Anda di halaman 1dari 11

Mata Pelajaran Kelas Bilangan Murid Masa Tarikh Tema Tajuk

: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : 4 Cemerlang : 20 orang : 7.15 8.15 pagi : 19 Februari 2013 : 5. Malaysia Negaraku : b. Berbangga dengan Identiti Negara

Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, 1. Menjelaskan kepentingan identiti negara dengan menyatakan maksud warna dan lambang pada Jalur Gemilang dan keistimewaan Bunga Raya. ( Pengetahuan) 2. Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia kepada Malaysia. (Nilai) 3. Menghargai dan bersyukur hidup dalam negara yang aman dan makmur. (Nilai)

Ringkasan Isi Kandungan: 1. Kata-kata yang boleh meluahkan perasaan cinta pada negara. 2. Carta sebab-akibat identiti negara diabaikan.

Penerapan Nilai: Berbangga, Bersyukur, Menghargai, Kerjasama, Keyakinan, Daya Saing

Unsur Patriotisme: 1. Berbangga dengan identiti negara kita 2. Bersyukur kerana hidup di negara yang aman dan damai.

Pengetahuan Sedia ada: 1. Murid sudah mempelajari negeri-negeri yang membentuk Malaysia dalam tajuk Kenali Malaysia. 2. Murid pernah menyanyi lagu Keranamu Malaysia.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran(SPP): Bahan Bantu Mengajar Powerpoint Kertas warna yang bercetak dengan Jalur Gemilang Batang satay Pensel warna Lagu Keranamu Malaysia Bunga Raya Penanda Dadu besar Kotak soalan Bilangan 5 keping 5 batang 15 batang 5 kuntum 3 biji 1 buah 1 buah

Kemahiran Generik Kemahiran Berfikir : Kritis dan kreatif, menjana idea

Teori Kecerdasan Pelbagai(TKP) : Interpersonal, Bahasa, Visual ruang, Muzik, Logik-matematik, Intrapersonal

Pembelajaran Koperatif: Fan and Pick, Nyanyian lagu, Round Robin

Prosedur Pelaksanaan Set induksi (5 minit) 1. Guru membina satu situasi Hari Kemerdekaan dengan menggunakan powerpoint. Situasi: Sekolah merayakan Hari Kemerdekaan hari ini. Saya berasa berbangga dan gembira menjadi rakyat Malaysia. Pada awal pagi, saya sampai di dewan sekolah. Saya mendapati penghiasan dewan hari ini banyak berbeza berbanding dengan biasa. Inilah semua identiti negara kita. Kanak-kanak, tolong carilah identiti Malaysia yang terdapat di dalam dewan ini. 2. Guru meminta murid-murid mencari dan menyatakan identiti Malaysia yang terdapat dalam perayaan Hari Kemerdekaan. Identiti Malaysia: Jalur Gemilang, Bunga Kebangsaan, Rukun Negara, Lagu Negaraku, Jata Negara dan Bahasa Kebangsaan. 3. Guru mendedahkan tajuk Berbangga dengan Identiti Negara dan menerangkan identiti Malaysia yang akan diajar hari ini adalah bendera Malaysia dan Bunga Kebangsaan.

Kemahiran Generik TKP: Interpersonal Murid berinteraksi sesama guru dan juga murid lain demi menyatakan identiti Malaysia. Bahasa Murid menggunakan kebolehan mereka dalam bahasa untuk menyatakan identiti Malaysia. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Kontekstual Perancangan aktiviti berasaskan pengalaman (EAP) Teknik Pengajaran: Simulasi Murid berada dalam situasi Hari Kemerdekaan seperti dalam gambar yang ditunjukkan untuk mencari identiti Malaysia.

Catatan Nilai Murni: Berbangga SPP: Powerpoint

Langkah 1: Jalur Gemilang (10 minit) 1. Guru menayangkan gambar Jalur Gemilang. 2. Guru menerangkan tarikh dan tempat kali pertama Jalur Gemilang dikibarkan. Tarikh: 26 Mei 1950 Tempat: Istana Sultan Selangor, KL 3. Guru menggunakan kemahiran soal jawab untuk membimbing murid menyatakan sebab bendera Malaysia digelar sebagai Jalur Gemilang. Jalur : Satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini. Gemilang: Bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang: Kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara. 4. Guru membimbing murid menyatakan maksud lambang dan warna bendera Malaysia dengan menggunakan powerpoint. Warna kuning: Warna bagi Duli-duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja. Warna biru tua: Perpaduan rakyat Malaysia. Warna merah: Keberanian Warna putih: Kesucian Anak bulan: Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri

TKP: Interpersonal Murid berpeluang berinteraksi dengan guru dan murid lain dalam proses bersoal jawab. Bahasa Murid menggunakan kebolehan mereka dalam bahasa semasa sesi soal jawab. Visual Ruang Kecerdasan ini diaplikasikan dalam pembelajaran rekaan dan warna Jalur Gemilang. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Pengajaran: Soal jawab Guru menyoalkan soalan untuk merangsangkan pemikiran murid dan sanggup berinteraksi antara guru dengan murid.

Nilai Murni: Berbangga Menghargai SPP: Powerpoint

dengan Kerajaan Persekutuan. 14 jalur: Keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Langkah 2: Menghasikan kata patriotisme , mewarnakan Jalur Gemilang (10 minit) 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan memikir dan menghasilkan satu kata patriotisme. 3. Guru membagikan kertas warna yang bercetak dengan Jalur Gemilang dan batang satay kepada setiap kumpulan. 4. Guru meminta murid-murid membahagikan tugas dalam kumpulan. Pelajar 1: Mewarna 14 jalur. Pelajar 2: Mewarna anak bulan dan bintang pecah 14. Pelajar 3: Mewarna sudut kiri yang berwarna biru. Pelajar 4: Melekat batang satay dan menulis kata patriotisme di belakang kertas warna. 5. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan Jalur Gemilang dan kata patriotisme yang dihasilkan. Kemahiran Berfikir: Kreatif dan kritis Murid menunjukkan kreativiti mereka dalam menghasilkan kata patriotisme dan membuat Jalur Gemilang. TKP: Visual ruang Murid dapat mengaplikasikan kebolehan imaginasi mereka dalam mewarnakan Jalur Gemilang dan menulis kata patriotisme. Bahasa Murid menggunakan kebolehan berbahasa mereka semasa berbincang dengan ahli kumpulan. Interpersonal Murid berpeluang berinteraksi dengan ahli kumpulan dalam pembahagian tugasan dan perbincangan tentang kata patriotisme. Pembelajaran Koperatif: Fan and Pick Setiap murid mempunyai peranan sendiri dalam kumpulan kecil. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Koperatif Pembelajaran Berasaskan Projek Nilai Murni: Berbangga Bersyukur Kerjasama SPP: Kertas warna yang bercetak dengan Jalur Gemilang Batang satay Pensel warna

Teknik Pengajaran: Perbincangan Murid berbincang tentang pembahagian tugasan dan penghasilan kata patriotisme dalam kumpulan kecil. Langkah 3: Menyanyi lagu Keranamu Malaysia (5 minit) 1. Guru meminta murid bernombor satu hingga dua secara bergilirgilir. 2. Guru memainkan lagu Keranamu Malaysia . 3. Guru meminta murid yang bernombor satu menyanyi perenggan 1, 3 dan 5. Manakala, murid yang bernombor dua menyanyi perenggan 2, 4 dan 6. 4. Guru meminta murid-murid menyanyi bersama secara harmoni. Pembelajaran Koperatif: Nyanyian lagu Murid bergilir-gilir menyanyikan lagu patriotisme mengikut nombor dan akhirnya menyanyi bersama secara harmoni. TKP: Muzik Kecerdasan ini diaplikasikan semasa menyanyi lagu patriotisme dan sanggup menikmati lirik lagu tersebut. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Koperatif Teknik Pengajaran: Nyanyian Langkah 4: Bunga Kebangsaan Pembelajaran Koperatif: (10 minit) Round Robin 1. Guru membahagikan murid Murid dalam bentuk kepada 5 kumpulan. kumpulan berempat 2. Setiap kumpulan akan diberikan bergilir-gilir berkongsi sekuntum bunga raya. pengetahuan mereka 3. Ahli kumpulan perlu tentang keunikan bunga memerhatikan ciri-ciri fizikal raya secara lisan. bunga raya seperti warna, kelopak bunga, dan keratan TKP: batangnya. Interpersonal 4. Setiap kumpulan diminta untuk Murid berinteraksi sambil memerhati sambil dalam kumpulan kecil membincangkan keistimewaan dan saling memberi Nilai Murni: Kerjasama Keyakinan SPP: Bunga raya Powerpoint Nilai Murni: Berbangga Kerjasama SPP: Lagu Keranamu Malaysia

bunga raya sebagai bunga kebangsaan dan makna setiap bahagian bunga kebangsaan. 5. Kemudiannya, guru akan menerangkan makna bunga raya. Diisytiharkan menjadi bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Tunku Abdul Rahman. Menjadi simbol kepada masyarakat majmuk atau masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam suasana yang harmoni. Bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan. 6. Guru akan membimbing murid untuk menyatakan simbol bunga raya kepada negara kita. Warna merah: melambangkan keteguhan politik dan ekonomi Malaysia serta sifat berani menempuh cabaran Bentuk lima kelopak: memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Langkah 5: Aktiviti Pengukuhan (15 minit) (Rujuk Lampiran 1) 1. Guru menunjukkan pelan permainan pada papan putih melalui powepoint. 2. Guru akan membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan menerangkan peraturan permainan yang akan dijalankan.

pendapat. Bahasa Murid menggunakan kebolehan mereka dalam bahasa untuk memulakan percakapan mereka dengan ahli kumpulan. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Koperatif Teknik Pengajaran: Perbincangan Murid berbincang tentang ciri-ciri istimewa yang ada pada bunga raya. Pemerhatian Murid memerhatikan rupa bentuk fizikal bunga raya dengan menggunakan deria penglihatan, bau dan sentuhan

Pembelajaran Koperatif: Round Robin Permainan dijalankan dalam bentuk kumpulan yang mana murid perlu saling membantu rakan untuk menjawab soalan.

Nilai Murni: Kerjasama Daya Saing SPP: Powerpoint Penanda Dadu besar Kotak soalan

Peraturan: i. Pelan permainan ditandakan dengan nombor bermula dari nombor 1 hingga 15. ii. Petak nombor genap (2,4,6,8,10,12,14) diwarnakan. Soalan disediakan untuk petak bernombor genap manakala tiada soalan untuk petak bernombor ganjil (1,3,5,7,9,11,13,15). iii. Setiap kumpulan akan mendapat satu penanda yang berlainan warna untuk mewakili kumpulan mereka. iv. Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir pergi ke hadapan untuk melontarkan dadu besar yang disediakan. v. Sekiranya ahli kumpulan mendapat nombor genap, maka dia perlu mencabut kertas soalan dari kotak soalan, kemudian menjawab soalan tersebut dengan bantuan ahli kumpulan lain. vi. Jika jawapan yang diberikan betul, maju selangkah ke hadapan. Jika jawapan salah, undur selangkah ke belakang. vii. Setiap kumpulan akan melontarkan dadu besar secara bergilir-gilir. viii. Kumpulan yang sampai dahulu ke titik penamat dikira sebagai pemenang.

TKP: Interpersonal Murid berinteraksi dalam kumpulan kecil dan saling memikirkan jawapan yang sesuai. Logik- matematik Murid perlu menjalankan operasi tambahan agar penanda mereka bergerak ke petak yang betul selepas mereka melontarkan dadu besar. Bahasa Murid bertutur dengan menggunakan bahasa bagi menjelaskan jawapan mereka. Mereka juga berkomunikasi antara ahli kumpulan. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Koperatif Teknik Pengajaran: Perbincangan Perbincangan jawapan kepada soalan yang disediakan. Kemahiran Pengajaran: Pengukuhan Guru menguji kefahaman murid dengan menyediakan soalan.

Penutup: Rumusan kognitif (5 minit) (Rujuk Lampiran 2) 1. Guru akan menggunakan teknik sebab dan akibat untuk membimbing murid-murid menyatakan kepentingan identiti negara. 2. Guru merumuskan isi kandungan pelajaran dan menyarankan murid untuk berasa bangga dengan identiti negara kita.

Kemahiran Berfikir: Menjana idea Murid diminta untuk memberi pendapat mengenai akibat identiti negara diabaikan atau dipandang rendah. TKP: Intrapersonal Murid memahami kepentingan identiti negara kepada negara dan seterusnya mereka akan memastikan diri sentiasa syukur dan bangga untuk tinggal di Malaysia. Kaedah Pengajaran: Kecerdasan Pelbagai Theory of Constraints (The Branch) Kemahiran Pengajaran: Penyoalan Guru menanyakan soalan untuk merangsangkan pemikiran murid.

Nilai Murni: Berbangga Bersyukur Menghargai SPP: Powerpoint

Lampiran 1: Pelan Permainan untuk Aktiviti Pengukuhan

Contoh Soalan: 1. Bendera Malaysia digelar sebagai.... 2. Mengapakah bendera Malaysia digelar sebagai Jalur Gemilang? 3. Berapakah jumlah jalur yang terdapat pada Jalur Gemilang? 4. Apakah yang dilambangkan oleh 7 jalur merah dan 7 jalur putih? 5. Berapakah warna yang terdapat pada Jalur Gemilang? 6. Nyatakan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang? 7. Berikan maksud warna kuning pada Jalur Gemilang. 8. Bintang pada Jalur Gemilang terdapat berapa pecah? 9. Bintang pada Jalur Gemilang bermaksud.... 10. Warna bunga kebangsaan ialah.... 11. Kali pertama bendera Malaysia dikibarkan adalah pada.... 12. Nyatakan tempat kali pertama bendera Malaysia dikibarkan. 13. Bunga kebangsaan Malaysia ialah.... 14. Berikan maksud warna merah pada Jalur Gemilang. 15. Berikan maksud biru tua pada Jalur Gemilang. 16. Berikan maksud putih pada Jalur Gemilang. 17. Apakah simbol pada Jalur Gemilang yang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi? 18. Bilakah bunga raya diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan? 19. Berikan maksud warna merah pada Bunga Kebangsaan. 20. Berikan maksud bentuk 5 kelopak pada Bunga Kebangsaan. 21. Bunga Kebangsaan juga dilambangkan sebagai....

Lampiran 2: Teknik Sebab dan Akibat tentang Kepentingan Identiti Negara

Anda mungkin juga menyukai