Anda di halaman 1dari 21

KANDUNGAN

Bil.
Perkara
Muka Surat
1.

Penghargaan

2.
v

Biodata

ii

3.
2

Pendahuluan

4.

Pengetahuan Tentang Seksualiti

26

5.
14

Mengamal Cara Hidup Sihat

6.
27

Perkembangan Fizikal Diri Remaja

7.
37

Seksualiti Kalangan Remaja

8.
44

Kekeluargaan

37

9.

Refleksi

45

10.

Bibliografi

46

11.

Borang Rekod Kolaborasi

12.

Lampiran

1. Pendahuluan :

15
27

Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran


bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya bagi
masyarakat timur. Informasi yang diperolehi ini telah dirujuk secara meluas
oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan, wakil
agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pendidikan
seksualiti untuk remaja.

1.1 Definisi Seksualiti :


Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan
setiap remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari
kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual.
Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh
keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang
masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi
perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki,
identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan peranan dan
identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan keintiman kepada
individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan seksual dan reproduktif
yang menyeluruh.

1.2 Anda mempunyai hak seksualiti untuk :


Berasa bahawa tubuh badan anda adalah dalam kawalan anda .
Memahami dan meluahkan perasan anda . Memilih bagaimana untuk
mempamerkan seksualiti anda sambil menghormati diri sendiri dan orang lain.
Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan menentukan
jenis hubungan tersebut. Walau bagaimanapun, apa tindakan yang remaja
lakukan hendaklah tidak membinasakan diri atau orang lain. Remaja
mempunyai hak seksual yang turut merangkumi hormat dan tanggungjawab
terhadap

diri

sendiri

dan

juga

Responsibilities).
1.2 Tanggungjawab Seksual

orang

lain

(Rights,

Respect

and

6 Prinsip Tanggungjawab Seksual :


Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama,
budaya dan masyarakat.

Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan

tepat.
Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi, mental,
fizikal

dan

seksual.

Tidak

menunjuk

kuasa

atau

mengawal

perhubungan.

Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat

keputusan

mengenai

aktiviti

seksual.

Menghormati

hak

dan

keselamatan pasangan anda.

Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling

menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur. Berkompromi bila


perlu dan mengaku salah jika sepatutnya.

Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang

menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai masalah


berkaitan seksualiti.

MESEJ PENTING
Cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kehamilan adalah melalui
ABSTINEN iaitu mengatakan TIDAK kepada aktiviti seksual

2. Pengetahuan Tentang Seksualiti

Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai


hubungan yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan
komuniti.
2.1 Diri anda sendiri
Adalah penting anda menghargai tubuh badan anda :

Memahami perubahan normal pada tubuh.

Mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Mengelak tingkahlaku berisiko :

Merokok

Mengambil dadah dan alkohol

Seks sebelum berkahwin

Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan


terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati).
o

Ketahui nilai diri anda

Timbang tara perlakuan yang betul dan salah

Pilih untuk melakukan perbuatan baik

Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda

Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau


orang lain

Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada di


sekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang
gambar dan majalah)

Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan


dengan nilai hidup anda

Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai

Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks


sebelum kahwin.

Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Lihat Kehamilan


Remaja & Jangkitan Seksual.

Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan


budaya masyarakat sekeliling.

Fahami dan terima identiti jantina anda.

Fahami orientasi seksual anda.

Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza.

Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.

2.2 Ibubapa dan ahli keluarga anda

Berkomunikasi dengan berkesan.

Tahu peranan dan tanggungjawab anda

Bertindak dengan bijak

Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas


pergaulan

Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.

Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :


o

Terima dan hargai mereka seadanya

Dengar pandangan mereka

Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka

Berbincang secara terbuka dan berkompromi

2.3 Rakan anda

Berkomunikasi dengan berkesan

Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda

Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan.


Lihat Bulatan Perhubungan.

Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya

Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.

2.4 Komuniti anda

Selain

daripada

anda,

keluarga

dan

rakan-rakan,

anda

juga

sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :

Guru

Pemimpin

Sahabat handai

Saudara-mara

Ahli agama

Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap


ahli komuniti.

Berkomunikasi dengan berkesan.

Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.

Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.

Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

Warna dan makna "Bulatan Perhubungan"

Bulatan Perhubungan

Rajah menggambarkan hubung kait di antara pelbagai


warna bulatan dengan jenis - jenis hubungan.
1. "Bulatan Peribadi - Ungu "
o

Anda adalah insan terpenting dalam hidup.

Tiada siapa berhak menyentuh anda kecuali ianya kemahuan


anda sendiri.

Anda tidak menyentuh insan lain kecuali insan tersebut


ingin/membenarkan anda menyentuhnya.

2. "Bulatan Pelukan Mesra - Biru "


o

Hanya segelintir insan yang boleh memeluk anda dan


sebaliknya - Seperti ibu dan ayah

3. "Bulatan Pelukan - Hijau "


o

Terdapat segelintir lagi insan yang anda berikan pelukan biasa


yang tidak intim seperti kawan pada hari istimewa.

4. "Bulatan Jabat Tangan - Kuning "


o

Anda berabat tangan dengan kenalan ataupun apabila anda


diperkenalkan dengan seseorang.

5. "Bulatan Lambaian - Oren "


o

Anda melambai tangan atau mengangguk kepala kepada


mereka yang anda kenali.

6. "Bulatan Orang Asing - Merah "


o

Anda tidak menyentuh orang yang tidak anda kenali.

Orang yang tidak anda kenali tidak akan menyentuh anda.

Sentuhan boleh berlaku apabila anda berurusan dengan ahli


komuniti

Anda yang menentukan siapa yang boleh menyentuh diri anda.


Sekiranya anda tidak selesa, katakan 'berhenti' dan terus
beredar.

3. Mengamal Cara Hidup Sihat


Kempen Cara Hidup Sihat telah dilancarkan oleh Y.B Menteri
Kesihatan Y.B Dato' Lee Kim Sai pada 25 Mei 1991. Bermulalah satu era baru
dalam pelaksanaan program pendidikan kesihatan di Malaysia. Tema
Kempen Cara Hidup Sihat 1991 "Cintailah JANTUNG Anda". Fokus utama
diberikan kepada aspek- aspek penggalakkan senaman, pengambilan
makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan, memberhentikan tabiat
seperti merokok serta aspek tekanan emosi. Penyakit kardiovaskular
merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospitalhospital kerajaan.
Pada

dasarnya

penyakit

kardiovaskular

berhubungkait

dengan

kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun keduaduanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada
pembuluh darah nadi.Di antara faktor risiko yang berkaitan dengan kejadian
penyakit kardiovaskular adalah seperti:

Merokok

Tekanan Darah Tinggi

Pemakanan yang tidak baik / berat badan berlebihan

Kurang aktif / tidak bersenam secara berkala

Tekanan

Berdasarkan kepada faktor-faktor risiko ini, maka adalah disarankan cara


yang terbaik bagi mencegah penyakit ini ialah mengamalkan cara hidup yang
sihat seperti berikut;

Jangan merokok jika belum pernah merokok dan berhenti jika telah
merokok.

Mengamalkan cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid


makanan.

Capai dan kekalkan berat badan yang unggul melalui kaedah


pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala
ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.

Bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan boleh mengelakkan


tekanan

3.1 Sihat Sepanjang Hayat


Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :

Makan secara sihat

Tidak merokok

Lakukan aktiviti fizikal

Belajar menangani stress

Faedah cara hidup sihat :

Meningkatkan status kesihatan anda

Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti


diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah
tinggi.

Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik

Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk


menikmati kehidupan..

3.1.1 Makan Secara Sihat


Pupuk amalan secara sihat bersama keluarga

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi

Sarapan

pagi

memberikan

anda

tenaga

dan

nutrien

untuk

membolehkan anda berfungsi sepanjang hari

Pastikan ahli keluarga anda makan mengikut waktunya

Makan snek bila perlu. Pilihlah snek yang mengandungi kandungan


lemak, gula dan garam yang rendah

Makan bersama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan


mendidik ahli keluarga makan secara sihat
Ketika menyediakan hidangan keluarga, ambil perhatian terhadap

keperluan pemakanan semua ahli keluarga terutama yang muda, yang tua
dan juga mereka yang mempunyai keperluan pemakanan khas
Gunakan garis panduan makan secara sihat :

Nikmati pelbagai jenis makanan

Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal

Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan


gula

Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari

Sedia, hidangan dan makan makanan yang bersih dan selamat

Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama


sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam)

Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

Contoh 1 sajian::Bijirin, produk bijirin dan ubi

cawan nasi (putih atau perang)

cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)

1 keeping capati

cawan keledek/ubi kayu/keladi


Sayur-sayuran

Buah-buahan

cawan sayur hijau tua bersama


batangnya (dimasak)

cawan

sayur

buah/berakar

1 cawan dadih

1 keping keju

berukuran

1 hiris betik/nanas

Susu, dadih dan keju


1 gelas susu

jambu

sederhana

(dimasak)

biji

Ikan, ayam dan daging

ketul

paha

ayam

saiz

paha

ayam

saiz

sederhana

ketul

sederhana

ketul

daging

tanpa

lemak

berukuran kotak mancis

5 sudu besar ikan bilis

3.1.2 Tidak Merokok


Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih
daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit
jantung dan angin ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ
dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu
200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat!
Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok

Yakinkan diri

Buat nota peringatan

Katakan pada diri anda Aku bukan perokok

Tumpukan pada hari ini

Sentiasa berfikiran positif

Dapatkan sokongan

Lawan keinginan untuk merokok

Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok :


o

Melengahkan-lengah

Minum banyak air

Menarik nafas panjang

Membuat sesuatu

Menjauhkan diri dari tempat orang merokok

Mengunyah sesuatu

Membasuh tangan

Mandi dengan kerap

Melakukan senaman regangan

Memohon doa

3.1.3 Aktiviti Fizikal


Aktiviti

fizikal

merangkumi

semua

pergerakan

badan

yang

menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi,

bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan


dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal

Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya


30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari
(sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)

Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda


Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari

AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari

Berjalan kaki

Berlari-lari anak

Aktiviti regangan

Berbasikal

Aktiviti berkebun yang ringan

Berenang

Menari

Lompat tali

Aerobik

Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.


Frequency :
F (Kekerapan)
I

3 5 kali seminggu

Intensity (Effort) : Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang
(Kehebatan)
dengan selesa.

T Time : (Masa)

Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk


tempoh memanas dan menyejukkan badan.

T Type : (Jenis)

Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jarring,

badminton, lompat tali, berbasikal.


Tiada masa, tiada tempat untuk bersenam ?
Kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk bersenam. Walau bagaimanapun
kita masih boleh menikmati cara hidup sihat yang cergas dengan
mengamalkan petua-petua berikut :Semasa perjalanan ke tempat kerja

Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan


seterusnya gunakan tangga

Turun LRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat

Sekiranya anda memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum


ke pejabat
Semasa di pejabat

Lakukan senaman ringan atau regangan selepas lama bekerja

Lagihkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan lif

Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat


panjang

Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari

Semasa di rumah

Lakukan regangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen

Ikut serta anak-anak anda ke taman permainan dan bersenam selepas


waktu bekerja

Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik


Semasa membeli- belah

Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana


berjalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman
yang baik untuk anda
Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
untuk 20 - 30 minit setiap kali.
Amalkan kesihatan pergigian yang baik
Kesihatan pergigian yang baik bermaksud mempunyai set gigi penuh
dan gusi sihat yang boleh berfungsi serta bebas dari masalah
pergigian.
Kesihatan pergigian adalah penting untuk membolehkan seseorang :

Mengunyah makanan dengan sempurna bagi membantu proses


penghadaman.

Bercakap dengan jelas.

Memberikan senyuman dan paras rupa menawan yang dapat


meningkatkan keyakinan diri.

Mencegah masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi.

Memelihara gigi yang baik seumur hidup.

Bagaimanakah keluarga dapat menjaga kesihatan pergigian yang


baik?

Setiap ahli keluarga seharusnya mengamalkan kesihatan pergigian


yang baik semenjak usia muda.

Berus gigi anda dengan berkesan untuk menanggalkan plak.

Gunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berfluorida.

Flos gigi anda selalu untuk membuang sisa makan.

Berkumur setiap kali selepas makan.

Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.

Pilih makanan dan minuman yang kurang kandungan gula.

Dapatkan permeriksaan gigi secara tetap sekurang-kurangnya sekali


setahun.

3.1.4 Tangani Stres


Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres
dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja.
Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan
daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

Menyedari yang anda sedang marah Katakan: Saya sedang marah!

Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap

Kenal pasti kenapa anda marah

Cuba dengar penjelasan orang lain

Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan

Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan


kemarahan

Membiasakan diri memaafkan menerima kenyataan bahawa


manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

Berfikir secara positif

Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan

Belajar menyukai diri sendiri

Belajar bertenang

Adakan hobi

Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

Dapatkan tidur yang cukup

Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

Bersifat tegas/asertif

Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

4. Perkembangan Fizikal Diri Remaja


4.1 Definisi Remaja
Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu
"adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi
matang" (Rogers, 1981). Dari sini menunjukkan zaman remaja itu
merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Proses yang
dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan
kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam
masyarakat. Zaman remaja ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai
dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia
merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa.
Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada
di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan
fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau
berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.

Manakala menurut Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) remaja merupakan


mulai dewasa, sudah akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan
sedang melalui proses inginkan'cinta'.
Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah
merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan "Siapakah saya?",
"Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya
yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu
berbeza dengan orang lain.
4.2 Perkembangan Fizikal
Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu
dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun
melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan
hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja.
Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari
suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada
peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya
tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka
akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka
melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan
perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang
mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai
sepanjang kehidupan seksual mereka.
Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja
ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan
tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang mengalami
perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan
berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Perkembangan
fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang
sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam perkembangan mereka
dan apakah kesan-kesan disebaliknya. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan
perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi

bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat


tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan
zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan.
Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu
dengan individu yang lain.
4.2.1 Kematangan Biologi
Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan
diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas
kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan
kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah dia terlalu
prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering membezakan dirinya
dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai
beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang.
Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja
sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut
fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok
remaja.

4.2.2 Tingkah Laku Heteroseksual


Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas
pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang,
terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar
sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980
menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks
meningkat; dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks
meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Remaja
perempuan belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian
di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja
perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan
pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang
bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki,

perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan
cinta.
4.2.3 Akil Baligh
Di akhir zaman kanak-kanak, satu siri perubahan biologi dan
psikologi akan berlaku yang membawa mereka ke alam remaja. Alam
remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi
fizikal, dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam
masyarakat.
Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan
permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki
saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian
otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah
dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan
berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan
akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh
adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan
pembiakan.
Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara
menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi
bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan
sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula
membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh.
Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah
dada (payu dara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan
bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan,
jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari
suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.

4.2.4 Teori dan Konsep


Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula
pada usia 15 tahun atau mungkin lebih awal dari yang dianggarkan. Pada
masa ini, kanak-kanak melalui peringkat

Anda mungkin juga menyukai