Anda di halaman 1dari 7

Lembaran Kerja

Kumpulan 3 1) Noor Farah Iziyanti Binti Abu Rahim 2) Riza Nazira Binti Mohd Sabri 3) Komalam a/p Narayanasamy 4) Muhammad Hafiz Bin Hassan 5) Muhammad Amaluddin Bin Md Isa

Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Tahun 5

Tahun Tarikh Masa Bilangan murid Mata Pelajaran Tema Tajuk

: 5 Gemilang : 20 September : 9.30 pagi-10.30 pagi (60 minit) : 30 orang : Bahasa Melayu : Patriotisme : Kebanggaan Negara

Hasil Pembelajaran Fokus Utama 2.1

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (ii) Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih

Fokus Sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Bercerita berdasarkan lirik lagu Keranamu Malaysia yang dibaca. 2. Membina sekurang-kurangnya lima perkataan daripada ceraian perkataan Kebanggaan yang diberi. 3. Membina sebuah cerita pendek berdasarkan perkataan-perkataan yang telah dibentuk.

Sistem Bahasa Tatabahasa Kosa kata

: : kata nama am, kata nama khas, ayat tunggal dan ayat majmuk : kebanggaan, generasi, ekonomi, teknologi, kemakmuran, merdeka, kedaulatan, jutawan.

Pengisian kurikulum :

Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : bekerjasama, bersyukur, menghargai, patriotisme Kemahiran berfikir : menganalisis, menjana idea, merumus, meringkas Belajar cara belajar: mendengar aktif, bacaan mentalis, perbincangan :

Bahan bantu mengajar

Patung boneka Video Iklan Keranamu Malaysia Rakaman Lagu Keranamu Malaysia Lirik Lagu Keranamu Malaysia Cebisan kertas warna Sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan KEBANGGAAN Komputer riba Pembesar suara LCD Skrin Kad manila Pen marker Kertas sebak Kertas putih bersaiz A4 Borang Penilaian Bercerita Lagu Keranamu Malaysia Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia Peta minda lagu Keranamu Malaysia

Pengetahuan Sedia Ada

Murid-murid pernah mendengar lagu Keranamu Malaysia di televisyen dan pernah mempelajari jenis-jenis ayat.

Langkah/ masa Set induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru membuat pertunjukan patung boneka berkonsepkan Kebanggaan Negara. 2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai mesej yang cuba disampaikan melalui pertunjukan boneka. 3. Guru mengaitkan soal jawab tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Catatan

Pertunjukan patung boneka berkonsepkan Kebanggaan Negara. Tajuk Pelajaran : Kebanggaan Negara

BBM : patung boneka Teknik : soal jawab Kaedah: terus Pendekatan : komunikatif

Langkah 1 (15 minit)

Lirik lagu Keranamu Malaysia. Lagu Keranamu Malaysia Maklum balas guru: Pencapaian dari segi isi cerita sebutan dan intonasi kelancaran gaya penyampaian

1. Murid-murid diedarkan lirik lagu Keranamu Malaysia. 2. Murid mendengar lagu Keranamu Malaysia yang dimainkan oleh guru. 3. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama berpandukan lirik dengan iringan muzik. 4. Guru mengedarkan peta minda lirik lagu kepada murid-murid. 5. Guru meminta murid-murid membaca lirik lagu Keranamu Malaysia secara mentalis. 6. Guru meminta murid-murid mengesan dan menanda isiisi yang terdapat dalam lirik lagu. 7. Murid mengisi peta minda lirik lagu yang diedarkan. 8. Guru mengedarkan Borang Penilaian Bercerita dan Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia kepada murid-murid. 9. Guru memilih tiga orang murid secara rawak untuk

BBM : Lagu dan lirik lagu Keranamu Malaysia, komputer riba, pembesar suara, peta minda lirik lagu, Borang Penilaian Bercerita Lagu Keranamu Malaysia, Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia. KB : Menganalisis BCB : Mendengar aktif, bacaan mentalis KP : Muzik Nilai : Patriotisme Teknik : Bercerita Kaedah : Terus Pendekatan : Komunikatif

menceritakan semula isi-isi yang terdapat dalam lagu Keranamu Malaysia. 10. Murid-murid lain diminta membuat penilaian dengan mengisi Borang Penilaian Bercerita dan Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia. 11. Guru membuat perbincangan dan memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid.

Langkah 2 (15 minit)

Sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan Kebanggaan Perkataanperkataan yang dibentuk daripada Kebanggaan. Contoh: naga, benang, bangga, benak, abang.

1. Guru mengedarkan cebisan kertas berwarna biru, merah, kuning dan hijau kepada murid-murid secara rawak. 2. Murid-murid diminta membentuk kumpulan berdasarkan kertas warna yang diperolehi. 3. Setiap kumpulan diberi satu sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan KEBANGGAAN, kad manila, pen marker dan sehelai kertas putih bersaiz A4. 4. Setiap kumpulan diminta membina sekurangkurangnya lima perkataan daripada ceraian perkataan KEBANGGAAN yang diberi. 5. Guru membimbing setiap kumpulan semasa perbincangan dijalankan. 6. Wakil setiap kumpulan membentangkan perkataan yang telah dibina. 7. Kumpulan yang dapat membina perkataan terbanyak dikira sebagai pemenang.

BBM : Cebisan kertas berwarna biru, merah, kuning dan hijau, sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan KEBANGGAAN, kad manila, pen marker dan kertas putih bersaiz A4. KB : Menjana idea KP : Interpersonal Nilai : Kerjasama Teknik : Permainan bahasa Permainan Membina Perkataan Kaedah : Terus Pendekatan : Komunikatif

Langkah 3

Membina sebuah

1. Guru mengedarkan sehelai

BBM : kertas sebak,

(20 minit)

cerita pendek berdasarkan perkataanperkataan yang telah dibentuk. Melakonkan cerita yang dibina.

2.

3.

4.

5.

6.

kertas sebak dan sebatang pen marker kepada setiap kumpulan. Guru meminta setiap kumpulan membina sebuah cerita pendek berdasarkan perkataan-perkataan yang dibentuk pada kertas sebak yang diedarkan. Wakil kumpulan diminta untuk melekatkan hasil tugasan mereka pada papan tulis. Setiap kumpulan dikehendaki membaca dan melakonkan semula cerita yang telah dibina di hadapan kelas. Wakil kumpulan lain diminta untuk memberikan pendapat mengenai cerita dan lakonan kumpulan lain. Guru membimbing struktur binaan ayat dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh muridmurid.

pen marker dan perkataanperkataan yang telah dibina daripada perkataan KEBANGGAAN daripada setiap kumpulan. KB : Menjana idea KP : Verbal linguistik Nilai : Patriotisme Teknik : Permainan bahasa Membina cerita pendek berdasarkan perkataan Kaedah : Tatabahasa terjemahan Kesepaduan: Penggabungjalinan kemahiran bertutur Pendekatan : Komunikatif

Penutup (5 minit)

Penutup kognitif : Membuat rumusan isi pelajaran Penutup sosial : Ucapan terima kasih

Video klip dan lirik lagu Keranamu Malaysia.

1. Murid diminta menyatakan kembali perkara yang telah dipelajari pada hari ini. 2. Seterusnya guru membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. 3. Guru mengucap terima kasih kepada murid kerana telah memberi kerjasama terhadap pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. 4. Guru mempertontonkan video klip Keranamu Malaysia dan murid-murid menyanyi beramai-ramai.

BBM : Video klip Keranamu Malaysia dan lirik lagu Keranamu Malaysia. KB : Merumus, meringkas KP : Muzik Nilai : Kesederhanaan Teknik : Permainan bahasa Kaedah : Terus

Pendekatan : Komunikatif

Pengayaan : Murid diminta membina sebuah cerita kanak-kanak mengikut daya : imaginasi dan kreativiti seterusnya membuat persediaan untuk : mempersembahkan cerita berkenaan di dalam kelas. Pemulihan : Murid diberi beberapa perkataan dan diminta membina sebuah cerita : pendek seterusnya mempersembahkan cerita tersebut di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai