Anda di halaman 1dari 4

Tamadun India

Tamadun India merujuk kepada tamadun yang berpusat di lembah sungai


Indus.Beberapa aspek seperti social, budaya, sistem politik dan pemerintahan, sains,
falsafah, agama, ekonomi, serta kesenian terkandung dalam tamadun India. Tamadun
India bermula di benua India dan perkembangannya meliputi beberapa aspek seperti
agama dan falsafah, seni dan budaya dan sebagainya.Walaupun tamadun ini dianggap
tertua, namun ia sesuai kepada manusia sejagat (Osman Bakar, Azizan Baharudin &
Zaid Ahmad, 2009).

Tamadun India yang berdiri sebagai antara tamadun yang matang dan telah
mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam pelbagai bidang ini turut sama
mempengaruhi perkembangan tamadun di Malaysia. Antaranya dari sudut Bahasa
adalah Kegunaan Bahasa Sanskrit dalam masyarakat melayu semakin meningkat.
Bahasa Sanskrit juga digunakan sebagai bahasa ilmu dan komunikasi bukan saja terhad
kepada negara Malaysia tetapi digunakan di seluruh Asia Tenggara dan menjadi Bahasa
keagamaan. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu
Bersurat Terengganu dan sebagainya. Pada Batu Bersurat Terengganu, selain daripada
perkataan Arab, turut ditemui juga 29 perkataan daripada bahasa Sanskrit. Sesetengah
perkataan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang sebenarnya berasal daripada
bahasa Sanskrit seperti perkataan bhakti, bhumi, dosa dan banyak lagi (Maiyizatul Amira,
2014).

Tamadun India seterusnya juga menyumbang dan membawa pengaruh dari segi
adat istiadat serta kebudayaan. Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-
Buddha telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad
lamanya. Dari segi sistem pemerintahan, konsep ‘Dewaraja’dalam bahasa Sanskrit yang
bermakna God King diperkenalkan pada masa dahulu. Ini merupakan konsep ketuhanan
agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan
kedudukan serta status raja sebagai jelmaan Tuhan (Azhar Mad Aros, Azharudin
Mohd.Ali, Suffian Mansor & Zulkanain Abdul Rahman, 2000). Konsep ini telah
diaplikasikan semasa upacara pertabalan raja-raja. Simboliknya upacara ini adalah untuk
mengekalkan status tinggi raja sebagai pemerintah tertinggi negara kita.Seperti yang kita
dapat lihat pada hari ini, sistem pemerintahan baraja yang dipengaruhi daripada tamadun
India masih kekal di dalam negara kita.

Dari sudut adat resam dan budaya pula, kedatangan agama Hindu mempengaruhi
kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu seperti amalan jampi dan
mentera untuk mengubati orang sakit. Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu
seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai juga merupakan
adaptasi daripada pengaruh agama Hindu.

Selain itu, tamadun India turut juga menyumbang dalam industri kesenian di tanah
air kita.Antara bentuk hiburan dan kesenian yang dimaksudkan ialah tarian dan muzik
seperti ronggeng, boria, wayang kulit, mak yong dan lain-lain. Cerita-cerita dalam wayang
kulit berdasarkan kepada epik Hindu Mahabrata dan Ramayana serta lagenda panji
dengan Tuhan dan dewa-dewinya, hero dan heroinnya (Osman Bakar, Azizan Baharudin
& Zaid Ahmad, 2009).Disamping itu, Epik Mahabharata turut diberi wajah tempatan dan
kesannya lahirlah hikayat seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Panca Delima dan
Hikayat Sang Boma. Karya kesusasteraan Melayu tradisional ini amat menitikberatkan
aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan
mitos.

Akhir sekali ialah wujudnya pengaruh seni bina dari Tamadun India di
Malaysia.Perkembangan awal tamadun Melayu telah dikenalpasti seawal abad pertama
masihi. Kisah pensejarahan Melayu ada dicatatkan dalam kitab sejarah Melayu karya
Tun Seri Lanang yang dinamakan sebagai Sulalatus Salatin.Sebelum tersebarnya Islam
ke wilayah nusantara, hampir kesemua kerajaan-kerajaan awal dipengaruhi oleh agama
Hindu-buddha.

Kerajaan seperti Kerajaan Langkasuka(Kedah Tua), Kerajaan Srivijaya,Kerajaan


Majapahit merupakan antara kerajaan yang menerima pengaruh kuat hindu-
buddha.Pengaruh seni bina ini amat kuat hingga boleh dilihat dalam konteks
kepercayaan, falsafah mahupun budaya kenbendaan seperti seni bina.
Singaravelu(1989) dan Coedes(1966) menyatakan bahawa kebudayaan Melayu itu
banyak dipengaruhi oleh agama hindhu.

Walaupun kesan pengaruhnya tidak banyak, tetapi antara sumbangan tamadun


India ini adalah pendatang dari India banyak mendirikan kuil-kuil agama Hindu yang
banyak menyerupai bentuk seni bina seperti kuil Hindu di India. Walaubagaimanapun,
pengaruh seni bina dari Selatan India telah banyak mempengaruhi binaan masjid.
Masyarakat India Selatan yang beragama Islam yang disebut sebagai Klings atau Keling
lebih suka dengan gaya seni bina Islam mereka (Vlatseas, 1990). Masjid Kapitan Kling
(1802-1803), Pulau Pinang salah satu contoh seni bina Selatan India, dibina oleh ketua
masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada
menara yang tinggi dan kubah potong bawang.
Bibliography

Amira, M. (2014, November 2). PENGARUH CINA DAN INDIA TERHADAP TAMADUN MELAYU. Retrieved
from https://prezi.com/nh-nxhstqtc5/pengaruh-cina-dan-india-terhadap-tamadun-melayu/

Azhar Mad Aros, Azharudin Mohd.Ali, Suffian Mansor, Zulkanain Abdul Rahman. (2000). Tamadun Islam
Dan Tamadun Asia ( TITAS ). Kuala Lumpur: Direct Art Sdn.Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharudin, Zaid Ahmad.. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam Dan Asia. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai