Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PEMBANGUNAN SUKAN TENIS


SK SENTUL 2

PENDAHULUAN

Persatuan Tenis Sekolah Kebangsaan Sentul 2 akan mengadakan program


pembangunan tenis bagi memantapkan kemahiran dan teknik pasukan tenis SK Sentul 2 yang
akan menyertai pertandingan peringkat MSSWPKL. Program ini diadakan bagi memberikan
pendedahan dan melatih pelajar dalam sukan ini.

NAMA AKTIVITI
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN TENIS.

1. OBJEKTIF

1.1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid agar dapat
membantu murid menjadi insan yang berdisiplin, berdikari, dan bernilai murni tinggi.
1.2. Memberi latihan awal agar dapat melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan .
1.3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara sukan tenis di samping mempunyai sahsiah
dan jati diri yang tinggi.
1.4. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan tenis.

1
2. RASIONAL

2.1 Memberikan satu aktiviti yang sihat kepada ahli persatuan tenis yang dapat
mendidik dan membina jati diri yang teguh.
2.2 Memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada para pemain untuk menjalani latihan
serta penghargaan atas usaha gigih mereka
2.3 Mewujudkan semangat dan daya saing yang sihat serta efektif dalam bidang
sukan.

3. AKTIVITI -AKTIVITI

3.1 Sepanjang tahun


3.1.1 Latihan mingguan
3.1.2 Kursus Kemahiran Asas Tenis.
3.1.3 Pertandingan

4. SASARAN PELAJAR

Ahli persatuan dan murid yang telah berjaya melepasi ujian pemilihan bakat.

1. ANGGARAN PERUNTUKAN

Bil PERKARA KOS


1. RAKET TENIS 4 x RM60.00 = RM240.00

2. BOLA TENIS 2 x RM20.00 = RM40.00

3. PORTABLE TENNIS NET RM500.00

4. SEWA COURT DI TASIK TITIWANGSA 10 X RM10 = RM100.00

5. KOS PENGANGKUTAN 10 X RM20 = RM200.00

JUMLAH RM1080.00

2
JAWATAN KUASA PROGRAM PEMBANGUNAN TENIS 2019.

AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT
Pn. Siti Awa Bt. Jamil
(Guru Besar SK Sentul 2)

PENGERUSI
En. Yusoff B. Mohd
(GPK KOKO SK Sentul 2)

PENGURUS
En. Mohd Rafi Bin Mohd Zain

JURULATIH
En. Hasan Basri Bin Samion

AHLI JAWATANKUASA
Pn. Nurul Aida Binti Zakaria
Pn. Wan Suhaiza Binti Wan Sulong

3
5.0 PENUTUP

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami


ini.Sesungguhnya bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan akan membantu
Program Pembangunan Sukan Tenis yang dirancang ini . Hal ini pasti dapat
meningkatkan kecemerlangan pemain-pemain tenis SK Sentul 2 dan seterusnya dapat
mengharumkan nama sekolah . Persatuan Tenis SK Sentul 2 berharap dapat
memberikan hasil seperti yang ditetapkan di samping memberikan peluang kepada
murid-murid sekolah ini untuk menjayakan aktiviti yang dapat membina keperibadian
pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami
juga,dengan adanya bantuan ini dapat memberikan impak yang baik dan positif
kepada murid-murid SK Sentul 2.

Disediakan oleh :

_______________________________________
(MOHAMAD RAFI B MOHD ZAIN)
Pengurus Pasukan Tenis ,
Sekolah Kebangsaan Sentul 2

Disemak oleh :

____________________________________
(YUSOFF BIN MOHD)
GURU PENOLONG KANAN KOKORIKULUM
SK SENTUL 2

Disahkan oleh :

_____________________________________

4
5

Anda mungkin juga menyukai