Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL EMPOWERING STUDENT THROUGH TECHNOLOGY !

15/12/2021 – 18/12/2021

MASA TEKS

Mohon Perhatian
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan agar
mematikan mikrofon sepanjang majlis ini berlangsung.
Kerjasama daripada para hadirin amatlah dihargai.

Mekar mewangi bunga Cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah. Bismillahirrahmanirrahim,

**** HARI PENUTUP ***** (18/12/2021)


KEMASUKAN VIP Yang Berbahagia,
(Baca Hari Penutup) Tuan Haji Abdul Nasir bin

Yang Dihormati,
Para peserta sekalian.

Sebelum memulakan bengkel kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
ENERGIZER mendengar alunan Asma Al- Husna.

Petik Kenanga indah disemat,


Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

BACAAN DOA Bagi memberkati program kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
kita menadah tangan bagi mengaminkan bacaan doa yang akan dibaca oleh
saudara Nasrul Amin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 Bacaan doa
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada saudara Nasrul Amin atas bacaan doa itu
tadi. Semoga bengkel kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan dilimpahi
berkat.
Hadirin dan hadirat sekalian,
KATA ALUAN
Selamat datang ke BENGKEL EMPOWERING STUDENT THROUGH
TECHNOLOGY!

*** Hari Pertama Sahaja*** (15/12/2021)

Bukan rumput sebarang rumput,


UCAPAN Rumput penghias tepi halaman,
PENGARAH PROGRAM Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
( Hari Pertama sahaja)
Tanpa melengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita mendengar sepatah
dua kata daripada Cik Nurin Afini,selaku pengarah program bagi
menyampaikan ucapan serta atur cara sepanjang program ini berlangsung.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

 Terima kasih diucapkan kepada Cik Nurin Afini atas ucapan sebentar
tadi.

Sila ambil perhatian,

LINK KEHADIRAN  Para peserta diharapkan untuk kekal sepanjang bengkel ini berjalan
& kerana link kehadiran akan diberikan pada akhir bengkel ini.
SIJIL PENYERTAAN
 Diingatkan juga bahawa para peserta hendaklah mengikuti ketiga-tiga
bengkel ini untuk mendapatkan sijil penyertaan serta para peserta
tidak meninggalkan group whatsapp sehingga mendapat sijil
penyertaan.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Dijemput Cik Zuliana/ Cik


BENGKEL BERMULA Fanisha / Cik Nur Hasyimah bagi berkongsi cara penggunaan Microsoft
powerpoint / Microsoft Word / Google Form. Dipersilakan.

 Terima kasih kepada Cik Zuliana/ Cik Fanisha / Cik Nur


Hasyimah di atas perkongsian itu. Semoga perkongsian yang
bermakna itu tadi dapat membantu adik-adik dalam penggunaan
Microsoft word.

Sebelum pergi lebih mendalam lagi, para peserta dibenarkan berehat selama
15 minit. Diharapkan para peserta tidak meninggalkan google meet. Bengkel
REHAT akan bersambung semula pada pukul 10.30 pagi (Hari Pertama) / 10.15 pagi
(10.00 am- 10.15 am) (hari ke2 dan 3)

 Sebelum pergi lebih mendalam lagi, para peserta dibenarkan rehat


selama 15 minit. Diharapkan para peserta tidak meninggalkan google
meet. Bengkel akan bersambung semula pada pukul 10.15 pagi.

**** REHAT****

SAMBUNGAN BENGKEL Sudah cukup 15 minit kita. Diharapkan para peserta telah kembali segar.
Berjumpa lagi kita pada bengkel microsoft power point. Dijemput cik
zuliana untuk menyambung perkongsiannya.

Sekiranya mempunyai soalan boleh lah diajukan. Para peserta dibolehkan


membuka microphone anda atau bertanya di ruangan chatting box.
SESI KUIZ DAN JAWAB
SOALAN
Sebelum mengakhiri bengkel kita pada harini, terdapat kuiz yang telah
disediakan untuk meningkatkan lagi kefahaman dalam penggunaan
Microsoft powerpoint / Microsoft Word / Google Form

**** HARI PENUTUP**** (18/12/2021)


Bukan rumput sebarang rumput,
UCAPAN PENOLONG Rumput penghias tepi halaman,
KANAN PENTADBIRAN Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada Tuan Haji Abdul Nasir
selaku penolong kanan pentadbiran Maahad Syamsul Maarif Perempuan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

 Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abdul Nasir atas ucapan
sebentar tadi.

Seterusnya,
Diminta para hadirin untuk membuka camera bagi menyempurnakan sesi
fotografi.
SESI FOTOGRAFI
#tamat sesi fotografi

 Diingatkan sekali lagi kepada para peserta sebelum meninggalkan


google meet para peserta hendaklah mengisi kehadiran di link yang
diberikan di ruangan chatting box.

Dengan berakhirnya sesi fotografi itu tadi, maka berakhirlah sudah bengkel
kita pada hari ini. Berjumpa lagi kita pada slot bengkel seterusnya pada hari
PENUTUP Jumaat 17/12/2021 dan Sabtu 18/12/2021.

Saya, bagi pihak ahli jawatankuasa dengan rendah hati memohon ribuan
ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha Esa
dan yang kurang itu datangnya daripada kelemahan kami.
Sekian, berjumpa lagi kita pada hujung minggu ini.

Anda mungkin juga menyukai