Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK.

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN & PANDUAN PEMARKAHAN) TAHUN AKADEMIK 2019

PISMP Semester / Tahun: Semester 1 Tahun 2

Nama Kursus: AKTIVITI KREATIF DALAM PENDIDIKAN MUZIK Ambilan: JUN 2018

Kod: MUZK3263 (NPDL MUZK3263, MUZK3093) Kumpulan: UNIT TMZ1

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Jam Pembelajaran Pelajar

04.07.2019 18.07.2019 4 jam


1. Penulisan Esei
04.07.2019 01.08.2019 8 jam
2 Projek Persembahan Kreatif (kerja
kumpulan ditaksir secara individu)
(NPDL MUZK3263, MUZK3093)

Disediakan oleh Pensyarah/Penyelaras Kursus Disahkan oleh Ketua Jabatan Disemak oleh Pemeriksa Dalam (PD)

Nama : Nama : Nama :

Tanda tangan: Tanda tangan: Tanda tangan:

Tarikh : Tarikh : Tarikh :


Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat:

1. Memperincikan model dan ciri-ciri pemikiran kreatif, langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran muzik, pengintegrasian konsep
muzik dalam aktiviti muzikal, dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif (C4, PLO3, CTPS2).

2. Merancang langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan merujuk pelbagai sumber (C6, PLO3, PLO6,
CTPS2, LL1).

3. Mengintegrasikan konsep muzik dalam menghasilkan projek persembahan yang kreatif (C6, P5, PLO2, PLO5, TS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Siswa pendidik dapat:

1. Menghasilkan langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan merujuk pelbagai sumber.

2. Membuat persembahan muzik melalui cara mengintegrasikan konsep muzik dalam menghasilkan projek persembahan yang kreatif.
Spesifikasi
WAJARAN
Tugasan ASPEK / KRITERIA PENILAIAN
TUGASAN
TOPIK
1.Langkah-langkah penyampaian 1. Penulisan Esei (800 pp) 20 1. Penulisan Esei
pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) yang kreatif dalam bilik Merancang langkah-langkah Kriteria Penilaian:.
darjah untuk penyampaian yang kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik  Mengorganisasikan maklumat mengenai perancangan
dengan merujuk pelbagai sumber (C3, dari pelbagai sumber dengan sangat baik.
PLO3, PLO6, CTPS2, LL1).  Merancang langkah-langkah penyampaian yang
kreatif dengan sangat baik.
 Perancangan bagaimana mengaplikasikan kaedah
penyampaian yang kreatif dengan sangat baik.
 Merancang kemahiran penyelesaian masalah
penyampaian dengan sangat baik.
 Aplikasi kemahiran saintifik, dan pemikiran kreatif
dengan sangat baik.
 Kebolehan mencipta langkah-langkah dan membuat
keputusan dalam penyelesaian masalah dengan
sangat baik.
 Merancang langkah-langkah penyampaian
pengajaran dan pembelajaran muzik dengan sangat
kreatif.
2. Pengintegrasian konsep 2. Projek Persembahan Kreatif 40 Projek Persembahan Kreatif
muzik dalam aktiviti kreatif (NPDL MUZK3263, MUZK3093)
Mempamerkan persembahan yang sangat cemerlang dari
Mengintegrasikan konsep muzik dalam segi:
menghasilkan projek persembahan
yang kreatif (C6, P5, PLO2, PLO5,  Ketepatan pic yang sangat tepat.
TS4).  Pengeluaran suara secara yang sangat Open Throat.
 Lontaran suara yang sangat jelas.
 Ekspresi yang sangat jelas.
 Aplikasi konsep muzik (dinamik, mud dan tempo, dll)
yang sangat sempurna.
 Pengaplikasian teknik vokal yang telah dipelajari dalam
repertoire yang sangat jelas dan meyakinkan.
 Keseimbangan bunyi suara alat muzik dan nyanyian
yang sangat sempurna.
 Penghasilan projek persembahan yang sangat kreatif.

Kemahiran Insaniah:
 Kebolehan mengembang dan membaiki kemahiran
berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai
perbincangan dengan sangat baik.
 Berusaha dengan menunjukkan kesungguhan dan
penglibatan penuh dalam tugasan yang diberikan serta
berusaha mencari bahan yang bersesuaian dan terkini
dari pelbagai sumber dengan sangat baik.
 Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan
dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
 Perlakuan gerak balas motor yang mahir serta
melibatkan pola pergerakan kompleks. Kecekapan
ditunjukkan dengan perlakuan yang tepat, dan
dikoordinasi dengan baik serta menggunakan tenaga
yang minima. Kategori ini merangkumi perlakuan tanpa
teragak-agak dan secara automatik dengan sangat
baik.

(NPDL MUZK3263, MUZK3093)

Jumlah 60
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2016

Program:PISMP Nama Pelajar:

Kod:MUZK3233 Semester / Tahun: Semester 1 Tahun 2


Ambilan: Jun 2018
Nama Kursus: AKTIVITI KREATIF DALAM
Kumpulan: TMZ1
PENDIDIKAN MUZIK

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei (800 PP) 04.07.2019 18.07.2019


2. Projek Persembahan Kreatif (kerja 04.07.2019 01.08.2019
kumpulan ditaksir secara individu)
(NPDL MUZK3263, MUZK3093)

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini siswa pendidik dapat:

1. Memperincikan model dan ciri-ciri pemikiran kreatif, langkah-langkah pengajaran dan


pembelajaran dalam pengajaran muzik, pengintegrasian konsep muzik dalam aktiviti muzikal,
dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif (C4, PLO3, CTPS2).

2. Merancang langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran


muzik dengan merujuk pelbagai sumber (C6, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1).

3. Mengintegrasikan konsep muzik dalam menghasilkan projek persembahan yang kreatif (C6,
P5, PLO2, PLO5, TS4).).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Siswa pendidik akan dapat:

1. Menghasilkan langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran


muzik dengan merujuk pelbagai sumber.

2. Membuat persembahan muzik melalui cara mengintegrasikan konsep muzik dalam


menghasilkan projek persembahan yang kreatif.

Rangsangan

Guru muzik yang unggul merupakan cita-cita seorang guru Pendidikan Muzik. Justeru itu, guru
Pendidikan Muzik harus mencari jalan bagaimana untuk menjadi unggul dengan cara mempelbagaikan
kaedah pengajaran terkini; termasuklah merancang langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik dengan merujuk pelbagai sumber dengan mengintegrasikan
pelbagai konsep muzik.

1. Sebagai seorang guru muzik yang unggul, siswa guru diminta untuk menghasilkan penulisan esei
yang merangkumi langkah-langkah penyampaian yang kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran
muzik dengan merujuk pelbagai sumber.

2. Sebagai seorang guru muzik yang unggul, siswa guru diminta untuk menghasilkan bahan satu
bantu belajar mengikut prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff, dan Dalcroze yang dapat digunakan
dalam aktiviti muzikal pengajaran dan pembelajaran (MUZK3093). Persembahkan bahan bantu
belajar tersebut dengan mengintegrasikan konsep muzik.(MUZK3263). (NPDL MUZK3263,
MUZK3093)

Siswa pendidik dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Penulisan Esei (20%)

TUGASAN 2: Projek Persembahan Kreatif (kerja kumpulan ditaksir secara individu) (40%)
(NPDL MUZK3263, MUZK3093)

Arahan Pelaksanaan Tugasan

TUGASAN 1: Penulisan Esei

1. Penulisan akademik (kertas kerja) perlu dilaksanakan secara individu.


2. Panjang penulisan akademik 800 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran.
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Penulisan akademik ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
5. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan
terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan.
6. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan.
7. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya.
8. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal.
9. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren.
10. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif.
11. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, internet dan
bahan bercetak yang lain.
12. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus
menepati standard yang ditetapkan:
12.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
12.2. Fon: Arial.
12.3. Saiz huruf: 11.
12.4. Langkau: 1.5
12.5. Rujukan: APA (American Psychological Association) terkini.
12.6. Rajah perlu dilabelkan.
12.7. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
12.8. Teks yang dihantar perlu dikepilkan dengan soalan kerja kursus.
13. Penulisan Akademik ini dinilai berdasarkan:
 Liputan dan kandungan
 Perbincangan kreatif dan kritikal
 Organisasi
 Bahasa
 Kualiti Sumber
14. Muka hadapan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari ITEMS
IPGM Ipoh.
15. Penulisan Akademik ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.
16. Anda perlu membuat latihan ensembel dan nyanyian sama ada bersendirian atau secara
berkumpulan mengikut jadual yang ditetapkan sendiri.
17. Tugasan ini membawa markah 60%, [penulisan esei (20%) dan projek persembahan kreatif
yang ditaksir secara individu( 40%)]. Wajaran bagi tugasan ini ialah 60%.
18. Secara berkumpulan hasilkan satu projek BIG IDEA yang kumpulan anda fikirkan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(SAHANUDIN BIN YUSOF) (PN. HANIZAH BT. ABDUL BAHAR)

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

(TN. HAJI MOHD KAMAL BIN MAT YUSOF)


Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai