Anda di halaman 1dari 13

AKAUNTABILITI SEBAGAI PENJAWAT AWAM

Pendidik Profesional bermaksud seseorang yang telah melalui latihan dan pendidikan iktisas secara berterusan dalam bidang perguruan di peringkat pra atau dalam perkhidmatan dan telah mula mengamalkan ilmu perguruannya di bilik darjah dalam sistem persekolahan mengikut peringkat institusi yang ditentukan serta membudayakan dalam kerjayanya ciriciri profesionalisme keguruan yang berikut;

Mengutamakan klien terutama pelajar Sentiasa berketrampilan dan berpengetahuan dalam tubuh ilmu pendidikan Mematuhi kawalan dan etika profesion Menganggotai badan profesional

DEFINISI AKAUNTABILITI
1.Akauntabiliti merupakan satu tugas dan kewajipan yang mesti dilakukan dengan sebaiknya . 2.Akauntabiliti ialah tugas dan tanggungjawab yang dilakukan dengan sebaiknya dan ia pula bersedia untuk menerima kesan dan implikasi dari satu perbuatan atas apa yang dilakukannya.

3.Kewajipan yang mesti dilaksanakan atas rasa kepertangungjawaban. 4.Memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertangungjawab.

TUGAS KITA SEBAGAI PEMIMPIN PENDIDIKAN

Meningkatkan semangat berpasukan di kalangan tenaga kerja. Mewujudkan kejelekitan di antara: o Guru-Guru o Guru-Guru Besar/Pengetua o Guru- Ibubapa o Guru - Masyarakat

TUGAS SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN


Perubahan falsafah Perubahan arah haluan dan gerak tuju Perubahan sistem Perubahan kurikulum Perubahan Pedagogi Perubahan Kaedah Penilaian dan Pengukuran Perubahan Institusi Pendidikan

CIRI-CIRI GURU YANG MEMPUNYAI SIKAP AKAUNTABILITI

Mempunyai minat mendalam terhadap karjaya dan sepenuh hati Memiliki sifat prihatin dan sensitif terhadap keperluan murid Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan Menjalankan penyelidikan dan kajian Mampu berfikiran positif ,profesional, beretika , berkarisma dan matang.

Mengambil peranan aktif , responsif dan melibatkan diri secara komited dengan program sekolah Mampu bertindak secara bijak dan kreatif menggunakan serta memanfaatkan segala kemudahan P&P yang ada disekeliling bagi meningkatkan pencapaian pelajar Melakukan pengubahsuaian terhadap Kualiti P&P dengan menguasai ilmu dan Kemahiran terkini

CIRI-CIRI YANG MENYOKONG AKAUNTABILITI DALAM TUGAS


AMANAH BEKERJASAMA BERBUDI MULIA BERDISIPLIN BERSIH BERSYUKUR JUJUR DAN IKHLAS SEDERHANA SYURA (BERBINCANG) TERATUR

TEKUN BEKERJA BERBUAT BAIK BERILMU KEPIMPINAN MEMUDAHKAN MEMBERI NASIHAT PEMAAF PEMBANGUNAN PERPADUAN SABAR

KAJIAN KES 1
Cikgu Belalang keluar dari kawasan sekolah tanpa memberitahu Guru Besar kerana ingin membayar cukai jalan keretanya yang telah tamat tempoh pada hari itu. Guru-guru lain pun berbuat demikian jika mempunyai hal-hal tertentu. Esok bermula cuti umum selama 3 hari dan semua pejabat kerajaan ditutup. Dia telah berjanji dengan keluarganya ingin balik kampung di sempadan Rusia. Pada pukul 2 petang hari itu juga Cikgu Belalang ditugaskan sebagai pengacara majlis sempena lawatan YB ke sekolahnya. Cikgu Belalang telah menggunakan duit yuran murid bagi membayar cukai jalan tersebut, tetapi dia akan membayarnya kerana dia tidak sempat keluarkan wang dari bank pada hari itu. Dia mempunyai cukup wang bagi membayarnya. Tapi malangnya dia tiba lambat di majlis pada petang itu dan keadaan menjadi kelamkabut kerana tidak ada pengacara. Guru Besar dan semua warga sekolah merasa malu. Bincangkan

KAJIAN KES 2
Cikgu Jagindas mempunyai kepakaran dalam bidang menjala ikan dan telah dilantik menjadi jurulatih peringkat negeri. Beliau jarang ada di sekolah dan P&P nya banyak yang terbengkalai. Tugas-tugasnya telah diambil oleh guru-guru lain. Tetapi sejak menjadi jurulatih banyak kejayaan telah ditempa terutamanya di peringkat Kebangsaan dan mengharumkan nama JPN. Semua pegawai JPN sayang dan menghormatinya termasuk Guru Besarnya. Dia juga selalu membelanja kawan-kawannya bila balik dari outstation dan banyak menderma untuk sekolah. Prestasi tahunan dia telah mendapat cemerlang bincangkan juga

KAJIAN KES 3
Cikgu Cempaka Sakti baru kematian suami dan mengajar di sebuah sekolah pedalaman yang mempunyai 6 orang guru. Semua guru di situ lelaki kecuali dirinya. Cikgu Megat Alam Sengketa sangat bersimpati dengan cikgu Cempaka Sakti terutama bila melihat anaknya yang masih kecil. Dia selalu menolong cikgu Cempaka Sakti ketika membawa anaknya ke klinik dan menemani cikgu Cempaka Sakti membuat kerja-kerja sekolah. Kerapkali juga cikgu Megat Alam Sengketa menolong mengajar kelas cikgu Cempaka Sakti dan dia merasa kasihan dia atas penderitaan yang dialami oleh cikgu Cempaka Sakti. Dalam pada itu banyak tugas cikgu Megat Alam Sengketa sendiri yang tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan masa dan akhirnya dia telah ditegur oleh guru besar dan menyebabkan dia mendapat prestasi yang rendah. Dia marah dengan guru besarnya dan langsung tidak membuat kerja-kerja sekolah. Bincangkanlah

Anda mungkin juga menyukai