Anda di halaman 1dari 17

BUAT DUIT

DENGAN
DROPSHIP
Jana Pendapatan Tambahan
Dengan Menjual Buku
● Modal Serendah RM20
● Tak Perlu Simpan Stok
● Diskaun & Untung Selesa
ISI KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN

Apa itu dropship?


Kenapa pilih dropship?
Hukum perniagaan dropship

BAB 2: DROPSHIP BCO

Apa itu BCO?


Website untuk dropship BCO
Support group BCO
Pakej dropship BCO
Kategori diskaun & produk
Naik taraf (upgrade) pakej dropship
Semak pakej dropship
Semak total sales dropship

BAB 3: BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP BCO (AKAN DATANG)

Buat jualan yang pertama


Pilih produk murah & mudah dijual
Waktu terbaik buat post di sosial media
Cara & apps buat resit kepada pelanggan
Sales channel & cara menjual
Waktu & tarikh terbaik untuk menjual
Contoh ayat & skrip closing sales
Selesaikan masalah pelanggan & buat jualan
Kenal diri & kenal pelanggan (customer avatar)
Simpan data pelanggan & buat follow up

BAB 4: MELANGKAH LEBIH JAUH (AKAN DATANG)

Rekrut ejen & bina team sendiri


Tambah ilmu digital marketing
Miliki website & landing page sendiri
Miliki kedai buku sendiri
Belajar pengurusan kewangan
Belajar pengurusan bisnes & syarikat
BAB 1: PENGENALAN

Apa itu dropship?

Dropship adalah sistem bisnes yang membolehkan anda menjual tanpa perlu
menyimpan atau membeli stok terlebih dahulu.

Cara sistem dropship berfungsi adalah seperti berikut:

1. Ejen dropship buat promosi kepada pelanggan


2. Pelanggan buat bayaran & beri info penghantaran kepada ejen dropship
3. Ejen dropship buat order menerusi sistem order syarikat dropship
4. Syarikat dropship buat penghantaran kepada pelanggan

Sistem Dropship

Dengan sistem dropship, anda boleh fokus kepada promosi & menjual, iaitu fokus untuk
buat duit sahaja. Ejen dropship akan menerima diskaun istimewa dan harga yang lebih
murah berbanding harga pasaran.
Ejen dropship boleh jual barang pada diskaun tertentu atau pada harga penuh kepada
pelanggan masing-masing. Keuntungan untuk ejen dropship adalah daripada harga jual
kepada pelanggan ditolak dengan harga diskaun dropship.

Contoh:

Harga pasaran = RM100


Harga & diskaun dropship = RM70 (Selepas diskaun 30%)
Margin untung = RM30

Harga jual ejen dropship kepada pelanggan = RM90


Ejen dropship beri diskaun 10% kepada pelanggan = RM10

Harga Jual - Harga Dropship = Untung


RM90 - RM70 = RM20

Kiraan Untung Dropship

Sekiranya ejen dropship jual kepada pelanggan pada harga penuh iaitu RM100, maka
keuntungan adalah RM30.
Kenapa pilih dropship?

Ini adalah sistem perniagaan baru yang semakin berkembang pesat seiring dengan
kemajuan teknologi internet & ekonomi digital.

Sistemnya mudah & tidak memerlukan kepakaran teknikal. Yang lebih penting, hanya
modal yang sangat minimum diperlukan untuk memulakan perniagaan dropship.

1. Tak perlu sewa kedai


2. Tak perlu simpan stok
3. Tak perlu proses order
4. Tak perlu upah pekerja
5. Tak perlu hantar barang
6. Tak ada risiko stok tak terjual

Kelebihan Sistem Dropship

Ya, dengan sistem dropship BCO anda tak perlu buang masa untuk lakukan semua
perkara di atas.
Hukum perniagaan dropship

Menurut Al-Kafi Li Al-Fatawi di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
hukum perniagaan dropship adalah HARUS.

Rujukan asal:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1674-hukum-perniagaan-dropship

BAB 2: DROPSHIP BCO

Apa itu BCO?

bco.com.my (BCO: Bookcafe Online) adalah platform untuk menjana pendapatan


tambahan & memulakan bisnes online secara dropship.

Produk utama BCO adalah buku. Terdapat lebih 8,000 tajuk buku daripada
beratus-ratus penerbit yang ada di Malaysia.

BCO dimiliki sepenuhnya oleh PTS Bookcafe Sdn Bhd (924422-P) dan merupakan
anak syarikat kepada PTS Media Group Sdn Bhd (510952-X).

Dengan pengalaman 20 tahun dalam industri buku dan pengalaman 10 tahun dalam
bidang e-Commerce & digital marketing, BCO mahu membantu lebih ramai usahawan
& orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan.
Team BCO & Suasana Proses Order Dropship

Website untuk dropship BCO

BCO.com.my: Website utama untuk ejen dropship buat order, pembelian buku &
mendapatkan info terkini

UsahawanBuku.com: Website untuk peserta buat pendaftaran sebagai ejen dropship


BCO

SemuanyaBuku.com: Website katalog buku untuk ejen dropship kongsikan dengan


pelanggan masing-masing

Di website semuanyabuku.com, pelanggan boleh:

1. Semak harga buku

2. Semak stok terkini buku


3. Semak kos penghantaran

Pelanggan hanya dapat menyemak kos buku, kos penghantaran & keseluruhan tanpa
dapat submit order. Pelanggan perlu menghubungi dan berurusan dengan ejen
dropship untuk meneruskan pembelian.

Support group BCO

Untuk mendapatkan info terkini, promosi semasa, perbincangan & bersilaturahim, sertai
support group BCO.

Support Group BCO

1. Telegram: Blast Channel & Support Group

Klik: https://t.me/dropshipbookcafe

2. Facebook: Support Group

Klik: https://www.facebook.com/groups/dropshipBCO

Pakej dropship BCO

Ada empat jenis pakej dropship di BCO iaitu:

1. BASIC
2. ADVANCE
3. PRO
4. VIP
Yuran pendaftaran untuk pakej BASIC adalah RM20.

Yuran pendaftaran untuk pakej ADVANCE adalah RM30.

Tiada yuran pendaftaran untuk pakej PRO & VIP.

Kategori diskaun & produk

Diskaun bagi setiap produk di BCO bergantung kepada jenis pakej dropship & kategori
produk berkenaan.

Rujuk jadual di bawah:

Pakej Dropship & Diskaun di BCO

Naik taraf (upgrade) pakej dropship

1. Naik taraf BASIC kepada ADVANCE

Tiada naik taraf pakej BASIC kepada ADVANCE. Peserta hanya perlu bayar yuran
pendaftaran sebanyak RM30 sahaja.
2. Naik taraf BASIC atau ADVANCE kepada PRO

Untuk dinaik taraf ke pakej PRO, dropship Basic atau Advance perlu capai total sales
sebanyak RM10,000 sahaja.

3. Naik taraf PRO kepada VIP

Untuk dinaik taraf ke pakej VIP, dropship PRO perlu capai total sales sebanyak
RM20,000 sahaja.

Semak pakej dropship

1. Sign in di bco.com.my

2. Klik My Account >> Profile Details

3. Klik User Groups

Cara Semak Pakej Dropship di BCO


Semak total sales dropship

1. Klik: https://www.bookcafe.cf/bco/email.php

2. Masukkan email yang berdaftar di website BCO.

3. Klik Check Now.

4. Klik ALL TIME untuk lihat jumlah sales keseluruhan dari awal sertai BCO sehingga
kini.

Cara semak total sales dropship


BAB 3: BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP BCO

Buat jualan yang pertama

Sales sejuta, bermula dengan sales seringgit yang pertama.

Order bertimbun-timbun, bermula dengan order yang pertama.

Jadi, jangan bertangguh lagi. Dapatkan sales yang pertama & order yang pertama
secepat mungkin.

Nak tahu cara paling mudah untuk dapatkan sales yang pertama?

Caranya adalah…

Beli buku untuk diri sendiri. :)

Ya, beli buku & buat order kepada diri sendiri.

Kenapa?

Inilah cara yang paling cepat untuk anda belajar & memahami sistem dropship dengan
sepenuhnya.

Anda sendiri akan melihat bagaimana sistem order berfungsi, bila order diproses, bila
nombor tracking akan diberi & berapa lama order akan sampai kepada pembeli.

Apabila order sudah diterima, lihat sendiri bagaimana cara order dibalut & kualiti buku
yang diterima.

Pengalaman ini akan menjadikan anda bertambah faham dengan sistem dropship BCO
& lebih yakin untuk buat promosi kepada pelanggan masing-masing.

Lagi pun, pelaburan yang paling menguntungkan adalah melabur kepada ilmu &
melabur kepada diri sendiri.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendapatkan jualan yang pertama.


Bagaimana kita dapat membuat jualan yang pertama?

1. Pilih & kenali produk yang dijual

Apabila kita sudah mengenali produk yang kita jual, mudah untuk kita
mempromosikannya kepada pelanggan.

Kenali ciri-ciri dan keistimewaan produk yang dijual supaya kita dapat bercerita
tentangnya.

Masih buntu?

Pilih sahaja produk yang paling murah atau paling banyak terjual dalam senarai
bestseller BCO.

Save gambar buku berkenaan & copy paste penerangan tentang buku yang disediakan
di website BCO. Update di sosial media atau ceritakan pasal buku berkenaan kepada
orang di sekeliling anda.

2. Tetapkan sasaran jualan bulanan

Pastikan kita mempunyai sasaran jualan harian dan bulanan. Kita akan lebih
bersemangat & termotivasi setiap kali target dapat dicapai.

Mulakan dengan letak target yang paling mudah & boleh dicapai seperti,

“Jual satu buku sehari.”

Selepas target satu buku sehari sudah dicapai, naikkan target berkenaan sedikit demi
sedikit. Sasaran jualan harian & bulanan dapat membantu kita melihat perkembangan
jualan kita. Sekiranya sasaran jualan harian atau bulanan tidak tercapai, kita boleh
merangka strategi baru untuk menarik pelanggan.

3. Promosi produk

Jangan malu untuk buat promosi. Kalau tak nak buat promosi, tukarkan perkataan
promosi kepada KONGSI.
Kongsikan buku-buku yang bagus kepada orang di sekeliling anda. Jangan malu jangan
segan. Kita menjual buku iaitu bahan ilmu yang mulia lagi diperlukan oleh masyarakat.

Bayangkan, jika anda berkongsi tentang buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu. Betapa
ramai umat manusia yang akan mendapat manfaatnya.

Mungkin ada kawan-kawan kita yang sebenarnya sedang mencari-cari panduan ini.

Mulakan untuk promosi produk supaya dikenali dan pelanggan yakin untuk membeli.
Kongsikan kelebihan kepada pelanggan sekiranya memiliki produk tersebut. Yakinkan
mereka bahawa pelaburan mereka sangat berbaloi.

4. Konsisten (Berkekalan)

Konsisten & istiqamah untuk buat aktiviti promosi. Sekali sehari sudah memadai.

Jangan sedih jangan kecewa sekiranya posting anda berkaitan buku tiada like atau
share. Biasanya, ada ramai pembaca senyap (silent reader) yang akan terus
menghubungi anda untuk membeli buku berkenaan.

Jadi, jangan lupa letak nombor telefon atau minta yang berminat dengan buku
berkenaan supaya PM anda.

Sentiasa buat promosi di media sosial tentang buku-buku baru.

Boleh juga kaitkan promosi dengan isu semasa seperti promosi komik Ejen Ali ketika
animasi Ejen Ali sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Pilih produk murah & mudah dijual

Mengapa perlu pilih produk murah dan mudah dijual?

Produk murah mudah untuk dijual kerana dapat menarik perhatian pelanggan.

Secara tidak langsung, kita dapat menjemput pelanggan untuk turut melihat
produk-produk lain dan menambah jumlah belian.

Selain itu, dapat memberi motivasi kepada kita untuk terus membuat jualan.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Apabila kita bersemangat, insya-Allah lebih mudah untuk kita menyusun strategi untuk
meningkatkan jualan.

Menjual buku yang murah adalah langkah yang berkesan untuk mendapatkan
kepercayaan pelanggan.

Pelanggan baru terutamanya, takut untuk membeli produk yang mahal sekiranya
mereka belum pernah berurusan dengan anda. Mereka akan cuba membeli buku-buku
yang murah dahulu. Selepas mereka berpuas hati & percaya dengan anda, mereka
tiada masalah untuk berurusan dan membeli buku-buku yang lebih mahal.

.
.
.
.
.

Isi kandungan seterusnya dalam panduan ini masih dalam pembikinan. Selepas
siap sepenuhnya, kami akan maklumkan dalam support group BCO.

Support Group BCO

1. Telegram: Blast Channel & Support Group

Klik: https://t.me/dropshipbookcafe

2. Facebook: Support Group

Klik: https://www.facebook.com/groups/dropshipBCO
Waktu terbaik buat post di sosial media

Cara & apps buat resit kepada pelanggan

Sales channel & cara menjual

Waktu & tarikh terbaik untuk menjual

Contoh ayat & skrip closing sales

Selesaikan masalah pelanggan & buat jualan

Kenal diri & kenal pelanggan (customer avatar)

Simpan data pelanggan & buat follow up


BAB 4: MELANGKAH LEBIH JAUH (AKAN DATANG)

Rekrut ejen & bina team sendiri

Tambah ilmu digital marketing

Miliki website & landing page sendiri

Miliki kedai buku sendiri

Belajar pengurusan kewangan

Belajar pengurusan bisnes & syarikat

Anda mungkin juga menyukai