang berterusan untuk
11

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh agar generasi yang bakal dilahirkan
pada masa akan datang dapat mengadaptasi diri mereka sejajar kepada perkembangan arus
peredaran zaman yang sentiasa mengalami perkembangan dan kemajuan. Berdasarkan topiktopik yang terkandung dalam matapelajaran tersebut, tidak dapat disangkal lagi bahawa
pendekatan yang ingin dilaksanakan merupakan pendekatan secara menyeluruh kerana aktiviti
yang telah dirangka bukan sahaja mampu melengkapkan diri pelajar dengan kualiti
kepimpinan, jati diri yang utuh dan daya tahan malah, dapat meningkatkan kemahiran sosial
dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi antara kaum. Kendatipun begitu,
persoalan yang menjadi polemiknya kini adalah bagaimana peranan seorang guru itu untuk
memperkasakan dan memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai seterusnya modal insan
yang berketerampilan dapat dilahirkan?
Modal insan yang ingin dilahirkan di negara kita bukan sahaja tertumpu dalam bidang
akademik semata-mata bahkan, kita juga ingin melahirkan bintang sukan yang bakal bersaing
secara sihat di persada antarabangsa dan dapat menunjukkan norma disiplin dan bersikap
profesional. Guru memainkan peranan yang cukup penting untuk mengenal pasti bakat dan
potensi dalam diri pelajar seterusnya diasah dan dicungkil secara berkesan di samping
pendedahan terhadap bidang akademik juga tidak diketepikan. Fenomena ini dapat dilihat
apabila kita melemparkan pandangan kita terhadap beberapa polemik yang terpampang di
dada akhbar pada masa kini yang giat menulis berkaitan dengan isu mencungkil bakat
terpendam dalam diri anak watan kita seperti laporan yang dikemukakan oleh Siti Zarinah
Sahib dalam akhbar Harian Metro berjudul Cungkil bakat anak yatim bertarikh 13 Mei 2014.
Aktiviti

sedemikian juga wajar untuk dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah.

Sementelahan itu, latihan secara profesional pada masa yang sesuai perlu dirangka dan
digiatkan dari masa ke semasa agar bakat mereka dapat ditonjolkan untuk dipersembahkan di
peringkat yang lebih berprestij tinggi. Hal ini juga selaras dengan anjakan ketiga yang telah
dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan masyarakat yang
mampu menghayati nilai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, guru juga perlu memastikan tempat beriadah yang menjadi medan untuk
menjalankan aktiviti selamat untuk digunakan. Laporan kerosakan gelanggang atau padang
perlu dikemaskini untuk memastikan keselesaan dan keselamatan para pelajar terjamin kerana
kita tidak ingin potensi dan bakat pelajar terencat hanya disebabkan oleh sikap acuh tak acuh
daripada segelintir warga pendidik yang hanya mengambil ringan terhadap kerosakan
gelanggang yang berlaku. Secara totalnya, modal insan yang ingin dibentuk bukan sahaja
12

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


cemerlang dari sudut akademik bahkan, mampu tampil sebagai individu yang berkebolehan
dari aspek kokurikulum.
4.4.4 MEMBENTUK PERSONALITI UNGGUL DALAM DIRI PARA PELAJAR DENGAN
NILAI-NILAI YANG POSITIF.
Selain daripada itu, guru juga berperanan untuk mendedahkan para pelajar dengan
aktiviti-aktiviti yang dapat menyemai dan membentuk personaliti unggul dalam diri mereka agar
nilai-nilai kepimpinan, pergaulan dan penampilan mampu diterapkan bermula dari akar
umbinya lagi. Usaha ini juga merupakan salah satu modus operandi yang efektif untuk melihat
sejauh mana para pelajar dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan secara amali berdasarkan
pembelajaran teori di dalam bilik darjah. Setiap manusia mempunyai personaliti diri yang
berbeza namun, tahap kemampuan untuk terus membangun menjadi seorang pelajar yang
berpersonaliti unggul perlu dikembangkan. Dr. Faridah Nazir dalam sebuah buku nukilan beliau
sendiri yang berjudul Perkembangan Kanak-kanak ada menyatakan bahawa personaliti setiap
manusia adalah berbeza melihat kepada sifat-sifat khusus yang ditonjolkan seperti cara berfikir,
beraksi dan beremosi. Sigelman dan rider ( 2003 ) pula membincangkan konsep personaliti
sebagai kombinasi organisasi yang terdiri daripada motif, pegangan nilai dan tingkah laku unik
yang dimiliki oleh seseorang individu.
Penubuhan Kelab Budaya dan Bahasa di peringkat sekolah tamsilnya boleh ditubuhkan
untuk memupuk minat membaca di kalangan warga sekolah yang menjadi teras kepada
pembangunan sesebuah tamadun. Tambahan pula, para pelajar juga boleh diberikan ruang
dan peluang untuk menganggotai organisasi tersebut bertujuan untuk melatih dan
mendisiplinkan diri mereka agar dapat merancang dan mengendalikan sesebuah pentadbiran
dengan sistematik. Namun begitu, guru pula dianjurkan menjadi penasihat untuk membimbing
mereka mengemudi sesebuah organisasi dengan terancang dan memantau aktiviti para pelajar
agar mereka tidak menyimpang jauh daripada objektif dan matlamat sebenar. Hal ini kerana
komunikasi berterusan antara guru dan pelajar mampu memberikan suntikan semangat dan
motivasi baru kepada mereka. Menurut Wagner ( 1994 ) menyatakan bahawa interaksi yang
berlaku antara guru dengan pelajar akan mewujudkan satu jalinan hubungan secara sihat.
Percayalah bahawa modal insan yang seimbang tidak hanya disuap dengan ilmu melalui
proses pengajaran di dalam kelas namun, segala pembelajaran yang telah mereka gali, cari
dan terokai perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian.

13

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


Pendedahan pada peringkat awal terhadap para pelajar merupakan modus operandi
yang strategik untuk menyemai benih-benih kepimpinan dalam diri mereka agar benih itu bakal
bercambah dan berkembang seterusnya akan membuahkan impak yang positif terhadap
tampuk pemerintahan kita pada masa hadapan. Fenomena ini juga secara tidak langsung
mampu mendedahkan para pelajar untuk berkolaberasi antara satu sama lain tanpa mengira
agama dan bangsa demi membawa organisasi yang ditadbir itu mencapai matlamat utamanya.
Walaupun terdiri daripada pelbagai budaya, guru perlu menjadi penggerak kepada
pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus dijadikan pencetus minda dan
motivasi kepada para pelajar. Menurut Rohand Mighan ( 1986 ), kelas sosial menggambarkan
perbezaan cara hidup dalam sesuatu bangsa. Perkara ini juga sebenarnya selaras dengan
tuntutan yang terkandung dalam FPK yang menggesa agar usaha untuk menerapkan ilmu
pengetahuan di kalangan para pelajar dapat memberikan nilai tambah yang optimis kepada diri
mereka seterusnya dapat memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian
keluarga, masyarakat dan negara.
4.5 KESIMPULAN
Justifikasinya, modal insan kelas pertama yang berkualiti dapat dibentuk apabila usaha
yang dijana oleh seorang guru itu merupakan usaha yang berterusan bukan seperti
melepaskan batuk di tangga yang pasti memberi implikasi negatif kepada pembentukan negara
bangsa pada masa akan datang. Hal ini kerana para pelajar yang duduk di hadapan kita pada
hari merupakan wajah-wajah yang bakal mengemudi bahtera pentadbiran negara pada masa
akan datang dan cara pelaksanaan mereka akan ditentukan bermula pada hari ini. Perkara ini
juga bertepatan dengan saranan yang telah dikemukakan oleh Mantan Perdana Menteri kita
iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau membentangkan Rancangan Malaysia ke- 9
di Parlimen. Menurut beliau, guru merupakan tulang belakang yang berperanan untuk
melahirkan para pelajar yang bercirikan modal insan seimbang dari aspek akedemik dan juga
akhlak.

Secara keseluruhannya, tanggungjawab untuk membina modal insan yang cemerlang


juga tidak wajar untuk ditujukan kepada warga pendidik sepenuhnya walhal, semua pihak perlu
menggembleng satu usaha yang padu kerana bulatnya air itu kerana pembentung dan bulatnya
masyarakat itu kerana muafakat untuk memastikan impian yang telah kita bina mampu menjadi
realiti, bukan sekadar fantasi yang hanya hanyut dibawa arus masa. Perkara ini juga jelas
14

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


ditegaskan PPPIM pada anjakan yang kesembilan iaitu warga guru perlu berkolaberasi dengan
ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas agar segala perancangan dapat
diajlankan dengan lebih terancang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu faham dan menghayati
roh perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan di negara ini. Walaupun
masing-masing memahami kita adalah warganegara penuh tanpa berkelas-kelas, kita juga
wajar menilai diri kita untuk mengetahui di mana bumi kita pijak dan di mana langit kita junjung.
Jangan disebabkan emosi dan percanggahan pendapat, kita meruntuhkan tembok yang
selama ini kina bina bersama di bawah satu lembayung pemerintahan.

5.0 REFLEKSI

Tugasan bagi kursus Falsafah dan Pendidikan di Malaysia telah memperuntukkan dua
soalan sebagai tugasan yang merangkumi tugasan secara individu dan secara berkumpulan.
Cabaran demi cabaran telah saya tempuhi sepanjang menjalankan dan menyiapkan tugasan ini
namun, itulah asam garam kehidupan yang tidak jemu dibelenggu dengan dugaan. Masalah untuk
memahami kehendak soalan ini antara aspek yang sangat sukar bagi saya kerana ia merupakan
titik tolak untuk saya mencari, menggali dan menerokai ilmu yang berkaitan dengan soalan ini.
Tanpa pemahaman yang kukuh, pastinya semua proses tersebut akan terbantut di samping idea
yang bernas tidak dapat dilontarkan ke dalam penulisan ini. Lantaran itu, saya telah membuat
keputusan menemui dan bertanya sendiri kepada pensyarah untuk mendapatkan pencerahan
agar segala persoalan yang bermain dan berlegar di fikiran saya dapat dirungkaikan melalui
penjelasan daripada beliau. Hasilnya, beliau sendiri telah memberi penjelasan secara menyeluruh
berkenaan dengan kaedah pelaksanaan yang selaras dengan kehendak soalan yang telah
diberikan.
Selain daripada itu, pengurusan masa secara sistematik juga merupakan aspek yang perlu
dititikberatkan memandangkan elemen ini juga akan menentukan keberhasilan tugasan ini
samada cemerlang atau sebaliknya. Berkesinambungan dengan perkara tersebut, kesibukan
sebagai seorang pelajar yang bakal bergelar pendidik pastinya akan dihadapi oleh semua orang
namun, saya percaya bahawa pengurusan masa yang bijak pada hari ini merupakan satu tarbiah
secara tidak langsung yang pastinya menjadi pengalaman untuk mendewasakan saya apabila
melangkah ke dunia pekerjaan kelak. Pembahagian masa untuk aktiviti kurikulum dan riadah perlu
15

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


diluangkan secara bijak untuk memastikan kita mampu hidup sebagai seorang manusia yang
normal dan sihat dari segi rohani dan jasmani. Perpustakaan sebagai gedung ilmu juga sentiasa
menjadi kunjungan saya untuk mengaji dan mengkaji topik ini dengan lebih terperinci kerana
bahan rujukan ilmiah yang telah disediakan akan dijadikan bukti konkrit terhadap hujah yang telah
saya kemukakan. Tambahan pula, pegawai yang bertugas juga sangat ramah dan ringan tulang
untuk menghulurkan sebarang bantuan yang saya perlukan terutamanya dari apabila saya
menghadapi masalah untuk mencari bahan rujukan yang menepati kriteria-kriteria soalan yang
telah diberikan.
Usaha untuk menyiapkan tugasan ini telah memberi pelbagai pengalaman dan ilmu
pengetahuan baru kepada saya. Hal ini kerana rangka kerja yang perlu dilaksanakan oleh
seorang guru bukan sahaja mengambil kira aspek pengajaran yang kita jalankan namun,
bagaimana kaedah pendekatan yang wajar kita laksanakan untuk memberi satu kepuasan
terhadap pemahaman para pelajar yang begitu dahagakan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana
semua manusia boleh belajar tetapi tidak semua manusia boleh memahami perkara yang telah
dipelajari dan tidak semua manusia juga boleh mengaplikasi teori pembelajaran dalam bentuk
pelaksanaan. Oleh yang demikian, tugasan ini secara tidak langsung telah memberi ruang dan
peluang untuk saya mengaji, menggali dan mengkaji topik ini dengan lebih mendalam seterusnya
membuka mata saya berkenaan dengan kepentingan yang digalas oleh seorang guru.
Pengalaman ini pastinya memori yang tidak akan saya lupakan kerana segala hasil pembelajaran
daripada tugasan ini akan menjadi modal buat saya untuk melangkah ke dunia pekerjaan kelak di
samping pengetahuan baru ini dapat dikongsi kepada para pelajar.
Semangat dan usaha gigih yang saya kerah di samping beberapa pihak yang sentiasa
memberikan tunjuk ajar dan motivasi untuk meningkatkan kesedaran diri saya merupakan faktor
utama keberhasilan tugasan ini dilengkapkan dengan jayanya.

16

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

6.0 RUJUKAN
6.1 RUJUKAN BUKU
- Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon ( 2014 ). Pengantar Pengajian
Profesionalisme. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
- Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2010 ). Budaya dan Pembelajaran.
Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
- Robiah K. Hamzah ( 2001 ). Pengurusan Diri. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
- Dr. Faridah Nazir & Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd. Shukur ( 2014 ). Perkembangan
Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
- Mohd. Jamil Yaacob ( 2005 ). Memahami Remaja. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
- Muhammad Hasan al-Basri ( 2011 ). Ilmu Hikmah. Selangor Darul Ehsan : PTS Millenia Sdn.
Bhd.
- Noriati A. Rashid ( 2014 ). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
- - Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2006 ). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
17

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]


6.2 RUJUKAN INTERNET
- Chon Seong Hoo. 2011. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( Ringkasan ).
Boleh didapati di http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-20132025ringkasan : Diakses pada 20 Julai 2014.
- Portal Rasmi Kementerian. 2014. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.
Boleh didapati di http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025 : Diakses pada 20 Julai 2014.
- Nor Hartini binti Saari. 2014. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 :
Transformasi

Profesion

Perguruan

Negara.

Boleh

didapati

di

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8557-pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-pppm-2013-2025-transformasi-profesion-perguruan-negara : Diakses pada 19 Mac


2014.

6.3 RUJUKAN AKHBAR


- Mohd Rizal Azman Rifin, ( 2014, Mei 13 ), Guru Bak Ibu Bapa Kedua, Harian Metro, Muka 12.
- Siti Zarinah Sahib, ( 2014, Mei 13 ), Cungkil Bakat Anak Yatim, Harian Metro, Muka 28.

6.4 RUJUKAN JURNAL


- Rashidah Mustafa, ( 2011, 15 Mei ), Ibu Bapa Luar Biasa, Solusi, Halaman 30&31.

18

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

7.0 LAMPIRAN

19

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

LAMPIRAN BUKU

20

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

LAMPIRAN INTERNET

21

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

LAMPIRAN AKHBAR

22

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

[FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA]

LAMPIRAN JURNAL
23

EDU3013| FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai