Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI NAMA: SYAHIDA AMIRA BINTI AZMI Pada 28 januari 2013 yang lalu, saya bersama sama 34 orang

g guru pelatih yang terdiri daripada dua kelas iaitu PISMP Matematik dan PISMP Sains Januari 2011 telah membuat lawatan ilmiah ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Lawatan kami diiringi oleh tiga orang pensyarah penasihat iaitu Encik khairul bin Ismail, Encik Zulkefli dan Puan Noor Izrain binti Kamsiran dari jabatan Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3112). Kandungan wajib yang dilakukan oleh guru pelatih ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani di badan badan sukan. Sebelum membuat lawatan, perlantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Semua guru pelatih menerima tugasan masing masing seperti AJK perhubungan luar, makanan, protokol dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua guru pelatih telah bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke UPSI dan BAM pada 28 hingga 29 Januari 2013. Kami memilih dua destinasi ini kerana kami telah maklum bahawa kedua dua tempat ini sangat aktif dalam sukan. Sebagai contoh, UPSI turut melahirkan beberapa atlet yang cemerlang dan telah mengharumkan nama negara kita, begitu juga dengan BAM yang mana telah berjaya melahirkan atlet atlet badminton seperti Lee Chong Wei yang juga merupakan seorang pemain badminton nombor 1 dunia. Dengan kejayaan kejayaan ini, ia membuatkan kami lebih tertarik untuk datang sendiri dan melihat bagaimana pengurusan dan pentadbiran sukan dilaksanakan di kedua dua tempat ini. Hal ini juga supaya kami dapat menambah ilmu serta kemahiran kami sebagai seorang guru yang juga bakal berhadapan dengan tugas tugas pengurusan sukan dan semoga

dengan ilmu yang telah kami peroleh, kami dapat memanfaatkannya di sekolah nanti. Pada 28 Januari 2013, kami telah bertolak ke UPSI pada 7.30 pagi dan tiba disana pada jam 1.00 petang. Sejurus tiba disana, kami dibawa oleh wakil Jawatankuasa Pelajar disana ke kolej kediaman terlebih dahulu supaya kami dapat merehatkan diri dan menunaikan solat. Kami sangat berpuas hati dengan pengurusan di UPSI kerana menyediakan kemudahan penginapan yang baik sekali dan keadaan bilik yag disediakan juga adalah bersih dan cantik. Layanan yang diberikan juga amat memuaskan hati kerana mereka sangat ramah dan mesra. Begitu juga dengan pihak BAM yang juga memberi kami layanan yang baik. Selama mengikuti lawatan ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara pengalaman yang saya peroleh ialah semasa di UPSI, saya dan rakan guru pelatih lain telah diberi penerangan dan taklimat yang mendalam mengenai pengurusan dan pentadbiran sukan di UPSI. Apa yang membuatkan saya terkejut ialah peruntukan yang diberi bagi bidang sukan di sini sangat banyak. Namun begitu, saya berasa tidak hairan apabila mengetahui bahawa sebahagian daripada peruntukan tersebut juga adalah utnuk kebajikan atlet atlet di situ. Di UPSI juga kami telah mengadakan sesi taklimat bersama seorang wakil dari UPSI yang menguruskan pentadbiran sukan di situ. Sewaktu sesi taklimat ini juga, kami telah diberikan penerangan dan diberi peluang untuk bertanya pelbagai soalan tentang aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UPSI. Berbeza pula di BAM, kami berpeluang melihat sendiri para atlet bertungkus lumus berlatih walaupun kami terlepas peluang melihat pemain badminton nombor 1 dunia, Dato Lee Chong Wei berlatih kerana sebaik sahaja kami tiba di BAM, beliau baru sahaja selesai berlatih dan telah pun pulang. Di BAM juga, saya berasa sangat teruja kerana banyak input input yang berguna telah saya peroleh.

Tidak dilupakan juga ialah aspek kekuatan dan kelemahan yang amat penting di dalam sesuatu refleksi. Kekuatan yang dapat saya kenal pasti semasa lawatan ini ialah kami banyak bertanya soalan dan tekun serta fokus mendengar pengenalan ringkas yang diberikan oleh kedua dua wakil dari UPSI dan BAM dalam taklimat yang kami hadiri. Guru guru pelatih lain juga tidak sombong dan bersikap ramah dengan wakil wakil dari UPSI dan juga BAM. Ini menunjukkan imej yang baik sebagai guru pelatih apabila pergi ke tempat orang. Selain itu, alhamdulillah kerana aturcara program berlangsung seperti yang dirancang meskipun ada kalanya waktu aktiviti tidak begitu mengikut perancangan atas sebab sebab yang tidap dapat dielakkan. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dapat saya kesan sepanjang daripada lawatan ini. Sebelum lawatan, kami mengalami sedikit masalah perkaitan dengan urusan makanan kami disana kerana kami tidak mendapat peruntukan daripada pihak maktab. Hal ini sedikit mengganggu proses pengurusan kami memandangkan kami masih belum menerima elaun. Namun, kami masih berusaha untuk cari jalan penyelesaian dan cuba berunding dengan pihak di UPSI yang menguruskan makan dan minum kami disana. Di samping itu juga, kelemahan yang datang daripada pihak kami iaitu semasa diakhir majlis taklimat yang di sampaikan oleh Tuan Haji Ahmad, majlis penyampaian cendermata daripada pihak kami kurang berjalan dengan lancar. Kebetulan pula, saya sendiri yang telah mengendalikan majlis penyampaian cendermata itu sebagai pengacara majlis dan pada waktu itu, ia merupakan kali pertama saya menjadi pengacara majlis di dalam sebuah majlis yang agak formal, jadi saya akui kelemahan saya ketika itu. Namun begitu, saya akan menjadikan kelemahan dan pengalaman tersebut sebagai satu wadah yang mampu menjadikan diri saya lebih baik pada masa akan datang. Tidak lengkap jika dibiarkan sesuatu kelemahan tanpa sebarang penambahbaikkan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya perancangan

dilakukan dengan lebih awal supaya masalah seperti tidak mendapat peruntukkan tidak akan mengganggu proses perancangan lawatan ilmiah pada

masa akan datang. Pihak daripada guru pelatih sendiri seharusnya membuat persediaan daripada pelbagai segi seperti kewangan dan tarikh yang dirancang juga perlulah sesuai. Disamping itu juga, saya sendiri akan belajar bagaimana cara untuk mengendalikan sesuatu majlis agar kesilapan dan kelemahan yang saya lakukan sebelum ini dapat saya atasi dan tidak akan berulang. Akhir kata daripada saya, melalui program lawatan ilmiah ini, saya memperoleh pelbagai maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran sukan. Ini sedikit sebanyak akan membantu saya apabila bergelar seorang guru pada masa akan datang. Saya amat berharap agar program lawatan ilmiah seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk mempersiapkan diri sebagai seorang guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai