Anda di halaman 1dari 5

CERAMAH 1

Setelah mendengar dengan penuh teliti dan mendalam ceramah oleh Dr. Nasaruddin b. Basar yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri, maka dapat saya membuat satu rumusan secara keseluruhan.

Dalam ucapan beliau, Dr. Nasaruddin menyatakan yang Program SMP BPG OUM ini telah bermula sejak tahun 2002 lagi. Berdasarkan kepada penilaian impak yang diarahkan oleh KSU pada masa itu, didapati antara punca pelajar gagal dalam program ini ialah: * Pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran jarak jauh. -Walaupun tidak dapat menyesuaikan diri, namun mereka menyatakan bahawa program pembelajaran bersama OUM sebenarnya sangat berkesan kerana pihak OUM telah menyediakan segala keperluan yang diperlukan seperti modul dan juga pensyarah.

Berdasarkan kepada kajian impak inilah bermulanya episod kedua program pensiswazahan guru yang diteruskan dengan penambahbaikan.

Dalam ceramahnya, Dr. Nasaruddin mengupas empat aspek : a) Pembangunan profesionalisme - Apakah trend terkini dalam pembangunan profesionalisme perguruan

b) Pembangunan Profesionalisme Kendiri - Di manakah peranan kita dan apakah yang boleh kita buat dalam mewarnai profesional diri kita sebagai seorang guru.

c) Kebertanggungjawaban Guru - Tanpa kita sedari dengan minat dan keupayaan yang kita ada kita berjaya membangunkan diri kita.

d) Laluan kerjaya

Melalui anjakan ke-4 PPPM 2013-2015 iaitu mentransformasikan keguruan menjadi profesion pilihan. Guru adalah suatu profesion yang mulia namun negara masih ingin mentransformasikan lagi profesion ini demi meningkatkan kualiti. Kompetensi seseorang guru itu perlu dipertingkatkan agar dapat menghasilkan kemenjadian pelajar.

Menurut Profesor Lee dari Singapura, keperluan majikan hari ini bergantung kepada tiga faktor:-

1. Mereka yang boleh berkomunikasi dengan berkesan - memberikan keyakinan kepada pelanggan - kita akan menang dalam rundingan - menguasai 2 hingga 3 bahasa

2. Pelajar boleh berkolaborasi dengan semua pihak - boleh bekerja dengan ramai pakar untuk menghasilkan satu hasil yang terbaik. - Contohnya Google sedang membangunkan alat komukikasi cermin mata yang boleh menghubungkan kita hanya dengan cermin mata yang terhasil daripada kolaborasi semua pihak.

3. Mahir dalam bidang yang diceburi - Kebanyakan majikan hanya memilih pekerja yang sederhana pencapaian kerana pekerja yang berkelulusan tinggi biasanya bersikap pentingkan diri sendiri, tidak boleh berkolaborasi serta tidak tahan tekanan.

Isu kualiti guru sentiasa menjadi persoalan dan perbincangan seolah-olah kualiti guru masih tidak mencapai tahap yang diinginkan sedangkan pencapaian kejayaan murid semakin meningkat. Kualiti ialah elemen yang dinamik yang sentiasa berubah dan bergerak ke hadapan dari satu standard ke satu standard. Guru perlu mengaplikasi seterusnya mensintesis pengetahuan baru kerana murid sekarang adalah Gen-Y yang boleh belajar tanpa guru. Seseorang guru akan relevan sekiranya guru itu mengatasi tahap pengetahuan murid.

Konsep Pembangunan Profesionalisme Dalam ucapannya, Dr. Nasaruddin menyatakan guru perlu berkembang dari segi pemikiran, arah tuju serta mindset. Guru perlulah proaktif berdasarkan inisiatif kendiri bagi menggerakkan pembangunan diri guru.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu:

1. Pengetahuan 2. Kemahiran berfikir 3. Kemahiran memimpin 4. Kemahiran dwibahasa 5. Etika dan kerohanian 6. Identiti nasional

Inilah yang dikehendaki oleh murid untuk mereka survive pada masa akan datang. Guru sepatutnya bersedia berdepan dengan kehendak ini dengan mempersiapkan diri dengan ilmu yang baharu. Guru lepasan ijazah sepatutnya menunjukkan kelainan berbanding guru yang tidak ada ijazah.

Kajian Mckenzie menunjukkan faktor guru merupakan faktor kritikal yang utama dalam membangunkan pendidikan. Sistem pendidikan tidak berubah jika guru sendiri tidak berubah. Kualiti sistem pendidikan tidak akan melebihi kualiti guru. 90% potensi yang ada dalam diri pelajar dapat dipertingkatkan dengan adanya guru yang berkualiti tinggi.

Seseorang guru itu lebih hebat daripada guru besar. Walaupun guru besar tiada di sekolah sekalipun, sekolah tetap berjalan seperti biasa dengan adanya guru yang mempunyai inisiatif kendiri yang menggerakkan diri melunaskan kebertanggungjawaban diri.

Kita perlu berganjak daripada inisiatif organisasi dalam Gelombang 1 kepada inisiatif kendiri dalam Gelombang 2 dan Gelombang 3. Guru perlu berganjak ke arah inisiatif kendiri tanpa perlu menunggu digerakkan. Kursus hanya memberi kesan sebanyak 10% sahaja berbanding dengan menyambung belajar ke peringkat ijazah.

Pembangunan profesionalisme seseorang guru bukan hanya setakat berkursus, seminar dan yang sama dengannya namun seseorang guru itu perlu melibatkan diri dalam program ilmiah seperti pembacaan buku, dialog prestasi ataupun kajian kajian tindakan yang mampu membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran.

Untuk membangunkan diri pada masa kini adalah mudah. Segala-galanya percuma yang merupakan ruang pembangunan profesionalisme yang sangat luas. Terpulang kepada kita sama ada mahu menerimanya ataupun tidak.

Semua guru tanpa mengira gred perlu ada kompetensi dari segi: 1. Pengajaran dan pembelajaran 2. Nilai profesionalisme 3. Aktiviti luar darjah 4. Sumbangan profesionalisme.

Kebertanggungjawaban kita adalah untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan dalam masa yang sama mendapat kemajuan dalam diri serta memastikan diri kita relevan dalam masa dan tempat yang sesuai.

Laluan bagi guru berprestasi tinggi Pada akhir tahun kita akan dinilai menggunakan instrumen bersepadu yang mana benar-benar akan menilai pengajaran dan pembelajaran atau tugas kita sebagai seorang guru. Guru akan dikelompokkan kepada tiga kelompok utama iaitu: 1. Guru berprestasi tinggi 2. Guru berprestasi biasa 3. Guru berprestasi rendah

Kesimpulan daripada apa yang dibentangkan adalah sebagai guru, kita hendaklah sentiasa mempertingkatkan kompetensi yang kita ada dan kualiti yang kita tingkatkan itu seiring dengan kehendak dunia pendidikan pada hari ini. Kompetensi ini perlulah sentiasa ditambahbaik. Seseorang guru perlu ada inisiatif kendiri tanpa perlu digerakkan oleh orang lain untuk kemajuan diri mereka kerana zaman kita diarah untuk buat sudah berlalu demi masa depan anak-anak murid kita. Semoga guru yang kita hasilkan pada hari ini dapat menjamin survival kita pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai