Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Peribahasa

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran
bangsa Melayu.Peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan
keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup
mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih
lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah
bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan
kehidupan sehariannya.
Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama telah digunakan oleh
masyarakat penuturnya , iaitu :
Melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa.

Melalui penaakulan para bijak pandai

Melalui sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain,


2003 )

Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi
yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan
amat teratur, ringkas dan padat. Sebagai salah satu puisi yang tertua yang memaparkan
akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa sangat terikat dengan adat istiadat
Melayu lama.Menerusi peribahasa dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap,
aktiviti kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti .Peribahasa Melayu dicipta
berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu.
Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat diketahui daripada peribahasa
Melayu, ( Wilkinson, 1907 ).Peribahasa juga berperanan sebagai hukum adat dan nasihat
moral dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya. Penciptaannya
berdasarkan fenomena sebenar kehidupan masyarakat turut menyerlahkan pemikiran
bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang merka tempuhi . Peribahasa dalam
fungsinya menyampaikan pengajaran, teldan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar
pendengar atau pembacanya tidak mufah terasa hati. Pada masa yang sama, unsur
didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke
atas pemikiran serta perasaan mereka.

Fungsi dan kepentingan Peribahasa

Fungsi peribahasa dalam masyarakat kita boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti yang
dijelaskan di bawah.

1. Mewujudkan keseronokan dalam pergaulan


Keseronokan dalam pergaulan menunjukkan individu yang terlibat dalam pergaulan
tersebut merasa gembira dan selesa semasa bergaul. Kadang-kandang terdengar tawa dan
wajah yang ceria sentiasa ditunjukkan. Keseronokan dalam komunikasi berlaku apabila
kesefahaman wujud dan terselit unsur humor di dalamnya. Unsur humor ini boleh
ditunjukkan dengan adanya penggunaan perumpamaan yang sedikit jenaka tetapi tidak
keterlaluan. Berikut beberapa contoh peribahasa atau perumpamaan yang boleh
digunakan dalam pergaulan untuk tujuan menimbulkan keseronokan. Dalam pergaulan,
keseronokan boleh timbul apabila ada pujian yang ikhlas dan jujur di antara individu
yang terlibat. Contohnya anda melihat sahabat anda termenung Maka anda boleh
mengatakan Mengapa termenung ? Pungguk rindukan bulankah ?. Perumpamaan ini
bermaksud mengusik sahabat yang termenung dengan bahasa yang lebih lembut dan
berkias untuk menimbulkan mood dan untuk keseronokan.

Mungkin anda juga mahu bergurau dengan sahabat anda sewaktu membeli belah. Apabila
ditegur hanya membeli barangan berjenama sahaja , anda akan menjawab alah
membeli menang memakai . Gurauan ini bermaksud walaupun anda membeli barang
yang mahal , ketahanan barangan itu mungkin lebih lagi daripada barangan lain.
Mendengar ungkapan ini mungkin rakan-rakan anda pasti terfikir nahawa kenyataan
yang anda berikan ada kebenarannya, bukan bertujuan untuk memuji diri sendiri atau
menyindir tetapi seronok kamu berbahasa dengan menggunakan kiasan di samping
melahirkan kebenaran .

2. Memberi nasihat
Peribahasa wujud apabila masyarakat menyedari betapa susahnya untuk memberikan
nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung
perasaannnya. Maka, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu
yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang
.Perumpamaan juga boleh digunakan dalam memberikan nasihat. Penggunaan

perumpamaan dalam memberi nasihat bertujuan untuk menyedarkan seseorang dengan


membandingkan perbuatannya dengan sesuatu benda yang maujud. Keadaan ini
sebenarnya lebih berkesan kerana orang yang menerima nasihat akan sedar tentang
kelemahan atau perbuatan yang tidak baik dia lakukan umpama benda yang digambarkan
dalam peribahasa. Contohnya, mungkin anda mahu menasihatkan kawan anda supaya
berhati-hati apabila memilih kawan . Anda akan berkata dengan perumpamaan bagai
gunting dalam lipatanatau bagai musuh dalam selimut Setelah menilai nasihat anda,
memang benar dalam ramai-ramai kawan mungkin ada yang suka bermuka-muka. Di
hadapan kita dia baik tetapi di belakang kita, mungkin dia cuba merosakkan kita .Setelah
dia membandingkan benda konkrit dalam peribahasa tersebut iaitu musuh atau
gunting maka kawan anda akan lebih sedar dan akan lebih berhati-hati semasa memilih
kawan.

3. Menyindir dengan sopan


Dalam hubungan manusia dengan manusia, pemikiran Melayu juga mengaitkan
isu-isu tentang tingkah laku dan moral manusia. Moral ialah satu system yang menilai
tindakan zahir manusia. Persoalan moral mecakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati
manusia dengan manusia dan nilai-nilai moral ini adalah bersifat relative, subjektif dan
sementara. Sejajar dengan itu, perbezaan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang
tidak bermoral turut diungkapkan dalam peribahasa Melayu .Malah segala tindakan ahli
masyarakat yang wajar dilakukan dan tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam
peribahasa Melayu sebagai pengajaran dan teladan supaya ahli masyarakat dapat
mempraktisnya demi mencapai kesejahteraan hidup .
Peribahasa juga dapat mengelakkan kita daripada mengungkapkan kata-kata kasar
dan menyinggung hati dan perasaan kawan.Kata-kata kasar dapat dielakkan
penggunaannya dan diganti dengan kata-kata yang lebih halus dan indah bagi
meanunjukkan rasa marah dan tidak puas hati.Peribahasa juga boleh digunakan untuk
menyindir dengan sopan. Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur seseorang
dengan bahasa yang bertapis supaya tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang
tajam. Menyindir dengan sopan menandakan seseorang itu bijak menggunakan bahasa
supaya mesej yang disampaikan berkesan dan orang yang mendengarnya dapat
memperbetulkan kesilapannya.
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat praktikal boleh digunakan supaya
maksudnya betul-betul sampai kepada penerima. Contoh perumpamaan yang digunakan
untuk menyindir anak-anak murid kita yang membuat bising di dalam kelas, Muridmurid janganlah jadi seperti tin kosong cubalah jadi seperti padi , makin tunduk makin
berisi. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan seseorang supaya bertindak dengan lebih
bijak untuk mengisi waktu terluangnya . Mengingatkan murid-murid tentang kepentingan
masa. Contohnya , Masa itu Emas .

Kepentingan peribahasa
Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan
pengajarankepada masyarakat pada zaman dahulu kala . Itulah sebabnya peribahasa
dikatakan cerminan watak bangsa yang memilikinya .Ini kerana peribahasa tersirat makna
yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan
menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan
kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan
dirinya dengan kehidupan sehariannya . Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering
menegur anggotanya dengan cara berkias . Dengan cara demikian, orang yang ditegur
tidak mudah tersinggung .Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri
daripada orang tua-tua , tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila
diperlukan . Begitu juga dengan situasi di sekolah , seorang guru yang menasihati
muridnya yang malu bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa``malu bertanya
sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut .
Selain itu, peribahasa juga berfungsi sebagi pengawal sosial. Ianya juga sebagai
satu bentuk ibadah. Peribahasa jelas berhubungan erat dengan pemikiran dan budaya
bangsa Melayu yang memandang tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu dengan
sempurna dan bijaksana sebagai penyuluh hidup . Dengan demikian, bahasa dalam
peribahasa Melayu turut memadukan sistem pengetahuan dan kepercayaan bangsa
Melayu sebagai asas tingkah laku budayaberasaskan pemikiran yang bertunjangkan
ajaran agama Islam dan budaya setempat. Contoh peribahasa yang sering digunakan
dalam konteks ini ialah , ` Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa yang bermaksud
manusia hanya boleh berharap, Allah yang menentukan.Daripada agama yang dianuti,
bangsa Melayu berfikir dan berfalsafah dalam bahasanya, seterusnya menzahirkan
kandungan fikiran mereka dalam peribahasa yang mereka cipta dengan tujuan untuk
menyampaikan mesej dan pengajaran kepada ahli masyarakatnya . Disamping itu
peribahasa juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berbahasa di kalangan murid.
Hasil penulisan tentunya akanmenjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan
dengan peribahasa yang tepat dan sesuai .

Kesimpulan
Peribahasa Melayu ini merupakan satu susunan bahasa yang menarik , indah , berlapik
dan memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta dan penuturnya. Rakaman pemikiran
dan falsafah bangsa Melayu diungkapkan menggunakan bahasa yang puitis .Melalui katakata yang digunakan dalam peribahasa sama ada secara tersurat atau tersirat telah
menyerlahkan nilai keindahan dan kesantunan berbahasa yangwujud dalam budaya

Melayu yang diwarisi sejak turun temurun sebagai satu warisan budaya yang sentiasa
dipelihara.

Anda mungkin juga menyukai