Anda di halaman 1dari 7

KEJOHANAN

SEPAK TAKRAW
MSS ZonTimur
KOTA BELUD
2018
Tempat :
SK TARINTIDON,KB
Tarikh :
18 Januari 2018
1.0 TAJUK
Kejohanan Sepak Takraw MSSZon Timur Kota Belud 2018

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan punca kuasa untuk
melaksanakan Kejohanan Sepak Takraw MSS Zon Timur Kota Belud 2018.

3.0 MATLAMAT
1. Untuk mengembangkan bakat pelajar dalam kemahiran sepak takraw, penghayatan
dan amalan nilai murni semasa menjalankan pertandingan, bekerjasama sesama rakan
sepasukan untuk meningkatkan silaturahim, melahirkan individu yang berpengalaman,
berkemahiran dalam permainan sepak takraw serta dapat membentuk satu pasukan Elit
yang mantap untuk tahun 2018.
2 Pertandingan ini juga bertujuan untuk menyemai dan mengukuhkan
daya disiplin pelajar dan berani menghadapi cabaran dan yakin diri serta
dapat membentuk semangat jati diri dan semangat cintakan negara.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan pelajar.
4.2 Memupuk semangat integrasi nasional, setiakawan, bekerjasama, keakraban dan
toleransi yang dapat meningkatkan semangat perpaduan dan integrasi di kalangan
peserta berbilang kaum
4.3 Membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran, bertanggungjawab terhadap
peranan.
4.4 Memperluas lagi peluang penglibatan pelajar dalam aktiviti Unit permainan Sepak
Takraw.
4.5 Melahirkan atlet yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan sepak takraw.

5.0 LATAR BELAKANG


Sukan merupakan satu wadah penting dalam menyatu dan mengeratkan
hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Sukan sepak takraw adalah satu
contoh sukan yangsangat diminati oleh masyarakat kita. Sepak takraw adalah satu sukan
warisan daripada sukan sepak raga yang telah dimodenkan. Sukan sepak takraw telah
menjadi permainan tradisi dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya.

Sukan ini telah menyatukan masyarakat dan turut membantu menjauhkan dari
aktiviti-aktiviti tidak sihat serta melahirkan warga yang sihat dan berdaya maju.
Masyarakat yang sihat dan bersatu akan melahirkan momentum yang besar ke arah
masyarakat yang maju dan berjaya. Sukan ini telah melahirkan sinergi yang
menjadi sumber kepada perpaduan masyarakat.Selari dengan perkembangan semasa
yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung
kepada pencapaian akademik semata-mata bahkanpara pelajar juga perlu memiliki ciri-
ciri keperibadian yang mantap, berketrampilan, pekerti
yang mulia serta berkebolehan.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan
dihayati sepanjang kejohanan ini. Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa mematuhi
setiap peraturan yang ditetapkan sekaligus mencapai kejayaan yang cemerlang.

6.0 RASIONAL
Kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang ada dikalangan
pelajar-pelajar dalam Zon Timur Kota belud dan seterusnya adalah untuk diserapkan ke
pasukan Zon Timur ke Peringkat Daerah.

7.0 TARIKH DAN JANGKA MASA PROGRAM


7.1 Tarikh : 18 Januari 2018
7.2 Jangka Masa : 1 hari
7.3 Tempat : Gelanggan Sepak Takraw SK Tarintidon

8.0 BILANGAN PEGAWAI / PESERTA


8.1 Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Sepak Takraw ialah seperti
berikut :
Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )
Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Peserta
9.0 PENYERTAAN
9.1 Penyertaan adalah sekolah-sekolah zon timur Daerah Kota Belud.
9.2 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
9.3 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah
tidak dibenarkan.
9.4 Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada
pengelola bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran.

10.0 SUMBER KEWANGAN


10.1 Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai pertandingan
10.2 Sumbangan Peseorangan/Syarikat/Koprat.
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah
seunit(RM) (RM)
1 Net Sepak Takraw 2 75 150
2 Sepak takraw 4 30 120
3 Piala 3 65 195
4 Medal 15 10 150
5 Mineral water 10 11 110
6 Makan tengahari(Murid) 55 5 275
7. Banner 1 150 150
8. PA System 1(sewa) 100 100
9 Kanopy 1(sewa) 100 100
10 Sijil 100 1 100
11 Tag nama 50 2 100

JUMLAH 1550
AHLI JAWATANKUASA INDUK/ PENGELOLA KEJOHANAN SEPAK TAKRAW B 12
TAHUN PERINGKAT ZON TIMUR, KOTA BELUD

PENASIHAT : PPD KOTA BELUD

PENGERUSI : Encik Bantason Bin Sinua


( Guru Besar SK. Tarintidon )

TIMBALAN PENGERUSI ( I ) : Encik Jaudy Suani


( Penolong Kanan Kokurikulum )

KETUA PENYELARAS : Encik Dunip Kundangau

SETIAUSAHA : Encik Samson Miaau

BENDAHARI : Puan Rosia Bokilauh

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM :

Nama Biro Catatan

1. En David Wilton Persiapan


Venue/tempat
2. En Ris Gintua

1. En Saidin Mamad Pengadil/Hakim


2. En Dunip Kundangau

1. Pn.Sandra Yohana Ukoh Hadiah/sijil


2. Pn Rosia Bongkilau
3.

1. En Jeflin Ibin banner


2. En. Mohd Ikhwan Raujik

1. En Alexsorn Thumas Pa System


2. En David Wilton

1. Pn Saimah Zainal Makanan


2. Pn Norra Kudandang
3.

1. En Johnney Jefered Pendaftaran Peserta


2. Cik Marinah

1. Pn Liza Sitan Kecemasan

1. En Bistery Timbun Keselamatan


& Pengawal Keselamatan

1. Pn Hairin Barok Kebersihan

1. Pn Sandra Yohana Ukoh Juruacara

Disediakan Oleh Disemak oleh

Samson Miaau Jaudy Suani


Setiausaha PK Kokum
SK Tarintidon

Disahkan Oleh
Encik Bantason Sinua
Guru Besar
SK Tarintidon

SENARAI SEKOLAH DALAM ZON TIMUR

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2
1 TARINTIDON A 1 TARINTIDON B
2 SK PIASAU 2 SK TEMPASUK 2
3 SK TEMPASUK 1 3 SK TAMBULION
4 SK NAHABA 4 SK SAYAP
5 SK ROSOK 5 SK LOSOU PODI
6 SK TENGKURUS 6 SK BANGKAHAK

Anda mungkin juga menyukai