Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..............................................................................................................2

2.0 LAPORAN TEMU BUAL................................................................................................2

2.1 Konsep Mengajar sebagai Satu Profesion.....................................................................2

2.2 Ciri-ciri Guru sebagai Seorang yang Profesional...........................................................3

2.3 Isu-isu dan Cabaran Semasa yang Dihadapi oleh Guru................................................3

2.4 Peranan Guru sebagai Pemimpin Profesional dalam Pelbagai Aspek Pengajaran dan
Pembelajaran.......................................................................................................................4

2.5 Kesimpulan....................................................................................................................5

3.0 PENUTUP.....................................................................................................................5

4.0 RUJUKAN.....................................................................................................................6

5.0 LAMPIRAN....................................................................................................................7

TRANSKRIP TEMU BUAL.......................................................................................................7

GAMBAR SEMASA TEMU BUAL..........................................................................................12

1
1.0 PENGENALAN
Guru merupakan satu profesion yang berperanan penting dan signifikan dalam sesuatu
masyarakat dan negara kerana golongan yang berada di barisan hadapan. Berdasarkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), guru berperanan sebagai agen bagi
membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa (Kamarudin,
2020). Guru yang berprofesional akan memiliki keterampilan diri yang sempurna kerana
guru akan memberi komitmen yang amat tinggi bagi meningkatkan kualiti anak murid tanpa
mengira kaum, bangsa, warna kulit, tahap sosioekonomi dan juga jantina.

Sebagai seorang bakal guru, pentingnya untuk mengenali tentang profesion


keguruan secara mendalam. Dengan mengambil kira perkara ini, kami mempelajari kursus
EDUP3083, iaitu Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru. Bagi
memenuhi kehendak soalan kerja kursus ini, saya telah berjaya menemu bual seorang Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai
Wangi II, Perak. Saya telah memilih beliau sebagai responden kerana mempunyai
pengalaman tinggi dalam profesion keguruan ini. Saya telah menjalankan temu bual ini
secara Google Meet pada 18 September 2022, pukul 10.30am sehingga 11.30 am.
Berdasarkan temu bual tersebut, saya telah menyediakan laporan temu bual yang meliputi
seluruh perbincangan dengan komprehensif.

2.0 LAPORAN TEMU BUAL


2.1 Konsep Mengajar sebagai Satu Profesion
Menurut Lieberman (1956), suatu profesion adalah suatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan
kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang
berkaitan dengan pendidikan. Berdasarkan penyataan ini, beliau berpendapat
bahawa konsep mengajar sebagai satu profesion adalah usaha yang dilakukan oleh
seorang guru untuk membimbing seseorang murid dengan cara yang kreatif di mana
guru bukan sahaja mengkongsikan ilmu menerusi keperluan yang ditetapkan dalam
kurikulum standard malah, juga ilmu pengetahuan am dan di luar bilik darjah.

Beliau sangat bersetuju dengan konsep mengajar sebagai satu profesion.


Beliau telah mengemukakan beberapa justifikasi kepada pendiriannya. Pertama
sekali, kerjaya guru mempunyai latihan yang khusus berlandaskan bidangnya
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut keadaan

2
masa kini. Latihan tersebut diperoleh daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) selama
lima tahun. Seseorang boleh menjadi guru yang sebenar hanya selepas mendapat
kelulusan dalam bidangnya. Guru juga akan mengikuti kursus dari semasa ke
semasa untuk meningkatkan kemahiran. Hujah guru dapat dikukuhkan dengan
pendapat Ying. Menurut Ying (2017), peningkatan profesionalisme berlaku melalui
latihan dalam perkhidmatan. Setiap guru akan memiliki kepakaran dalam bidangnya.
Pengalaman dan kepakaran guru dalam bidang akan membantu guru untuk
meningkatkan kepakaran dalam bidang pengajaran, pengurusan dan pentadbiran
sekolah.

Tambahan pula, guru mempunyai kod etikanya tersendiri iaitu kod etika
keguruan yang wajib dipatuhi. Perkara ini juga menjadikan konsep mengajar sebagai
satu profesion.

2.2 Ciri-ciri Guru sebagai Seorang yang Profesional


Semasa temu bual, ciri-ciri guru sebagai seorang yang profesional juga turut
dibincangkan. Pada pendapat beliau, seorang guru perlu berpengetahuan. Guru
perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang kandungan
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), mata pelajaran yang diajar, dan
juga tentang pedagogi. Selain itu, guru yang profesional akan memiliki ciri
kemahiran. Beliau perlu mahir berkomunikasi kerana ia dapat melancarkan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pendapat beliau dapat dikukuhkan
dengan pendapat Isa (2020), kemahiran komunikasi interpersonal adalah elemen
penting yang perlu ada dalam diri seorang tenaga pengajar. Selain itu, kemahiran
penggunaan Information and Communication Technology(ICT) juga perkara yang
perlu ada pada diri setiap guru. Hal ini demikian kerana, salah satu anjakan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Berdasarkan beliau, ciri guru yang seterusnya adalah mempunyai kesediaan


dan organisasi kerana ia akan menjadikan kita sebagai seorang yang profesional.
Guru perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugasnya tanpa mengira masa
dan tempat. Guru perlu memastikan anak didiknya mencapai sesuatu kemahiran dan
juga dapat mengekalkan prestasi akademik yang bagus. Bukan itu sahaja, guru juga
perlu kreatif untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan
bermakna kepada murid. Hal ini demikian kerana, guru yang kreatif dapat membantu
dalam kemenjadian murid.

3
2.3 Isu-isu dan Cabaran Semasa yang Dihadapi oleh Guru
Terdapat banyak isu yang dihadapi oleh guru pada masa ini. Dengan ini, setelah
mengemukakan soalan tentang isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru,
perbincangan menjadi lebih hangat. Guru tersebut memberi pandangannya bahawa
isu paling hangat pada masa ini adalah isu gangguan seksual kepada murid
terutamanya murid perempuan. Hal ini merupakan salah satu isu yang menimbulkan
rasa kecil hati terhadap guru tersebut. Hujah ini dapat dibuktikan dengan kajian oleh
All Women’s Action Society (Awam) di mana, sebanyak 79.4% daripada hampir 300
kes gangguan seksual di institusi pendidikan melibatkan pendidik dan pihak
berkuasa sekolah (Free Malaysia Today, 2021).

Selain itu, cabaran semasa yang dihadapi oleh guru adalah dari segi
bebanan tugas. Pada masa ini, guru terpaksa membuat kerja pendokumentasian dan
pengurusan yang terlampau. Hal ini menyebabkan mereka menjadi stres sehingga
hilang fokus dalam pelaksanaan PdP. Terdapat juga cabaran kurang kemudahan
infrastruktur dan peralatan, khususnya untuk melaksanakan PdP Reka Bentuk dan
Teknologi(RBT). Buktinya, beliau berkata bahawa bengkel RBT di sekolah ini masih
berada dalam keadaan yang teruk dan perlu membuat pengubahsuaian dengan
kadar segera.

2.4 Peranan Guru sebagai Pemimpin Profesional dalam Pelbagai Aspek


Pengajaran dan Pembelajaran
Apabila saya mengemukakan soalan tentang peranan guru sebagai pemimpin
profesional dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran, beliau telah
memberi penerangan yang cukup jelas di mana beliau juga merupakan seorang guru
Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang mengajar Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah
tersebut. Beliau berpandangan bahawa setiap guru memikul peranan sebagai
pemimpin. Guru menjadi pemimpin kepada guru lain. Sebagai contoh, guru perlu
melaksanakan Professional Learning Community(PLC) dengan rakan sekerjanya.
Hal ini demikian kerana, PLC dapat membantu guru untuk mengambil tahu strategi
pengajaran daripada guru yang terlibat dalam PLC. Perbincangan dan perkongsian
tentang PdP antara satu sama lain akan meningkatkan ilmu pengetahuan sehingga
para guru berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mencari penyelesaian bagi
sesuatu isu. Amalan PLC ini juga dapat membantu guru untuk membuat
penambahbaikan dalam perancangan aktiviti dan pelaksanaan PdP yang berkualiti
tinggi.

4
Selain itu, guru yang berperanan sebagai pemimpin profesional perlu menjadi
seorang pemikir dan berkebolehan menguruskan perubahan secara cekap dan
berkesan. Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan enam aspek yang
terkandung dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2),
iaitu perancang, pengawal, pembimbing, pendorong, penilai dan pembelajar aktif.
Keenam-enam aspek ini mencerminkan guru sebagai pemimpin dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

2.5 Kesimpulan
Sebagai penutup, beliau telah memberi sedikit nasihat kepada bakal-bakal guru yang
akan berhadapan dengan dunia pendidikan yang mencabar. Guru-guru pelatih harus
memerhatikan tanggungjawab sebenar seseorang guru mata pelajaran, guru kelas,
penolong kanan kokurikulum dan penolong kanan hal ehwal murid lalu
menjadikannya sebagai pengalaman pengajaran dalam kehidupan pada masa akan
datang.

3.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, perbincangan bersama Cikgu Rajamani merupakan satu
pengalaman yang amat berguna kepada bakal guru seperti saya. Hal ini demikian kerana,
semua hujah beliau, dijelaskan dengan bukti dan dasar yang diperkenalkan oleh
kementerian pada masa ini. Menurut Najihah(2019), pendidikan di Malaysia pada hari ini
memerlukan guru yang berefikasi tinggi bagi memenuhi kehendak pendidikan abad ke-21.
Pendidikan abad ke-21 ini memainkan peranan utama dalam kalangan generasi sekarang
yang maju dengan pemodenan teknologi yang tinggi. Kekuatan profesionalisme keguruan
sangat penting untuk membentuk guru yang bertanggungjawab, komited dan berdedikasi
bagi membentuk murid yang holistik dan berguna kepada negara. Melalui tugasan ini, saya
berpeluang untuk mengenali banyak perkara tentang konsep mengajar sebagai satu
profesion, ciri-ciri guru sebagai seorang yang profesional, isu-isu dan cabaran semasa yang
dihadapi oleh guru, peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, saya berharap ilmu dan pengalaman daripada
tugasan ini dapat membantu selepas menjadi guru sebenar pada masa akan datang.

Disediakan Oleh, 21 September 2022

_Sree Gowri___
(SREE GOWRI A/P RAMESH)
Guru Pelatih 8 PISMP RBT,

5
Ipg Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

4.0 RUJUKAN

Abdul Rahin, A. J. (2021). Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini. 1-18.

Free Malaysia Today. (2021). 80% gangguan seksual di sekolah oleh guru, kata NGO.
Petaling Jaya: Free Malaysia Today.
Isa, S. N. (2020). Komunikasi Interpersonal Guru dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan:
Peranan dan Cabaran . 380-387.
Kamarudin, M. A. (2020). Tahap Profesionalisme Guru Sekolah Kebangsaan di
Semenanjung Malaysia. Management Research Journal, 37-45.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Najihah, A. W. (2019). Meningkatkan Efikasi Kendiri Guru di Malaysia Terhadap
Kecenderungan Pembelajaran Generasi Z dan Alpha. Journal of Management and
Operation Research, 1-8.
Wong Kiet Wah, N. d. (2018). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme
Guru (ed. 2). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ying, B. P. (2017). Amalan Reflektif ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru . Jurnal
IPBA, 100-109.

6
5.0 LAMPIRAN

TRANSKRIP TEMU BUAL

Cik Sree Gowri : Vanakkam cikgu. Saya Sree Gowri Ramesh merupakan
guru pelatih sem 8 dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor. Selamat berkenalan dengan cikgu. Terlebih dahulu,
terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk
sesi temu bual ini. Tujuan temu bual ini adalah seperti
mana yang dikatakan, iaitu bagi memenuhi tugasan kerja
kursus kami bagi kursus Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru. Bukan itu sahaja,
saya juga berharap sesi temu bual ini boleh menjadi satu
wahana untuk meningkatkan ilmu saya tentang profesion
guru. Sebelum lebih lanjut, bolehkah cikgu
memperkenalkan serba sedikit tentang diri cikgu?

Cikgu Puan Rajamani : Vanakkam Sree. Selamat berkenalan. Terima kasih juga,
Sree kerana memilih saya untuk menemu bual. Saya
Rajamani A/P Munusamy, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid di SJKT Ladang Sungai Wangi II, Perak. Saya
berkhidmat selama 20 tahun di sekolah ini dan sudah 30
tahun berkhidmat sebagai guru. Sudah mesti, ada lah
banyak cerita dan pengalaman boleh kongsikan bersama
Sree.
Cik Sree Gowri : Baiklah cikgu. Tanpa membuang masa, saya memulakan
dengan soalan pertama saya yeh.
Cikgu Puan Rajamani : Uhhmmm…boleh.
Cik Sree Gowri : Apakah cikgu faham tentang konsep mengajar sebagai
satu profesion?
Cikgu Puan Rajamani : Wahh...padu soalan tersebut…hahaha...seperti yang cikgu
tahu, profesion merupakan satu kerjaya yang mendapat
kelulusan setelah menghadiri atau mendapat latihan dalam
tempoh masa yang lama, bukannya terdekat. Maksudnya,
bukan belajar sebulan, dua bulan boleh menjadi profesion.
Seseorang yang professional akan berpendidikan tinggi
dan juga akan mempunyai pengalaman dalam

7
profesionnya.
Cik Sree Gowri : Baik cikgu. Adakah cikgu bersetuju dengan konsep
mengajar sebagai satu profesion?
Cikgu Puan Rajamani : Ya, saya memang setuju.
Cik Sree Gowri : Kenapa cikgu?
Cikgu Puan Rajamani : Konsep mengajar sebagai satu profesion, maksudnya guru
sebagai satu profesion kan?
Cik Sree Gowri : (Mengangguk) Betul cikgu.
Cikgu Puan Rajamani : Ya, guru merupakan satu profesion kerana kerjaya guru
mempunyai latihan khusus berlandaskan bidang selama
lima tahun di Maktab Perguruan atau sekarang dikenali
sebagai IPG. Kerjaya guru juga perlu mendapat kelulusan
dalam bidangnya untuk menjadi guru yang diiktiraf. Selain
itu, guru juga akan sentiasa mengikuti kursus dari semasa
ke semasa yang dianjurkan oleh PPD, JPN dan sebagainya
untuk menjadi lebih kompeten. Bukan itu sahaja, guru juga
melaksanakan tugas dengan kecekapan, keterampilan dan
kemahiran. Ini boleh tengok semasa guru melaksanakan
PdP dengan penuh berkesan. Di sini, guru sudah
mempunyai kepakaran dalam bidang perguruan. Kita guru
juga mempunyai kod etika sendiri iaitu kod etika keguruan
yang wajib kita patuhi. Contoh, guru tak boleh pakai selipar
ke sekolah, kerana ada kod etika bagi kita. Perkara ini juga
menjadikan konsep mengajar sebagai satu profesion.
Dengan memandang semua perkara yang saya nyatakan
tadi, saya sangat bersetuju dengan konsep mengajar
sebagai satu profesion dan guru adalah seorang seorang
yang profesional.
Cik Sree Gowri : Baik, justifikasi yang sangat jelas cikgu. Seorang guru perlu
mempunyai beberapa ciri yang menonjolkan mereka
sebagai seorang yang profesional. Pada pandangan cikgu,
apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru yang
profesional?
Cikgu Puan Rajamani : Pertama sekali, guru perlu ada pengetahuan. Guru perlu
ada pengetahuan tinggi dan mendalam tentang DSKP,
kandungan mata pelajaran, dan juga tentang pedagogi. Ini
kerana, pengetahuan inilah yang akan menjadi PdP

8
dilaksanakan dengan berkesan dan berguna kepada murid.
Guru juga perlulah mahir dari segi komunikasi, ICT,
penggunaan BBM Digital untuk melancarkan sesi PdP.
Selain itu, guru perlu sedia….ready… dan organisasi.
Sebab, seorang yang profesional akan sentiasa sedia dan
organisasi. Kesediaan dan organisasi ini bermaksud guru
perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas tanpa
mengira masa dan tempat. Fokus utama guru sebagai
profesional adalah memastikan anak didiknya mencapai
kejayaan dan mengekalkan prestasi akademik yang baik.
Contohnya, pada masa Covid-19. Semua guru sudah stres
dengan pembelajaran secara atas talian. Lagi-lagi pun,
pengurusan sekolah. Kami sudah tertekan kerana sebelum
ini tak pernah berlaku perkara begini. Namun, sebagai guru
kita perlulah sentiasa bersedia dalam pelbagai aspek untuk
menangani cabaran. Akhirnya, barisan guru berjaya
menangani cabaran tersebut. Uhhh…dah lupa. Satu lagi
ciri yang penting adalah guru perlu kreatif dalam
menjalankan sesi PdP, kerana guru yang kualiti adalah
guru yang kreatif.
Cik Sree Gowri : Penjelasan yang amat bermaklumat, cikgu. Soalan yang
seterusnya adalah soalan yang sangat menarik dan serius.
Pada masa ini, timbulnya banyak isu dalam kerjaya guru.
Bagi pengetahuan cikgu, apakah isu yang serius yang
dihadapi oleh guru?
Cikgu Puan Rajamani : Semua kerjaya ada isu dan cabarannya sendiri. Dalam
kerjaya guru pula, terdapat isu-isu yang ditimbul. Isu yang
paling serius sekarang adalah gangguan seksual, di mana
ia dilakukan oleh guru kepada murid di sekolah. Sangat
sangat sedih dengan isu ini, kerana sampai sekarang tidak
dapat menangani secara sepenuhnya. Kesian tengok
murid, terutama sekali murid perempuan yang mengalami
gangguan seksual. Saya juga telah mendapat tahu bahawa
lebih daripada 70% kes gangguan seksual di institusi
pendidikan melibatkan pendidik. Terdapat juga isu
penderaan murid yang dilakukan oleh guru. Ada guru yang
sebat murid sampai masuk koma. Ini semua merupakan isu

9
yang timbul dari aspek perundangan.
Cik Sree Gowri : Cikgu, penjelasan tentang isu adalah sangat jelas.
Bagaimana tentang cabaran yang dihadapi oleh guru?
Cikgu Puan Rajamani : Yang ini memang saya tertunggu untuk menjawab. (Sambil
senyum). Cabaran utama yang dihadapi oleh guru adalah
bebanan tugas. Kerja guru nampak mudah, tapi
bebanannya sangat tinggi. Bebanan tersebut bukan
mengajar murid, tetapi kerja lain seperti pendokumentasi
dan pengurusan yang terlampau. Lagi-lagi pun, kerja-kerja
untuk pentaksiran pun amat berat kepada para guru. Selain
itu, saya juga mengalami cabaran dari segi kemudahan dan
kekurangan infrastruktur. Selain, menjadi GPK HEM, saya
juga seorang guru RBT. Saya mengajar RBT kepada tahun
4, 5 dan 6. Cabaran di sini adalah bengkel RBT berada
dalam keadaan yang teruk. Peralatan pun sangat kurang.
Kami tunggu untuk mendapat peruntukan bagi membaiki
dan memulihkan bengkel RBT itu.
Cik Sree Gowri : Sebagai guru RBT, saya sangat memahami cabaran ini.
Sebenarnya, guru sudah menjawab soalan saya dengan
lebih awal. Hahahahaha….
Baik cikgu. Soalan yang seterusnya adalah, pada pendapat
cikgu, apakah peranan guru sebagai pemimpin profesional
dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran?
Cikgu Puan Rajamani : Pada pendapat saya, setiap guru perlu memikul peranan
sebagai pemimpin. Guru perlu menjadi pemimpin kepada
guru lain. Bagaimana? Uhhh..guru perlu melaksanakan
PLC iaitu Professional Learning Community dengan guru-
guru lain. Contoh, sebagai guru RBT, saya selalu akan
mengkongsikan idea melaksanakan PdP RBT yang baik
dan membuat pentaksiran dalam RBT kepada guru-guru
RBT yang lain. Ini akan membantu guru-guru lain untuk
mengambil tahu strategi pengajaran yang baru.
Perbincangan ini juga akan meningkatkan ilmu
pengetahuan guru serta membuat penambahbaikan dalam
PdP. RPH dan perancangan aktiviti juga akan menjadi lebih
berkualiti. Selain itu, guru juga perlu menjadi seorang
pemikir yang boleh mengurus perubahan secara cekap. Di

10
sini, kita perlu tengok enam aspek dalam SKPMg2, kerana
keenam-enam aspek ini akan menjadikan guru sebagai
pemimpin dari aspek PdP. Terdapat juga banyak peranan
lagi dalam konteks PdP iaitu guru berperanan sebagai
pembimbing dalam pelaksanaan PdP. Cukup tak?
Cik Sree Gowri : Sangat mencukupi, cikgu. Saya sangat terharu dengan
semua pendapat dan maklumat yang dikongsikan oleh
cikgu Rajamani. Penjelasan ini bukan sahaja boleh
digunakan dalam kerja kursus, tetapi boleh menjadikan
sebagai satu panduan sebelum saya menjejak kaki dalam
kerjaya guru. Sebelum menamatkan sesi temu bual ini,
apakah nasihat cikgu kepada bakal-bakal guru?
Cikgu Puan Rajamani : Nasihat saya adalah anda semua perlu memerhatikan
tanggungjawab sebenar seseorang guru mata pelajaran,
guru kelas, ketua panitia dan juga guru penolong kanan. Ini
kerana semua tanggungjawab dan tugas akan berbeza.
Ingatlah satu perkara, bersedialah untuk belajar, sebelum
mula mengajar. Itu sahaja.
Cik Sree Gowri : Wahhh! Kata-kata cikgu tidak dapat dilupakan. Baik cikgu.
Terima kasih kerana meluangkan masa dan
mengkongsikan ilmu yang sangat berguna. Saya sangat
menghargainya.
Cikgu Puan Rajamani : Terima kasih, Sree. Selamat maju jaya.

11
GAMBAR SEMASA TEMU BUAL

12

Anda mungkin juga menyukai