Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Indianisasi adalah perkembangan kebudayaan secara terancang yang diasaskan di atas


konsep diraja India. Pengaruh India mulai masuk di Kepulauan Nusantara pada awal abad
Masihi. Hal tersebut terjadi disebabkan oleh proses global dan perkembangan teknologi
transportasi pelayaran antara kawasan, serta bahasa serumpun yang menjadi lingua-franca di
Kepulauan di Nusantara. (Sofwan Noerwidi 2007:2) Indianisasi juga merupakan satu proses
penyebaran agama Hindu-Buddha yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu
dan penyebaran kesusasteraan Hindu-Buddha yang ada kaitan dengan agama serta amalan-
amalan Hindu-Buddha. Konsep Indianisasi digunakan dengan pengaliran pengaruh agama,
politik dan kebudayaan India. Sifat-sifat budaya Hindu-Buddha yang meliputi unsur yang
didapati dari India melalui aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera.

Pengaruh India ini mula meresap masuk ke dalam budaya tempatan sekitar abad ke-2
Masihi walaupun telah dinyatakan perhubungan di antara India dengan Asia Tenggara telah
pun bermula sejak zaman prasejarah lagi. Sejarawan mengandaikan bahawa ketika orang
India sampai ke Asia Tenggara, penduduk di sini tidak bertamadun atau mempunyai tamadun
yang rendah sehingga sanggup menerima apa sahaja budaya yang di bawa oleh orang India.
Kesannya terdapat beberapa peninggalan orang India di kawasan Asia Tenggara seperti
candi, biara, patung-patung dan sebagainya.(Ahmad Jelani 2008:26) Pengaruh tersebut tidak
berlaku secara paksaan sebaliknya secara tidak langsung yang kemudiannya secara perlahan-
lahan unsur-unsur India meresapi dalam masyarakat tempatan. Bukan semua unsur dari India
dipraktikkan atau di amalkan dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Kedatangan pengembara India ke Nusantara telah bermula sejak zaman sebelum


Masihi lagi. Sehingga kini, sumber penulisan India yang memberikan catatan dan rekod yang
jelas menunjukkan bahawa wujud ekspedisi-ekspedisi pelayaran dari India ke Kepulauan
Melayu adalah amat kurang. Walaubagaimanapun, penemuan arkeologi dan karya-karya
sastera awal yang wujud sedikit sebanyak mampu memberikan gambaran mengenai persepsi
pengembara dan pedagang India mengenai Kepulauan Melayu.(Nasha Rodziadi & Nazarudin
Zainun 2017:276) Terdapat sumber India yang terdiri daripada sumber kesusasteraan Hindu
dan Buddha dan catatan bertulis Tamil menyebut lokasi dipercayai merujuk kepada Malaysia
antaranya ialah Suvarnabhumi dan Suvarnadhipa.(Zuliskandar Ramli & Nik Hassan
Shuhaimi 2012:19) Unsur-unsur India kemudiannya merebak dengan meluas dalam
masyarakat sehingga hampir ke seluruh Asia Tenggara.
1.0 Proses Indianisasi di Asia Tenggara
Menurut sejarah, proses Indianisasi yang berlaku seawal abad pertama membawa
kepada penubuhan beberapa empayar Hindu-Buddha pada abad ke-2 Masihi seperti
Semenanjung Tanah Melayu, Teluk Siam, selatan Vietnam dan gugusan kepulauan-
kepulauan lain yang kemudiannya dikenali sebagai Asia Tenggara. Kewujudan empayar-
empayar ini membawa ideologi baharu kepada masyarakat di Nusantara (Puteh Noraihan &
Zahir Ahmad 2017:125) Pengaruh kebudayaan Hindu sampai di Kepulauan Melayu-
Indonesia seawal abad pertama Masihi. Terdapat sebuah catatan Tionghoa yang yang
menceritakan seorang Maharaja dari Ye-tiao bernama Tiao-Pien yang dikatakan pernah
menerima cenderamata daripada seorang raja di Yawadwipa bernama Dewawarman.(Mohd
Zariat 2005:69)

Proses Indianisasi masih menjadi tanda tanya dan perdebatan daripada pelbagai pihak.
Teknologi pelayaran dan perdagangan menjadi faktor penyebaran budaya antara Nusantara
dan India, setidaknya sejak awal Masihi. Nusantara merupakan area geografi yang strategik.
Oleh sebab itu, Nusantara juga dianggap sebagai “pintu masuk”. (Sugeng Riyanto 2017:145)
Namun terdapat dua kemungkinan proses Indianisasi disebarkan ke Alam Melayu melalui
golongan Visha, golongan Ksyatria dan golongan Brahmin. Golongan Visya merupakan
pembawa budaya India dalam perhubungan mereka dengan penduduk tempatan. Golongan
Ksyatria merupakan tentera dari India yang datang ke Asia Tenggara untuk meluaskan
kekuasaan mereka dan tanah jajahan mereka melalui cara ini proses Indianisasi dapat dibawa
masuk ke dalam Asia Tenggara. Golongan Brahmin telah menjalankan kegiatan penyebaran
agama Hindu pada masyarakat tempatan di Asia Tenggara contoh seperti di Bali Indonesia
yang mengamalkan ajaran Hindu sehingga terdapatnya candi-candi yang dibina contoh candi
Borobudur.(Ahmad Jelani 2008:27-32)

Menurut Vlekke (1959), penerimaan masyarakat di Kepulauan Melayu-Indonesia


terhadap kebudayaan Hindu mencetuskan kemajuan yang signifikan. Sumbangan Hinduisme
ini turut disusuli beberapa pengamatannya tentang Islamisasi di Kepulauan Melayu-
Indonesia. Pengaruh dan kebudayaan Hindu melalui golongan Brahman telah menyumbang
kepada pembentukan tamadun masyarakat pribumi di Kepulauan Melayu-Indonesia.
Kemajuan ini, terserlah dalam bidang kesenian, terutamanya melalui monumen, candi serta
inskripsi yang bercirikan Hinduisme yang terpahat dalam bahasa Sanskrit. (Mohd Zariat
2005:73)

1
2.0 Kedudukan Pemerintah
Sistem politik kerajaan-kerajaan Asia Tenggara pada abad kedua Masihi adalah
berasaskan konsep kosmologi yang meletakkan raja sebagai simbol kosmos dengan manusia
berada di bawah penguasaannya. (Sugeng Riyanto 2017:145) Hubungan raja dengan Tuhan
atau dewa telah membentuk sistem feudalisme yang melahirkan rakyat yang taat setia dan
sanggup melakukan semua perkara membuta tuli demi pemerintah. Rakyat akan patuh dan
taat terhadap apa sahaja perintah raja, meskipun perintah yang dikenakan itu zalim.

Pengaruh Hinduisme telah mempengaruhi kedudukan raja. Hal ini melalui konsep
devaraja1 dimana raja dianggap sebagai keturunan atau penitisan Dewa Siva atau Vishnu.
Kuasa luar biasa serta tahap kedewaan seseorang raja dipercayai dapat diperkukuhkan
sekiranya raja itu melaksanakan tanggungawabnya menurut teras keadilan iaitu dharma2.
Salah sebuah teks klasik lndia Shatapatha-Brahmana menyatakan bahawa raja dianggap
sebagai seorang manusia suci yang seharusnya menjaga serta memelihara peraturan-peraturan
baginda hendaklah bercakap dan melakukan apa yang tidak bertentangan dengan dharma.
Karya Mahabharata menerangkan bahawa raja yang mematuhi dharma adalah layak dianggap
sebagai dewa. Karya Ramayana pula menyatakan bahawa semua orang harus berpegang
teguh pada dharma dan sebaliknya dharma itu sendiri bergantung pada raja. Menurut
pandangan orang Tamil pemerintahan yang tidak adil adalah bertentangan dengan peraturan
alam semulajadi. (M.Rajatheran 2001:50)

Konsep kelahiran semula di Asia Tenggara merupakan satu sistem kepercayaan


yang popular yang menjelaskan imej raja sebagai “devaraja”, “dharmaraja” dan
“buddharaja”. Raja dikatakan mempunyai kuasa magis dan kesaktian yang
membolehkan raja mendapat kuasa mistik yang disebut sebagai “daulat” yang
memancarkan kuasa kepada alam semesta, dan kepercayaan ini menjadi prinsip
yang amat penting untuk mentadbir sesebuah negeri.(Chemaline 2014:172) Pemerintahan
tertumpu pada pimpinan mandala3. Mandala tersebut memiliki bentuk pemerintahan dengan
beberapa pejabat tinggi yang diduduki oleh paraçisya. Meskipun tidak terdapat
pemerintahan dalam bentuk kerajaan, raja turut mengembangkan kehidupan keagamaan

1
Seorang raja merupakan pusat kekuasaan di dunia. Raja merupakan Tuhan dan mempunyai kuasa-kuasa
mistik dan luar biasa.
2
Perkataan Sanskrit ini turut menuntut supaya setiap umat manusia melaksanakan tanggungjawab mereka
secara jujur dan saksama.
3
Lingkungan yang termasuk dalam bidang kuasa pihak berwajib

2
semasa pemerintahannya. Hal ini agar dapat memupuk kehidupan keagamaan yang cukup
kuat.(Turita Indah 2011:136)

Masyarakat India dahulu juga percaya bahawa semenjak seseorang raja dilahirkan, dia
dikatakan mempunyai mahâpurusha yang membezakannya dengan manusia biasa. Konsep ini
juga ditekankan dalam agama Buddha. Dalam buku Lotus de la Bonne Loi yang berkisar
seseorang raja dikatakan memiliki pelbagai karakter seperti 32 lakshanas 4 dan 80
anuvyanjanas5 yang menjadikan seseorang raja mempunyai 112 watak mahâpurusha 6. Oleh
yang demikian, institusi beraja amat dikagumi dan disanjung oleh masyarakat Thailand, Laos,
Kemboja dan masyarakat Melayu di Nusantara pada suatu ketika dahulu. (Puteh Noraihan &
Zahir Ahmad 2017:126-127)

4
Tanda bertuah, petunjuk, dan kualiti yang ada pada seseorang tersebut.
5
Ciri-ciri atau tanda tambahan yang terdapat pada seseorang
6
Seorang yang melakukan sesuatu yang baik dengan beraninya. Dia juga menjadi contoh dan dikajumi oleh
orang sekeliling

3
3.0 Sistem Kasta
Indianisasi telah membentuk manusia bertaraf-taraf darjatnya. Mengikut undang-
undang Hindu seperti yang diamalkan di Jawa dan Bali telah menunjukkan semangat
diskriminasi. Dalam undang-undang jenayah seperti hukuman yang dijatuhkan adalah
berbeza menurut kasta seseorang. Hal ini terutama dalam kesalahan vakraparusya dan danda-
parusya. Sekiranya pesalah dan mangsa kesalahan itu berasal daripada kasta yang sama
dendanya hanya 250. Golongan Brahmin berada ditangga teratas, diikuti dengan golongan
Ksyatria. Kemudiannya, Visya. Sudra berada di dibawah sekali. Malah, adat istiadat juga
disusun mengikut kasta dan kedudukan seseorang. Semakin tinggi darjat seseorang maka
semakin istimewalah hak yang diperoleh, Namun, semakin rendah darjat seseorang makan
semakin besarlah bebanan yang perlu dilaksanakan. (Abdul Rahman 2006:58-59)

4
4.0 Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi selepas kedatangan pengaruh India tidak banyak perbezaannya
dengan sistem ekonomi pribumi sebelumnya. Suatu ciri utama sistem ekonomi pribumi ialah
kebergantungan kepada pemberian alam, seperti memburu binatang dan memungut makanan.
Mereka mengamalkan cara hidup bersederhana dan cukup-cukup makan. Hal ini kerana
mereka hanya ingin memenuhi keperluan asasi lapar dan dahaga sahaja. Ia berubah selepas
kedatangan pengaruh India. Orang tempatan memperkembangkan lagi kegiatan perdagangan.
Perdagangan bukan sahaja di dalam negeri bahkan juga antara pulau-pulau.Bagaimanapun
dalam kegiatan perdagangan ini rakyat perlu menanggung bebanan cukai dan pajak yang
dikenakan oleh raja. (Abdul Rahman 2006:61-62) Walaupun begitu, terdapat dalam puisi
Pattinappalai bahawa terdapat aktiviti perdagangan di pelabuhan Puhar atau Kaveripattinam.
Penulisan Pattinappalai yang menyatakan bahawa komoditi dari Kedah Tua diperdagangkan
di Kaveripattinam menunjukkan bahawa wujudnya hubungan dagang antara Kedah Tua dan
kerajaan Chola pada ketika itu. Hal ini menunjukkan kerajaan India juga melaksanakan
aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan juga membolehkan mereka untuk menyebarkan
pengaruh kebudayaan India dan pengaruh agama Hindu kerajaan tradsional di Asia Tenggara.

5
5.0 Kebudayaan Indianisasi
Kepulauan Nusantara terletak pada persilangan strategis di antara Benua Asia dan
Benua Australia, serta di antara Samudera Hindia dan Samudera Pasifik, bahkan lebih jauh
lagi jika ditarik lebih ke belakangnya adalah Benua Afrika dan Benua Amerika. Hal ini
mengakibatkan Kepulauan Nusantara memiliki pelbagai jenis flora dan fauna serta manusia
dengan budayanya yang berbeza-beza. Kebudayaan yang berkembang di kepulauan ini selalu
mendapat pengaruh dari budaya-budaya besar kawasan lain di sekitarnya, seperti misalnya
kawasan India, Timur Tengah, Eropa dan China. Tiga di antara kebudayaan besar tersebut
yang pada masa lampau pernah secara dominan mempengaruhi perkembangan kebudayaan di
Kepulauan Nusantara adalah Kebudayaan India, Kebudayaan Islam, dan Kebudayaan Eropah.
(Sofwan Noerwidi 2007:1)

Pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha menurut Syed Muhammad Naquib,


agama Hindu lebih dekat dengan jiwa masyarakat Nusantara kerana ajaran-ajarannya yang
lebih kepada anismisme telah diterima dengan mudah oleh masyarakat tempatan. Proses
sinkritisme antara agama Hindu dengan budaya Melayu kuno mudah berlaku kerana agama
Hindu sendiri lebih menekankan rupa, bentuk dan perlambangan estetika. (Puteh Noraihan &
Zahir Ahmad 2017:128) Peninggalan Indianisasi juga boleh dilihat dalam bentuk monumen
seperti candi-candi. Kerajaan tradisional di Asia Tenggara banyak mempunyai candi-candi
Hinduisme. Di Jawa Kuno mempunyai banyak candi Hindu seperti Candi Dieng, Candi
Borobudur, Candi Laro Jonggrang, Candi Jawi dan lain-lain. (Abdul Rahman 2006:63)
Pembangunan monumen-monumen keagamaan yang megah tersebut dapat dibina disebabkan
oleh institusi politik yang bercorak Hindu-Budha seperti Kerajaan Mataram Kuno, Kediri,
Singasari dan Majapahit. Pengaruh Kebudayaan India dalam bidang kesusastraan telah
diperkenalkan iaitu Aksara Pallawa yang kemudian berkembang menjadi Aksara Jawa Kuno,
Kediri Kuadrat, hingga Jawa Pertengahan dan Jawa Modern. (Sofwan Noerwidi 2007:4-5)

Menurut Ceodes (1968), Asia Tenggara mempunyai nilai ketamadunannya yang


tersendiri. Antaranya, sistem penanaman padi, penjinakan dan pemeliharaan lembu dan
kerbau, asas kepada penggunaan bahan logam, kemahiran dalam ilmu pelayaran. Manakala
dalam aspek sosialnya pula ialah animisme, pengebumian di dalam tempayan atau batu
megalit. Krom (1931), tamadun Jawa sebelum kedatangan atau penerimaaan pengaruh
sosiobudaya dari India menyenaraikan beberapa elemen seni budaya tempatan seperti

6
persembahan wayang kulit, pesembahan gamelan dan seni kain batik. (Zuliskandar Ramli &
Nik Hassan Shuhaimi 2012:141)

6.0 Pengaruh Agama Hinduisme


Hinduisme yang diterima oleh penduduk pribumi di Kepulauan Melayu-Indonesia
merupakan ajaran Brahman, iaitu golongan yang menduduki tempat teratas dalam sistem
kasta Hindu. Pandangan itu disokong dengan sumber-sumber yang menjelaskan tentang
upacara-upacara keagamaan, yang antaranya, melibatkan penyembahan lembu serta gelaran
Raja Purnawarman yang dianggap sebagai Dewa Wishnu. Raja-raja yang memerintah
kerajaan-kerajaan Hindu di Kepulauan Melayu-Indonesia bukan berasal daripada keturunan
Hindu, tetapi raja berketurunan tempatan yang mengamalkan Hinduisme dan menambahkan
gelaran tersebut pada nama mereka. Hal ini sendirinya akan menjelaskan tentang tiadanya
unsur penaklukan, dan menyerlahkan perihal kerelaan penduduk peribumi sendiri yang
tertarik kepada Hinduisme. (Mohd Zariat 2005:70)

Pengaruh Hindu-Buddha yang disebarkan melalui golongan Brahman dan pedagang


membawa kepada kultus baharu yang dipanggil sebagai dewa-raja. Konsep Chakravartin
dalam kosmologi Hindu dan Buddha yang meletakkan raja sebagai pemerintah alam semesta
menguatkan lagi pendokongan kultus dewa-raja. Ideologi yang dibawa oleh para Brahman
yang menganggap raja sebagai titisan Dewa Vishnu yang berfungsi menjadi pelindung
kosmos telah menular kepada masyarakat di alam Melayu. Kitab Vâyu Purâṇa menjelaskan
bahawa raja-raja diberikan kuasa melalui tujuh permata Chakravartin sebagai lambang
kedaulatan. Tujuh permata atau sapta ratna ini disimbolkan melalui objek-objek yang suci.
Oleh yang demikian, salah satu kepercayaan orang India adalah pemusatan kuasa raja di
istana dan bandarnya yang merupakan pusat kesaktian yang memancarkan kuasa
Chakravartin. (Puteh Noraihan & Zahir Ahmad 2017:126) Konsep ini dilihat sebagai
mekanisme yang membantu pentadbiran seseorang raja, hasil pemusatan kuasanya. Hal ini
dapat meningkatkan lagi rasa ketakjuban rakyat terhadap seseorang raja disebabkan oleh
pengaruh agama Hinduisme di Asia Tenggara.

Dalam ajaran Hindu Siwa, terdapat konsep reinkarnasi 7 sebagai kelahiran kembali
sesuai dengan karma manusia, sedangkan dalam ajaran Buddha pelepasan diri manusia
mencapai nirwana melalui dharma. Dalam setiap kenaikan Bhatara dapat dicapai bagi

7
Suatu kepercayaan bahwa seseorang akan mati dan dilahirkan kembali dalam bentuk kehidupan lain. Yang
dilahirkan itu bukanlah wujud fisik sebagaimana keberadaan kita saat ini.

7
seseorang yang telah melepaskan diri dari segala sesuatu yang bersifat duniawi. Proses
tersebut merupakan pelepasan diri dari kesengsaraan untuk mencapai kebahagiaan abadi.
(Turita Indah 2011:141) Reinkarnasi terjadi kerana jiwa menanggung hasil perbuatan pada
kehidupan individu yang terdahulu. Ajaran Hindu Siwa memberi tanggapan baik bahawa
semua perbuatan manusia akan dibalas.

8
7.0 Kesusasteraan Indianisasi
Masyarkat di nusantara sudah mengamalkan tradisi penulisan yang menggunakan
aksara India Selatan, Palava dan bahasanya bahasa Sanskrit. Evolusi dalam gaya penulisan ini
berlaku pada sejak abad ke-7 Masihi di Nusantara apabila bahasa tempatan digunakan dalam
penghasilan inkripsi8. (Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi 2012:21-22) Hasil-hasil
kesusasteraan ini dapat dibahagi kepada empat kumpulan Samhita, Brmana, Aranyaka,
Upanisad. Daripada kitab-kitab itulah diperoleh ajaran umum agama Hindu yang dapat
dibahagikan kepada dua ciri iaitu dravya dan jnana. Dravya adalah perkara-perkara tentang
ritual yang berasaskan ajaran-ajaran daripada kitab Samhita, Brmana, Aranyaka. Jnana pula
merupakan keintelektualan pula berasaskan ajaran Upanishad. Pada asasnya terdapat empat
prinsip umum dalam ajaran agama Hindu iaitu karma, samsara, moksa dan advaita. (Ahmad
Jelani 2008:35)

7.1 Syair Tamil


Sumber-sumber Tamil merupakan sumber penulisan tertua yang menyebut
mengenai Kedah Tua. Syair-syair Tamil yang menyebut mengenai Kedah Tua terdiri
daripada Pattinappalai dan Sillappadikaram. Kedua-dua syair Tamil tersebut secara
keseluruhannya menceritakan tentang perkembangan kerajaan-kerajaan India Selatan
pada zaman awal perkembangannya. Rekod mengenai Kedah Tua dalam sumber-
sumber sastera Tamil tersebut membuktikan hubungan rapat yang wujud antara
Kedah Tua dengan India Selatan. (Nasha Rodziadi Khaw et al 2017:13)

Sillappadikaram9 merupakan salah sebuah dari lima penulisan epik Tamil


yang boleh ditarikhkan pada penghujung zaman Sanggam. Penulisan Sillappadikaram
terdiri daripada tiga episod utama yang menceritakan tentang tiga kerajaan utama di
India Selatan iaitu Chola, Chera dan Pandya. Penulisan Sillappadikaram memiliki
pengaruh agama Siva, Vishnu, Buddha dan Jain. Cerita tersebut memberi gambaran
mengenai mengenai cara hidup masyarakat Tamil pada zaman Sanggam yang
melibatkan keadaan kota dan bentuk kepercayaan mereka. (Nasha Rodziadi Khaw &
Nazarudin Zainun 2017:277)

8
Sesuatu yang ditulis atau diukir pada permukaan sesuatu. Sebagai contoh, prasasti.
9
Bermaksud “puisi gelang lengan”, Ia menceritakan mengenai liku-liku kehidupan suami isteri iaitu Kovalan
dan Kannaki yang memiliki tema kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri.

9
Dalam puisi Pattinappalai pula wujud satu ayat yang menyatakan bahawa
“barang-barangan dari Kazhagam10” telah diperdagangkan di pelabuhan Puhar atau
Kaveripattinam. Penulisan Pattinappalai yang menyatakan bahawa komoditi dari
Kedah Tua diperdagangkan di Kaveripattinam menunjukkan bahawa wujudnya
hubungan dagang antara Kedah Tua dan kerajaan Chola pada ketika itu. Di samping
penulisan-penulisan Tamil dari zaman Sanggam, wujud juga syair Tamil yang
menyebut mengenai Kedah Tua yang ditarikhkan selepas zaman Sanggam. Penulisan
tersebut merupakan penulisan Paruŋkathai yang boleh ditarikhkan pada kurun ke-10
Masihi. Paruŋkathai merupakan sebuah sastera epik Tamil yang ditulis oleh pujangga
bernama Kongkuvelir. (Nasha Rodziadi Khaw et al 2017:14)

7.2 Sastera Sanskrit


Sumber penulisan Sanskrit yang menceritakan mengenai Kedah Tua ialah
penulisan Kathasaritsagara dan Kaumudimahotsava. Kedua-dua penulisan tersebut
bukan merupakan sumber sejarah yang tulen, tetapi merupakan karya-karya sastera
sejarah. Karya-karya sastera tersebut mewakili persepsi dan pandangan orang-orang
India terhadap kepentingan Kedah Tua dan masih relevan untuk diambilkira sebagai
salah satu sumber yang boleh menyumbang kepada pengetahuan sejarah. Karya
Kathasaritsagara merupakan sebuah himpunan karya-karya yang ditulis dalam bahasa
sanskrit yang bermaksud “lautan cerita-cerita”. Dalam cerita Chandrasvamin pula,
pelabuhan Kataha telah disebut bersama dengan pelabuhan-pelabuhan yang lain yang
kemungkinan wujud di sekitar perairan Asia Tenggara ataupun pantai Timur India.
Dalam cerita tersebut, dinyatakan bahawa Chandrasvamin dari kota Jalapura India
telah berlayar ke Narikela dan seterusnya ke Katahadvipa ataupun Kedah Tua. (Nasha
Rodziadi Khaw et al 2017:15)

10
Kazhagam merujuk kepada Kedah Tua.

10
Kesimpulan
Kesimpulannya, Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara dua ribu tahun yang
dahulu telah meninggalkan impak serta kepada kerajaan dan masyarakat awal di Asia
Tenggara. Kesan-kesan Indianisasi begitu jelas dengan pembuktian melalui bidang arkeologi
mahupun antropologi yang menjalankan kajian terhadap tinggalan artifak daripada
masyarakat-masyarakat lampau seperti jumpaan tembikar, kuil, candi serta pelbagai lagi
artifak yang boleh membuktikan bahawa Indianisasi telah berlaku di Asia Tenggara. Antara
kesan Indianisasi yang meresap dan menjadi sebahagian masyarakat tempatan hingga ke hari
ini ialah dari segi kosa kata, bahasa, agama, adat, tulisan dan pelbagai lagi. Sememangnya
Indianisasi yang berlaku di Asia Tenggara telah mencorak hampir keseluruhan kawasan Asia
Tenggara dan berjaya menguasai Asia Tenggara dengan ideologi, budaya, dan falsafah dari
asalnya Indianisasi iaitu Negara India.

11
Rujukan
Abdul Rahman Abdullah, 2006, Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional,
Karisma Publication Sdn. Bhd.

Ahmad Jelani Halimi, 2008, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd

Chemaline Anak Osup, 2014, Imej Arketaipal Raja Dalam Pemikiran Kosmologi Dan
Ideologi Hindu-Buddha, 163 Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN)
International Journal of Malay Letters Jilid 2, 163-179

M.Rajantheran, 2001, Amalan Kultus Devaraja Di Asia Tenggara, JATI-Journal of


Southeast Asian Studies (Volume 6, 2001, Pages 49 to 68)

Mohd. Zariat Abdul Rani, 2005, Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu:
Beberapa Catatan Pengkaji Barat, SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 23 . pp. 67-82.

Nasha Rodziadi Khaw & Nazarudin Zainun, 2017, Huubungan India dan Kedah Tua
‘Satu Analisis dari Konteks Membina Sejarah Nasional’, Persidangan Nasional Sejarah Dan
Sejarawan Malaysia 2017. Universiti Sains Malaysia, pp. 276-284.

Nasha Rodziadi Khaw et al, 2017, Kedah Tua: Satu Cerakinan Sumber India, Jurnal
Arkeologi Malaysia Disember 2017, Vol 30, No 2, hlm. 11-19.

Puteh Noraihan A.Rahman & Zahir Ahmad, 2017, Hubungan Simbolisme dan
Spiritualisme Dewa-Raja dalam Kesusasteraan Melayu Klasik, KEMANUSIAAN Vol. 24, No.
2, (2017), 123–139.

Sofwan Noerwidi, 2007, Melacak Jejak Awal Indianisasi di Pantai Utara Jawa
Tengah, Berkala Arkeologi, 27(2), 40–65

Sugeng Riyanto, 2017, Situs Liangan Dalam Bingkai Sejarah Mataram Kuno, Berkala
Arkeologi Vol. 37 Edisi No.2.

Turita Indah Setyani, 2011, Meniti SINKRETISME Teks Tantu Panggelaran,


KAWISTARA VOLUME 1No. 2, 17 Agustus 2011, Halaman 103-212.

Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi, 2012, Zaman Proto Sejarah Di Malaysia,
INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA).

12

Anda mungkin juga menyukai