Anda di halaman 1dari 9

Ulangkaji Esei EDU3083

Soalan 1
Sebagai seorang guru, pengetahuan dan amalan yang berkaitan dengan akauntabiliti dan Kod
Etika Keguruan sangat penting.
a. Jelaskan lima nilai yang seharusnya diamalkan oleh seseorang guru seperti yang terkandung
dalam Kod Etika Keguruan.
b. Huraikan lima ciri akauntabiliti guru terhadap rakan sejawat dan profesionnya.

Soalan 2
Tugas dan peranan guru tidak terbatas di dalam bilik darjah semata-mata. Tanggungjawab guru
adalah untuk membina Negara bangsa yang merdeka dan maju.
a. Secara ringkas huraikan lima tugas dan peranan yang perlu dipikul oleh seseorang guru.
b. Sebagai pembina bangsa, unsur-unsur patriotik perlu digarap sepanjang masa dalam
pengajaran dan pembelajaran. Berikan lima contoh aktiviti yang sesuai dalam usaha membina
negara bangsa.

Soalan 3
Budaya membaca dan amalan reflektif memainkan peranan penting dalam perkembangan
profesionalisme guru, khususnya semasa berhadapan dengan cabaran dan tuntutan semasa
bidang pendidikan.
a. Cadangkan lima panduan yang dapat difikirkan dan diamalkan oleh setiap individu guru
supaya tidak mengabaikan amalan membaca.
b. Huraikan lima kepentingan amalan reflektif dalam bidang keguruan supaya dapat
meningkatkan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

Soalan 4
Tanggungjawab dan akauntabiliti keguruan dilihat sebagai amalan yang amat berkait rapat dengan
profesion keguruan.
Huraikan aspek-aspek akauntabiliti keguruan yang perlu dilaksanakan oleh guru.

Soalan 5

1
Guru berkemampuan untuk menyebarkan pelbagai disiplin ilmu melalui pengamalan dan
pelaksanaan yang efektif. Perkembangan kognitif, fizikal dan sosial murid-murid perlu diaplikasikan
oleh guru secara bijak.
Huraikan strategi-strategi relevan yang dapat dilaksanakan untuk memenuhi peranan guru sebagai
penyampai ilmu yang berkesan.

Soalan 6
Pembelajaran Sepanjang Hayat merujuk kepada motivasi dalaman dan kendiri kea rah pencarian
dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal mahupun profesional
bersesuaian dengan pepatah “menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”.
Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan cara-cara seseorang guru boleh mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat sebagai guru yang berkesan.

Soalan 7
Merujuk kepada Kod Etika Keguruan Malaysia, seseorang guru mesti mempunyai akauntabiliti
terhadap muridnya.
Sebagai seorang guru permulaan (novis), bincangkan persediaan-persediaan yang perlu ada
dalam memenuhi tugas dan akauntabiliti mereka terhadap murid.

Soalan 8
Pendidikan ialah system yang dinamik yang sentiasa ada perubahan dan penambahan mengikut
evolusi kehidupan dan tuntutan semasa.
Bagaimanakah seseorang guru memainkan peranan sebagai agen perubahan?
Soalan 9
Amalan reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan. Amalan ini
akan bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta
membentuk peribadi professional dalam diri setiap guru. Analisis dan bincangkan aspek-aspek
yang perlu diberi pertimbangkan oleh seorang guru ketika menulis jurnal reflektif.

Soalan 10

2
“...sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina sebuah masyarakat yang
harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah merdeka 56
tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam suasana harmoni, tugas
untuk memerlihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara
berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana kecenderungan ke arah polarisasi kaum
sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap
keharmonian masyarakat dan kestsabilan negara ...”
YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Teks Ucapan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013

Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan akauntabiliti keguruan yang perlu difahami dan
dilaksanakan oleh para guru untuk menjamin keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara seperti yang digariskan dalam kod etika dan akauntabiliti keguruan.

Soalan 11
“Faktor guru merupakan penyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi sekolah yang
cemerlang.”

Adakah anda setuju dengan pernyataan tersebut? Huraikan pendirian anda dengan memberi
contoh dan justifikasi yang sesuai.

Soalan 12
Perkembangan profesional seseorang guru menjadi pemangkin dalam peningkatan kualiti guru.
Perkembangan ini adalah satu proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi
tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya pada masa sekarang, mahupun pada
masa akan datang.

Sebagai seorang guru, bincangkan bagaimana anda boleh mengamalkan proses pembelajaran
sepanjang hayat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan keberkesanan diri.

Soalan 13

3
Cikgu Ahmad merupakan seorang guru yang rajin, berdedikasi dan mempunyai komitmen yang
tinggi semasa menjalankan tugas sekolah. Walau bagaimanapun, beliau semakin tertekan kerana
mengalami pelbagai masalah termasuk beban kerja sekolah yang berat, menghadapi ibu bapa
yang cerewet dan juga sukar memenuhi kehendak setiap orang muridnya yang berbeza.
Berdasarkan etika keguruan Malaysia, bincangkan bagaimana Cikgu Ahmad dapat mengatasi
situasi di atas.

Soalan 14
Menjelang 2025, setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk
memenuhi keperluan abad ke-21 iaitu kemahiran kepimpinan, profisiensi dwibahasa, etika dan
kerohanian, pengetahuan, identiti nasional dan kemahiran berfikir.

Berdasarkan ilustrasi di atas, anda dikehendaki membantu Cikgu Aiman membincangkan tentang
peranan yang boleh dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) dalam aspek Identiti Nasional.
Soalan 15
Pembelajaran autentik dipentingkan kerana melaluinya proses pembelajaran dipercayai akan
menjadi lebih bermakna dan berkesan kepada murid.
Rancangkan bagaimana anda dapat menyediakan diri untuk menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran secara autentik di sekolah.

Soalan 16
“Transformasi menjanjikan perubahan. Perubahan yang akan dilaksanakan pada 2014 adalah
merentasi sistem pendidikan negara. Guru masih menjadi tumpuan utama dan perlu menjadi
pemimpin di dalam bilik darjah.”
Petikan ucapan Menteri Pendidikan Malaysia
di Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2013
PPPM 2012025 pada Jun 2014

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauh manakah akauntabiliti keguruan dan isu-isu
etika guru memberi kesan kepada kualiti guru di bilik darjah?

4
Soalan 17
Trotter (1986) berpendapat guru memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk beranjak dari
peringkat permulaan ke peringkat mahir dan hanya segelintir daripada mereka akan mencapai
perkembangan di peringkat pakar.

Berdasarkan pandangan Trotter, cadangkan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru
novis (permulaan) untuk merealisasikan pendidikan berkualiti seperti yang dihasratkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Soalan 18
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan hasrat murni kerajaan untuk
mentransformasikan sistem pendidikan negara ke arah pendidikan berkelas dunia. Sehubungan
itu, guru perlu mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan menguasai ilmu dan
kemahiran terkini untuk menjadi guru berkesan.

Bincangkan impak pembelajaran sepanjang hayat terhadap perkembangan profesionalisme guru.

Soalan 19
“Guru harus mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara.”
Berdasarkan pernyataan di atas, sejauh manakah guru-guru di Malaysia dapat menunjukkan
akauntabiliti dalam memajukan masyarakat dan negara?

Soalan 20
Guru seharusnya berusaha menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan dalam alaf baru.
Mereka perlu bersedia untuk menyahut cabaran dunia pendidikan yang berkembang pesat.
Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan
di sekolah anda?

Soalan 21

5
Aliran pendidikan guru pada masa kini memberi penekanan kepada penghasilan guru yang
reflektif, mampu melbatkan diri dari segi sosial, emosi dan akademik (Schon, 1987; Sparks-Langer,
1992; Eichner & Liston, 1996).
Bincangkan bagaimana seseorang guru dapat memanfaatkan amalan reflektif dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Soalan 22
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang sangat rajin, mampu bekerja dalam tekanan,
berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi semasa menjalankan tugas sekolah. Walau
bagaimanapun, baru-baru ini beliau semakin tertekan kerana mengalami pelbagai masalah
termasuk beban kerja sekolah yang berat, ibu bapa yang cerewet dan sukar memenuhi kehendak
muridnya yang pelbagai.

Bincangkan bagaimana Kod Etika Keguruan dapat diaplikasikan oleh Cikgu Daniel untuk
menghadapi situasi di atas.

Soalan 23
Menjelang 2025, setiap kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai enam atribut utama untuk
memenuhi keperluan abad 21, iaitu kemahiran kepimpinan, profisiensi dwibahasa, etika dan
kerohanian, pengetahuan, identiti nasional dan kemahiran berfikir.

Peranan guru sekolah yang pelbagai merupakan faktor penting kejayaan pembentukan modal
insan.

Berdasarkan situasi di atas, bincangkan peranan yang boleh dilaksanakan oleh Cikgu Aiman untuk
memenuhi aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam memupuk identiti
nasional dalam kalangan murid-muridnya.

Soalan 24

6
Konsep pembelajaran sepanjang hayat sangat digalakkan dalam kalangan warga pendidikan untuk
meningkatkan perkembangan profesionalisme keguruan. Pembelajaran boleh berlaku secara
formal dan tidak formal untuk memenuhi kehendak dan cabaran semasa.

Bincangkan berserta contoh bagaimana pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan oleh
warga pendidik untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.

Soalan 25
Cikgu Ali merupakan guru habaru yang berkhidmat di sekolah rendah. Cikgu Ali sering tidak
membuat perancangan mengajar dan menyuruh murid-muridnya membuat kerja sendiri. Keadaan
ini menyebabkan kelas sentiasa bising sehingga mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula, prestasi murid-murid kelas Cikgu Ali pada tahap yang amat tidak
memuaskan.

Sebagai seorang guru pakar di sekolah tersebut, cadangkan bagaimana anda dapat membimbing
dan menjadi mentor kepada Cikgu Ali untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai guru
baharu.

Soalan 26
Guru merupakan pemimpin di sekolah dalam melaksanakan transformasi pendidikan bagi
melahirkan modal insan kelas pertama.

Justifikasikan peranan guru sebagai pemimpin profesional ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Soalan 27
Pembelajaran sepanjang hayat merupakan usaha untuk memastikan perkembangan
profesionalisme guru adalah sejajar dengan perubahan dan cabaran semasa.

7
Sejauh manakah usaha Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranannya untuk
meningkatkan kualiti profesionalisme guru-guru di Malaysia. Beri justifikasi terhadap hujah-hujah
yang dikemukakan.

Soalan 28
Cikgu Rosnah sering menceritakan hal peribadinya kepada murid-murid sehingga banyak topik
pengajaran yang tertinggal. Hal ini menyebabkan timbul perasaan tidak selesa dalam kalngan
murid. Bertindak atas aduan murid guru besar mendapati Cikgu Rosnah telah menyalahi kod etika
perguruan.

Berdasarkan situasi di atas, nilaikan akauntabiliti Cikgu Rosnah.

Soalan 29
Dalam era globalisasi peranan guru semakin mencabar dan kompleks. Pada pringkat sekolah
rendah penyediaan modal insan mengikut acuan negara merupakan keutamaan para pendidik
yang tidak boleh dianggap remeh.

Berikan justifikasi bagaimana seseorang guru dapat memenuhi fungsinya sebagai penyampai ilmu
dalam konteks pembinaan negara bangsa.

Soalan 30
Kajian Tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan sebagai pendekatan untuk meningkatkan
amalan dan profesionalisme guru.

Perincikan implikasi kajian tindakan terhadap seseorang guru.

Soalan 31
Kajian yang dijalankan oleh Wolf, Jarodzka, Van Den Bogert dan Boshuizen (2016) menunjukkan
persepsi antara guru pakar dan guru novis adalah berbeza apabila menilai situasi bermasalah
dalam bilik darjah.

8
Perjelaskan faktor-faktor perbezaan persepsi terhadap penyampaian pengajaran dan situasi
bermasalah dalam pengurusan bilik darjah tersebut antara seorang guru novis dan guru pakar.

Soalan 32
Kejayaan pelaksanaan pembelajaran di sekolah amat bergantung kepada budaya kerja seluruh
komuniti sesebuah sekolah.

Bincang tugas dan tanggungjawab anda sebagai guru bagi merealisasikan kejayaan sekolah di
kawasan luar bandar.

Soalan 33
Guru dapat mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui proses-proses pemikiran
reflektif (Hmelo dan Ferrari, 1997).

Berdasarkan pengalaman anda, nilaikan kebaikan-kebaikan yang anda perolehi melalui penulisan
jurnal refleksi dan pengurusan portfolio semasa menjalani praktikum di sekolah dalam
mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Anda mungkin juga menyukai