Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

YB. DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID

SEMPENA

SEPETANG BERSAMA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Yang Berbahagia Dato’ Azuyah binti Hassan


Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

3. Yang Berbahagia Dr. Noriati binti A. Rashid


Timbalan Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Yang Berbahagia Datin Hajah Naimah binti Jaafar


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman

5. Yang Berusaha Puan Hajah Norazian binti Mohd Darus


Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman

6. Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Pensyarah-Pensyarah


Kanan, Pensyarah-Pensyarah Cemerlang, Para Pensyarah, Staf-Staf Sokongan, Para
Pelajar Siswa Pendidik dan seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.
7. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, Maha Mengetahui apa yang tersurat dan yang tersirat. Segala pujian buat-
Nya yang memberikan kita kekuatan dan kesempatan bagi berkumpul pada petang
yang indah dalam majlis yang berbahagia ini.

8. Jutaan terima kasih saya titipkan buat Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman di
atas kesudiaan menerima undangan saya untuk bersama-sama dengan warga IPG
Kampus Darulaman.

Hadirin yang saya hormati,

8. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai dasar


pendidikan telah digubal agar selari dan seiring dengan perkembangan dunia pada
masa dulu dan kini. Hal ini terbukti dengan terbentuknya Penyata Razak 1956,
Penyata Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970. Terkini, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melancarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada 6 September 2013.

9. Penggubalan PPPM bukan dibuat tanpa sebarang alasan konkrit ataupun atas
tuntutan politik semata-mata, tetapi lebih kepada keperluan bahawa pendidikan di
Malaysia hari ini mestilah mampu menangani perubahan yang berlaku akibat
kepesatan perkembangan dunia kini. Pelan PPPM ini disediakan dengan mengambil
kira inti pati pelan pembangunan yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu seperti Educatin for All (ETA) dan Millenium Development Goals (MDG).

10. Seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia yang terdahulu, PPPM
merupakan suatu dasar pendidikan yang cukup komprehensif dan holistik. Segenap
lapisan masyarakat telah dilibatkan bagi mendapatkan input-input yang berkaitan
pendidikan di Malaysia agar akhirnya kita dapat menghasilkan suatu dasar pendidikan
yang diperkirakan mampu untuk “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan
dasar-dasar pendidikan yang diterap dan diguna pakai di negara-negara maju. Pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia yakin dengan adanya 11 anjakan dalam PPPM,
hasrat dan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan pendidikan di
Malaysia berkelas dunia bukan lagi merupakan angan-angan Mat Jenin.
Hadirin yang saya hormati,

11. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman seba salah satu institusi latihan guru
mestilah mampu untuk menterjemahkan aspirasi kerajaan dengan sebaik-baiknya
kerana kita tahu bahawa sebagus mana suatu dasar pendidikan itu digubal, kejayaan
tidak akan dapat kita gapai sekiranya Institut Pendidikan Guru Malaysia gagal untuk
menghasilkan kumpulan guru yang berkualiti.

“Gelombang 1 PPPM memberi tumpuan kepada menyokong guru dan memberi


tumpuan kepada kemahiran utama kerana Kementerian memahami bahawa guru
memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan transformasi
pendidikan. Guru merupakan individu yang mencorakkan murid. Jika
pengajaran dan pembelajaran guru menarik dan hebat, tentu murid yang
dilahirkan juga hebat dan bijaksana”.

12. Daripada petikan ucapan mantan Menteri Pendidikan Malaysia, jelas terlihat pada kita
bahawa guru merupakan katalis bagi kejayaan PPPM. Hasrat murni Kementerian
Pendidikan Malaysia melakukan transformasi ini tidak akan tercapai sekiranya guru
tidak bersedia untuk berganding bahu dan menggembleng tenaga bersama-sama
dengan pihak kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

13. Sebagai katalis kepada kejayaan PPPM, guru perlu melakukan anjakan paradigma.
Thomas Kuhn, iaitu seorang sejarahwan dan ahli falsafah sains dari Amerika Syarikat
merupakan pelopor kepada konsep anjakan paradigma. Menerusi bukunya The
Structure of Scientific Revolutions (1962), Kuhn telah menyeru kepada kita untuk
melihat anjakan paradigma sebagai satu bentuk perubahan pemikiran. Perubahan ini
merupakan suatu revolusi, suatu transformasi, suatu metamorfosis. Perkara-perkara
ini tidak akan akan berlaku begitu sahaja tanpa digerakkan oleh agen-agen
perubahan.

“Think of a Paradigm Shift as a change from one way of thinking to another. It’s
a revolution, a transformation, a sort of metamorphosis. It just does not happen,
but rather it is driven by agents of change”

14. Siapakah agen perubahan itu dalam konteks transformasi pendidikan di Malaysia?
Jawabannya sudah pastilah guru. Guru merupakan penggerak kepada transformasi
tersebut. Kesediaan guru untuk berubah mampu untuk menjamin kejayaan
transformasi ini. Hal ini pernah ditegaskan oleh Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid
Mohd Noordin, sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia. Menurut beliau, dalam menangani perubahan semasa, sistem pendidikan
sewajarnya bermula daripada perubahan kendiri, yang bermaksud para guru
hendaklah berubah sikap, gaya kerja dan ‘world-view’. Setiap guru hendaklah bersifat
luwes dan dinamik selari dengan perubahan bersifat futuristik. Lantaran itu, guru
mestilah sanggup menerima sebarang kritikan kerana kesan kritikan akan mewujudkan
iltizam untuk berjaya. Malah, guru juga perlu bersedia mengubah amalan-amalan
tradisi di samping bersikap sensitif terhadap realiti persekitarannya.

15. Hal yang sama juga pernah ditegaskan oleh Profesor Emeritus Tn Sri Dr. Khoo Kay
Kim. Menurut beliau, antara peranan guru dalam melonjakkan transformasi pendidikan
negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam
menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam
bidang pendidikan yang bertangungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap
dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubungan
dengan itu, latihan perguruan yang dipraktikkan di institusi pengajian tinggi mesti
menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih
efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden di samping melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran isaniah yang diperlukan selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

16. Alvin Toffler, seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa ‘the illiterate of the
21st century are not those that cannot read or write, but those thaht cannot learn,
unlearn dan relearn’. Menurutnya, pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah
beruapaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu memyelesaikan
masalah dabn berfikir secara kritis. Hal ini memberi gambaran bahawa pendidikan
tidak lagi berkisar memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan
mengira) kepada kanak-kanak tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu
pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad
ini.

Hadirin yang dihormati,

17. Kepesatan perkembangan dunia pendidikan hari ini mengakibatkan tugas guru bukan
lagi setakat menzahirkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya seorang
guru sepatutnya bersedia untuk memainkan peranan sebagai fasilitator, penyelesai
masalah dan pemangkin kejayaan pembelajaran. Guru harus mampu untuk
mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan
pebelajaran harus dianjakkan daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada
pembelajaran yang berpusatkan murid. Selain itu, guru juga harus berani
memperkembang diri ke arah bentuk “self-directed” dan self-reliant”

18. Alvin Toffler, seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa ‘the illiterate of the
21st century are not those that cannot read or write, but those thaht cannot learn,
unlearn dan relearn’. Menurutnya, pendidikan pada abad ini lebih mencabar dan
mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan
masalah dan berfikir secara kritis. Hal ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak
lagi berkisar memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira)
kepada kanak-kanak tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu
pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran pada
abad ini.

19. Namun begitu, untuk menyahut cabaran-cabaran sedemikian, guru haruslah


mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugasnya. Lantaran itu, seseorang guru
semestinya sedar tugas sebagai pendidik itu ialah hadiah yang diamanahkan oleh
Allah S.W.T. Penghayatan yang sedemikian rupa akan melahirkan kecemerlangan
dalam diri dan sekali gus merubah keluhuran peribadi dan keberkesanannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Implikasinya, wujud pula kecemerlangan pendidikan
dan tercapailah hasrat membentuk negara maju menerusi PPPM. Nabi Muhammad
saw. pernah bersabda: Mafthumnya “Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka
(bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia
dia bekerja dengan tekun” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Hadirin yang dihormati,

20. Segala pengorbanan guru dalam usaha untuk menjayakan PPPM ini amat dihargai
oleh pihak kementerian. Justeru itu, dalam Gelombang 2 (2016-2020), suatu Pakej
Kerjaya Guru baharu akan dibina atas kejayaan kejayaan Gelombang 1 yang memberi
tumpuan kepada peningkatan standard dan kualiti program latihan praperkhidmatan
perguruan, dan memastikan hanya graduan yang terbaik dipilih menyertai profesion
keguruan. Pakej ini akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan
dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung pada minat guru. Selain itu,
kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi,
manakala guru yang tekal berprestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula.
Semua kerja awal bagi perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan Gelombang
1 untuk membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.
21. Saya amat berharap agar Institut Pendidikan Guru Malaysia khususnya Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman dapat merealisasikan aspirasi kerajaan ini
dengan jayanya. Hal ini bersesuaian dengan misi IPGM, iaitu IPG melahirkan guru
yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang
dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

22. Kepada pelajar-pelajar IPG Kampus Darulaman, berusahalah dengan bersungguh-


sungguh untuk menjadi seorang guru yang sentiasa mengutamakan aspek
kecemerlangan dalam setiap tindakannya sebagai seorang guru kerana
kecemerlangan merupakan asas kepada sebuah kejayaan. Saidina Umar al-Khattab
pernah berkata, “Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu
apa yang dicari.”

Kalau rotan dipanjat bendalu,


Sekerat disimpan dalam bakul,
Kalau beban sudah ke bahu,
Berat ringan wajib dipikul.

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai