Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU PROGRAM CERAMAH GURU INOVATIF

Disediakan oleh: Syahida Amira Binti Azmi 910521-06-5452

Alhamdulillah, setinggi tinggi syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, program Bina Insan Guru telah pun kami laksanakan dengan jayanya. Pada 4 Oktober 2013 yang lepas, saya telah menghadiri satu

program ceramah Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Dewan Tun Fatimah IPG Kampus Perempuan Melayu. Program ceramah ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 6 yang melibatkan enam unit kesemuanya. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada guru pelatih mengenai bagaimana untuk menjadi guru yang inovatif. Ceramah mengenai Guru Inovatif ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul khalid bin Osman. Tajuk ceramah Bina insan guru pada kali ini adalah guru inovatif. Tajuk ceramah ini sangat menarik perhatian saya dan selain itu juga, saya rasakan bahawa tajuk ini amat sesuai kerana ianya bertepatan dengan saya dan rakan rakan guru pelatih yang lain kerana kami merupakan bakal seorang pendidik. Oleh yang demikian ceramah ini amat bersesuaian dengan kami dan banyak ilmu serta input yang bermanfaat.

Kepentingan pengetahuan mengenai guru inovatif ini kepada guru pelatih adalah untuk mengetahui bagaimana untuk membina inovasi dalam sistem pendidikan. Ia juga menjadi panduan kepada guru dalam menjalankan tugas agar guru-guru tidak alpa dan leka terhadap tanggujawab sebagai pendidik. Pelbagai input positif yang diperolehi melalui ceramah ini, selain mendedahkan bakal guru seperti saya ini tentang bagaimana untuk menjadi guru yang kreatif ia juga memberi informasi tentang isu-isu semasa yang melibatkan inovasi dalam pendidikan.

Ceramah ini juga menerangkan perbezaan antara inovatif dan kreatif. Semua orang mampu menjadi seorang yang kreatif namun tidak semua orang mampu menjadi inovatif.Ceramah ini juga membantu guru pelatih membina pemikiran yang positif dan motivasi kendiri profesion perguruan. Motivasi untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dan dedikasi serta sentiasa berlandaskan hukum agama dan negara. Melalui ceramah ini juga, guru pelatih diberi kesedaran dalam menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat serta hidup untuk berbakti kepada negara dan masyarakat.

Ceramah yang diadakan pada petang hari sememangnya telah menyebabkan guru-guru pelatih berasa penat dan mengantuk. Namun begitu, dengan kebijaksanaan penceramah, ceramah pada petang tersebut menjadi sangat menarik dan ianya menjadi sungguh interaktif kerana penceramah dapat mewujukan komunikasi dua hala. Penceramah telah menunjukkan beberapa video yang menarik yang amat berkait dengan kehidupan seseorang guru. Beberapa orang guru pelatih diminta untuk memberi pandangan berkaitan dengan video yang telah ditunjukkan. Pandangan yang diberi oleh rakan-rakan guru pelatih amat bernas dan sangat kreatif.

Ceramah yang berlangsung selama 3 jam tersebut telah menjadi sebuah ceramah yang sangat menarik dan amat santai namun bermakna. Sepanjang ceramah ini berlangsung, saya mendapati bahawa terdapat

beberapa kekurangan serta kelebihan dalam program ceramah ini. Kekuatan yang dapat dilihat ialah semasa program ceramah ini berlangsung, guru-guru pelatih dapat menghadirkan diri awal ke dewan. Ini adalah satu sikap positif yang harus diteruskan agar dapat mendidik diri untuk menjadi bakal guru yang berdisiplin dan menepati masa.

Sedikit kekurangan yang dapat dilihat semasa program ceramah ini diadakan ialah terdapat sedikit gangguan daripada pihak pengurusan dewan. Hal ini kerana mereka melakukan kerja mengemas dan menyusun atur dewan bagi kegunaan program lain. Walaupun mereka perlu melakukan tugas tersebut, namun masa yang mereka lakukan tugas tersebut kerana ianya dilihat sebagai tidak menghormati majlis ilmu yang sedang berlangsung. Tambahan lagi. Ianya telah mencuri perhatian guru-guru pelatih daripada focus terhadap ceramah yang sedang berlangsung di dalam dewan tersebut.

Secara keseluruhannya, program ceramah ini amat member manfaat dan sangat sesuai untuk diaplikasikan setiap ilmu yang telah dikongsi oleh penceramah sepanjang berlangsungnya ceramah ini. Diharapkan semua guru pelatih telah mendapat suatu ilmu yang amat berguna ini.

Anda mungkin juga menyukai