Anda di halaman 1dari 6

NAMA : NORFITRIAH MOKTI NO IC : 751005125556

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA




HBEF2803

TUGASAN:
RUMUSAN CERAMAH
T2A1


NAMA: NORFITRIAH MOKTI
NO. METRIK : 751005125556001
NO. IC : 751005125556
NO. TEL : 0199911434
norfitriahmokti@yahoo.com



OUM KUANTAN
SEMESTER JANUARI 2014
NAMA : NORFITRIAH MOKTI NO IC : 751005125556

TAJUK SEMINAR : PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN:
KEBERTANGGUNGJAWABAN INISIATIF KENDIRI.
PEMBENTANG : DR. NASARUDDIN B. BASAR
KETUA PENOLONG PENGARAH, SEKTOR
PENINGKATAN ILMU, BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Isi kandungan seminar ini menjurus kepada profesion dan tanggungjawab insan bergelar
pendidik. Di antara perkara yang disebut oleh Dr. Nasaruddin b. Basar pada awal ucapannya.
Beliau menyatakan sebagai seorang pendidik kita perlu bergerak untuk belajar, perlu buat pilihan
dan mempunyai inisiatif kendiri.
Dalam Seminar Perkembangan Profesionelisme Keguruan ini, empat perkara yang menjadi
fokus dan telah dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin b. Basar iaitu :
a. Pembangunan Profesionalisme
b. Pembangunan Profesionalisme Kendiri
c. Kebertanggungjawaban Guru
d. Laluan Kerjaya

Guru perlu berubah. Berubah yang dimaksudkan ialah berubah daripada lama kepada
baru dan berubah mengikut peredaran masa. Guru juga perlu menguasai seperti ilmu,
kemahiran untuk menjadi yang terbaik. Dr. Nasaruddin b. Basar juga menyatakan guru perlu
sentiasa mengaitkan satu molekul dengan molekul yang lain untuk mendapatkan hasil yang
lebih baik. Selain itu juga, guru itu perlulah mempunyai potensi yang baik dalam semua
bidang dan tanggungjawab guru adalah besar. Guru perlu mencari inisiatif menangani
masalah dan seharusnya seorang yang berkeupayaan. Menurut beliau lagi kecemerlangan
guru adalah hasil inisiatif guru itu sendiri.
NAMA : NORFITRIAH MOKTI NO IC : 751005125556

Menurut beliau lagi, konsep pembangunan profesionalisme keguruan itu sendiri perlu
melihat trend-trend terkini dalam pembangunan profesionalisme keguruan dan bagaimanakah
kaitannya dengan insiatif guru itu sendiri, di manakah peranan guru dan apakah sumbangan
atau boleh dilakukan oleh guru sendiri dalam mewarnai profesion genrenya sebagai seorang
guru. Guru tidak boleh berfikir secara vertical contohnya ilmu yang dipegang, maka itu
sajalah yang dipegang sampai bila-bila. Contoh lain iaitu di mana jika guru itu adalah guru
bahasa, maka subjek itu sajalah yang dipegang. Maka masih tidak memadai untuk memenuhi
keperluan pada masa ini.

Bertolak pada hari in,i dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dan ke hadapan. Guru
perlu berganjak kepada pendekatan orinzental. Guru perlu berubah, maksudnya tidak lagi
kepada function yang sama. Guru juga mampu menguasai fungsi-fungsi yang lain. Guru juga
perlu pandai mengaitkan satu molekul dengan molekul yang lain untuk mewujudkan satu
kompentesi yang lebih mantap. Di mana potensi guru pada hari ini perlu secara teks.

Kepertanggungjawaban guru pula menyentuh bagaimana tanggungjawabnya untuk
membangunkan diri, membangunkan pelajar, diri dan kerjayanya. Potensi laluan kerjaya pula
melihat kualiti guru yang ada pada hari ini belum menjamin survival negara kita pada masa
kini. Oleh itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025- anjakan ke-empat,
mentransformasi Profesion Keguruan menjadi profesion pilihan. Berdasarkan kepada diolag
nasional iaitu lebih daripada 3000 dialog yang dibincangkan di kalangan rakyat biasa,
golongan pertengahan hinggalah professor dan penyiasat luar Negara. Di mana fokus diberi
kepada membangunkan atau mentransformasikan profesion keguruan. Motifnya adalah
melihat kualiti yang kita ada pada hari ini, belum menjamin survival negara kita pada masa
depan. Walaupun banyak pencapaian cemerlang yang dikecapi dalam setiap peperiksaan
awam. Namun, dalam masa yang sama masih juga ada yang gagal dalam 400,0000 yang
keluar dalam peperiksaan. Namun masih ada kumpulan yang gagal iaitu semua F (failed)
dalam peperiksaan. Itu kalau ukuran dari segi pencapaian akademik kita. Maknanya masih
ada ruang untuk membuat penambahbaikan kepada potensi kita sebagai seorang guru.

NAMA : NORFITRIAH MOKTI NO IC : 751005125556
Di mana kompentensi sebagai seorang guru itu seharusnya boleh membangunkan diri
guru itu sendiri. Guru juga perlu tahu cara mengaitkan kompetensi yang ada dengan
kemenjadian manusia yang dididik iaitu murid. Contohnya kalau saya seorang yang hebat
sebagai seorang pendidik tetapi murid saya tidak menjadi sebaliknya keberhasilan murid
tidak berlaku maka apa maknanya kompentensi yang dimiliki. Ini kerana yang membentuk
negara pada masa hadapan adalah anak didik kita. Modal insan itu yang akan mendidik.
Kalau hari ini, kita mendidik anak murid kita di darjah satu pada tahun 2025 nanti mereka
akan memulakan pasaran dalam kerjaya mereka. Jadi cara kita mendidik pada hari ini akan
menyediakan mereka untuk tahun 2025 sebagai warganegara untuk pembangunan negara
iaitu modal insan negara pada masa itu.

Seorang professor dari Singgapura menyatakan sebagai seorang perunding beliau mendapati
keperluan majikan hari ini untuk keluaran daripada universiti-universiti ada 3 faktor utama
iaitu melahirkan tenaga kerja yang bersedia dan diterima oleh bakal majikan dan boleh
berkomunikasi dengan berkesan. Ini kerana komunikasi yang berkesan akan memberikan
keyakinan kepada klien dan bila berbincang kemenangan akan memihak kepada mereka.
Jadi, majikan hari ini mencari para pekerja yang pandai berkomunikasi. Bukan sahaja
melibatkan 1 bahasa tetapi 2 atau 3 bahasa kerana klien hari ini adalah klient seluruh dunia.
Faktor kedua adalah kolaborasi. Kolaborasi dengan semua pihak akan dapat membantu
menyumbangkan idea yang banyak untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Guru perlu ada
kompetensi yang boleh menghasilkan anak didiknya berkolabarasi pada masa depan dan
bersedia sebagai tenaga negara. Factor ketiga adalah kemahiran dalam bidangnya. Melalui
pembentangan oleh UNITAR, kebanyakkan majikan di Malaysia memilih pekerja yang dapat
pointer antara 2.75 hingga 3.2. Mereka memilih yang tengah sahaja sebaliknya tidak memilih
golongan cerdik pandai kerana golongan ini cara bekerja mereka dengan cara menghafal dan
banyak mementingkan diri-sendiri. Golongan ini tidak dapat bekerjasama, tidak dapat
berkolaborasi dan tidak tahan dengan cabaran. Oleh itu, transformasi sangat diperlukan
dalam professionalisme untuk memartabatkan profesion keguruan.

Dr. Dr. Nasaruddin b. Basar juga mengatakan bahawa kualiti pendidikan guru sentiasa
dibincangkan. Isu di sini, kualiti adalah elemen yang dinamik. Kualiti sepatutnya tidak
NAMA : NORFITRIAH MOKTI NO IC : 751005125556
kepada satu standard sahaja tetapi boleh berubah kepada standard-standard yang lain iaitu
sentiasa bergerak ke hadapan mencari kualiti-kualiti yang baru. Sebagai guru kita perlu
meningkatkan profesionalisme kita dengan mendapatkan kualiti baru. Jikalau kita mahu
melahirkan anak murid yang boleh menguasai 3 perkara tadi untuk menjamin survival maka
kualiti harus dikuasai supaya anak murid yang kita hasilkan tadi dapat survivalkan negara.
Kualiti pendidikan guru sentiasa dibincangkan. Isunya mengenai kualiti adalah elemen yang
dinamik. Kualiti sepatutnya tidak bergantung kepada satu standard sahaja tetapi boleh
berubah kepada standard-standard yang lain. Kita perlu sentiasa bergerak ke hadapan
mencari kualiti-kualiti baru. Sebagai guru kita perlu meningkatkan profesionalisme kita
dengan mendapatkan kualiti tadi. Kalau kita mahu melahirkan anak murid yang boleh
menguasai tiga perkara tadi untuk menjamin survival. Maka kualiti harus dikuasai supaya
anak murid yang kita hasilkan tadi dapat survivalkan negara. Kualiti sentiasa bergerak ke
hadapan. Kalau kita berjaya hari ini kerana guru kita berkualiti tetapi tidak memadai untuk
anak murid kita pula. Maka kita perlu tahu di mana kualiti kita. Sejauh mana kita mendapat
respon.

Guru berkualiti adalah guru yang mempunyai skill untuk anak didiknya. Perlu terus
meningkatkan keupayaannya untuk memenuhi kehendak generasi yang baru. Pemikiran hari
ini bermula dengan kemampuan yang kita ada dengan kita sentiasa meningkatkan inovasi
baru. Perkembangan kompetesi melibatkan pemikiran, arah tuju dan mind set kita. Kita perlu
pro-aktif iaitu tidak perlu menunggu arahan untuk menggerakkan sesuatu kerja. Gerakkan
sahaja apa yang hendak dibuat dan kena ada inisiatif kendiri.

Terdapat enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global iaitu:
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwibahasa
Etika dan keharmonian
Identity nasional
Pengetahuan
Kemahiran berfikir.
NAMA : NORFITRIAH MOKTI NO IC : 751005125556
Tugas guru menunjukkan kelainan iaitu bawa sesuatu yang baru untuk dipelajari.
Pengalaman bukan ukuran. Faktor guru itu penting untuk membawa kepada hasil yang lebih baik
dan mampu melahirkan anak didik yang lebih baik. Kerja tidak bertangguh. Semua kerja
diselesaikan dan digerakkan tanpa menunggu arahan.
Dr. Nasaruddin b. Basar juga menyatakan banyak cara untuk membangun
professionalism seperti pembacaan buku, dialog prestasi dengan kawan-kawan di sekolah dan
membuat kajian tindakan untuk bantu murid menyelesaikan masalahnya. Guru juga seharusnya
berinspirasi. Kalau kita hebat, masukkan kehebatan kita itu dalam profesion barulah kita
dikatakan hebat.
Kebertanggungjawaban berkait rapat dengan kemajuan kendiri dan kemajuan murid.
Peningkatan profesionalisme bergantung juga kepada pengemaskinian diri dengan
perkembangan semasa (Salleh, 2000). Perkembangan mesti relevan dengan masa, tempat dan
masyarakat.
Dr. Nasaruddin b. Basar juga memberi beberapa cadangan bagi guru berprestasi tinggi
seperti pantas menguasai kompetensi dan peningkatan besar di sekolah atau pencapaian kelas
serta memberi sumbangan kepada kepimpinan.
Kesimpulannya sebagai guru harus sentiasa meningkatkan kompetensi yang ada.
Kemudian kompetensi yang ada perlu ditingkatkan seiring dengan perubahan dan kehendak
dunia pendidikan hari ini. Kompetensi perlu sentiasa ditambah baik dan ditambah nilai.
Bangunkan diri dalam inisiatif professional dan bawa kejayaan guru dan anak murid kita. Guru
perlu dapat menjamin survival pada masa hadapan. Akhir sekali, pelan pembangunan ini adalah
untuk mendapatkan cara bagaimana kita hendak menyediakan atau servis generasi kita pada
masa sekarang dan masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai