Anda di halaman 1dari 8

DIALEK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh ssuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain), seperti Kelantan dan Daerah. Hal ini selaras dengan pandangan S. Narthesan (2001), dialek adalah sejenis kelainan bahasa, yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa katanya daripada bahasa baku. Abdullah Hassan (1983) menegaskan, bahasa daerah sering disamakan dengan pengertian dialek, sebetulnya ini adalah keliru. Istilah bahasa daerah adalah untuk menamakan semua bahasa-bahasa yang terdapat dalam seluruh wilayah suatu negara di samping bahasa kebangsaannya. Jika dilihat menerusi sudut linguistik, mereka sama tinggi darjatnya sebagai bahasa. Namun, dari sudut politik, bahasa daerah adalah di bawah bahasa kebangsaan. Sebagai contoh, setelah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan di Indonesia, bahasa-bahasa Jawa, Sunda, Bali, Batak serta Bugis semuanya menjadi bahasa daerah. Dialek pula adalah perpecahan daripada satu bahasa yang disebabkan oleh faktor-faktor ilmu dalaman atau pembahagian kerja-kerja dalam masyarakat. Dialek-dialek yang ditimbulkan kerana faktor-faktor ilmu dinamakan dialek geografi. Sedangkan dialek-dialek yang ditimbulkan kerana pembahagian kerja dalam masyarakat disebut dialek sosial. Dialek adalah bentuk perubahan daripada sesuatu bahasa (Abdullah Hassan, 1983). Antara dialek-dialek itu terdapat lebih banyak unsur-unsur yang sama daripada yang berbeza. Perbezaan yang paling menonjol antara dialek-dialek itu terdapat dalam bidang bunyi ucapan, kemudian baru pada bidang kata-kata, sedangkan dalam bidang tatabahasa boleh dikatakan banyak perbezaannya. Sesuatu dialek itu menunjukkan ciri pemakaian sesuatu bahasa oleh sekelompok pemakai bahasa. Ahli bahasa beranggapan setiap pemakai bahasa itu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Misalnya, kita tidak akan menjumpai dua orang yang bercakap sesuatu bahasa yang seluruhnya sama. Keseluruhan ciriciri pemakaian bahasa daripada perseorangan itu dinamakan ideolek. Ilmu yang mengkaji selok-belok dialek dinamakan dialektologi, namun kajian-kajian dialek berdasarkan faktor sains dan pemetaannya dinamakan dialek geografi. Jika dibandingkan dengan dialek geografi, dialek sosial sebetulnya tidak berapa penting, kerana antara dialek sosial itu biasanya mempunyai perbezaan yang tidak banyak. Sebagai contoh, untuk raja-raja harus dipakai kata-kata seperti gering, semayam, mangkat, beradu, bertitah dan sebagainya. Abdullah Hassan menyatakan lagi, terdapat dua jenis teori tentang bagaimana cara sesuatu bahasa berpisah menjadi lebih daripada satu bahasa atau dialek. Pertama, teori pohon yang diajukan oleh Schleicher. Beliau berpendapat, sesuatu bahasa itu berkembang menjadi dua, seperti cabang pohon. Kedua, teori gelombang yang diajukan oleh Schmidt yang mengadakan penelitian

terhadap dialek geografi. Beliau menyanggah anggapan Schleicher dan berpendapat bahawa bahasa berkembang bukan secara pohon yang bercabang dua setiap kali tumbuh, malah bahasa berkembang secara gelombang. Semakin jauh jarak sesuatu gelombang itu, semakin sedikit ciri-ciri persamaannya. Terdapat tiga pecahan dialek iaitu dialek sosial, dialek daerah dan dialek seketika.

Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:

Fonetik

Fonologi

Fenomena bunyi atau pertuturan manusia Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam seluruhnya. pertuturan bagi sesuatu bahasa. Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis. Asas kepada kajian fonologi. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang Dapat dihasilkan oleh manusia, tidak merumuskan, menghuraikan dan

dapat menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu

menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan bahasa secara teliti dan terperinci dengan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan bunyi secara spesifik. sempurna. (Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90) http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi_24.html

Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu


Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. Huruf Vokal a e taling e pepet i o u Fonem / Bunyi [a] [] [e] [i] [o] [u] Ejaan ada semak selak bilik botol duduk Sebutan [a.da] [s.mak] [se.lak] [bi.lik] [bo.tol] [du.duk]

Rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu

Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.

Huruf Konsonan b c d f g gh h j k

kh l m n ng

Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng]

Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri

Sebutan [bo.la] [ca.tat] [da.da] [fa.kir] [ga.bus] [gha.zal] [har.ga] [ja.ga] [ka.la] [ka.pa?] [nimat] [qa.di] [khai.rat] [la.lai] [ma.dah] [naf.kah] [nge.ri]

ny p q r s sy t v w x

[ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z]

nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem

[nya.la] [pa.par] [qa.ri] [ra.pat] [sa.ham] [syi.rik] [ta.jam] [vi.rus] [wa.jah] [zi..lem]

y z

[y] [z]

yuran zapin

[yu.ran] [za.pin]

Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah.

Huruf Diftong ai au oi

Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi]

Ejaan pantai pulau sepoi

Sebutan [pan.tai] [pu.lau] [se.poi]

Rajah 4.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu


http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-huruf-vokal-konsonan-dan.html

Simbol fonetik dalam bahasa melayu

Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [] [i] [i] [u] Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

Simbol Konsonan

Huruf b c d g h j k l m n p q

Simbol bunyi [b] [] [d] [g] [h] [j] [k], [/], [Q] [l] [m] [n] [P] [q]

r s t v w x y z Jadual 5.2: Simbol Konsonan

[r] [s] [] [t] [v] [w] [z] [Y] [z]

Simbol diftong Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi]

Jadual 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.

Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz

Simbol bunyi [7] [] [] [] [] []

akh

[x]

Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap


http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/11/simbol-fonetik-dalam-bahasa-melayu.html

Konsep Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, techne yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Evans dan Nation (2000) turut menolak pemahaman masyarakat terhadap teknologi adalah alat. Secara kebiasaannya, istilah teknologi dikaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat elektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser, permainan cakera padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor lut sinar. Kadangkala, teknologi bermakna pembangunan serta permodenan dan biasanya sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan alat-alat teknologi itu sendiri. Menurut Galbraith (1967) yang dipetik dari Noriati A. Rashid, et.al. (2009), teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Pengenalan saintifik yang dimaksudkan adalah himpunan ilmu dan pengetahuan yang telah diuji serta dinyatakan dalam bentuk satu prinsip. Manakala, pengetahuan lain yang tersusun pula adalah pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Hal ini selaras dengan pendapat Heinich, Molenda dan Rusell (1999) yang menyatakan bahawa Teknologi bukan semata -mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Hal ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting.

Teknologi Pendidikan adalah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini : komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003). Yusuf Hashim (1997) pula mendefinisikan teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, merekabentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pengajaran pula merupakan cabang daripada teknologi pendidikan. Heinich (1982) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran adalah teknologi yang bertanggungjawab menggabungkan kesemua yang diketahui oleh guru ke dalam satu sistem pengajaran. Teknologi pengajaran juga adalah satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal (Yusuf Hashim, 1998). Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh mengenai definisi teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran, boleh disimpulkan bahawa teknologi pendidikan dan pengajaran adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/konsep-teknologi-pendidikan-dan.html

Anda mungkin juga menyukai