Anda di halaman 1dari 18

5 CARA MENAMBAHKAN

PENDAPATAN DALAM
INDUSTRI FOREX

Oleh: Royfaizal

1
CARA 1: “MAKAN” REBAT
TRADING VOLUME SENDIRI

Ramai trader di luar yang masih tidak peka dengan hasil yang boleh
dijana daripada lot volume yang mereka dagangkan setiap hari. Dan
sekiranya dikumpul, anda mungkin terkejut melihat berapa banyak rezeki
yang telah pun anda “BUANG” secara tidak sengaja.

Apakah itu rebat? Rebat adalah pulangan komisen kepada trader yang
diberikan oleh Introducer Broker (IB) kepada trader yang berdaftar dibawah
pautan mereka IB mereka. Komisen terhasil daripada spread yang
didagangkan oleh trader tersebut.

Terdapat 2 cara mudah macam mana nak dapat rebat ini. Caranya adalah:

2
1) Daftar dibawah IB – kebiasaanya broker ada menyediakan sistem auto
rebate kepada IB untuk memudahkan IB memulangkan semula
komisen ini kepada trader.
2) Daftar sebagai IB – ada broker menetapkan syarat bahawa self-rebate
dengan menjadi IB adalah tidak dibenarkan.

Rebat trading ni akan dapat tidak kira lah sama ada position kita dalam
keuntungan ataupun kerugian. Rebat akan dibayar selepas position ditutup.
Dari segi terma dan syarat, kebanyakan Broker ada menetapkannya dan
ianya berbeza untuk setiap Broker.

Apakah terma dan syarat yang biasa Broker tetapkan? Ianya boleh
dibahagikan kepada 2 secara asas:
1) Minit — ini bermaksud Broker hanya membayar komisen sekiranya
position yang telah tutup melebihi minit minimum ditetapkan. Contoh
syarat 5 minit bermaksud sekiranya position ditutup bawah daripada

3
5 minit (ambil masa position ditutup tolak dengan masa position
dibuka), maka tiada komisen diberikan dan sebaliknya.
2) Pips — Ini bermaksud Broker hanya membayar komisen sekiranya
position yang telah tutup melebihi pips minimum ditetapkan. Contoh
syarat 2 pips bermaksud sekiranya position ditutup bawah daripada 2
pips (ambil harga position ditutup tolak dengan harga position
dibuka), maka tiada komisen diberikan dan sebaliknya.

Ada juga terma dan syarat lain untuk tidak dapat komisen seperti trading
dengan bonus yang diberikan. Maka anda perlu tahu terma dan syarat
Broker terlebih dahulu kerana Broker adalah tidak sama.

Berapa yang boleh kita dapat hasil daripada rebat trading volume kita
sendiri? Pertama kita harus tahu dulu berapakah Broker membayar
komisen kepada IB? Komisen dibayar melalui spread (perbezaan harga jual
dan harga beli). Lagi tinggi spread kebiasaan akan dibayar komisen lebih
tinggi maka lagi rendah spread sebaliknya. Sekiranya anda menjumpai
Broker yang membayar komisen lebih tinggi daripada Spread maka anda
telah menjumpai lubuk membuat duit dengan mudah dan pantas!

Sila lihat simulasi di bawah untuk pemahaman bagaimana rebat ini boleh
menjana pendapatan untuk anda.

4
Sekiranya anda berdagang di akaun standard (di mana saiz kontrak
bernilai 100,000 untuk setiap 1 lot), dan katakan anda berdagang di
instrumen EURUSD dengan spread yang ditawarkan purata di 1.5 pips dan
komisen yang diberikan kepada IB ada USD10 per lot. IB memberikan
pulangan sebanyak 80% kepada anda iaitu USD 8 per lot.

Katakan sehari anda berdagang sebanyak 0.05 standard lot dan untuk
sebulan dagangan, jumlah lot adalah 0.05 x 20 = 1.00 standard lot.
Sekiranya rebat sebanyak USD8 per lot diberikan, maka pulangan rebat
untuk sebulan adalah sebanyak USD8 x 1.00 standard lot = USD8 dan kalau
ditukarkan kepada RM dengan kadar USD1 = RM4.00, maka USD8 adalah
bernilai sama dengan RM32.00. Lagi besar nilai lot volume anda, maka lagi
banyak rebat yang anda perolehi.

Sekiranya position anda dalam keuntungan, rebat ibarat bonus kepada


position tersebut. Sekiranya position anda dalam kerugian, rebat ibarat
sebahagian daripada gantian kepada position tersebut.

5
CARA 2: BINA RANGKAIAN IB

Cuba anda tengok bilangan contact dalam phone anda ada berapa ramai
orang? Itu lah rangkaian ataupun network yang anda ada secara tidak sedari.
Mereka inilah kenalan anda yang bakal menyertai rangkaian anda.
Dan dengan cara ini anda akan mendapat rangkaian baru dari
luar rangkaian anda.

Apakah faedah yang anda boleh dapat daripada membina rangkaian IB di


dalam industri forex ini? Broker ada satu program yang dikenali sebagai
Introducing Broker ataupun IB. Sebagai seorang IB, anda mendapat
komisen daripada memperkenalkan pelanggan kepada Broker tersebut.
Dan komisen ini dikira dari lot volume di mana spread yang dibayar oleh
pelanggan kita, sebahagian akan dipulangkan semula sebagai komisen
kepada IB. Selain daripada komisen berdasarkan lot volume, Broker juga
membayar bonus lain seperti dari nilai net deposit dan sebagainya.
Bagaimana sistem IB ini berfungsi? Sila tengok urutan dibawah:
1. Berdaftar program IB @ Affiliate dengan Broker.
2. Selepas itu, anda akan mendapat satu unik pautan (link) di mana
pautan ini digunakan untuk anda berikan kepada bakal pelanggan
anda. Sekiranya mereka berdaftar menggunakan pautan anda, maka
sistem Broker akan mengenalpasti bahawa pelanggan ini adalah
milik anda dan anda bakal menerima komisen daripada hasil
lot volume mereka.

6
3. Broker ada menyediakan IB Platform di mana pelbagai statistik
berkenaan pelanggan anda akan diberikan kepada anda.

Persoalannya disini, adalah bagaimana untuk menarik pelanggan untuk


berdaftar dengan kita? Apakah produk yang bakal kita tawarkan kepada
pelanggan kita?

Salah satu perkara mudah yang paling ramai IB gunakan adalah dengan
memberi semula rebat kepada pelanggannya. Apa maksud pemberian
semula rebat? Macam ni, katakan anda merupakan agen yang menjual air
jenama Pepsi. Dan harga runcit jenama Pepsi bernilai RM2.00 sebotol. Dan
sebagai agen, Pepsi beritahu setiap botol dijual, agen akan memperolehi
RM1.00 untuk setiap botol. Dan untuk melariskan jualan Pepsi, sebagai agen
boleh membuat kempen memberitahu pelanggan akan dapat pulangan
sebanyak RM0.50 untuk setiap botol yang dibeli mereka.

7
Tetapi, kat mana nak cari pelanggan yang suka minum air Pepsi ini?
Adalah dengan memasuki komuniti seperti orang yang suka minum
air berkarbonat. Dan masuk komuniti pesaing Pepsi seperti
Coca-Cola ataupun F&N.

Sama juga dengan industri forex, untuk memudahkan kita meluaskan


rangkaian IB kita, banyakkan sertai group yang melibatkan komuniti forex
tempatan seperti di FB Page, FB Group, Telegram dan sebagainya. Di situ
kita akan kenal lebih ramai pelanggan yang telah pun berada dalam industri
forex. Tetapi, pastikan bahawa beretika dalam mempromosi apa sahaja di
dalam komuniti yang bukan kita bina ni.

8
CARA 3: HASILKAN PRODUK SENDIRI

Nak bina produk sendiri seperti Indicator, strategi forex, E-Book ataupun
apa sahaja yang berkaitan dengan forex, tetapi tidak tahu bagaimana nak
mulakan? Disini saya nak berikan idea bagaimana untuk memulakannya.
Sebelum itu, produk ni kegunaannya adalah untuk memberikan kepada
pelanggan kita sebagai satu tarikan untuk berdaftar dibawah pautan kita.
Takkan pelanggan nak berdaftar sahaja dengan kita tanpa apa-apa faedah
kan?

Saya ingin memberitahu satu laman web dimana anda boleh


dapat beribu strategi forex yang menyediakan panduan dan juga
indikator yang mereka gunakan secara PERCUMA. Bukan sahaja
strategi forex, malah Expert Advisor (EA) dan juga e-book diberikan
percuma. Anda nak tahu apa website dia?

https://www.forexstrategiesresources.com

Cara nak bina satu strategi forex yang sesuai:


1. Layari laman web di atas
2. Pilih satu strategi yang anda sesuai

9
3. Buka satu akaun dagangan sen untuk menguji strategi tersebut.
4. Selepas 3 bulan, sekiranya hasil positif maka akaun tersebut boleh
digunakan sebagai testimoni kejayaan strategi tu.
5. Dan anda boleh memberikan strategi tersebut berserta dengan hasil
ujian selama 3 bulan kepada pelanggan yang berdaftar di bawah anda
sebagai hadiah kepada mereka dan secara tidak langsung boleh
membantu mereka untuk membuat keuntungan.
6. Anda juga boleh membuat pakej dengan menjual strategi ini.
Walaupun strategi ini bukan hasil usaha anda, tetapi ditambah
dengan testimoni iaitu ujian yang dibuat oleh anda selama 3 bulan,
maka sesuai untuk anda membuat satu pakej dan menjualnya.

Cara nak bina satu e-book forex yang sesuai:


1. Layari laman web di atas
2. Buat terjemahan dari Bahasa English kepada Bahasa Melayu.
3. E-book yang telah diterjemahkan ini boleh dihadiahkan kepada
pelanggan yang berdaftar dengan anda.

Secara kesimpulan, laman web yang diberikan ini banyak memberikan


peralatan yang sesuai untuk kita gunakan dalam forex.

10
CARA 4: PEMBERI ISYARAT DAGANGAN

Nak menjadi seorang pemberi isyarat dagangan, mesti kita rasa tidak
layak ataupun tidak berpengalaman lagi kan? Tapi macam mana kita nak
jadi seorang pemberi isyarat dagangan yang baik? Dan apa kelebihan
kepada kita sebagai seorang pemberi isyarat dagangan?

1. Kita boleh caj fee bulanan kepada pelanggan yang melanggan isyarat
dagangan kita. Biasanya kita tidak meletakkan syarat untuk mereka
berdaftar dibawah pautan mahupun Broker pilihan kita.
2. Kita boleh menyediakan isyarat dagangan percuma kepada
pelanggan yang berdaftar dengan kita sebagai salah satu
perkhidmatan yang kita sediakan kepada pelanggan kita.

11
Ok sekarang apa step seterusnya yang perlu kita lakukan?
1. Langgan beberapa isyarat dagangan daripada penyedia lain yang ada.
2. Cuba isyarat mereka selama 3 bulan.
3. Pastikan anda menggunakan akaun sebenar dan masuk isyarat yang
mereka berikan supaya kita ada hasilnya nanti selepas 3 bulan.
4. Dan sekiranya anda mendapatkan hasil yang bagus, isyarat dagangan
yang anda langgani tersebut boleh diberikan kepada bakal pelanggan
anda.
5. Tetapi jangan lah anda jual balik, ianya adalah tidak beretika. Rezeki
harus dikongsi bersama. Apa yang boleh anda buat ada, bincang
dengan pemilik isyarat dagangan itu dan dapatkan diskaun daripada
nya supaya anda boleh jual balik dan mendapatkan keuntungan. Cara
ini adalah win – win kepada kedua belah pihak.

Kesimpulannya, tidak perlu jadi seorang pedagang yang hebat untuk


menghasilkan isyarat dagangan yang baik. Tetapi hanyalah cukup dengan
sekadar menguji beberapa pembekal isyarat dagangan lain, hasilkan
satu testimoni mengikut dengan isyarat yang diberikan dan anda telah
jumpa produk yang boleh menjana pendapatan dan sekaligus
mengikat pelanggan anda.

12
CARA 5: COPYTRADE

Copytrade adalah satu sistem yang amat popular kini dalam industri
forex. Kebanyakan Broker sudah mula menawarkan sistem copytrade ini
kerana ianya mendapat permintaan tinggi. Mereka yang menjadi Manager
copytrade ini boleh menambah lagi pendapatan dari segi profit sharing
yang dikenakan kepada follower (penyalin) yang mengikut manager ini.

Bayangkan, sekiranya anda melakukan dagangan seorang diri, anda


boleh membuat pulangan sekitar 10% sebulan. Sebagai contoh,
bermodalkan USD100 maka keuntungan bulan tersebut ialah USD10. Ini
adalah keuntungan hasil daripada dagangan anda sendiri.

Sekarang, katakan ada 10 orang mengikut dagangan anda menggunakan


sistem coytrade ini. Dan apabila 10 orang ini mengikut anda, maka kalau

13
anda untung, mereka juga dalam posisi keuntungan dan sebaliknya. Dan
apabila anda membuat keuntungan sebanyak USD10, maka setiap 10 orang
tadi juga akan mendapat keuntungan USD10 setiap seorang. Dan sebagai
Manager anda boleh mengenakan caj perkongsian keuntungan dan ianya
bergantung kepada anda sendiri untuk menentukan nilainya.

Katakan anda mengenakan caj sebanyak 20% perkongsian keuntungan


kepada mereka yang mengikut anda. Maka setiap daripada 10 orang
tersebut akan menyerahkan USD2 iaitu (20% daripada USD10) kepada anda.
Dan dengan ini, anda mendapat sebanyak USD2 x 10 orang = USD20 sebagai
keuntungan hasil daripada membantu membuat keuntungan kepada
mereka yang mengikut anda.

So dengan menggunakan sistem copytrade ini, tanpa membuat apa kerja


tambahan, anda hanya perlu berdagang seperti biasa, anda telah pun
mendapat lebih keuntungan daripada hasil dagangan anda sendiri.

Apa yang perlu anda buat adalah untuk membuat dagangan terbaik
supaya anda kekal dalam posisi keuntungan. Kerana kebiasaannya follower
akan menambahkan dana sekiranya mereka puas hati dengan prestasi anda.
Dan kebarangkalian anda menambah lebih ramai follower akan menjadi
lebih tinggi kerana Broker menyediakan platform ataupun kedudukan
prestasi terkini para manager yang ada.

14
Sekiranya anda bukan seorang trader yang baik, bagaimana anda boleh
menggunakan sistem ini untuk memberikan faedah untuk anda?
• Pertama, anda perlu mencuba beberapa manager selama 3 bulan
supaya anda sendiri merasai manager mana yang boleh membantu
untuk membuat keuntungan yang konsisten.
• Kedua, anda membuat promosi manager tersebut dengan
menggunakan akaun anda sebagai testimoni. Pelanggan yang anda
cari boleh berdaftar dibawah anda dan secara tidak langsung, anda
boleh mendapatkan komisen dari segi lot volume.

15
PENUTUP

Untuk membuat keuntungan dalam industri forex ini, banyak caranya


dan bukan hanya menjadi seorang trader sahaja. Sekiranya anda
menghadkan diri anda hanya membuat keuntungan sebagai seorang trader,
maka kemungkinan anda tergolong dalam trader yang mengalami kerugian.
Kenapa saya cakap begitu?

Saya berpengalaman kerja dalam dunia Brokerage lebih daripada 7 tahun.


Saya melihat sendiri statistik dimana trader yang rugi melebihi daripada
trader yang untung. Salah satu kesilapan yang memungkinkan adalah
trader tidak cuba mencari keuntungan selain daripada hasil trading sendiri.

Cuba bayangkan, anda menggunakan sahaja salah satu saranan diatas,


dan anda tahu anda ada sumber lain untuk menjana pendapatan selain

16
trading sendiri, maka persoalannya adakah anda akan lebih santai dalam
trading dan hasilnya akan menjadi lebih baik?

Saya berharap dengan membaca penulisan saya ini, sedikit sebanyak


dapat membantu membuka minda para pembaca bahawa dalam industri
forex ini banyak lagi cara untuk menghasilkan pendapatan. Saya tak cerita
lagi aspek lain seperti menjadi seorang cikgu mengajar forex kerana untuk
menjadi cikgu, pengalaman dan pendidikan yang perlu anda ada makan
masa untuk mengumpulnya.

Semoga anda semua dipermudahkan urusan dan mendapat menjana


pendapatan dalam industri ini. Sentiasa membuat jurnal untuk melihat
aliran keluar masuk duit anda. Dengan ini, anda sendiri boleh lihat dan
menetapkan berapa banyak modal yang anda sanggup rugi. Jangan sampai
satu hari nanti, anda terkejut melihat akaun bank anda, makin susut dan
apabila anda tersedar dari perkara ini, mungkin ianya dah terlambat.

Banyak lagi penulisan dan video yang akan saya berikan kepada anda.
Maka jangan lupa untuk menyertai telegram channel saya di bawah

https://t.me/DuniaRoyfaizal

Pastikan anda sertainya supaya anda tidak tertinggal mendapatkan


informasi dan maklumat terkini daripada saya. Jumpa anda di dalam
telegram nanti ok!

GMImarkets

17

Anda mungkin juga menyukai