Anda di halaman 1dari 12

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

1.1.1 Pendahuluan

Latihan industri adalah salah satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Penganjian Tinggi Malaysia (KPTM) yang telah ditetapkan oleh pihak politekniik kepada para pelajar yang menuntut di politeknik sama ada di peringkat sijil atau diploma. Oleh yang demikian, pelajar dikehendaki lulus latihan industri terlebih dahulu

sepenuhnya sebelum memasuki semester berikutnya. Pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta sering kali akan berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran yang lazim seperti masalah berkomunikasi dengan baik dan masalah dalam memahami bidang pekerjaan di luar skop alam pendidikan mer eka ketika ini. Mereka cuba memahami dan menghayati perkara tersebut dan mengikut pelajar itu sendiri. Maka sebagai langkah untuk mengurangi permasalah

tersebut, program latihan industri telah diperkenalkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang be rtujuan untuk memberi pendedahan dan

pengalaman kerja kepada mereka sebelum menamatkan pengajian. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu tidak kira agensi kerajaan atau firma swasta selama satu semester bagi mendedahkan kepada mereka perbezaan suasana alam pekerjaan yang sebenar dengan suasana politeknik sebelum menamatkan pengajian. Dalam menjalani latihan industri, pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik mahupun pihak firma yang dipoho n. Sekiranya ada di antara pelajar yang melanggar undang -undang atau syarat-syarat yang ditetapkan, pelajar tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan tersebut bergantung sepenuhnya kepada pihak firma atau politeknik untuk bertinda k terhadap pelajar atas sebarang perlanggaran undang -undang atau syarat-syarat yang ditetapkan. Justeru itu, pelajar dikehendaki menjalani latihan dengan baik dan anggaplah bahawa latihan yang di ikuti itu adalah salah satu cabaran yang perlu di tempuhi. Pelajar yang mengikuti program tersebut turut dapat membiasakan diri dengan suasana pengalaman kerja yang sebenar di samping memperoleh pengalaman kerja sambil belajar yang banyak memberi manfaat kepada diri mereka sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Program latihan ini juga mampun menerapkan nilai -nilai murni yang tinggi di kalangan pelajar seperti berdisiplin, menepati masa, bekerja sama, berdikari, hormat-menghormati, berwawasan, berakhlak mulia dan mengamalkan etika kerja yang betul sekali gus dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan dihormati yang terbukti menjadi teras kepada pembangunan sesebuah negara. Selain itu, latihan industri juga amat berguna dan penting kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja dapat menimba banyak pengalaman kerja, malah ilmu pengetahuan berkaitan kursus yang di ambil semasa di politeknik turut sama di peroleh. Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai

pengetahuan berkaitan penyediaan sesebuah laporan yang lengkap da n sempurna sebagai salah satu kelengkapan syarat program latihan industri. Program ini merupakan wadah yang amat berke san untuk melatih pelajar diri sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Melalui program ini juga, pengetahuan pelajar terh adap kursus serta teknik pengurusan akan bertambah baik dan meningkat. Oleh itu, pelaksanaan program dengan sebaik mungkin seharusnya menjadi peluang terbaik kepada pelajar untuk mendapatkan idea dan pengetahuan sebanyak mungkin serta berguna untuk manfaat pelajar itu sendiri pada masa akan datang.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

i. ii.

Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Membolehkan pelajar mengaitkan teori -teori yang dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.

iii.

Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.

iv.

Menanam nilai-nilai

murni

seperti

amanah,

bertanggungjawab,

berdisiplin dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. v. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan semasa berada di dalam industri. vi. Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh politeknik dengan sempurna.

1.1.3 Objektif Laporan

i. ii. iii.

Sebagai rekod atau buku catatan perkara penting yang di perolehi sepanjang pelajar menjalani latihan industri. Menjadi bahan bukti kepada latihan praktikal yang di lalui oleh pelajar. Salah satu syarat utama dalam memenuhi syarat -syarat yang ditetapakan oleh pihak politeknik kepada pelajar semasa menjalani latihan industri.

iv.

Memudahkan pensyarah untuk menyemak, menilai dan mengetahui tahap kebolehan serta kemampuan sebenar pelajar sepanjang tempoh latihan industri.

v.

Laporan yang baik, bermutu dan berkualiti serta mengikut prosedur yang betul dapat digunakan dalam sesi temuduga kerjaya dijadikan bahan rujukan pada masa hadapan. selain

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

i. ii.

Memberi pengalaman kepada pelajar Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, berdedikasi dan

berdisiplin dengan alam pekerjaan sebenar. iii. Mengetahui kepentingan dalam kerja berkumpulan

1.2 Latar Belakang Organisasi

Sri Sungai Dua Sdn. Bhd. (SSD) ditubuhkan pada 21 Ogos 1986 berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 155404 A. SSD mempunyai pengalaman selama lebih dari 23 tahun dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran mi nyak dan kargo. Selain itu,SSD juga mempunyai pengalaman dalam membuat penghantaran dengan Caltex Oil Malaysia Limited selama 10 tahun, sejak 18 Mac 1996 hingga 14 Julai 2006. Bayaran perkhidmatan SSD yang telah diterima adalah Ringgit Malaysia 2.3 juta.
1.2.1 Pengurusan

Sri Sungai Dua Sdn. Bhd. mempunyai 22 kakitangan pentadbiran / operasi dan 140 pemandu. Lokasi syarikat ini adalah kondusif dan amat mudah untuk akses ke jalanraya utama dengan luas keseluruhan kawasan sehingga 4 hektar dan ditambah lagi 2 hektar kekosongan untuk tujuan pembesaran. Syarikat ini dilengkapi dengan utiliti seperti pejabat

pentadbiran, pejabat operasi, bengkel tayar ,bengkel, cuci teluk, tempat pengisian diesel, tempat pemandu rehat, 24 / 7 Manning pos keselamatan, kawasan parkir kakitangan dan ruangan parkir lori yang besar dengan keluasan 1 hektar.
1.2.2 Perniagaan Semasa y y

Bahagian kargo 69 unit trak kargo Antara pelanggan untuk bahagian kargo ialah: Minyak pelincir Petronas Kilang Gula Padang Terap NAFAS (baja peladang)

Bahagian petroleum 31 unit lori tangki minyak

A t

l  PE AS

i l i t t ti t i i l

t l t t, i i t

i l i l

: j

i t i,

P i,  SHE  IP B  1. . C EK A i i t i A H

q il

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1

Pengenalan

Ketika di syarikat Sri Sungai Dua, saya telah ditempatkan di pejabat operasi iaitu Sungai Dua Logistics. Walaubagaimanapun, saya juga diberi tugas dalam semua bahagian yang ada di syarikat ini. Antaranya ialah bahagian kargo, bahagian akaun dan bahagian pentadbiran.

Ketika di minggu pertama, saya ditugaskan untuk memasukkan data ke dalam fail yang disediakan. Saya juga dikehendaki mengira debit akaun dan memasukkan data ke dalam jadual. Selain itu, saya didedahkan dengan sistem GPS yang dipasang pada setiap lori tangki untuk dipantau pergerakannya di komputer yang terdapat di pe jabat operasi. Di samping itu, saya juga dikehendaki menyemak emel syarikat untuk memeriksa senarai tempahan pada bulan November 2010 dan memasukkan data ke dalam komputer. Di minggu kedua, saya menyemak fail mengenai sisa berjadual yang dihasilkan oleh syarikat ini seperti sisa minyak hitam dan minyak hidraulik. Selain itu, saya ditugaskan untuk merekodkan jumlah jarak yang dilalui lori, kuantiti bahan(minyak) yang dibawa, bilangan trip perjalanan dan bilangan load pada bulan Januari hingga November 2010. Melalui tugasan ini,saya dapat mengetahui jenis bahan api yang dibawa,kuantiti maksimum kapasiti lori dan tempat-tempat bahan api ini dihantar. Di samping itu, saya melihat dan menyemak pelan kebakaran,kedudukan bangunan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan. Pada minggu ketiga, saya menyambung kerja -kerja membuat kesimpulan autobilling yang memakan masa hampir dua minggu untuk disiapkan. Selain itu, saya juga diberitahu tentang peratus pembayaran kepada syarikat dan pemandu. Seterusnya, saya diberi tugasan mengira jumlah bayaran tol sepanjang bulan Oktober dan November 2010. Di minggu keempat, saya telah ditugaskan untuk menyiapkan ETA(Estimate Time Arrival) Monitoring Summary untuk bulan November2010. Menerusi ETA ini saya mengisi jadual masa lori tiba di Depo Petronas Prai,masa keluar dari depo dan masa tiba di stesen pertama. Selain itu, saya telah mengikuti lawatan ke depo/terminal minyak Petronas di kawasan perindustrian Prai untuk melihat sendiri kelancaran lori Sri Sungai Dua mengisi minyak sebelum dihantar ke stesen minyak. Saya juga membaca maklumat tentang Carta Pengurusan Risiko Kemalangan yang

menerangkan tentang langkah -langkah yang perlu diambil jika berlaku kemalangan. Di minggu kelima, saya meneliti maklumat tentang pengambilan RKP(Rakan Khidmat Penghantaran)/pemandu baru. Maklumat ini mengenai prosedur pengambilan RKP baru. Di samping itu, saya membaca buku tentang Pemetaan Laluan Bahaya dan Laluan Rasmi Penghantara n Wilayah Utara. Buku ini memberi informasi tentang laluan selamat yang perlu dilalui, jarak perjalanan, hentian rehat dan rawat di lebuhraya, senarai stesen minyak mengikut negeri dan laluan yang berbahaya dan tidak sesuai untuk dilalui oleh lori tangki. Saya juga mendapat serba sedikit maklumat mengenai sejarah penubuhan syarikat, pengurusan, gambar -gambar berkaitan syarikat, carta organisasi, polisi syarikat, lesen dan anugerah yang diperolehi serta operasi perniagaan semasa yang sedang dijalankan. Di minggu keenam, saya lebih banyak membaca fail -fail yang terdapat di dalam pejabat operasi.Antaranya ialah peralatan keselamatan yang perlu disediakan syarikat untuk para pekerja (pemandu,mekanik,tyreman), polisi syarikat, fail Garis Panduan Kaw alan Kelajuan Lori Tangki serta skop dan ringkasan tugasan kakitangan. Selain itu, saya juga mengikuti Pegawai Keselamatan memeriksa alat pemadam api di seluruh kawasan syarikat dan pada lori tangki untuk memastikan ia masih boleh digunakan atau sebaliknya . Di minggu ketujuh, sama seperti di minggu yang keenam. Saya hanya meneliti fail-fail yang terdapat di dalam pejabat. Antaranya ialah sebab-sebab berlakunya kemalangan, fail pemanduan berhemah, Buku Panduan RKP dan fail mengenai ciri -ciri gasoline (petrol) tanpa plumbum. Di samping itu, saya di minta untuk menyemak jumlah baja yang dihantar ke lokasi tertentu. Di minggu kelapan, saya telah mengikuti beberapa orang staf dan Pengurus Operasi ke Stesen Minyak Petronas Sungai Kob untuk mendengar taklimat dan demonstrasi pemakain abah -abah keselamatan (safety harness)

10

oleh pihak Petronas. Selain itu, taklimat ini juga mengenai langkah -langkah keselamatan di stesen dan fungsifungsi bahagian lori tangki. Di minggu kesembilan, saya diberi penerangan tentang jenis -jenis bahan yang dibawa oleh lori tangki syarikat. Selain itu, saya juga membantu Penyelia Keselamatan menyiapkan laporan kemalangan secara menyeluruh yang melibatkan lori tangki syarikat di Bukit Tambun. Di samping itu , saya juga melihat Penyelia Operasi membuat order (jadual) senarai tempat yang perlu dituju untuk membuat penghantaran minyak. Pada minggu kesepuluh, saya mendapat informasi mengenai syarikat sub-kontraktor Sungai Dua Logistics iaitu Daya Qurban Saintifik, artawan Syukur, Syarikat Mohd. Sidek, RRY Entreprise dan Mahsiru Entreprise. Sungai Dua Logistics adalah gabungan enam buah syarikat tersebut dan merupakan anak syarikat Sri Sungai Dua. Selain daripada itu, saya mengikuti Encik Fadzil ke Terminal Minyak Petronas,Prai untuk membuat pemantaun berdasarkan laporan tumpahan minyak semasa proses pengisian minyak ke dalam tangki lori. Pada minggu kesebelas, saya telah mengikuti Encik Fadzil ke IPD Jawi untuk mengambil laporan polis berhubung dengan kem alangan yang berlaku di Bukit Tambun atas arahan pihak Petronas. Selain itu, saya juga memantau pergerakan setiap lori syarikat melalui sistem GPS yang dipasang pada lori. Saya juga membuat kerja -kerja mengira jumlah tol DN(delivery note) untuk setiap lori Petronas. Pada minggu keduabelas, saya mengikuti Penyelia Keselamatan dan Pengurus Operasi ke Sungai Dua kerana lori tangki SDL mengalami kemalangan serta telah melanggar bahagian belakang sebuah bas sekolah. Saya juga dikehendaki menyemak senarai jad ual pergerakan lori pada hari Jumaat. Selain itu, saya juga membantu Encik Fadzil menyiapkan laporan kemalangan di Sungai Dua.

11

Pada minggu ketigabelas, saya telah mengikuti lawatan ke Alor Star untuk membuat Road azard Mapping. Selain itu, saya juga dik ehendaki menfotostat kad pengenalan, lesen dan GDL untuk setiap pemohon kerja sebagai pemandu baru. Selain itu, saya juga membaca dan mengemaskini fail mengenai aduan RKP. Pada minggu ke empatbelas, saya diberi tugasan membuat jadual harian pemandu dan kea daan lori pada bulan Mac hingga Disember 2011. Selain itu, saya juga menyelidiki fail mengenai jumlah sisa berjadual yang dihasilkan di bengkel. Pada minggu ke lima belas, saya mengisi borang arahan pembaikan/pertukaran, borang pemeriksaan lori untuk memastikan lori dalam keadaan baik, borang insiden yang hampir berlaku dan borang keadaan yang tidak selamat serta borang potensi insiden dari bulan April 2010 hingga Mac 2011. Di samping itu, saya juga mengikuti Penyelia Keselamatan ke Pejabat Operasi MISC Logistics di Kubang Semang. Pada minggu ke enam belas, saya diminta mengira jumlah Personal Protective E uipment (PPE) yang terdapat di dalam almari. Saya juga dikehendaki menghantar dan mengambil pemandu di Terminal Minyak, Prai untuk tujuan penghantaran lori untuk dibaiki. Selain itu, saya mengikut lawatan ke Depo Petronas di Lumut. Saya juga dikehendaki menfaks surat kepada pihak Petronas berkenaan dengan Daily Trip Available. Pada minggu ke tujuh belas, saya menyemak senarai perancangan syarikat untuk tahun 2011. Selain itu, saya juga mengikuti perjalanan ke bengkel untuk melihat lori yang telah dibaiki dan ingin dibaiki. Selain itu, saya juga dikehendaki menjawab panggilan telefon daripada pihak Petronas. Pada minggu ke lapan belas, saya diminta untuk mengira dan merekodkan tempoh perkhidmatan setiap lori tangki dan treler sejak lori itu mula beroperasi hingga 1/4/2011. Saya juga mendapat lawatan daripada pensyarah Jabatan ospitaliti iaitu Encik Mohd Redz uan dan Encik Azhan.

12

Selain itu, saya mengikuti staf -staf Sungai Dua Logistics ke Terowong Menora, Ipoh untuk menghadiri Menora Exercise (MENEX). Saya juga membaca fail mengenai kesalahan -kesalahan yang dilakukan oleh RKP dan hukuman yang akan dilakukan. Pada minggu ke sembilan belas, saya telah menyiapkan jadual untuk membezakan order Sungai Dua Logistics dan MISC aulier. Selain itu, saya juga dikehendaki menfotostat senarai trip untuk baja NAFAS, FELCRA dan lain-lain. Saya juga dikehendaki menyemak kehadiran pemandu untuk bulan Mac 2011. Pada minggu ke dua puluh, saya menyemak buku panduan RKP Kontraktor Pengangkutan PDB. Selain itu, saya juga diberi tugasan untuk mencatat jumlah jarak yang dilalui dan jumlah minyak yang diisi untuk setiap lori. Pada minggu ke dua puluh satu, saya hanya menyiapkan jadual tentang senarai tarikh tamat permit lori untuk SSD. Selain itu, saya juga membaca mengenai Kesan Impak Alam Sekitar (EIA). Pada minggu ke dua puluh dua, saya hanya memantau pergerakan lori melalui GPS. Selain itu, saya juga menemani seorang staf ke bank untuk mengeluarkan wang dan memasukkan cek.

13

Anda mungkin juga menyukai