Anda di halaman 1dari 31

GURU DAN PERUNDANGAN

DISEDIAKAN OLEH: NUR ATIQAH BT SAURI AZNI BT AIM@ IBRAHIM SITI ATAEYA BT ZULKIFLI LYDIAWATI BT BAKAR

PENGENALAN
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002)


Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut PeraturanPeraturan ibu. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).

PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar manamana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

RASIONAL PERATURAN TATATERTIB


Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;

Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;

Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam; dan

Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

FAKTOR PENURUNAN KES


Program Latihan dan Khidmat

Perkhidmatan Kaunseling Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

PERATURAN-PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB SECARA UMUM


Antara peraturan tersebut (Warta Kerajaan P.U. ( A ) 395 Pindaan 2002) adalah:

Peraturan 4 (1)
Seseorang penjawat awam guru hendaklah sentiasa

memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong,


Negara dan kerajaan.

PERATURAN 4 (2)
Tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi. Tidak melakukan percanggahan kepentingan peribadi dan kepentingan awam. Tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Perlu menjaga nama baik profesion.


Perlu cekap atau sentiasa berusaha.

PERATURAN 4 (2) Mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberikan tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Sentiasa melaksanakan apa yang disuruh (tidak ingkar perintah) serta perlu tekun (tidak cuai) dalam melaksanakan tanggungjawab.

TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN
Peraturan 4A ( Gangguan Seksual) Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Secara umumnya, gangguan seksual adalah: a) Mengambil kira segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut. b) Gangguan seksual ini tidak hanya terhad kepada perlakuan di tempat kerja atau dalam waktu kerja.

Peraturan 4A ( Gangguan Seksual) c) Gangguan seksual termasuk perbuatan dalam


menyatakan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan orang lain. d) Gangguan seksual tidak kira sama ada dilakukan secara lisan, bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain.

Peraturan 5 ( Pekerjaan Luar )


Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar. Walau bagaimanapun, seseorang pegawai itu dibolehkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran ketua jabatan Ketua jabatan akan memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan:

Dalam waktu pejabat dan semasa melakukan tugas rasmi. Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai penjawat awam. Tidak bercanggah dengan kepentingan penjawat awam.

Peraturan 23 ( Ketidakhadiran Tanpa Cuti)

Ketidakhadiran tanpa cuti bermaksud seseorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau terlebih dahulu mendapat kebenara daripada ketua jabatan atau tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 23 ( Peraturan-peraturan Lain Yang Berkaitan)


Perlu mematuhi etiket berpakaian yang telah ditetapkan. Tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali untuk tujaun perubatan. Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah, sama ada dengan atau tanpa cagaran. Tidak boleh mengadakan atau mengelolakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain tujuan kebajikan. Tidak boleh menerbitkan atau menulis apa-apa buku, majalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi berperingkat.

TINDAKAN TATATERTIB
Perlanggaran mana-mana peruntukan yang termaktub dalam Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan tatatertib yang dikenakan akan mengikut prosedur-prosedur yang tertentu mengikut jenis-jenis salah laku.

Amaran

Buang kerja

Denda

HUKUMANHUKUMAN

Turun pangkat

Lucut hak emolumen

Tangguh pergerakan gaji

AMARAN
Boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru tidak mematuhi peraturanperaturan tatakelakuan dan tatatertib

DENDA/ LUCUT HAK EMOLUMEN


Apa jua denda yang dikenakan pada satu-satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi 7 hari pegawai kerajaan.

Diberi oleh ketua jabatan secara lisan atau bertulis

Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan masukkan ke dalam hasil kerajaan.

TANGGUH PERGERAKAN GAJI


Tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

TURUN PANGKAT

Menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.

TURUN GAJI
Pihak Berkuatkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut: Gaji hanya akan diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama. Penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih daripada 36 bulan.

AKTA PENDIDIKAN 1996


1
merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.

bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.

Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

TUJUAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996


memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi. memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.

penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.

memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

memperkukuhan latihan perguruan.

KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Seksyen 16


Seksyen 17 (2)
telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. Ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.

memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

Seksyen 18

memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 19
memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.

Seksyen 21
memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.

Seksyen 37 & 38
membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

Seksyen 47 (1)
membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.

Seksyen 40
yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

Seksyen 50
memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.

Seksyen 69
semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

Seksyen 77
menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.

Pendidikan Prasekolah -pendidikan bagi murid dari umur empat hingga enam tahun

Pendidikan Rendah -kursus pengajian peringkat rendah selama enam tahun.

Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan Menengah -Terbahagi kepada menengah rendah dan menengah tinggi.

Pendidikan Tinggi -Pendidikan yang disediakan oleh institut pendidikan tinggi untuk diploma dan ijazah.

Pendidikan Lepas Menengah -Pendidikan selepas tamat menengah tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

SEKOLAH

Sekolah Kerajaan - Sekolah yang ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kerajaan
Sekolah Kebangsaan -Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar. -Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib. -Kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil perlu diadakan jika ada permintaan ibu bapa lima belas orang murid sekolah tersebut.

Sekolah Bantuan Kerajaan -Sekolah yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh.

Sekolah Swasta - Sekolah persendirian di mana pembiayaan sepenuhnya dilakukan oleh pihak persedirian

Sekolah Jenis Kebangsaan -Menggunakan Bahasa Cina atau Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. -Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.

Pendidikan Khas -Tempoh untuk murid dalam program Pendidikan Khas tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan pendidikan menengah. - Kurikulum perlu mematuhi kehendak Kurikulum Kerajaan

Pengajaran Agama Islam -Sekiranya terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberi pengajaran Agama Islam.

Pengajaran Agama Selain Agama Islam -Boleh melaksanakan pengajaran agama selain agama Islam untuk murid tatapi peruntukan itu tidak dibiayai kerajaan. - Tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan keizinan ibu bapa secara bertulis.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama -Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan.

Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah -Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. - Telah ditetapkan bahawa murid akan memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan nilai pada akhir tempoh persekolahan masing-masing.

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan akta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh. Kurikulum diselaraskan. Peperiksaan yang sama. Pendidikan Islam diperluas. Pendidikan prasekolah diperluas. Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah. Pendidikan guru diperkukuh. Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik. Pendidikan khas diberi tumpuan.

Anda mungkin juga menyukai