Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN

PERMAINAN PETANQUE

SMK DATO’ UNDANG SYED ALI AL-JUFRI

TAHUN 2017
1.0 RASIONAL
Memperkasakan mutu pembelajaran di dalam atau di luar kelas di samping meningkatkan
kualiti sukan dan permainan. Selain turut memberi ruang dan peluang kepada semua
murid untuk menceburkan diri, dapat mengembangkan bakat kepimpinan murid dan
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan msyarakat setempat serta menyemai
budaya cinta akan sukan.

2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini dapat memberikan pendedahan dan mengembangkan bakat murid
dalam kemahiran permainan petanque.

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini supaya murid dapat menguasai kemahiran asas dalam petanque.
Selain itu, program ini dijalankan agar dapat memastikan kebitaraan petanque berjaya
iaitu masuk ke pusingan akhir bagi peringkat negeri. Program ini diharap dapat
menjadikan permainan petanque sebahagian daripada permainan yang diminati di
sekolah.
Selain itu, kertas kerja ini dibuat bagi memohon peruntukan bagi peserta petanque yang
menjalani latihan dan memasuki pertandingan.

4.0 MAKLUMAT PERLAKSANAAN


Dijalankan dalam DUA fasa:

4.1 Fasa Pertama


Menjalankan latihan secara terbuka kepada semua ahli kelab petanque dan murid yang
berminat untuk bermain petanque.

4.2 Fasa Kedua


Menjalankan latihan pusat berjadual secara sistematik bagi pasukan elit.
5.0 TARIKH
Rujuk lampiran A dan B

6.0 TEMPAT
Gelanggang petanque SMK Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri

7.0 MASA
Waktu Riadah Pelajar Asrama (5.00-6.00 petang)
Sabtu (pagi dan petang)

8.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar kelab petanque dan pelajar yang berminat untuk bermain petanque.

9.0 BILANGAN PESERTA


Peringkat Terbuka (semua yang mendaftar)
Pasukan Sekolah (sekurang-kurangnya 6 orang)

10.0 PERALATAN
Gelanggang petanque, bola petanque.

11.0 JADUAL LATIHAN


Rujuk Lampiran A

12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran B

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran C
14.0 HARAPAN DI AKHIR AKTIVITI
Pasukan elit petanque dapat diwujudkan seterusnya layak merangkul JOHAN dalam
peringkat negeri.

15.0 PENUTUP
Diharapkan kertas kerja untuk pembangunan sukan permainan petanque ini akan
mendapat pertimbanga sewajarnya daripada pihak tuan dan seterusnya meluluskan
program ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SERI MAHANI BT MOHD HAMIN) (MAZNI BT MOHAMED ISA)


Pengurus Pasukan Petanque GPK Kokurikulum SMK DUSAJ

Diluluskan oleh,

(AMIR FUAD BIN MOHD DOM)


Pengetua SMK DUSAJ
LAMPIRAN A

JADUAL LATIHAN BAGI SEMUA PEMAIN SEBELUM PEMILIHAN

Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat (Waktu Riadah Asrama) iaitu 5.00 hingga 6.00
petang tetapi mengikut kesesuaian masa.

BIL HARI/TARIKH WAKTU LATIHAN


8.30 – 10.00 Pagi REHAT 04.00 – 06.00 Petang
SABTU/21.01.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
1
SABTU/04.02.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
2
SABTU/18.02.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
3
SABTU/04.03.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
4

JADUAL LATIHAN BAGI PASUKAN ELIT

Setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat (Waktu Riadah Asrama) iaitu 5.00 hingga 6.00
petang tetapi mengikut kesesuaian masa.

BIL HARI/TARIKH WAKTU LATIHAN


8.30 – 10.00 Pagi REHAT 04.00 – 06.00 Petang
SABTU/01.04.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
1
SABTU/15.04.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
2
SABTU/29.04.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
3
SABTU/13.05.2017 Latihan Kecergasan Latihan Kemahiran/Teknik/Undang-undang
4
BULAN RAMADHAN HARI RAYA PUASA
LAMPIRAN B

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penaung
Yang Dipertua PIBG Sekolah
Koperasi SMK DUSAJ

Pengerusi
Tuan Amir Fuad Bin Mohd Dom

Naib Pengerusi
Puan Mazni Binti Mohamed Isa

Setiausaha/ Pengurus Pasukan


Puan Seri Mahani Bt Mohd Hamin

Guru Penasihat
Encik Zulkhairi Bin Mohd Hassan
Puan Norhazilah Bt Mohd Idris
Puan Zuraini Bt Ismail

Jurulatih Luar
Komuniti Luar/ Pensyarah Kolej Komuniti
Alumni SMK DUSAJ
LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1 Jurulatih Luar (2sesi x RM 100) RM 200

2 Makan/ minum murid

1. Latihan (8 hari Sabtu x RM20) RM160.00


2. Pertandingan (6org x RM5) x 2hari RM 60.00

JUMLAH RM 420

Anda mungkin juga menyukai