Anda di halaman 1dari 1

Pentaksiran pembelajaran adalah suatu proses pemantauan pembelajaran yang

dilaksanakan secara bersistematik untuk menilai hasil pembelajaran murid.


Pentaksiran merupakan komponen penting dalam pendidikan kerana pentaksiran
memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru dan murid sendiri.
Secara umumnya, pentaksiran terbahagi kepada pentaksiran formatif dan sumatif.

Dari segi persamaan, pentaksiran formatif dan sumatif merangkumi 3 komponen


utama yang sama iaitu komponen pengujian, pengukuran dan penilaian. Dalam
pentaksiran formatif, pengujian dijalankan melalui soal jawab antara guru dan murid
manakala soalan ujian dilaksanakan sebagai instrumen pentaksiran sumatif untuk
mengukur pencapaian murid. Pada fasa pengujian, murid akan diberi soalan piawai
yang perlu dijawab untuk mengumpul maklumat berkenaan tahap pengetahuan,
sama ada sebelum atau selepas pengajaran. Pengujian bertujuan membanding beza
hasil pembelajaran untuk mengetahui kemajuan pembelajaran murid. Fasa
pengukuran pula melibatkan tafsiran maklumat secara kuantitatif. Guru boleh
mengukur tahap penguasaan murid dengan memberi markah melalui pemerhatian
atau ujian bertulis berdasarkan skala pemeringkatan. Dengan maklumat yang
diperolehi, guru akan membuat pertimbangan mengenai pencapaian objektif
pengajaran dan kesesuaian strategi pengajaran pada fasa penilaian.

Akhir sekali, persamaan antara pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif adalah
sebagai motivasi kepada guru dan murid. Pelaksanaan pentaksiran membantu murid
untuk mengenalpasti kekurangan diri. Sebagai contohnya, murid boleh menyedari
kelemahan diri dalam kurikulum dan sesetengah topik setelah menduduki
peperiksaan atau menjawab quiz di dalam kelas. Pentaksiran ini bertujuan
menggalakkan murid membuat refleksi kendiri serta memotivasikan mereka untuk
memperbaiki kelemahan diri dengan membuat latihan. Pentaksiran formatif dan
sumatif bukan sahaja bermatlamat memberi motivasi kepada murid, malah
pelaksanaan pentaksiran turut mengalakkan guru untuk mengesan kekurangan
dalam pengajaran seperti penggunaan bahan bantu mengajar, pengurusan masa
dan strategi pengajaran yang tidak sesuai. Dengan ini, pelaksanaan pentaksiran
membolehkan guru mempertingkatkan mutu proses PdP.

Sebagai kaedah penilaian hasil pembelajaran


Pentaksiran formatif dan sumatif berfungsi untuk mengesan prestasi murid.
Pelaksanaan pentaksiran formatif dan sumatif dapat menilai dan mengesan
kemajuan pembelajaran murid. Dengan maklum balas yang diperolehi, guru bukan
sahaja dapat membuat penilaian mengenai kualiti pengajaran malah maklumat
tersebut juga membantu guru dalam mengubahsuai dan menambahbaikan cara
pengajaran untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai