Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Kelasn Catur merupakan merupakan satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk mewujudkan
generasi yang bijak membina strategi bermain catur. Pada mulanya, permainan catur
merupakan permainan papan yang dimainkan sebagai aktivti masa lapang. Pertandingan
catur yang semakin banyak diadakan memerlukan pemain catur yang lebih arif untuk
bertanding di dalamnya. Kelab Catur bertujuan untuk menghasilkan pemain catur yang
dapat bermain pada tahap yang lebih tinggi. Aktiviti yang berkaitan dan dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam bermain catur boleh memberikan murid itu kecekapan dalam
permainan catur.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi dan
bakat secara seimbang secara holistik dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial (JERIS) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Melahirkan generasi yang mempunyai sifat ingin bersaing.
2.3 Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam sukan catur
2.4 Dapat memilih pemain-pemain yang berbakat berpotensi untuk diketengahkan
dalam perlawanan hoki peringkat daerah, SBP dan ke peringkat yang lebih
tinggi

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memahami akan kepentingan strategi permainan untuk menewaskan pihak


lawan.

3.2 Mengenalpasti masalah berkaitan dengan punca murid melakukan kesilapan


dalam permainan catur

3.3 Mempelajari cara untuk mengerakkan buah catur dan menggunakan


kelebihannya.

3.4 Mengaplikasikan cara bermain catur yang telah diajarkan dalam pertandingan
catur.

3.5 Mengamalkan budaya bermain yang sihat dan tidak menggunakan cara yang
salah untuk menang.

3.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan
jantina.

4.0 PENYERTAAN / SASARAN

4.1 Murid Tahap 1 DAN 2 Sekolah Kebangsaan Taman Segar


5.0 MAKLUMAT AKTIVITI

5.1 Dibuka kepada murid Tahap 1 dan 2 yang berminat

5.2 Yuran sebanyak RM80 sebulan (tenaga pengajar luar)

5.3 Latihan adalah 4 kali seminggu dan 1 jam 30 minit setiap sesi

5.4 Tarikh mula

Tahap 1 : 5 September 2023

Tahap 2 : 7 September 2023

5.4 Waktu latihan

Tahap 1 : Selasa (1.30 - 3.00 petang)

Tahap 2 : Khamis (1.30 – 3.00 prtang)

**max 25 orang murid setiap sesi

6.0 JADUAL PERANCANGAN

BIL PERKARA
1. Pengenalan permainan catur
2. Kedudukan buah catur
3. Peraturan permainan
4. Fungsi buah catur
5. Teknik asas
6. Latihan
7. Teknik gerakan khas
8. Latihan catur
9. Pertandingan Dalaman
7.0 CADANGAN PERINCIAN PERBELANJAAN ANGGARAN PERUNTUKAN

BIL PERKARA HARGA JUMLAH


SEUNIT
1. Yuran Jurulatih RM 80 ( ikut bilangan
murid )
3. Peralatan
 Papan catur - -
 Jam Catur - -
4. Hadiah
 Tahap 1 RM 10 X 3 RM 30
 Tahap 2 RM 10 X 3 RM 30
JUMLAH KESELURUHAN Rm 60

8.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan kelas catur dapat menimbulkan minat pelajar dalam


bermain catur pada tahap yang lebih tinggi. Selain itu, kemahiran dan
kecekapan dalam bermain catur dapat diasahkan lagi dalam kalangan murid
kerana adanya bimbingan daripada guru pembimbing yang berpengalaman.
Murid juga dapat menambah lebih banyak ilmu dengan bertanya kepada guru-
guru tentang teknik-teknik yang boleh dimanfaatkan dalam pertandingan
ataupun permainan kasual. Oleh itu, adalah diharapkan kertas cadangan ini
mendapat kelulusan sepenuhnya demi pembangunan sukan catur.
Disediakan oleh,

..................................................................
(AZNI BINTI AIM@IBRAHIM)
Penyelaras Kelab Catur
SK Taman Segar

Tarikh: 26 Julai 2023

Ulasan Pentadbir:

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Diluluskan / Tidak Diluluskan

........................................................
(KHATIJAH BINTI MAULUD)
Guru Besar
SK Taman Segar

Tarikh: __________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEGAR,
JALAN MANIS 56100 CHERAS,
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

PROGRAM
PEMBANGUNAN CATUR
SK TAMAN SEGAR

SASARAN :
MURID-MURID SK TAMAN SEGAR

ANJURAN :
KELAB CATUR
SK TAMAN SEGAR

Anda mungkin juga menyukai