Anda di halaman 1dari 22

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.

44100)

PENDAHULUAN
F

AIL MEJA ini disusun sebagai usaha melengkapkan panduan terperinci dan kefahaman kepada seseorang pegawai akan peranan dan tanggungjawabnya terhadap pelaksanaan urusan harian di dalam sesebuah institusi.
Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus diletakkan di meja pegawai.Dengan bersandarkan kepada Fail Meja, setiap pegawai akan dapat mengetahui iklim di sekolahnya.Ia juga akan memfokuskan tentang hala tuju prestasi akademik agar setiap pendidik sentiasa prihatin dan sensitif dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.Justeru, peningkatan dari semasa ke semasa akan dapat dikecapi.

Dengan adanya fail meja, setiap pegawai dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan di setiap peringkat tugas yang boleh membawa wujudnya perkhidmatan yang lebih cemerlang. Sememangnya bagi pegawai yang masih baru memang agak sukar untuk memahami bidang tugas yang diberi tetapi dengan wujudnya FAIL MEJA ini seseorang pegawai dapat merujuk segala yang dipaparkan seperti peranan, tugas, iklim sekolah, misi, visi dan sebagainya.
Sehubungan itu, Fail Meja ini dapat juga menyerlahkan tentang sejarah dan segala apa yang berkaitan dengan sekolah.Oleh yang demikian saya percaya dan yakin, dengan adanya Fail Meja yang dikemaskini, sebagai seorang pegawai secara tidak langsung ia dapat memanfaatkan tugasan yang diamanahkan untuk meningkatkan produktiviti bagi melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan bermoral serta berbudaya cemerlang.Di samping itu, akan terus mewujudkan suasana tempat kerja yang aman, kondusif dan mengekalkan semangat berpasukan pada setiap masa.

Semoga FAIL MEJA ini dapat memberi panduan dan sebagai rujukan utama bagi seseorang pegawai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab institusi. Sekian, terima kasih

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

ARAH HALUAN SEKOLAH A. 1. PENGENALAN: Setiap organisasi mempunyai matlamatnya sendiri selaras dengan kehendak serta tujuan organisasi itu. Matlamat bukan saja memberi justifikasi kepada penubuhan sesebuah organisasi bahkan ianya perlu untuk memberi arah haluan kepada semua anggota yang berkhidmat di dalamnya. Salah satu sebab sesebuah pertubuhan gagal atau kurang pengetahuan kesemua lapisan anggotanya. Dalam sesebuah institusi seperti sekolah, guru-guru perlu disedarkan tentang tujuan dan matlamat sekolah itu supaya seluruh tenaga dan kepakaran mereka dapat disalurkan ke arah matlamat itu. Dengan perkataan lain mereka tidak boleh dibiarkan untuk berfungsi tanpa memahami dengan jelas dan tepat tentang arah mereka sebagai pendidik. Justeru itu, untuk mengelakkan pembaziran sumber, pentingnya kewangan dan tenaga kepakaran, adalah wajib bagi Guru Besar sekolah memastikan, melalui saluran-saluran komunikasi yang ada padanya, bahawa staf profesional sekolah dan juga staf sokongan diumumkan dengan jelasnya tentang apakah yang diutamakan dan yang hendak dicapai oleh sekolah. Keperluan ini sebenarnya lebih mendesak pada zaman sekarang apabila sistem pendidikan di negara kita telah dan sedang mengalami perubahan-perubahan ketara khususnya dalam bidang kurikulum sekolah rendah. Pembaharuan pendidikan yang diperkenalkan ini adalah bertujuan untuk memantap dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan negara menghadapi cabaran-cabaran serta keperluan zaman sains dan teknologi moden. Guru Besar mempunyai kewajipan serta tanggungjawab yang mencabar untuk memimpin dan mengurus sekolahnya ke arah kejayaan matlamat kurikulum-kurikulum baru itu. Sebagai pemimpin sekolah, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat sekolah tentang tujuan sebenar pendidikan yang dibawa oleh pembaharuanpembaharuan ini dan memimpin mereka ke arah pencapaian matlamat itu.

2.

3.

4.

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

B.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1. Falsafah Pendidikan Negara.

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN SEIMBANG DAN HARMONIS DARIPADA SEGIINTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBER! SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA. 2. Sebelum munculnya Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di negara ini ditafsir dan difahami dari perspektif yang agak terhad. Perbincangan mengenai pengertian pendidikan sebagai satu usaha memfalsafah terlalu kurang mendapat perhatian daripada para pemikir dan intelek tanahair. Sebenarnya pendidikan sebelum ini dinilai dan dianggap para pemikir pada segi kemampuannya untuk menentukan kedudukan status sosio-ekonomi seseorang itu. Oleh kerana nilai kemajuan diri ini telah diberi keutamaan oleh masyarakat dan menyedari bahawa sekolah berfungsi untuk memenuhi kehendak masyarakat, maka kurikulum sekolah sebelum ini sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah, telah memberi keutamaan kepada objektif pemerolehan ilmu dan kemahiran untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan-peperiksaan awam. 3. Kini, dengan wujudnya falsafah negara yang telah memberi tafsiran serta pengertian yang lebih luas dan komprehensif terhadap pendidikan, maka ianya bukan sahaja telah dapat mengatasi kelemahan seperti yang tersebut di atas bahkan telah turut menjadi asas kepada sistem pendidikan di negara kita.

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

C.

MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

1. Matlamat pendidikan negara merupakan cita-cita mumi yang hendak dicapai melalui pendidikan formal. Matlamat pendidikan yang wujud sekarang berpunca daripada Falsafah Pendidikan. Berdasarkan falsafah mi, pendidikan di negara kita ialah untuk menghasilkan insan yang berkelakuan baik dan berilmu serta berkemahiran yang diharap akan menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat dan negara. Pada asasnya, insan tunggul yang hendak dibentuk ini ialah individu yang memiliki sahsiah yang seimbang dan mempunyai sifat-sifat peribadi mulia seperti berikul:a. percaya dan patuh kepada Tuhan; b. berkemampuan untuk berdikari dan berusaha secara berterusan; c. berilmu pengetahuan dan berfikiran rasional dan kreatif;

d. berakhlak mulia, yakni jujur, beramanah dan bertanggungjawab; e. berkeupayaan untuk menyumbangkan khidmatnya menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara; ke arah

f. setia kepada negara dan sedia berjuang untuk mempertahankan kedaulatan; dan g. mempunyai perasaan tanggungjawab untuk memelihara hubungan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat. 2. Ciri-ciri tersebut di atas mencerminkan nilai murini yang didokong oleh masyarakat dan oleh yang demikian diharap akan menjadi amalan hidup setiap anggota masyarakat setelah ia rnelaui proses pendidikan Ibrmalnya. Soalnya penerapan nilai-nilai ini tetah diberi penekanan di peringkat penggubalan kurikulum KBSR, kerana kesedaranpihak-pihak yang berkenaan tentang peri mustahaknya negara mempunyai rakyat yang memilik ketahanan diri dan mampu menghadapi cabaran-cabaran di masa akan datang. 3. Peranan penting pendidikan sebagai jentera untuk mencapai matlamat tersebut adalah nyata. Pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjaminkan jentera mi beroperasi dengan berkesan sudah lentulah pentadbir sekolah dan staf profesionalnya. Oleh itu, tercapai atau tidak matlamat pendidikan ini akan bergantung kepada pertama, sama ada pihak-pihak mi memahami matlamat trsebut dan kedua, sama ada mereka mampu melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan dan cekap.

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

D. 1.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Apa dia KBSR? KBSR adalah satu sistem pendidikan baru yang dilahirkan untuk menggantikan kurikulum yang lama sekolah rendah. Kurikulum ini bertujuan mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan yang ada ketika itu, di samping memenuhi beberapa keperluan baru yang dipercayai lebih berfaedah.

urikulum ini ditumpukan untuk pendidikan asas yang memben penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. la dikaji semula supaya berkemampuan memenuhi kehendak pendidikan itu sendiri, yang menekankan perkembangan individu secara menyeluruh, sesuai dengan keperluan, perkembangan minat dan berkat kemampuan mental serta kesediaan kanak-kanak itu. Konsep-konsep tentang KBSR ini dapat digambarkan dengan lebih jelas lagi melalui perakuan-perakuan berikut: " Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan kami telah merekabentuk satu kurikulum baru yang bertujuan memberi asas pendidikan yang kukuh terutama sekali dalam tiga kemahiran asas Membaca, Menulis dan Mengira (3M) diperingkat sekolah rendah. Y.B. Dato' Musa Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia, 8hb. Disember, 1980. 3. Falsafah KBSR.

ita-cita dan arah haluan KBSR dapat dilihat secara lebih jelas daripada intisari falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan negara. Citacita dan arah haluan KBSR itu, bertitik tolak daripada falsafah berikut: " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah metnperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, etnosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepad Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sera negara demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang taat setia, berdisiplin, dan bersatu padu selaras dengan prinsip-prinsip RUKUNEGARA ''.

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Falsafah Kurikulum Baru Sekolah Rendah, walau bagaimanapun telah dikhususkan seperti berikut :1. Murid-murid pada peringkat sekolah rendah haruslah dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan mereka melalui pengalaman secara langsung. Ini bermakna pengalaman-pengalaman itu haruslah sesuai dan relevan dengan matlamat pendidikan yang hendak dicapai dan disampaikan melalui aktiviti-aktiviti yang bermakna, memikat dan menarik. Aspek penting yang ditegaskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penglibatan dan penyertaan setiap murid secara aktif. Semua strategi pengajaran yang merangkumi perkaedahan, aktiviti, organisasi bilik darjah, penjadualan, bahan pengajaran dan latihan hendaklah berasaskan prinsip mudah ubah, sesuai dengan keadaan dan sifat murid serta matlamat yang hendak dituju. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, murid-murid harus mempelajari sesuatu bei'seiringan dengan keperluan, minat, bakat dan sifat-sifat semulajadi mereka. Ini bermakna, murid-murid itu harus diberi peluang melahirkan perasaan dan idea-idea mereka melalui perkataan, lukisan, muzik, tarian dan gerakan, lakonan dan sebagainya yang memberangsangkan. Peluang yang secukupnya hendaklah disediakan dan diberi supaya bibit-bibit kreatif bertunas dan dapat tumbuh serta berkembang dengan subur. Proses penilaian disepadukan dengan aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Ini bermakna penilaian berlaku di sepanjang pengajaran guru dan tidak ditentukan masanya secara khusus untuk satu-satu pengajaran itu. Penilaian dalam bilik darjah difokuskan peranannya dalam membantu murid dan guru untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, ia juga boleh memberi maklumat tentang tahap pencapaian dankadar perkembangan kemajuan murid-murid berkenaan. Suasana persekolahan harus diwujudkan dalam bentuk yang dapat memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pengalaman mereka secara maksimum. Mereka harus dibiasakan dengan pengalamanpengalaman hidup yang mampu mengajar mereka menghadapi dan mengatasi masalah, berupaya bertukar-tukar pendapat dan pandangan, serta boleh membina persefahaman dan kerjasama sesama mereka. Suasana bilik darjah hams boleh menimbulkan kecenderungan dan menggalakkr.n murid-murid berfikir, bersoal jawab, dan mencetuskan buah fikiran secara berkesan. Corak pendidikan yang disediakan untuk murid-murid peringkat rendah haruslah dalam bentuk perkembangan yang menyeluruh dan bukannya tertumpu kepada satu-satu aspek tertenru sahaja. Setiap murid dijangkakan akan mengalami perkembangan yang selaras dan seimbang dalam bidang intelek (pengetahuan), rohani (nilai-nilai sejagat), dan jasmani (kesiahatan
6

2.

3.

4.

5.

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

mental dan fizikal).

3.

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah.

Matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran asas secara berkesan di samping berlakunya perkembangan secara menyeluruh di kalangan mereka. Perkembangan ini melibatkan aspek-aspek penting seperti intelek (pengetahuan), rohani (nilai-nilai sejagat), jasmani (fizikal dan mental), emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Kurikulum ini dirancangkan untuk memberi setiap orang murid peluang yang sama dan serupa bagi menguasai kemhiran dan pengetahuan, nilai dan sikap serta amalan-amalan baik yang diperlukan. Peluang-peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka memperkembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dan kreativiti mereka dalam bidang-bidang tertentu. Secara terperinci, matlamat pendidikan sekolah rendah adalah seperti berikut: 1. Untuk membolehkan murid-murid menguasai bahasa Malaysia dengan memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa, iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis dalam bahasa pengantar yang digunakan di sekolahsekolah rindah. Untuk membolehkan murid-murid menguasai asas mengira yang

2.

3. kukuh. 4.

Untuk membolehkan murid-murid berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris selaras dengan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa kedua negara.

5. Untuk membolehkan sikap dan perilaku dibina dan dibentuk dengan baik, berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima dan dihargai. Nilai-nilai baik ini yang berlandaskan RUKUNEGARA, diharap dapat dijadikan asas bagi amalan-amalan hidup. 6. 7. Untuk membolehkan murid-murid memiliki pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. Untuk membolehkan murid-murid bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dan mempunyai semangat bekerjasama dan toleransi yang baik.
7

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

8.

Untuk membolehkan murid-murid mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan din untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahirankemahiran asas yang telah dikuasai.

9.

Untuk membolehkan rnurid-murid memahami, meminati, menikamati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran belajar berlandaskan kemahiran asas.

10.

E.

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) & KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

LATAR BELAKANG Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua PIPP 2006-2010 Penambahbaikan Kurikulum Sekolah Rendah 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah 1993 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 KBSR (Semakan) 2010/2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Konsep Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR - pendekatan bersepadu - perkembangan individu secara menyeluruh - peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid - pendidikan seumur hidup Transformasi Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluankeperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.
8

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Perubahan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari aspek: Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum Bahan kurikulum Pentaksiran Peruntukan masa Struktur persekolahan

Bentuk Kurikulum KSPK & KSSR


Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

10

Komunikasi

Literasi Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan seimbang Kemanusiaan


Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Kurikulum Kurikulum Standard Standard Prasekolah Prasekolah Kebangsaan Kebangsaan & & Kurikulum Standard Kebangsaan & Kurikulum Standard Prasekolah Prasekolah Kebangsaan & Kurikulum Standard Rendah Kurikulum Standard Sekolah Sekolah Rendah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kurikulum Sekolah Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah Rendah

Kurikulum Berasaskan Standard KSPK dan KSSR digubal dalam bentuk standard kandungan dan standard pembelajaran . Standard Kandungan Standard Pembelajaran

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Justifikasi Penggunaan Standard Akauntabiliti guru Memastikan SEMUA murid melepasi piawai standard yang ditetapkan Mengatasi masalah murid keciciran Skema dan piawai pengukuran Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

Tahap & jangkamasa persekolahan


KBSR sedia ada
11 + 10 + 9+ 6 5 4

14

Kurikulum t ransform asi


11 + 6 5 4 3 2
15

Tahap Tahap II II

10 + 9+ 8+ 7+

Tahap Tahap II II

3 8+ Tahap Persekolahan 7+ 6+ 5+ 4+ 2 1

Tahap I I

Prasekolah Prasekolah

pengukuhan pengukuhan dan dan aplikasi aplikasi 4M, 4M, p a n kemahiran kemahiran asas asas ICT, ICT, perkembangan perkembangan h ha aa 5+ sosioemosi, kerohanian, sosioemosi, kerohanian, fizikal, fizikal, sikap sikap T ol P P dan dan nilai nilai k e Prasekolah Prasekolah Prasekolah Prasekolah 4+ rs e P Tahap Tahap l l Sekolah Sekolah Rendah Rendah (Tahun (Tahun 1 1 3) 3) penguasaan ahiran asas penguasaan 4M 4M dan dan kem kemahiran asas ICT ICT , , perkembangan perkem bangan sosioemosi, sosioem osi, kerohanian, kerohanian, fizikal, fizikal, Kurikulum Kurikulum Standard Standard Prasekolah Prasekolah Kebangsaan Kebangsaan & & kognitif, kognitif, sikap, sikap, dan dan nilai nilai Kurikulum Kurikulum Standard Standard Prasekolah Prasekolah Kebangsaan Kebangsaan & &

Tahap Rendah Tahap ll ll Sekolah Sekolah Rendah Tahap I Tahap I (Tahun 4 6) (Tahun 4 6) 6+ 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kurikulum Sekolah Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah Rendah

Kurikulum Kurikulum Standard Standard Sekolah Sekolah Rendah Rendah

perkembangan perkembangan sosioemosi, sosioemosi, kerohanian, kerohanian, fizikal, fizikal, kognitif, kognitif, sahsiah, sahsiah, persediaan persediaan ke ke sekolah sekolah rendah rendah serta serta pendedahan pendedahan kemahiran kemahiran 4M 4M

10

Kurikulum Kurikulum Standard Standard Prasekolah Prasekolah Kebangsaan Kebangsaan & & Kurikulum Standard Kebangsaan & Kurikulum Standard Prasekolah Prasekolah Kebangsaan & Kurikulum Standard Rendah Kurikulum Standard Sekolah Sekolah Rendah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kurikulum Sekolah Kurikulum Standard Standard Sekolah Rendah Rendah

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 1. Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. hands-on learning pembelajaran melalui bermain inkuiri penemuan pembelajaran berasaskan projek pembelajaran luar bilik darjah pembelajaran secara kontekstual pembelajaran secara konstruktivisme pembelajaran masteri

2. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid 3. .Mengambilkira kepelbagaian kecerdasan murid Pentaksiran Pentaksiran formatif berasaskan sekolah : Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik

Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan

F.WAWASAN 2O2O 1. Konsep.

11

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah satu wawasan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam mesyuarat pertama Majlis -Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Konsep Malaysia sebagai sebuah negara maju, menurut YAB Perdana Menteri bukan semata-mata diasaskan kepada pendapatan per kapita yang sama dengan negara-negara yang ditakrifkan sebagai maju, malah pengertiannya lebih kepada mencapai kemajuan sepenuhnya dan segi perpaduan negara dan kesepaduan sosia, kestabilan politik dan keharmonian, kepunyaan rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri. Secara ringkas, cita-cita wawasan 2020 ini ialah untuk menjadikan kehidupan rakyat Malaysia lebih bahagia dan makmur, mempertahankan maruah bangsa dan menghindarkan diri daripada ditindas oleh bangsa-bangsa lain. 2. Cabaran-cabaran Kepada Wawasan 2020.

Cita-cita wawasan 2020 hanya akan tercapai sekiranya cabaran-cabaran berikut dapat di atasi: membina sebuah negara Malaysia yang bersatu-padu dan berperasaan senasib terhadap masa depan; melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi, kukuh dan maju, yakin terhadap diri sendiri, bangga akan segala yang dapat dicapainya, mampu menghadapi apa jua ancaman dan dihormati semua bangsa lain;

memupuk dan mengembangkan masyarakat demokratik yang matang yang akan menjadi model atau contoh kepada negaranegara membangun yang lain; mewujudkan sebuah masyarakat yang benar-benar bermoral dan beretika, di mana rakyatnya berpegang teguh kepada nilainilai rohaniah; melahirkan sebuah masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi, di mana semua rakyatnya bebas untuk mempercayai dan mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing dan juga agamanya;

melahirkan masyarakat yang maju dan saintifik, yakni sebuah masyarakat inovatif dan bersikap pandang ke hadapan; melahirkan masyarakat dan budaya yang menyayangi di mana kepentingan diri tidak diutamakan; masyarakat yang adil dari segi

menjaminkan sebuah ekonominya; dan

melahirkan masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mempunyai daya bersaing, dinamik, kukuh dan mempunyai daya
12

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

ketahanan. 3. Kebanyakan cabaran yang disenaraikan di atas boleh diatasi melalui proses pendidikan. Justeru itu, peranan yang oleh dimatikan oleh semua pendidik bagi menyokong dan membantu mencapai cita-cita WAWASAN 2020 adalah:(i) . bertindak secara wajar dan inovatif untuk menentukan pendidikan yang diberikan dilaksanakan.

(ii) mengasuh dan memupuk sifat-sifat serta nilai-nilai yang menjadi teras kepada kejayaan cita-cita tersebut diterapkan dikalangan pelajar sekolah.

G. 1.

MATLAMAT JABATAN PELAJARAN SARAWAK Dasar Umum Jabatan

D
2.

asar Umum Jabatan Pendidikan Sarawak ialah merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara supaya menjadi satu kejayaan tanpa mengira kos, kuanttiti sumber yang digunakan mahupun pandangan umum masyarakat isekeliling. Walatpun Jabatan Pendidikan Sarawak menerima juga pandangan umum, tetapi demi mencapai kecemerlangan pendidikan di negeri ini, dasar kerajaan tetap dijalankan sebaik-baiknya. Di semua penngkat pentadbirannya digalakkan dan kemudian dipastikan pencapaian kecemerlangan dan ini termasuklah menjamin pendidikan yang sama rata diberikan kepada semua kanak-kanak yang sudah cukup umur untuk mendapat pendidikan percuma. Tujuan Dan Matlamat Jabatan Pendidikan Sarawak

Untuk memperkemaskan lagi peranan serta fungsi Jabatan, lima matlamat berikut diberi keutamaan. Ini sejajar dengan semangat dan Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan. Di antara lain, Jabatan Pendidikan Sarawak berusaha unruk mempertingkatkan mutu:(a) (b) (c) (d) (e) Perkhidmatan Pendidikan; Profesionalisme semua kakitangan di semua peringkat; Alam dan budaya kerja; Pengurusan organisasi peringkat; dan dan institusi pendidikan di semua

Sahsiah dan prestasi akademik pelajar.


13

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

3.

Objektif Jabatan Pendidikan Sarawak

Berdasarkan matlamat tersebut, pelan ini mengenalpasti beberapa objektif berikut: Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan Pendidikan (a) (b) Mempertingkatkan mutu pengendalian urusan perkhidmatan, perjawatan dan kebajikan kakitangan; Mempertingkatkan mutu perkhidmatan sokongan dari segi khidmat nasihat profesional, pengurusan kewangan dan pembekalan bahan-bahan latihan pengajaran dan pembelajaran; Memperluaskan dan memantapkan mutu rangkaian hubungan di antara personel, agensi, dan masyarakat; Menyediakan prasarana yang mencukupi, berkualiti tinggi, canggih dan bernilai estetika yang dapat dimanafaatkan sebaikbaiknya bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran; Memastikan bekalan guru yang bermutu dan mencukupi serta penggunaan serta pengagihan yang berkesan; Menyediakan peluang yang mencukupi dan berkualiti serta menyediakan pelbagai perkhidmatan kebajikan kemasyarakatan.

(c) (d)

(e) (f)

Mempertingkatkan Mutu Profesionalisme (a) (b) (c) (d) (e) Mempertingkatkan kemahiran, kecekapan dan kepakaran sumber manusia dalam pelbagai disiplin ilmu; Mempertingkatkan ketrampilan dankeupayaan mempraktikkan ilmu dan kemahiran secara berkesan dan penuh iltizam; Mempertingkat dan memantapkan imej Jabatan Pendidikan sebagai sebuah institusi profesional yang berwibawa; Memperkembangkan daya kreatif dan daya inovatif di kalangan kakitangan; dan Mempertingkatkan kecekapan dan kemahiran berbahasa.

Mempertingkatkan Mutu Alam Dan Budaya (a) Mewujudkan dan memupuk iklim dan budaya kerja cemerlang di semua peringkat organisasi;

14

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

(b) (c) (d) (e)

Membina dan memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan persefahaman di kalangan semua kakitangan; Mewujudkan kecintaan terhadap keindahan, kebersihan, keceriaan dan keharmonian tempat kerja dan alam sekitar; Menyuburkan semangat berdikari dan memupuk semangat berdaya maju; dan Mewujudkan amalan dan budaya menghargai serta mengiktiraf kecemerlangan.

Mempertingkatkan Mutu Pengurusan Pendidikan. (a) (b) canggih; (c) (d) (e) Mempertingkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran organisasi dan institusi pendidikan; Mengemaskini sistem pengurusan maklumat melalui teknologi Memantapkan sistem pengesanan dan penyeliaan pelaksanaan pelbagai program pendidikan Mempertingkatkan mutu pengurusan sumber manusia; dan Memperkemaskan pengurusan kewangan dan akaun.

Mempertingkatkan Mutu Sahsiah Dan Prestasi Akademik (a) (b) (c) (d) (e) Mempertingkatkan mutu akademik dan non-akademik secara seimbang; Memupuk budaya cinta akan ilmu, budaya berfikir, budaya membaca, budaya kerja danberdaya maju; Menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang terpuji; Memperluas, mempelbagaikan dan kokurikulum dan kemasyarakatan; dan mempergiatkan aktiviti

Mengadakan program integrasi kaum dan wilayah.

H.

MISI DAN VISI (WAWASAN) SEKOLAH

1. Sekolah adalah institusi pendidikan bertujuan untuk membentuk warganegara yang berilmu, berguna, berdisiplin, bermoral tinggi dan bersatupadu. Kementerian Pendidikan memperuntukan banyak input dari segi sumber tenaga pengajar, kemudahan fizikal, teknologi dan kewangan untuk membolehkan sekolah memainkan peranannya. Sekolah pula tidak wujud dalam satu vakum; sekolah menerima input, pengaruh dan tekanan daripada masyarakat setempat daripada segi sosial, politik dankaum. Walaupun pihak sekolah kurang mempuyai kuasa untuk mengubah sifat dan ciri penting alam persekitarannya, ia masih perlu
15

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

memberi respon kepada pengaruh umum persekitaran semasa mengambil langkah untuk menyediakan strategi perancangan sekolah. Visi (Wawasan) sekolah ialah gambaran tentan g masa dspannya dalam jangka tertentu, umpamanya tiga tahun, lima tahun atau 10 tahun. Wawasan ini penting dalam menggubal polisi dan perancangan tentang saiz sekolah, kualiti program kurikulum dan kokurikulum, perkembangan kemudahan fizikal, teknologi dan budaya kurikulum dan kokurikulum, perkembangan kemudahan fizikal, teknoligi dan budaya sekolah, mengambilkira arah tujuan pengurusan, matlamat pendidikan negara, perkembangan sosio-ekonomi, politik, alam sekeliling dan negara. 2. Untuk merealisasikan sekolah sebagai sekolah yang paling terkemuka di negeri ini, matlamat dan objektif sekolah perlulah difahami dan dimaklumi serta mendapat sokongan dan dokongan para kakitangan sekolah, khususnya kakitangan pendidik.

Dasar Polisi & Falsafah Pendidikan

Kementarian Pendidikan

Matlamat Sekolah

Sekolah

Objektif Jawatankuasa/unit/Jabatan/Panitia Objektif Pengajaran Pembelajaran

Objektif Jawatankuasa/unit/Jabatan/Panitia

Staf Sekolah

Jadual 1 : Hierarki Penentuan Objektif Jadual 1 menunjukkan suatu hierarki di dalam menentukan matlamat dan objektif untuk organisasi sekolah. Matlamat pendidikan negara telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara serta berfungsi di bawah Akta Pendidikan. Walaubagaimanapun, sesebuah sekolah masih perlu menentukan matlamat
16

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

sendiri, kerana setiap buah sekolah berfungsi di dalam alam persekitaran yang berbeza dengan yang lain daripada segi kepimpinan, iklim, pelajar, staf, kemudahan dan keadaaan-keadaan lain. Pihak sekolah perlu menentukan matlamatnya dengan jelas serta didasarkan kepada matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat sekolah perlu juga mencerminkan misi dan wawasan sekolah. Untuk mencapai matlamat itu secara keseluruhan, semua staf perlulah memahami peranan masing-masing serta berusaha menentukan objektif-objektif sendiri untuk menyokong matlamat itu.

MATLAMAT SEKOLAH Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Tunoh adalah suatu usaha berteraskan cogan kata "Bersatu , Berusaha , Maju" bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempuma untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan masyarakat, bangsa dan negara. Untuk memudahkan setiap kakitangan memahami dan menghayati matlamat sekolah, eloklah matlamat tersebut dipecahkan ke beberapa sub-bidang tertentu, antaranya:(a) Kurikulum (b) Ko-Kurikulum (c) Iklim Dan Budaya Sekolah (d) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (e) Pekembangan Staf (a) (b) Matlamat Kurikulum Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pelajaran dengan kemudahan yang teratur dan sempurna. Untuk memperbanyakkan pelajar mendapat pendidikan dalam bidang profesional mengikut keperluan negara.

Matlamat Ko-Kurikulum Untuk memberi kesempatan kepada pelajar memperoleh pengetahuan tentang fungsi dan peranan organisasi yang dianggotai.
17

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Untuk menggalakkan pembentukan sifat tanggungjawab dan perasaan bangga atas kejayaan. Memberi peluang untuk meluaskan pandangan melalui pertukaran pengalaman dalam kumpulan dan di antara kumpulan dalam konteks masyarakat sekolah lebih terbuka dari segi kaum, agama, umur dan latarbelakang sosio-ekonomi. Mewujudkan sebanyak mungkin peluang supaya setiap pelajar berpeluang menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang tugas dan kegiatan.

(ii) Matlamat Khas Ko-Kurikulum Untuk memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan. Setiap penyertaan yang disertai hendaklah mencapai tahap yang cemerlang.

(c) capai.

Iklim Dan Budaya Sekolah Matlamat:Untuk mengusahakan segala kemudahan pembelajaran dan mewujudkan iklim persekolahan yang baik supaya matlamat kecemerlangan dapat di Untuk mewujudkan sekolah penyayang. Adalah diharapkan iklim dan budaya yang diwujudkan dapat memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang naik serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta bertanggungjawab terhadapo agama, bangsa, negara dan juga diri sendiri. Untuk mencapai iklim dan budaya yang diharapakan dua aspek utama diperlukan: [a] Suasana persekitaran fizikal yang meliputi; (i) (ii) (iii) (iv) Keceriaan dan keindahan Kekemasan dan kebersihan Keselamatan Penyelenggaraan

[b] Suasana perhubungan sosial yang meliputi; (i) Peraturan sekolah diamali dan dihayati
18

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

(ii) (iii) (iv) (v) (d)

Berkelakuan baik dan bersopan-santun Perhubungan mesra dan harmonis Suasana pembelajaran yang memberangsangkan Budaya kerja yang harmonis

Perkembangan Staf Matlamat: (i) Untuk mewujudkan perkhidmatan cemerlang. (ii) Untuk mewujudkan perkhidmatan penyayang.

[a] [b] [c] [d] [e] [f]

Kebajikan staf yang perlu diberi perhatian: tempat bekerja yang selesa bilik rehat yang selesa kemudahan rekreasi kemudahan membuat rujukan kemudahan alat tulis-menulis dan alatan cetak-mencetak memberi peluang untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik melalui kursus dan peluang melanjutkan pelajaran [g] dipertimbangkan untuk hadiah-hadiah kecemerlangan [h] diperakukan untuk pencalonan kumiaan dan anugerah kehormat [i] memberi perhatian kepada staf menyelesaikan masalah peribadi [j] bersimpati dan memberi pertolongan dalam berbagai bentuk semasa staf mendapat kesusahan, kematian, kemalangan, sakit dan lain-lain [k] memudahkan proses staf mendapatkan cuti sambilan dan cuti tanpa rekod [l] menganjurkan Hari Keluarga untuk mengeratkan hubungan silaturahim [m] mengenali staf dan keluarganya secara peribadi [n] menubuhkan tabung kebajikan staf

(e)

Untuk Merealisasikan Maklumat Sekolah Setiap kakitangan khasnya kalangan pendidik hendaklah: [a] [b] [c] [d] [e] [f] Menghayati sepenuhnya falsafah Pendidikan Negara dan arif tentang konsep KBSR Menghayati segala cabaran Wawasan 2020 Memahami dan menghayati misi dan wawasan sekolah Memberi tumpuan sepenuhnya untuk merealisasikan matlamat sekolah dan matlamat bidang di atas harus berwibawa dan mempunyai "sense of total commitment" dan bersifat positif terhadap tugas dan tanggungjawab bermotivasi dn sentiasa memperkemaskinikan pengetahuan (melalui latihan dalaman dan bacaan)
19

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

[g]

mengambil berat tentang hal-ehwal pelajar dan bersedia memberi khidmat nasihat

[h] mendidik dengan bertanggungjawab dan memberi peluang sepenuhnya kepada para pelajar untuk mencapai perkembangan yang positif dalam semua aspek [i] harus memiliki pengetahuan yang cukup mengenai konsep, teori serta teknik pengurusan pelbagai bidang yang dipertanggungjawab ke atas mereka perlu mahir dan cekap dalam melaksana, menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran

[j]

[k]

perlu berusaha mempertingkatkan kebolehan/kemahiran untuk mendorong dan memberi kepimpinan yang baik ke atas para pelajarnya [l] Sentiasa mengamalkan budaya: (i) (ii) (iii) (iv) [m] [n] [o] semangat bersaing untuk menghasilkan kerja bermutu menanamkan sikap menghargai masa dan tidak mensia-siakan menyokong usaha sekolah untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai kegiatan dan pertandingan yang disertainya menghargai dan memelihara segala kemudahan yang disediakan oleh sekolah untuk kepentingan pendidikan

menjadi simbol yang baik kepada pelajar perlu memiliki daya pemikiran yang kreatif, inovatif dan imaginatif harus mengutamakan tindakan penilaian bagi mengesan segala kelemahan dan masalah yang boleh menjejaskan usaha pendidikan sekolah sentiasa mendorong dan membimbing tenaga pelajar ke arah mencapai matlamat sekolah

[p]

[q] berkebolehan untuk melantik pelajar-pelajar yang sesuai dan berpotensi bagi mengisi jawatan- awatan bertanggungjawab di sekolah [r] hendaklah berusaha untuk menjadi mahir dan berkebolehan dalam pelbagai bidang sejajar dengan zaman teknologi canggih yang kian berkembang maju

A.

MAJLIS SEKOLAH

20

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

Peranan Dan Tanggungjawab. Bidang Tugas Majlis Sekolah 1. Takrif Majlis Sekolah ialah Badan Bertindak Tertinggi di sekolah yang dianggotai oleh wakil-wakil komponen/bidang sekolah bagi tujuan memastikan pelaksanaan program dan aktiviti sekolah supaya sekolah mencapai matlamatnya dengan sempurna selaras dengan dasar dan matlamat Pendidikan Negara. 2. Tujuan Majlis Majlis bertanggungjawab untuk memastikan semua tujuan majlis seperti berikut dicapai: Menginterprestasi dan pelaksanaan di sekolah. menyesuaikan dasar bagi panduan

Merancang, melaksana dan menilai program dan aktivti tersebut. Mengenalpasti matlamat-matlamat program sekolah dan menggubal peraturan serta garis panduan bagi menjamin kualiti pendidikan di sekolah. Menentukan kesempurnaan perjalanan dan memastikan penyelarasan kegiatan bidang-bidang yang ada di sekolah (Pentadbiran Am, Kurikulum, Ko-Kurikulum, Hal Ehwal Pelajar, Asrama, Khidmat Komuniti). Memastikan maklumbalas prestasi sekolah sampai kepada pihakpihak yang berkenaan.

3.

Bidang Tugas Dan Kuasa Majlis Majlis bertanggungjawab untuk memastikan semua tujuan yang dinyatakan di perenggan 1 dan 2 tercapai. Majlis menjalankan tugasnya berasaskan kepada perunrukanperuntukan, undang-undang dan peraturan pelajaran serta Arahan Perbendaharaan, Perintah Am dan surat-surat Pekeliling Am/khusus yang berkaitan. Boleh bertindak berasaskan peraturan-peraturan yang diluluskan oleh Majlis tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperturunkan. Majlis boleh bertindak selagi ia adalah di isi panduan tersebut.

21

MOHD TARMIZI BIN MAT LIN (S.44100)

WARGA SK NANGA BALANG

22

Anda mungkin juga menyukai