Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3

Mata pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tema

: Patriotisme

Tajuk

: Jalur Gemilang

Masa

: 60 minit

Standard Kandungan

: 4.3

Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam

situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.


Standard Pembelajaran

: 4.3.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan pelbagai ayat dalam
pelbagai situasi secara bertatasusila.

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran, murid dapat;


i. Bertutur tentang Jalur Gemilang menggunakan pelbagai jenis ayat dengan betul dalam situasi formal secara
bertatasusila.
ii. Bertutur dengan menggunakan pelbagai ayat untuk menerangkan tentang peta pemikiran yang dibina.

Kemahiran

: Mendengar dan bertutur, membaca, menulis

Sistem Bahasa

: Tatabahasa : Jenis ayat (ayat seru, ayat tanya, ayat penyata)


: Kosa kata: diselang-selikan, bucu

Pengisian Kurikulum

Penyerapan ilmu

: Sejarah (Cintai negara)

Penyerapan Nilai

: Keyakinan, menghormati, kerjasama, patriotisme

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan inovasi


Alat Bantu Mengajar

: Slide gambar Bendera Jalur Gemilang,


rakaman video lagu Jalur Gemilang,
slide carta petikan,
kad soalan,
slaid power point.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid biasa melihat Jalur Gemilang, telah mengetahui serba sedikit tentang negeri-negeri di Malaysia, perdanaperdana menteri Malaysia dan biasa melafazkan Rukunegara.

Isi Pelajaran

Induksi Set
(5 minit )
Mengenal Jalur

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1. Murid meneka benda ( Jalur Gemilang ) yang terdapat di dalam kotak.


2. Guru mempamerkan Jalur Gemilang.
3. Murid diperdengarkan dengan lagu Jalur Gemilang.
4. Guru menyatakan tajuk pelajaran hari ini.

Gemilang

Catatan

ABM:

Jalur Gemilang
Rakaman video lagu

Jalur Gemilang.
Lirik lagu Jalur
Gemilang

Langkah 1
( 3 minit )

1. Murid meneliti gambar bendera Malaysia/ Jalur Gemilang


2. Murid berbual secara bertatasusila dengan guru dan rakan-rakan tentang
warna-warna serta simbol-simbol yang terdapat pada bendera Malaysia.

Berbual

ABM:

Lampiran 1.

NILAI MURNI:
Patriotisme,
Menghormati

menggunakan ayat
yang betul tentang
Jalur Gemilang.
Langkah 2
(5 minit)
Menuturkan isi
bahan bacaan

1. Guru memaparkan petikan dialog.

ABM:

2. Murid secara bergilir-gilir membaca petikan dialog dengan sebutan yang

Lampiran 2
NILAI MURNI:
Kerjasama
KB:
Menjana idea

betul dan intonasi yang jelas dan murid lain mendengar dengan teliti.
3. Bersoal jawab secara lisan tentang isi kandungan petikan.
4. Murid dengan bantuan guru menyatakan jenis-jenis ayat yang terdapat

dalam petikan dialog.

Sebutan dan intonasi.

Langkah 3

1. Guru mengedarkan kad arahan kepada setiap kumpulan tentang tajuk- ABM:

(10 minit)

tajuk peta pemikiran yang perlu dibuat.

PENILAIAN
Membina peta

2. Murid berada dalam kumpulan mengikut aras kecerdasan masing-masing


bagi membina peta pemikiran dengan bimbingan guru.

Lampiran 3-Kad
arahan/ soalan

pemikiran

3. Ketua dari setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.

Kreativiti dan inovasi


NILAI MURNI:
Kerjasama

Langkah 4

1. Guru menanyakan beberapa soalan berunsurkan KBAT.

ABM:

(3 minit)
Bertutur dan
mendengar
Soalan KBAT

Slide power point


KB
:
a. Mengapa setiap negara perlu ada bendera?
Menjana idea
b. Bagaimana kamu menunjukkan rasa bangga kamu menjadi rakyat
Kreativiti dan inovasi
Malaysia?
c. Apakah yang mungkin terjadi sekiranya kamu sebagai rakyat
NILAI MURNI:
Malaysia tidak bersatu padu?

Contoh soalan:

Penutup
( 4 minit )
Didik Hibur

1. Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera.

Rasional

ABM:

Video

Lagu

Gemilang

Jalur

Tugasan

Pemulihan

: 1. Murid berbual tentang warna-warna pada Jalur Gemilang.


2. Murid menulis perkataan yang sesuai dengan gambar.

Pengayaan

: 1. Murid bertutur dengan rakan tentang lambang-lambang yang terdapat dalam Jalur Gemilang.
2. Murid menomborkan pernyataan mengikut urutan berdasarkan isi-isi petikan dialog yang telah
dibaca.

LIRIK LAGU: Jalur Gemilang


https://www.youtube.com/watch?v=zDMgZjNBbcI

JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

AKTIVITI: Baca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul. Soal jawab lisan
tentang petikan yang telah dibaca.

PENILAIAN (KAD ARAHAN/ SOALAN)

AKTIVIT BERKUMPULAN: Membina peta pemikiran.

KUMPULAN 1
Bina peta pemikiran tentang tajuk:
MAKSUD WARNA DAN SIMBOL PADA JALUR GEMILANG

KUMPULAN 2
Bina peta pemikiran tentang tajuk:
NEGERI-NEGERI YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

KUMPULAN 3
Bina peta pemikiran tentang tajuk:
CIRI-CIRI WARGA NEGARA MALAYSIA YANG CEMERLANG

KUMPULAN 4
Bina peta pemikiran tentang tajuk:
PERDANA-PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN
GELARANNYA
KUMPULAN 5
Bina peta pemikiran tentang tajuk:
5 PRINSIP RUKUNEGARA
PEMULIHAN

ARAHAN: Nyatakan maksud warna yang terdapat pada Jalur Gemilang:

PENGAYAAN

Bina peta pemikiran tentang tajuk:


MAKSUD WARNA DAN SIMBOL
PADA JALUR GEMILANG

Bina peta pemikiran tentang tajuk:


NEGERI-NEGERI YANG TERDAPAT
DI MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai