Anda di halaman 1dari 6

2.

0 STRUKTUR MAKRO

Struktur Makro yang dianalisis adalah pada tesis yang bertajuk Perbandingan terjemahan
metafora antara Merpati Putih Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang.

Rajah 1: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Terdapat tiga bahagian pada struktur makro tesis ini. Bahagian tersebut adalah bahagian
makro, bahagian superstruktur dan yang terakhir adalah bahagian mikro. Bahagian makro
merupakan makna yang bersifat global dari satu sesuatu wacana yang dihasilkan. Bahagian
superstruktur pula adalah kerangka suatu wacana dan akhir sekali bahagian mikro pula ialah
makna wacana yang difahami melalui penggunaan kata, kalimat dan sebagainya. Di dalam
Eriynto 2001, Van Dijk menyatakan bahawa struktur makro memberi maksud bahagian yang
mempunyai makna global ataupun yang bersifat umum dari suatu konteks yang difahami
melalui topik dari suatu teks yang digunakan. Ianya sangat penting dalam sesuatu kajian
yang dihasilkan. Ini adalah kerana, ia dapat memudahkan pengguna melakukan sesuatu
rujukan dalam sesuatu kajian yang telah dikaji. Hal ini kerana maklumat penyusunan abjad
telah sedia ada pada pengguna. Dengan adanya leksem, struktur makro sesuatu kajian juga
dapat dihasilkan dengan baik. Leksem membawa maksud kata yang boleh didapati di dalam
pembendaharaan kata sesuatu bahasa dan biasanya muncul sebagai satu kepala dalam
sesuatu kajian. 

Kajian ini dibuat berdasarkan tesis yang telah dipilih, iaitu tesis yang telah dihasilkan oleh
Nur Akma Binti Othman pada tahun 2020. Tesis ini adalah berkaitan dengan Perbandingan
terjemahan metafora antara Merpati Putih Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang.
Struktur mikro yang lengkap seperti abstrak, penghargaan, isi kandungan, senarai gambar
rajah, senarai jadual dan senarai simbol dan singkatan. Abstrak di dalam tesis ini
membincangkan mengenai metafora penterjemahan antara Merpati Putih Terbang Lagi dan
Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang iaitu terjemahan dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Cina dan
strategi penterjemahan yang digunakan dalam tesis tersebut. Selain itu,terdapat
penghargaan yang ditulis oleh penulis tesis ini yang bertujuan untuk memberi penghargaan
kepada orang yang membantu beliau dalam menyiapkan tesis ini. Pengkaji juga mendapati
bahawa terdapat banyak elemen-elemen penting yang disenaraikan dalam isi kandungan
tesis ini antaranya adalah pengenalan, latar belakang kajian, objektif kajian, permasalahan
kajian, sorotan kajian, skop kajian, kepentingan kajian, organisasi kajian, metodologi kajian,
analisis kajian, kesimpulan kajian, senarai gambar rajah, senarai jadual, dan senarai simbol
dan singkatan. Ia disenaraikan mengikut kategori tertentu untuk memudahkan pembaca atau
pengkaji untuk membuat rujukan dan panduan untuk mencari maklumat dan isi-isi penting
berkaitan dengan fokus utama kajian yang dijalankan.
Rajah 2: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Rajah 2 menunjukkan bahawa penulis menyatakan  jenis-jenis tajuk dan subtopik kecil yang
berada di dalam bawah tajuk umum. Sebagai contoh, topik 1.6 pengenalan bahasa yang
dikaji mengandungi dua subtopik kecil iaitu 1.6.1 Bahasa Melayu dan 1.6.2 Bahasa Cina.
Tajuk dan subtopik kecil ini dinyatakan dan dibincangkan  oleh penulis berdasarkan tajuk
umum pengenalan iaitu menceritakan tentang penyataan masalah, objektif dan soalan
kajian, batasan kajian, kepentingan kajian, dan kesimpulan. Tajuk umum pengenalan adalah
bersesuaian dengan topik yang ingin dikaji oleh penulis serta memberi keyakinan kepada
pembaca bahawa penulisan ini adalah berdasarkan data yang tepat. 

Rajah 3: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Berdasarkan tesis yang dihasilkan, penulis telah menyenaraikan komponen-komponen yang


penting iaitu mengenai definisi metafora,  struktur asas metafora, klasifikasi metafora,
pengenalpastian metafora, penterjemahan metafora dan semantik. Selain itu, penulis tesis
ini juga menggunakan kajian-kajian lepas sebagai rujukan dan panduan untuk menyiapkan
kajian  tesis tersebut. 
Rajah 4: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Metodologi kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dibincangkan telah diterangkan
oleh penulis. Metodologi ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperolehi hasil kajian yang
baik dan mempunyai kesahihan dalam sesuatu kajian yang dikaji melalui kaedah-kaedah 
yang digunakan sepanjang menjalankan kajian ini. Selain daripada itu, penulis tesis ini telah
menceritakan reka bentuk kajian, prosidur kajian, proses pengumpulan data dan proses
analisis data yang telah dipilih oleh penulis. 

Rajah 5: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)


Seterusnya, penulis juga telah menganalisis kajian yang dijalankan di dalam tesis yang
dijalankan iaitu berkaitan dengan strategi penterjemahan metafora antara Merpati Putih
Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang. Melalui analisis kajian ini, penulis dan
analisis medan sumber metafora antara Merpati Putih Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci
Fei Xiang. Melalui analisis kajian ini, penulis telah menggunakan manusia dan alam sebagai
medan sumber metafora Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.

Rajah 6: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Berdasarkan maklumat yang dikaji oleh penulis di dalam tesis tersebut, penulis telah
merumuskan serta memberikan cadangan untuk penambahbaikan tentang kajian yang
dijalankan. Penulis juga telah menyimpulkan dua persoalan kajian yang telah dibuat untuk
menjawab dan mencapai objektif dan tujuan kajian dijalankan. Selain itu juga, penulis telah
menceritakan mengenai impak kajian yang boleh didapati berdasarkan kajian tersebut.
Penulis juga telah menyenaraikan beberapa tajuk kecil dibawah tajuk rumusan dan
cadangan ini iaitu,penutup, bibliografi dan lampiran.

Rajah 7: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)


Berdasarkan isi kandungan kajian, penulis juga membuat tesis ini dengan mengemukakan
beberapa komponen-komponen lain iaitu dengan menyenaraikan beberapa senarai jadual
yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji, iaitu Perbandingan terjemahan metafora antara
Merpati Putih Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang. Antara jadual yang telah
disenaraikan adalah Senarai karya terjemahan sastera BM ke BC yang diterbitkan di China,
Perbandingan struktur metafora oleh beberapa sarjana, Perbandingan antara strategi
Newmark dan Larson, dan sebagainya.

Rajah 8: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Selain daripada menyenaraikan topik-topik dan subtopik yang terdapat dalam isi kandungan
kajian, penulis juga menyenaraikan beberapa gambar rajah yang terlibat semasa
melaksanakan kajian ini. Antaranya adalah Kawasan penutur Austronesia, Tenor dan
Vehicle, Segi tiga semantik (Semantic Triangle) dan sebagainya. Dengan penyenaraian
komponen-komponen penting ini, ianya dapat dijadikan rujukan dan panduan oleh penulis
lain.
Rajah 9: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Penulis juga telah menyenaraikan simbol dan singkatan yang digunakan oleh penulis sendiri
di dalam kajian ini bertujuan untuk memudahkan penulis untuk menulis disamping dapat
memudahkan penulis menulis sesuatu perkataan yang panjang sedangkan ianya boleh
disingkatkan. Bahasa Melayu (BM), Bahasa Cina (BC), Teks Sumber (A) dan sebagainya
ditulis dalam singkatan yang dapat memudahkan penulis.

Rajah 10: Struktur Makro

(Sumber: Nur Akmal Binti Othman, 2020)

Akhir sekali, penulis juga telah menyediakan senarai lampiran untuk dijadikan panduan dan
rujukan. Terdapat lima jenis lampiran yang telah disediakan oleh penulis antaranya Lampiran
A (Sumber Data), Lampiran B (Sumber Rujukan) , Lampiran C (Data Strategi Terjemahan
Metafora) dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai