Anda di halaman 1dari 6

PENDARAHAN

Jenis-jenis pendarahan
Pendarahan Arteri (Nadi)
Darah keluar berwarna merah cerah atau terang kerana mengandungi Oksigen dan
nutrien dan keluarmemancut mengikut denyutan jantung.
Pendarahan Vena (Pembuluh)
Darahnya berwarna merah tua kerana mengandungi gas Karbon Dioksida dan
mengalir keluar secaraperlahan-lahan.
Pendarahan Kapilari (Rerambut)
Darahnya keluar secara meleleh.

Pendarahan diklasifikasikan kepada:


Pendarahan Dalaman dan Pendarahan Luaran
Pendarahan Luaran LEBIH MERBAHAYA berbanding pendarahan dalaman kerana
boleh menyebabkan:
-Jangkitan kuman
-Lambat Sembuh
-Pengaliran darah keluar yang banyak boleh menyebabkan berlakunya renjatan
TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN
Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.
RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN
Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang
sempurna.
Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan
saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR
jika diperlukan.
Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang.

Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang


banyak.
Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
-menekan urat-urat darah.
-menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap
20 minit selama seminit.
Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai.
Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri
atau baru sedar dari renjatan.
Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.
PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS
Pendarahan dari hidung
-Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.
-Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau
saluran pernafasan.
-Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut.
-Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat
mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan.
-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku
pendarahan kembali.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan dari gusi
-Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa.
-Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa
menggigit kain kapas selam 15 minit.
-Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan
mengurangkan kesakitan.
-Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti.
-Jangan berkumur terlampau banyak
-Jangan membuang darah beku pada tempat luka
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan dari telinga.
- Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi
mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau
pecah tengkorak.
-Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah.
-Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Berdarah Varicose Vein


-Tenangkan mangsa agar tidak panik
-Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Hentikan pendarahan secara tekanan langsung
-Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian tersebut.
-Dapatkan rawatan perubatan segera
Pendarahan lebam
-Tenangkan mangsa
-Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan
bengkak
-Jangan mengurut tempat lebam
Luka bahagian perut
-Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera.
-Balut bahagian luka dengan kemas
-Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup usus tersebut dengan kain
yang dibasahkan.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera
Kecederaan dada (chest injury)
Tanda-tanda dan simpton
-Semasa penarikan nafas - kedengaran bunyi seperti sedutan (sucked sound).
-Semasa hembusan - darah keluar secara berbuih (blood stain buble)
-batuk berserta darah.
Rawatan
-Kenakan balutan yang kemas di tempat cedera.
-Letak pesakit dengan bahagian dada menyandar.
-Dapatkan bantuan perubatan segera.
Kecederaan dada (stove in chest) Tanda dan gejala
-Sukar bernafas
-Bibir kebiruan
-Sakit di bahagian dada.
Rawatan
-Longgarkan pakaian pesakit
-Letak pesakit dalam keadaan bersandar
-Bahagian yang cedera hendaklah di immobilize.
-Balut bahagian anggota atas ke bahagian dada (strapping the arm to the chest)
Kecederaan Letupan (Blast Injury)
Tanda dan simptom
-Sakit pada bahagian dada.

-Gelisah.
-Bibir pucat dan kebiruan.
-Batuk beserta darah.
-Sukar bernafas.
-Bengkak bahagian dada (tenderness).
Rawatan
-Rehatkan mangsa
-Longgarkan pakaian
-Baringkan dan tinggikan bahagian kepala dan dada mangsa.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Crush Injury
Kebiasaannya disebabkan oleh jentera atau mesin yang mencederakan otot, kulit atau
tulang.
Rawatan
-Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala.
-Balut dan tahan pendarahan bahagian yang cedera.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding)
Tanda dan gejala
-Muka mangsa pucat
-Mangsa lemah dan tiada upaya.
-Gelisah
-Badan sejuk
-Pening kepala dan muntah
-Pernafasan cepat dan lemah
-Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah.
Rawatan
-Tenangkan mangsa.
-Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki.
-Longgarkan pakaian yang ketat.
-Jangan beri sebarang makanan dan minuman.
-Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
-Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa.
-Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

RENJATAN
Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke
bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah
dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari
kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan
kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain
Sebab-sebab renjatan
a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan
dalaman.
b) Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur.
c) Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntahmuntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit.
d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar
dengan banyak.
e) Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan
sebagainya.
f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan
beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain.

Jenis-jenis renjatan.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam
badan.
b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti
dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan.
c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair
dalam badan.
Tanda-tanda dan gejala renjatan.
a) Mangsa berada di dalam gelisah.
b) Kulit badan menjadi pucat.
c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah.
d) Perpeluhan dengan banyak.
e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah.
f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga.
g) Badan menjadi sejuk dan basah.
h) Pandangan menjadi kabur.
i) Mengadu dahaga
j) Mangsa tidak sedar diri.

Rawatan am renjatan
a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara.
b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian
kepala.
c) Tenangkan mangsa.
d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan
gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan.
g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan.
h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan
ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga.
i) Dapatkan rawatan perubatan.

Anda mungkin juga menyukai