Anda di halaman 1dari 7

RUMUSAN ARTIKEL

SANTUN BAHASA DALAM KALANGAN MURID PELBAGAI ETNIK DARI


ASPEK PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
PENGENALAN

Pengkaji memulakan penulisan artikelnya dengan menerangkan bahawa dalam

masyarakat Melayu, unsur kesantunan semasa berkomunikasi amat dipentingkan.

Pengetahuan terhadap budaya dalam proses interaksi juga penting bagi memungkinkan

kelancaran interaksi, selain mengelak daripada berlakunya salah tafsir dalam proses

interaksi tersebut

Pengkaji menghuraikan sistem sapaan dalam bahasa Melayu kepada tiga aspek

utama iaitu kata ganti nama, kata rujukan hormat, kata gelaran atau pangkat. Menurut

pengkaji lagi, kata ganti nama yang digunakan dengan betul dan sesuai memberi

keselesaan kepada seseorang yang diajak berbicara. Walaupun bentuk kata ganti nama

diri kelihatan sederhana dan senang difahami, namun aspek penggunaannya boleh

menjadi rumit dan kerap berlaku kesilapan akibat daripada penggunaan kata ganti nama

diri yang salah atau kurang tepat.

Oleh yang demikian, pengkaji percaya bahawa nilai kesantunan bahasa harus

dipupuk dalam diri murid agar nilai murni masyarakat Melayu ini tidak hilang dek ditelan

zaman. Bahan-bahan pengajaran juga boleh dijadikan wadah oleh guru untuk mendidik

murid berkomunikasi secara santun di samping menyampaikan nilai-nilai murni dalam

diri mereka.

PERNYATAAN MASALAH
1
Dalam pernyataan masalahnya, pengkaji mengutarakan perlunya kajian tentang

penggunaan kata ganti nama dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah kerana

kajian dalam bidang berkenaan masih kurang dijalankan. Menurut pengkaji, kajian-kajian

lepas banyak memberi perhatian kepada kesantunan berbahasa untuk bidang pola sapaan

dan strategi kesantunan dalam kalangan remaja, mahasiswa di institusi pengajian tinggi

dan juga golongan dewasa.

Menurut pengkaji, kanak-kanak juga seperti orang dewasa perlu berinteraksi

antara sama lain sebagai satu cara bersosialisasi. Melalui didikan di sekolah, kanak-kanak

dibentuk agar berbudi bahasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu,

pengkaji mengujarkan murid perlu menggunakan kata ganti nama yang betul dan

bersopan santun semasa berinteraksi dengan rakan-rakan serta guru-guru di sekolah

supaya dapat mewujudkan suasana dan perhubungan yang mesra dalam suatu komunikasi

dan tidak menimbulkan konflik serta sentiasa menjaga air muka pendengar.

OBJEKTIF KAJIAN

Asas kesantunan berbahasa adalah kepatuhan kepada sistem bahasa yang meliputi aturan

lingusitik, sistem sosial, dan aspek pragmatik. Oleh itu, kajian yang dijalankan oleh

pengkaji bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan kata ganti nama dalam kalangan

kanak-kanak terutama yang melibatkan murid-murid di peringkat sekolah rendah.

METODOLOGI

Kajian penggunaan kata ganti nama ini merupakan kajian kes yang dijalankan di Sekolah

Kebangsaan Seri Tebrau, Johor Bahru. Seramai 72 orang murid Tahun 5 telah dipilih

dengan nisbah 24 orang murid bagi setiap etnik. Bilangan murid lelaki dan perempuan

2
pula diwakili oleh 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Pengkaji juga menyediakan

borang soal selidik, borang ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B.

Bahagian A terdiri daripada soalan demografi responden iaitu berkenaan dengan kelas,

jantina, etnik dan pilihan penggunaan bahasa. Bahagian B pula, meneliti penggunaan kata

ganti nama mengikut konteks.

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan data.

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana

(TPW) yang mengandungi enam soalan situasi dan memerlukan responden menulis kata

ganti nama yang sesuai. Pengkaji menggunakan temu bual separa berstruktur yang

bersifat fleksibel untuk membolehkan responden menyatakan fikirkannya kepada

pengkaji. Data yang diperoleh melalui Tugas Penyempurnaan Wacana pula dianalisis

berdasarkan jumlah kata ganti nama yang diguna oleh responden.

KEPENTINGAN KAJIAN

Pengkaji berpendapat penggunaan kata ganti nama diri yang salah boleh menimbulkan

salah faham. Dalam situasi tertentu, murid dikatakan kurang ajar atau tidak tahu

bahasa jika menggunakan kata ganti nama diri yang salah. Penggunaan kata ganti nama

yang salah dapat menyebabkan timbulnya rasa kurang senang dalam diri orang yang

menyapa mahupun yang disapa.

Pengkaji turut mengolah murid-murid harus didedahkan kepada bahasa yang baik

agar mereka dapat menggunakannya dalam penggunaan seharian mereka. Kata ganti

nama yang tepat penting untuk diajar kepada murid kerana kekasaran menggunakan kata

ganti nama boleh menggugat keharmonian dalam hubungan antara etnik. Selain itu,
3
pembelajaran kata ganti nama tidak harus dilihat sebagai penguasaan dalam aspek nahu

sahaja, tetapi penegasan juga perlu diberikan dalam fungsi kata ganti nama sebagai ujaran

beradab dalam kesantunan berbahasa.

Pengkaji turut menegaskan murid harus peka dan sensitif terhadap penggunaan

sistem sapaan semasa berkomunikasi antara satu sama lain agar penggunaannya tidak

dianggap biadab sebaliknya menunjukkan unsur kesantunan. Hal ini dikatakan demikian

kerana sistem sapaan seperti kata ganti nama merupakan unsur terpenting dalam sistem

sapaan masyarakat kita. Hujah pengkaji turut disokong oleh Brown dan Gilman (1960)

yang berpendapat bahawa status sosial dan tahap kemesraan akan menentukan kata ganti

nama yang digunakan. Bagi Brown dan Gilman, status sosial ditentukan oleh beberapa

faktor seperti gelaran, pendidikan, umur dan status ekonomi.

HASIL KAJIAN

Data yang dikemukakan oleh pengkaji menunjukkan responden kajiannya kerap

menggunakan bahasa ibunda masing-masing di sekolah. Hasil kajian pengkaji

menunjukkan bahawa murid-murid Melayu menggunakan pelbagai kata ganti nama

dalam perbualan. Kata ganti nama aku kau dan saya awak paling kerap diguna

oleh murid Melayu berbanding murid bukan Melayu yang lebih selesa menggunakan

saya kamu.

Menurut pengkaji, masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan

murid Melayu dan bukan Melayu dalam situasi berbeza. Murid Melayu kerap

menggunakan kata ganti nama dia orang, kita orang dan kau orang dalam perbualan

yang menjejaskan kualiti dalam penulisan sedangkan murid bukan Melayu menggunakan

kata ganti nama yang betul iaitu mereka, kami dan kamu semua. Bagi murid bukan
4
Melayu pula, masih ada lagi yang mengkamukan atau mengawakkan guru mereka

sewaktu berinteraksi walaupun telah mendapat pendidikan dalam aspek kata ganti nama

di sekolah, walhal penggunaan kata gelaran cikgu paling santun berbanding memanggil

kamu kepada guru.

Berdasarkan data kajiannya, pengkaji berpendapat penegasan tentang fungsi kata

ganti nama yang membawa peranan sebagai ujaran beradab dalam kesantunan berbahasa

perlu didedahkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan kata ganti nama diri

yang sesuai untuk semua situasi.

KESIMPULAN

Pengkaji menyatakan penggunaan kata ganti nama diri mempunyai implikasi sosial yang

besar dalam perhubungan antara ahli masyarakat, khususnya bagi masyarakat Malaysia

yang mempunyai pelbagai etnik.

Pengkaji menegaskan bahawa kefahaman yang lebih jelas perlu diberi kepada

murid bukan Melayu yang masih keliru dengan penggunaan kata ganti nama kedua iaitu

awak dan kamu yang melibatkan jarak status dengan guru.

Walaupun terdapat perbezaan penggunaan kata ganti nama antara murid Melayu

yang gemar menggunakan saya awak dan murid bukan Melayu yang selesa

menggunakan saya kamu, tetapi keadaan ini sebenarnya menunjukkan wujudnya nilai

kesantunan berbahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik di sekolah.

Pengkaji mengharapkan kesantunan berbahasa melalui penggunaan kata ganti

nama diri yang betul boleh menjadi tali pengikat hubungan yang harmoni antara murid

pelbagai etnik di sekolah.

5
RUJUKAN

Abdul Rashid Daing Melebek. (2010). Sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Selangor:
UKM.

6
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Professional.

Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harishon Radzi & Phylisia Anak David. (2012). Unsur eufemisme dan perumpamaan
dalam teks Hikayat Iban. Jurnal Linguistik, 16, 75-87.

Konvensyen bahasa kebangsaan. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lim Swee Tin. (2011). Bahasa di jajaran masa: Isu dan tanggapan. Kuala Lumpur:
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Mohd Januri Aiyub, Muhammad Khairi Mohamed Nor, Mazura Sulaiman & Hashima
Hj.Sulaiman. (2013). Cakna bahasa. Selangor: Pekan Ilmu Publications.

Nafisah Abd Hamid. Kesantunan bahasa penggunaan sistem sapaan dan eufemisme
dalam komunikasi. Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan. 6-35,
Retrieved Mac 6, 2017, from malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/.../MLCS-
Final-9-38.pdf

Noor Hatini binti Zolkifli &Siti Saniah Abu Bakar. (2011). Unsur eufemisme dalam novel
Papa dan Azfa Hanani. Jurnal Bahasa DBP Kl, Jilid 5, 83-108, Retrieved April 2,
2017, from jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/?p=446

Noresah Baharom (Ed). Kamus Dewan edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka

Nuraini Yusoff, Faizah Ahmad, Phata/l Awang Deng, Rohaya Md.Ali, Nor Hafidah
Ibrahim, Hishamudin Isam, et al. Bahasa Melayu Pengurusan. Sintok: Universiti
Utara Malaysia.

Sara Beden & Indirawati Zahid. (2015). Analisis kesopanan bahasa dalam novel Melunas
Rindu: aplikasi maksim Leech dan Grice. Jurnal Bahasa, 15, 143-172.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Selangor:Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai