Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN MURID STEM DAN RBT

PANITIA RBT DENGAN KERJASAMA KELAB STEM


SK RKT LASAH 2023

1.0 PENDAHULUAN

Murid-murid yang telah dipilih mewakili sekolah perlu menjalani Latihan intensif sebagai
persediaan melengkapkan diri ke Karnival STREAM dan STEM Peringkat Daereah Kuala Kangsar.
Oleh itu, Panitia RBT dan Kelab STEM SK RKT Lasah mengambil inisiatif untuk mendedahkan pada
murid bagi merasai sendiri suasana pertandingan yang akan diadakan sempena Karnival STREAM
dan STEM yang dijangka berlangsung pada 14 Julai 2023 di SK Raja Perempuan Mazwin, Kuala
Kangsar. Hal ini adalah bagi mempersiapkan murid dan memberi gambaran sebenar pertandingan
dan diharap dapat menaikkan semangat murid untuk melakukan yang terbaik semasa pertandingan
tersebut.

2.0 RASIONAL

Murid-murid akan didedahkan dengan suasana pertandingan sebenar. Selain itu, kertas kerja ini
juga dimajukan bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan ibubapa murid untuk
menjalankan latihan mengikut jadual latihan yang telah disediakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan kepada murid tentang suasana sebenar pertandingan yang akan dilaksanakan
kelak.
3.2 Memberikan semangat kepada pasukan sekolah untuk berlatih bersungguh-sungguh
sebelum pertandingan sebenar.
3.3 Memberi peluang kepada murid untuk menilai kemahiran merekacipta serta memperbaiki
kelemahan yang ada.
3.4 Memberi kesedaran kepada pasukan sekolah tentang kepentingan kerjasama dalam satu
pasukan.
3.5 Peserta akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

4.0 MATLAMAT

Pasukan RBT dan STEM sekolah dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam Karnival STREAM
Peringkat Daerah Kuala Kangsar.

5.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Program ini akan dilaksanakan setiap minggu sepanjang bulan Julai.


6.0 SASARAN DAN MAKLUMAT LATIHAN

“Sila Rujuk Lampiran”

7.0 PENUTUP

Diharapkan dengan Program yang akan dilaksanakan ini akan membantu meningkatkan kemahiran
murid bagi menyertai Karnival STREAM peringkat Daerah Kuala Kangsar. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak sekolah, Ibubapa, guru-guru serta murid yang terlibat amatlah diharapkan bagi
merealisasikan matlamat kemenjadian murid.

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DILULUSKAN OLEH

____________________________ ____________________________ ____________________________


(Mohammad Salleh bin Birin Sani) (En. Othman bin Samsudin) (En. Mohd Jamil bin Ngah)
Ketua Panitia RBT, P. Kanan Kurikulum, Guru Besar,
SK RKT Lasah 2023 SK RKT Lasah 2023 SK RKT Lasah 2023

LAMPIRAN 1
JADUAL LATIHAN PASUKAN RBT DAN STEM SEK. KEB. RKT LASAH

1. KATEGORI ROBOTIC CHALENGE


Guru Pembimbing : EN. Mohammad Salleh bin Birin Sani
Masa Latihan : Slot 1 - 02:00ptg – 04:00ptg (Isnin)
Slot 2 - 08:00pagi – 10:00pagi (Rabu)
Slot 3 - 02:00ptg – 04:00ptg (Khamis)
Tempat latihan : BILIK GURU
BI NAMA MURID TAHUN CATATAN
L

JADUAL LATIHAN PASUKAN RBT DAN STEM SEK. KEB. RKT LASAH

2. KATEGORI PENYEDIAAN BENTO


Guru Pembimbing : Ustazah Rosmizah binti Zainol
Masa Latihan : Slot 1 - 02:00ptg – 04:00ptg (Isnin)
Slot 2 - 08:00pagi – 10:00pagi (Rabu)
Slot 3 - 02:00ptg – 04:00ptg (Khamis)
Tempat latihan : MAKMAL RBT

BI NAMA MURID TAHUN CATATAN


L

JADUAL LATIHAN PASUKAN RBT DAN STEM SEK. KEB. RKT LASAH

1. KATEGORI FAST DAN FURIOUS


Guru Pembimbing : EN. MUHAMMAD KHAIRI BIN ABU HASSAN
Masa Latihan : Slot 1 - 02:00ptg – 04:00ptg (Isnin)
Slot 2 - 08:00pagi – 10:00pagi (Rabu)
Slot 3 - 02:00ptg – 04:00ptg (Khamis)
Tempat latihan : MAKMAL RBT

BI NAMA MURID TAHUN CATATAN


L

Anda mungkin juga menyukai