Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : SRITI/P/03/15/(09)
Tarikh : 10 MAC 2023
17 SYAABAN 1444H
Kepada:
Pengarah SRITI Negeri.
U.p: Timbalan Pengarah (2) SRITI Negeri.

Tuan,
JEMPUTAN BENGKEL TRAINING OF TRAINER TAHFIZ QURAN SUNNAH SRITI MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Sektor Pembangunan Akademik SRITI Malaysia akan mengadakan Bengkel
Training of Trainer Tahfiz Quran Sunnah (TQS) seperti ketetapan berikut:

Tarikh :25 dan 26 Mac 2023 (Sabtu dan Ahad)


Tempat :Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak
Masa :Sila rujuk tentatif di lampiran
Sasaran Peserta :Seorang Guru TQS / SRITI (Sabah dan Sarawak dikecualikan)
Kriteria Peserta :Guru yang telah berkhidmat dan mengajar TQS di SRITI
sekurang-kurangnya setahun (Guru Besar dikecualikan)
Yuran : RM 100/Individu (sebelum program berlangsung)
*(Pembayaran ke akaun Jabatan SRITI Malaysia : 12225010013855 – Bank Islam)

3. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan Guru TQS di semua negeri mendapat
latihan kaedah pengajaran dan pembelajaran TQS yang betul dan memastikan pelaksanaan TQS mengikut
kaedah yang telah ditetapkan.

4. Sehubungan dengan itu, semua peserta dikehendaki memberikan maklum balas kehadiran melalui
pautan berikut: https://forms.gle/7qBsEMKDZ5Ba3EFeA selewatnya pada 20 Mac 2023 (Isnin). Sebarang
pertanyaan berkenaan perkara ini, sila hubungi Ustaz Azri Hilmi bin Mansor : 013-6280480 (Ketua Unit
TQS SRITI Malaysia).

Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MEMBINA GENERASI RABBANI MURABBI”

Yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(RIJALUDDIN BIN AHMAD)
Timbalan Ketua Pengarah (2),
Sektor Pembangunan Akademik SRITI Malaysia.

S.k:
Guru Besar SRITI
Ruj. Kami : SRITI/P/03/15/(09)

LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM
BENGKEL TRAINING OF TRAINER TAHFIZ QURAN SUNNAH SRITI MALAYSIA

25 Mac 2023 (Sabtu)


9.00 pagi Pendaftaran
9.30 pagi Taklimat Program dan Ice-Breaking
10.00 pagi SLOT 1 (Falsafah Kurikulum TQS):
Pengenalan Bahan dan Kaedah
11.30 pagi SLOT 2 (Kemahiran Al-Quran):
Makhraj Huruf
1.00 petang Rehat dan Daftar Penginapan
2.30 petang SLOT 3 (Kemahiran Al-Quran):
Rukun 5 dan Mad
4.00 petang Rehat dan Solat
5.00 petang SLOT 4 (Pedagogi):
Pelaksanaan TQS
6.30 petang Rehat dan Kendiri
7.30 petang Iftar dan Solat
9.30 malam SLOT 5 (Micro-teaching dan Simulasi):
Simulasi dan RPM
11.00 malam Himpun Daya

26 Mac 2023 (Ahad)


8.30 pagi SLOT 6 (Penilaian dan Pentaksiran):
Pengurusan Pelaporan
10.00 pagi SLOT 7 (Pencerapan Guru):
Instrumen Pencerapan dan Pelaporan Guru
11.30 pagi Resolusi dan Majlis Penutupan
12.30 tengah hari Bersurai
*Tertakluk kepada perubahan semasa

Anda mungkin juga menyukai