Anda di halaman 1dari 4

BAB 2             GURU DAN PERUNDANGAN

1) PENDAHULUAN
- Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari
semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
-  Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah
diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain
dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
- Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan
dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada  2002.
- Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi
menjayakan matlamat pendidikan negara.

2)    PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)


1993  (PINDAAN 2002)

- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan


mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
- Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan
ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong
subperaturan 2(2).
- Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan
Awam amnya.
- Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai
awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki
tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan
panduan kepada orang lain.

3)    RASIONAL PERATURAN TATATERTIB INI DILAKSANAKAN ADALAH UNTUK


MEMASTIKAN PEGAWAI AWAM

- melaksanakan tugas dgn cekap, beramanah & bertanggungjawab


- meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri
- menjaga imej perkhidmatan awam 
- yg mlakukn kesalahan/melanggar peraturan dihukum.

4)    FAKTOR PENURUNAN KES INI ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT

- Program Latihan dan Taklimat


- Perkhidmatan Kaunseling
- Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

5)    PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN


TATATERTIB) 1993, (PINDAAN) 2002 (P.U.A.246). YANG TELAH MULA
DIKUATKUASAKAN PADA 20.6.2002, ANTARA PERATURAN YANG DIMASUKKAN
DALAM PERATURAN INI ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT

- Jenis-Jenis Kesalahan Yang Membolehkan Diambil Tindakan Tatatertib.


- Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Diambil Terhadap Pegawai Yang Melakukan
Kesalahan
- Hukuman Tindakan Tatatertib 
PERATURAN 3A
-Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan
tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar

PERATURAN 3B
-Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan

PERATURAN 3C
-Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan
tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan
segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-
peraturan ini
-Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil
tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan
peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia
boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 PERATURAN  4 (1)
-Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang
di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
-Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan
maruah negara, hormat dan patuh kepada undang- undang serta berusaha untuk
berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti
berikut;

•      Bersubahat dengan musuh negara


•      Membocorkan rahsia Kerajaan.
•      Memburuk-burukkan serta memperkecil- kecilkanbdasar serta tindakan
Kerajaan.
•      Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
•      Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

PERATURAN 4(2),  SESEORANG PEGAWAI TIDAK BOLEH


- mmblkgkn tgs awamnya demi kepentingan peribadinya;
- berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya)
- berkelakuan dengan apa2 cara yg mungkin menyebabkan syak yang munasabah
- Seseorang pegawai x boleh berkelakuan dgn cara yg blh memburukkan /mencemar
nama baik perkhidmatan awam
- Seseorang pegawai x blh krg cekap / krg berusaha
- Seseorang pegawai x blh  x jujur atau x amanah
- Seseorang pegawai x blh  x bertanggungjawab
- mmbawa /cuba mmbw apa2 bntk pengaruh / tknan luar
- Membantah atau melawan pegawai atasan
- cuai dalam melaksanakan tugasnya;

PERATURAN 7: MENYALAHGUNAKAN DADAH,PERKHIDMATAN PEGAWAI


BOLEH DITAMATKAN ATAS KEPENTINGAN AWAM [PERATURAN 49] 
-sekiranya Pegawai Mencapai Umur Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7
adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.

PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN


-Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu
dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah
Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan
ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel,
tambang bercuti dan lain-lain].

PERATURAN 11 : MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN/


PENDAPATAN YANG SAH.
Seseorang pegawai tidak boleh:
-menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.
-menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah
dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

PERATURAN 12 : MEMINJAM WANG/ MENJADI PENJAMIN TIDAK BOLEH


MEMINJAM WANG / MENJADI PENJAMIN KEPADA MANA-MANA ORANG.

PERATURAN 13: KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS

PERATURAN 16 : TIDAK BOLEH TERLIBAT DALAM PASARAN HADAPAN

PERATURAN 18 : PENERBITAN BUKU DAN KARYA


-Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya
lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN
PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat
rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

PERATURAN 20 : PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JURNAL


-Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting
akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan;
 Jabatan
 Profesional
 pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
 diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

PERATURAN 6 – PAKAIAN
-Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti
 Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
 Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

6) RUMUSAN PERATURAN
- Tingkatkan mutu perkhidmatan
- Halng penyelewengan
- Haling rasuah
- Banyak beri pengajaran
- Langkah pencegahan

7) AKTA PENDIDIKAN 1996


- merupakan lanjutan & pembaharuan dr Akta Pelajaran 1961.
- bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak
dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu
tinggi dan bertaraf dunia.
- berpaksi kepada perakuan2 utama Penyata Razak 1956 yg jadi asas dasar
pendidikan kebangsaan.
- banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
8) TUJUAN PENGGUBALAN AKTA PENDIDIKAN 1996 ADALAH UNTUK

- memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.


- Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar
dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan yang bermutu tinggi.
- utk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
- mencakupi perundangan pd thp prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi 
t’msk kerajaan dan sawasta.
- memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar utama.
- penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.
- menggunakan sistem penilaian & peperiksaan yg sama.
- Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.
- memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.
- mempertingkatkan pendidikan teknikal.
- memperkukuhan latihan perguruan.
- pendidikan swasta yang lebih sistematik.
- memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

19) ANTARA KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

-Seksyen 16: telah memberikan kategori kpd sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu


kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dgn jelas keperluan kelas
tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.
-Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di
semua sekolah.
-seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu ikut kurikulum kebangsaanmelainkan
yg dikecualikan.
- Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar
utk PeperiksaanAwam, melainkan yang dikecualikan.
- Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyelenggara
tadika.
- Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus
pengajianatau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan
mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
- seksyen 47 (1), membolehkan mktb perguruan (maktab pendidikan) mengadakan
kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil & mengadakan program kerjasama dengan
universiti / institusi pendidikan tinggi lain.
- seksyen 40, yg membolehkn Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah
khas / di mana2 sekolah rendah atau menengah.
- Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua
sekolahtermasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.
- Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan
kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
- Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan
program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri
terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai