Anda di halaman 1dari 12

1.

Pendahuluan

Sambutan bulan kemerdekaan kali ke-63 sedikit berbeza kali ini. Sedang negara dilanda wabak
Covid19, namun, pandemik berkenaan tidak dapat melunturkan rasa kasih dan sayang terhadap
negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami dan diterap dalam kehidupan sehari-hari selain
dimanfaatkan demi mengekalkan perpaduan negara. Jasa dan pengorbanan para pemimpin & pejuang
tanah air terdahulu harus dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini. Tema Hari Kebangsaan
pada tahun ini adalah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah selari dengan keadaan semasa
negara yang memerangi pandemik Covid19.

2. Matlamat

Matlamat utama penganjuran sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah adalah bertujuan
untuk menyemai rasa cintakan bangsa dan negara. Selain itu, sambutan ini juga bertujuan untuk
memperingati sejarah negara dan tokoh-tokoh gemilang yang berusaha mempertahankan tanah air
di samping menanam semangat patriotik dikalangan murid-murid dan guru-guru SK Rapat Jaya, Ipoh.

3. Objektif

3.1 – Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan guru-guru.

3.2 – Mengenali dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

3.3 – Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

3.4 – Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.

3.5 – Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing dikalangan murid-murid

dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

4. Rasional

Rasional program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi negara
dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dikalangan rakyat Malaysia. Selain itu,
program seperti ini mampu membantu murid-murid menambah pengetahuan tentang sejarah negara
dan warisan yang perlu dipelihara melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang
sambutan bulan kemerdekaan.
5. Nama Aktiviti

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan.

6. Tarikh Pelaksanaan

Sepanjang bulan Ogos 2020 – 15 September 2020.

7. Sasaran

Semua murid Pra Sekolah, Tahun 1-6 dan guru SK Rapat Jaya, Ipoh.

8. Strategi

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah suatu program yang melibatkan semua murid dan guru secara
menyeluruh. Oleh hal yang demikian, satu jadual pelaksanaan telah dirangka untuk membantu guru-
guru dan murid-murid menjalankan aktiviti mengikut masa, tempoh dan kaedah yang ditetapkan agar
tidak menjejaskan PdP disamping mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM.

9. Anjuran

Unit Kokurikulum dengan Kerjasama panitia Sejarah SK Rapat Jaya, Ipoh.

10. Cadangan Aktiviti dan Jadual Pelaksanaan

Rujuk Lampiran 1

11. Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Rujuk Lampiran 2
12. Pendapatan & Perbelanjaan

Bil. Pendapatan RM Perbelanjaan RM


1 Wang Bantuan Kerajaan :
Panitia Sejarah

JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH KESELURUHAN

13. Anggaran Perbelanjaan

Bil. Aktiviti Bilangan / Penerangan RM


1 26 x hadiah tempat pertama
2
3
4

JUMLAH KESELURUHAN
14. Penutup

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan diharapkan dapat memberi manfaat kepada murid-murid
dan guru-guru khususnya dalam meningkatkan semangat patriotism walaupun keadaan negara yang
sedang dilanda wabak Covid19. Setiap aktiviti yang dirancang juga diharapkan dapat dilaksanakan
dengan baik dan sentiasa mematuhi SOP terkini yang diberikan oleh MKN dan KPM dari masa ke masa.

Disediakan oleh :- Disahkan oleh :-

…………………………………………………….. …………………………………………..

(RAIHAN JALALUDIN)

Penyelaras

Program Bulan Kemerdekaan

SK Rapat Jaya, Ipoh


LAMPIRAN 1 – Cadangan Aktiviti & Jadual Pelaksanaan

Bil. Aktiviti Penglibatan Tanggungjawab Cadangan


Tarikh
Pelaksanaan
1 Pelancaran Bulan Semua Murid & Panitia Sejarah 4.8.2020
Kemerdekaan Guru
2 Siaran Lagu-lagu Semua Murid & Panitia Bahasa Melayu 4.8.2020 –
Patriotik Guru 15.9.2020
3 Hiasan bendera / Semua Murid & Panitia Pendidikan Jasmani 4.8.2020 –
banner pada Guru & Kesihatan / Panitia 15.9.2020
bangunan sekolah Pendidikan Moral
4 Pameran Sejarah Semua Murid & Pusat Sumber Sekolah – 4.8.2020 –
(Online/Ruang Guru GPM 15.9.2020
pameran)
5 Info 5 minit tentang Semua Murid & Panitia Sejarah 4.8.2020 –
Sejarah / Tokoh Guru 15.9.2020
Negara
6 Pertandingan Pra Sekolah, Murid Panitia Pendidikan Seni 4.8.2020 –
Mewarna Poster Tahun 1, 2, 3 Visual 14.8.2020
7 Pertandingan Melukis Murid Tahun 4, 5, 6 Panitia Pendidikan Seni 4.8.2020 –
Poster Visual 14.8.2020
8 Pertandingan Word Murid Pra Sekolah, Panitia Bahasa Inggeris 4.8.2020 –
Search (Tema Tahun 1, 2, 3 14.8.2020
Kemerdekaan)
9 Pertandingan Murid Tahun 4, 5, 6 Panitia Bahasa Inggeris 4.8.2020 –
Crossword Puzzle 14.8.2020
(Tema Kemerdekaan)
10 Kuiz Online/Bertulis Murid Tahun 4, 5, 6 Panitia Sains 17.8.2020 –
Murid Tahap 2 28.8.2020
11 Kuiz Online/Bertulis Pra Sekolah Guru Pra Sekolah 17.8.2020 –
Pra Sekolah 28.8.2020
12 Kuiz Online/Bertulis Murid Tahun 1, 2, 3 Panitia Matematik 17.8.2020 –
Murid Tahap 1 28.8.2020
13 Pertandingan Tulisan Pra Sekolah Guru Pra Sekolah 17.8.2020 –
Jawi (Tema 28.8.2020
Kemerdekaan)
Pra Sekolah
14 Pertandingan Tulisan Murid Tahun 1, 2, 3 Panitia Bahasa Arab 17.8.2020 –
Jawi Pantun / sajak 28.8.2020
(Tema Kemerdekaan)
Tahap 1
15 Pertandingan Tulisan Murid Tahun 4, 5, 6 Panitia Pendidikan Agama 17.8.2020 –
Jawi pantun / sajak Islam 28.8.2020
(Tema Kemerdekaan)
Tahap 2
16 Pertandingan Terbuka Panitia Muzik 1.9.2020 –
Nyanyian Solo Secara Guru/Murid/Pra 13.9.2020
Atas Talian Sekolah
17 Penutupan Bulan Semua murid & Panitia Muzik 15.9.2020
Kemerdekaan – Kibar guru
jalur gemilang dalam
kelas masing-masing &
nyanyian solo terbaik

LAMPIRAN 2 – Jawatankuasa Aktiviti Bulan Kemerdekaan

JAWATANKUASA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2020

TUGAS / NAMA GURU DESKRIPSI TUGASAN


PENGERUSI (GURU BESAR) Menasihat dan memantau sepanjang program
berlangsung.
TIMBALAN PENGERUSI (PEN. KANAN -Memastikan program berjalan seperti yang di
KOKURIKULUM) rancang.
-Memastikan hiasan bertema/bendera di
kawasan sekolah digantung/diurus mengikut
SOP yang ditetapkan.
NAIB PENGERUSI 1 (PEN. KANAN TADBIR & -Memastikan setiap panitia & guru subjek
KURIKULUM) menjalankan tanggungjawab masing-masing
dalam menjalankan aktiviti bulan kemerdekaan.
NAIB PENGERUSI 2 (PEN. KANAN HAL EHWAL -Memastikan penglibatan murid pada tahap
MURID) maksimum dan segala program yang dijalankan
mengikut SOP yang terkini.
PENYELARAS / SETIAUSAHA PROGRAM -Menyediakan kertas kerja program.
Raihan Jalaludin -Merancang program yang sesuai dengan situasi
wabak Covid19.
-Menyediakan dokumentasi dan laporan pada
akhir program.
-Menyediakan borang nama pemenang.
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN -Aktiviti pelancaran secara ringkas & makluman
(PANITIA SEJARAH) kepada murid tentang Bulan Kemerdekaan yang
Puan akan berlangsung sepanjang bulan Ogos
sehingga 15 September 2020.
-Melatih murid untuk membaca sajak
bertemakan kemerdekaan.
-Memainkan gimik MERDEKA (Tunku Abdul
Rahman)
AKTIVITI SIARAN LAGU-LAGU PATRIOTIK -Mencari lagu-lagu yang sesuai bertemakan
(PANITIA BAHASA MELAYU) patriotik.
Isnin : Pn. -Memainkan lagu-lagu berunsur patriotik pada
Selasa : Pn. waktu pagi. (7.20 – 7.30 pagi)
Rabu : Pn. **Tiada siaran lagu pada hari Jumaat.
Khamis : En.
AKTIVITI HIASAN BENDERA / BANNER PADA -Memastikan hiasan bertema / bendera
BANGUNAN SEKOLAH digantung/diurus sesuai dengan SOP terkini.
(PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN -Memastikan kawasan sekolah menampakkan
/ PANITIA PENDIDIKAN MORAL) tema Hari Kebangsaan.
Encik -Menyediakan poster logo hari kebangsaan dan
Encik dipamerkan di mana-mana bahagian di sekolah.
Encik
AKTIVITI PAMERAN SEJARAH -Menyediakan pameran tentang sejarah negara
(ONLINE / RUANG PAMERAN) / tokoh-tokoh kemerdekaan secara atas talian
(PSS -GPM) atau mengadakan ruang pameran di mana-
Puan mana bahagian sekolah yang difikirkan sesuai.
AKTIVITI INFO 5 MINIT TENTANG SEJARAH / -Memilih murid tahun 4, 5, 6 untuk membaca
TOKOH NEGARA info ringkas tentang sejarah / tokoh negara
(PANITIA SEJARAH) setiap hari pada waktu pagi (7.30-7.35)
Isnin : Puan -Menyediakan info ringkas untuk dibaca oleh
Selasa : Puan murid-murid yang dipilih.
Rabu : Puan
Khamis : Puan
Jumaat : Encik
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER -Menyediakan bahan bercetak untuk setiap
(PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL) kelas Pra Sekolah, Tahun 1,2,3
Penyediaan bahan Tahap 1 : Pn. -Guru Subjek menjalankan aktiviti semasa
Pemilihan Pemenang : Guru Subjek setiap kelas subjek Pendidikan Seni Visual
-Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia/Puan Norasmah Binti Hashim (PRA
Sek) selewat-lewatnya pada 14.8.2020.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER -Menyediakan poster contoh untuk setiap kelas
(PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL) Tahun 4,5,6
Penyediaan bahan Tahap 2: Pn. -Menyediakan kertas lukisan
Pemilihan Pemenang : Guru Subjek setiap kelas -Guru Subjek menjalankan aktiviti semasa
subjek Pendidikan Seni Visual
-Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 14.8.2020.
PERTANDINGAN WORD SEARCH (TEMA -Menyediakan bahan bercetak Word Search
KEMERDEKAAN) dengan tema Kemerdekaan untuk murid-murid
(PANITIA BAHASA INGGERIS) pra sekolah, Tahun 1,2,3.
Penyediaan Bahan : Pn. -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa subjek
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas Bahasa Inggeris.
- Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 14.8.2020.
PERTANDINGAN CROSSWORD PUZZLE (TEMA -Menyediakan bahan bercetak Crossword puzzle
KEMERDEKAAN) dengan tema Kemerdekaan untuk murid-murid
(PANITIA BAHASA INGGERIS) Tahun 4,5,6.
Penyediaan Bahan : Pn. -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa subjek
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas Bahasa Inggeris.
- Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 14.8.2020.
KUIZ ONLINE/BERTULIS MURID TAHAP 2 -Menyediakan Kuiz dengan tema Kemerdekaan
(PANITIA SAINS) secara online/bercetak untuk murid-murid
Penyedia Bahan : En. tahun 4,5,6
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa subjek
Sains
- Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 28.8.2020.
KUIZ BERTULIS PRA SEKOLAH -Menyediakan Kuiz dengan tema Kemerdekaan
(PRA SEKOLAH) secara online/bercetak untuk murid-murid pra
Penyedia Bahan : Puan sekolah
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa di
dalam kelas.
- Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Puan Norasmah Binti Hashim selewat-lewatnya
pada 28.8.2020.
KUIZ ONLINE/BERTULIS MURID TAHAP 1 -Menyediakan Kuiz dengan tema Kemerdekaan
(PANITIA MATEMATIK) secara online/bercetak untuk murid-murid
Penyedia Bahan : Puan tahun 1,2,3
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa subjek
Matematik
- Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 28.8.2020.
PERTANDINGAN TULISAN JAWI (TEMA -Menyediakan contoh sebaris ayat dalam jawi
KEMERDEKAAN) PRA SEKOLAH bertema kemerdekaan untuk setiap kelas.
(PRA SEKOLAH) -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa di
Penyedia Bahan : Puan dalam kelas.
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas - Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Puan Norasmah Binti Hashim selewat-lewatnya
pada 28.8.2020.
PERTANDINGAN TULISAN JAWI PANTUN / -Menyediakan contoh pantun/sajak dalam jawi
SAJAK (TEMA KEMERDEKAAN) bertema kemerdekaan untuk setiap kelas Tahun
TAHAP 1 1,2,3.
(PANITIA BAHASA ARAB) -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa di
Penyedia Bahan : Puan dalam kelas.
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas
- Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 28.8.2020.
PERTANDINGAN TULISAN JAWI PANTUN / -Menyediakan contoh pantun/sajak dalam jawi
SAJAK (TEMA KEMERDEKAAN) bertema kemerdekaan untuk setiap kelas Tahun
TAHAP 2 4,5,6
(PANITIA PENDIDIKAN ISLAM) -Guru subjek menjalankan aktiviti semasa di
Penyedia Bahan : Puan dalam kelas.
Pemilihan Pemenang : Guru subjek setiap kelas - Guru Subjek memilih 3 hasil kerja yang terbaik
dari setiap kelas dan menyerahkan nama kepada
Ketua Panitia selewat-lewatnya pada 28.8.2020.
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SECARA -Membuat promosi tentang pertandingan.
ATAS TALIAN
(TERBUKA) -Menjalankan proses pemilihan secara atas
Promosi : Cik talian. (Telegram / Whatsapp)
Pemilihan Pemenang : Dr.
-Memilih 3 pemenang terbaik & 3 saguhati.
Hakim Pertandingan -Menentukan pemenang tempat pertama,
kedua dan ketiga serta 3 hadiah saguhati
Pertandingan Mewarna / Poster selewar-lewatnya pada 13.9.2020.
(KP PSV)
-Memberikan senarai nama pemenang kepada
Kategori Pra Sekolah AJK Hadiah selewat-lewatnya pada 13.9.2020.
Puan

Pertandingan Word Search & Crossword


Puzzle
(KP BI)

Kuiz Tahap 2
(KP Sains)

Kuiz Tahap 1
(KP Matematik)
Jawi Tahap 1
(KP BA)

Jawi Tahap 2
(KP PAI)

Nyanyian Solo (Terbuka)


(KP Muzik)
AJK HADIAH -Memesan hadiah mengikut setiap kategori.
Puan (T1) Tempat Pertama
Puan (T1) Tempat Kedua
Puan (T2) Tempat ketiga
Puan (T2) 3 hadiah saguhati
Encik (Pra Sek) Untuk setiap tahun.
Encik (Pra Sek)
-Memastikan setiap penerima hadiah menerima
hadiah masing-masing.
JURU GAMBAR -Merakam gambar aktiviti sepanjang bulan
Encik kemerdekaan.
-Menyerahkan gambar aktiviti kepada
Penyelaras untuk tujuan dokumentasi.
BUKU PROGRAM Menyediakan buku program secara
bercetak/online.
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
SK RAPAT JAYA, IPOH
TAHUN 2020

1 OGOS – 15 SEPTEMBER 2020

DISEDIAKAN OLEH: -

……………………………………………………..

(RAIHAN JALALUDIN)

PENYELARAS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

SK RAPAT JAYA, IPOH

DISAHKAN OLEH:-

…………………………………………………..

( )

Anda mungkin juga menyukai